Cerita Set Penyusuan Shaklee

Perlukah supplement sebenarnya untuk penyusuan? Jawapannya, tepuk dada tanya selera. Ia tidak wajib. Jika anda menghadapi masalah kekurangan susu, anda perlu berikhtiar untuk memastikan bekalan sentiasa ada untuk bayi ada. Anda boleh memulakan dengan mengambil makanan-makanan semulajadi yang dikatakan boleh menambah susu. Namun, untuk memudahkan anda, anda boleh mengambil vitamin Shaklee kerana khasiatnya terpelihara dan tidak perlu bersusah payah untuk penyediaan dan risau akan kehilangan zat semasa proses tersebut. Selain menambah susu, badan anda bertambah sihat kerana vitamin ini menjaga kesihatan menyeluruh ibu dan bayi. Jom kita baca pengalaman ibu ini yang saya ambil dari blognya.

Credit

bukankah saya telah berjanji utk berkongsi info tentang vitamin/supplements apakah yg saya ambil sepanjang penyusuan secara eksklusif ini..sebelum tu saya nak tanya..adakah anda rasa perlukah kita mengambil makanan tambahan seperti vitamin2 untuk meningkatkan tahap kesihatan kita? kepada yg tidak mengambil supplements..adakah anda yakin dgn pemakanan anda semuanya berkhasiat dan seimbang menepati diet yg ditetapkan dalam piramid makanan?

ohh saya bukanlah pakar nutrisi utk menentukan makanan aper yg patut diambil tapi oleh kerana saya menyusukan anak secara eksklusif..saya telah menggoogle (bleh ke pakai perkataan ni :p) petua2 utk menambahkan susu badan..

google punya google saya pon berjumpalah dgn satu blog ni yg menceritakan bagaimana pengalaman beliau menyusukan anak pertama dan dibantu dengan supplements daripada Shaklee..

dari situlah saya mula mencari info tentang produk ni..byk juga blog2 yg saya baca mengesyorkan Set B (breastfeeding set) + Energizing Soy Protein (ESP) utk menambahkan kualiti dan kuantiti susu kita..jadi di sini saya akan tunjukkan vitamin/supplements yg saya ambil selama dua bulan ini..

yang pertama sekali..saya mengambil Energizing Soy Protein..(ESP) rasanya pon not bad..saya suka bancuh suam dan campur dgn vico 3 in 1..fuhh sodapp..antara kelebihan esp ini ialah


Membina dan memperbaharui sel-sel tisu , hormon dan enzim

Diperlukan oleh mereka yang sentiasa sibuk dan merasa letih, kanak2 yang sedang membesar, wanita mengandung dan ibu2 yang menyusukan anaknya.

Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sudah tentu membantu pertumbuhannya.

Kita dinasihatkan agar mengurangkan lemak dalam makanan harian kita. Tetapi sumber protein biasa kita adalah dari sumber seperti daging, susu dan keju yang mengandungi lemak yang tinggi. Jadi makanan tambahan protein yang elok yang tidak mengandungi lemak.


Protein juga adalah kunci untuk membantu sistem pertahanan bagi melawan penyakit.


Ini pula Set B yg terdiri daripada Alfafa Complex (yg bertindak sbg milk booster), B Complex (sbg agen penenang..nak bfkan baby harus tenang dan tidak tensi yer puan2;-)), Vita C (meningkatkan antibodi susu ibu), Vita Lea (sumber zat besi yg amat2 diperlukan oleh ibu yg menyusukan maklumlah kita akan kehilangan zat besi setelah 6 bulan menyusukan) Set B ni ada trial pack utk sebulan..hanya berharga RM80 sahaja..


selain daripada Shaklee..saya juga masih mengamalkan pemakanan jamu..saya pilih Jamu Mak Dara..menghabiskan stok jamu masa dlm pantang ari tu ;-) saya makan jamu ni selang sehari sahaja..

untuk memastikan saya mengambil supplemen di ofis, saya telah mskkan vitamin2 tadi ke dlm bekas vit ni..tgk santek jer tersusun kan..;-) susunan ikut arah jam alfafa, vita c, b complex, vita lea dan jamu mak dara.

cuba lihat perbezaan susu saya ni..yg sebelah kiri tu apabila saya telah mengambil supplemen dan yg kanan tu belum lagi..mmg bila dah mkn shaklee ni saya rasa kualiti susu meningkat..lebih pekat dan lemak berkrim rasanyer berbanding sebelum ni..saya mmg pernah rasa susu ni ..ye la sbb nak kasi kat baby kan..mestilah nak tau ape rasanye..rasanye mmg lebih manis..manis semulajadi tauuu ;-)

ini jer la stok ebm saya..yer2 saya tau jauh lebih sikit drp ibu2 ebf lain sob sob sedih..pada hari khamis..ebm saya hanya tinggal 16 botol iaitu 56oz saja tapi saya tetap berbangga sbb setelah susah payah dpt jugak saya kumpul utk seminggu nye stok ;-) tapi yg dlm gambar ni tinggal stok utk 3 ari jer laa..

inilah dia budak debot yg kuat mkn dan kuat menyusu ni..masa gi injek 4 bln ari tu berat dia dah 7kg..nnt 5 bln x tau lah brp kg lak..kita tungguu je lah..yg pasti semakin hari saya semakin bersemangat utk mengepam menambahkan stok ebm ku iteww dan terima kasih kepada Shaklee! (fyi saya bkn pengedar shaklee tau hanya pengguna sajorkk..sharing is caring kann ;-)) 

Terima kasih kerana berkongsi kebaikkan Shaklee dengan pembaca blog anda secara ikhlas. Untuk memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya, anda perlulah sentiasa berpegang kepada konsep supply vs demand. Jika bayi lapar hendakkan diberikan susu sehinggalah beliau kenyang. Tidak perlulah disukat berapa banyak dia perlu minum kerana dia mempunyai derianya sendiri untuk berhenti. Bagi yang bekerja, anda perlu berdisplin untuk mengepam setiap 3-4 jam sekali. Ini kerana kalau tiada permintaan untuk menghasilkan susu, kilang susu anda akan kurang effiecient dan lama kelamaan sudah tidak mahu menghasilkannya lagi.

Anda juga perlu minum air masak 2-3 liter sehari untuk badan berfungsi dengan baik. Untuk susu dihasilkan, bekalan air perlu ada. Air suam sangat penting untuk kesihatan walaupun ada tidak menyusukan bayi jadi janganlah memandang ringan isu ini. Dengan hanya meminum air suam, tahukah anda dapat mengurang pening kepala jika anda sentiasa mengadu tentangnya. Untuk pengamal Shaklee, air suam bertambah2 penting kerana air inilah yang membantu vitamin-vitamin untuk menjalankan fungsinya secara optimum.

Akhir sekali, anda perlu berdoa pada yg Esa kerana semua usaha kita sudah lakukan. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Namun, jika kita telah berusaha, InsyaAllah Allah akan membalas penat lelat kita itu dan memberkati niat suci kita. Ucapkan nama Allah ya Maatin seberapa banyak yang mungkin dan tetapkan dalam hati semoga Allah memurahkan rezeki anak kita.






ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.