Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

Wujudkah istilah suami murung atau depress semasa isteri sedang berpantang ???

Lelaki meroyan ? Wujudkah kemurungan postpartum dalam kalangan lelaki ?

Selalu kita dengar suamilah yg paling happy bila isteri bersalin dengan selamat. Di dalam gambar semua senyum dan sengih sahaja. Yang nak tension atau meroyan selalu kita dengar isteri sahajakan.

Di belakang tabir, siapa yang tahu. Nak nak yang baru 1st timer menjaga isteri berpantang atau sudah punya anak yang ramai. Mungkin juga terpaksa hadapi saat pemergiaan anak yang baru dilahirkan.


jangan-biar-tekanan-buat-suami-depress-semasa-berpantang
Biar atau Lawan Depressi??



Pernah tak suami naik angin bila baby menangis tak berhenti.. ya jaga-jaga! Kalau tak ditangani segera memang boleh meroyan kalah ibu berpantang tapi secara perubatan tak adalah dipanggil meroyan tetapi kemurungan postpartum.

Sebenarnya saban tahun kes kemurungan di kalangan suami semakin bertambah. 1 dari 10 orang lelaki mengalaminya dan angka kian meningkat bila bayi mencapai 3-6 bulan usia. Ini yang dilaporkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Jadi macam mana nak tanganinya ? Selalunya kalau bapak-bapak di Malaysia sure pendam ja kan. Mari kita ambil tahu simptom kemurungan ni.

10 Simptom Depression di Kalangan Lelaki Semasa Isteri Berpantang


1. Murung, rasa sedih

2. Hilang minat atau rasa gembira

3. Berat badan makin meningkat atau turun secara ketara

4. Sukar untuk tidur atau lewat bangun tidur

5. Resah, tak boleh duduk diam

6. Tak boleh fokus dan sukar buat keputusan

7. Rasa tidak dihargai

8. Dibelenggu rasa bersalah

9. Lesu, tak bertenaga dan asyik letih

10. Kerap terfikir untuk mati atau bunuh diri

Rasa-rasa ramai yang alaminya walaupun tidak semua. Yang penting tahap keterukkan simpmtom2 ini. Jika sangat teruk, ia boleh menjadi kes kemurungan serius.

Bertenang, tiada sebav anda harus menderita kerananya. Masalah kemurungan ni boleh diubati dan diatasi.

Cara atasi kemurungan di kalangan lelaki:

1. Jangan abaikan diri sendiri.
Walaupun jaga baby dan isteri penting, kebajikan dan kesihatan diri juga tak boleh diabaikan. Pastikan cukup rehat, makan secara sihat dan berkeyakinan bahawa anda seorang bapa yang baik.

2. Sentiasa berkongsi dengan pasangan atau rakan.
Walaupun lelaki ni berat nak cerita masalah mungkin kerana ego, tak apa share ja. Ramai lagi yang hadapi masalah yang sama. Dengan berkongsi anda rasa lebih tenang. Rasa separuh beban dah diangkat tau. Rakan dan isteri juga boleh kasi tip. Maklumlah mereka sudah lama bergelumang dengan isu yang sama.

3. Hadapinya dengan berani.
Sentiasa berfikir positif dan jangan berlengah jika mempunyai perasaan negatif. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan susulan.

4. Tolong jangan lepaskan rasa stress dan amarah pada bayi atau isteri.
Tarik nafas dan keluar dari situasi stress buat seketika. Ingat ini adalah sedikit ujian selepas Allah hadiahkan anugerah terindah.

5. Untuk orang Islam, tolong banyakkan zikir, syukur dan baca Al Quran.
Amalan rohani dapat bantu menenangkan anda.

6. Anda juga boleh amalkan vitamin B Complex yang dapat membantu hadapi tekanan dan kemurungan.
Anda boleh berkongsi dengan isteri yang sedang berpantang kerana kedua-duanya perlu sentiasa dalam keadaan tenang.

7. Apa peranan isteri?
Sebelum bersalin, isteri kena dah beri serba sedikit tip pasal peranan dan tugas suami. Contoh 'cara nak bakar ikan' dan 'cara nak pakai lampin'. Isteri juga tak boleh menjadi perfectionist semasa berpantang dan sentiasa menegur suami semasa suami ringan tulang membantu. Pejam sebelah mata ja la dan banyakkan rehat. Bagi cepat-cepat recover nanti boleh take over balik ya.

tip-dan-petua-elak-tekanan-semasa-berpantang
Berjaya kawal tekanan membantu keluarga kekal bahagia


Jadi, suami dan isteri harap dapat saling memerhatikan perasaan dan perubahan pasangan masing-masing. Anak adalah penghubung kasih sayang. Semoga kehadiran mereka sentiasa menceriakan dan mengeratkan hubungan ahli keluarga.


Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com

Cara Elak Bentan dan Pulihkan Bentan dengan Cepat

Bila kita seronok nak menghabiskan tempoh berpantang, hari demi hari dikira, tiba-tiba menjelang hari-hari terakhir, badan rasa lemah. Macam perlu berpantang semula. Sakit urat, demam dan kadang-kadang sampai tumpah darah. Ini antara tanda-tanda bentan terjadi.



Ini jugalah yang terjadi pada saya sendiri dan wanita yang tak sengaja terlanggar pantang semasa bersalin. Semasa tempoh berpantang, saya memang patuh amalan dan nasihat mak dan bidan. Walaupun saya tak makan jamu, saya tetap ambil supplemen menyebabkan badan cepat sihat dan cergas. Doktor pun mengesahkan kedudukan rahim dah kecut dan terletak pada kedudukan sempurna.

Tanda-tanda Bila Bentan Terjadi

Bila doktor sahkan peranakan saya dah pulih semasa checkup sebulan, saya terlebih seronok. Badan tak ada sakit urat dan lemah badan. Mungkin kerana supplemen yang saya amalkan juga. Bila menjelang hari ke-40, kami balik kampung dan saya ke pasar malam. Membeli air sejuk, makan bihun sup dan cucur jagung. Maklumlah nak meraikan tamat pantang. Apalah beza sehari tu kan. Tiba-tiba malamnya, saya rasa nak demam. Badan jadi seram sejuk. Terus rasa nak pakai stokin balik macam baru mula berpantang padahal tempoh berpantang sudah tamat iaitu hari ke-41.



Perut tak sedap dan rasa nak muntah dan membuang. Yang keluar hanya cecair dan angin. Sahlah saya sudah BENTAN. Akibat dari bentan ni, saya kena panjangkan tempoh berpantang saya semula. Pada mulanya saya berpantang di rumah sendiri. Bila dah nak habis pantang ni, baru pulang ke kampung nak kenalkan baby pada saudara mara tapi terpaksalah cancel sementara nak bagi badan cepat pulih.

Kalau ibu yang bekerja yang alami bentan, alamatnya kena extend tempoh berpantang. Itu kalau demam-demam urat tapi kalau sampai tumpah darah dan mengakibatkan hilang darah yang banyak, memang boleh kena tahan di hospital, terpisah sekejap dengan anak dan terpaksa prepare stok susu EBM berganda-ganda bukan ja untuk bekerja nanti tapi sepanjang admitted di hospital.

Cara Nak Elak Bentan

Pasti ramai ja ibu-ibu zaman sekarang tak ikut cara berpantang macam orang dulu. Ada yang sudah terpaksa memandu dan keluar rumah kerana suami bekerja dan anak bersekolah. Namun, petua ni kena juga ikut untuk elak bentan terjadi
  • jangan angkat barang terlalu berat.
  • jangan berjalan terlalu laju takut terlanggar benda dengan ibu jari kaki.
  • jangan makan makanan sejuk.
  • jangan makan makanan tajam.
  • jaga kebersihan ditempat luka untuk elak infection.

Bila Sudah Terjadi Bentan, Apa Cara Nak Pulih Cepat?

Bila badan jadi lemah, demam, urat berbisa dan sendi sejuk sampai menggigil, ini namanya Bentan Urat. Ini boleh jadi bila ibu aktif dan lasak. Bertangas atau wap panas herba dapat melegakan Bentan Urat.

Kadang-kadang tiba-tiba ibu sakit ari-ari walaupun pada mulanya dah baik pun. Keadaan jadi serius sampai tumpah darah bila Bentan Urat Peranakan terjadi. Keadaan ni boleh jadi akibat mengangkat barang berat, tersadung sampai jatuh terduduk atau tersepak ibu jari kaki. Bila tumpah darah, segeralah ke hospital untuk rawatan segera. 




Bentan Urat Besar iaitu urat buluh rahim yang melalui pinggul. Keadaan sering terjadi pada orang yang bersalin Caesar. Rasa lenguh dan sakit bahagian belakang badan dan tumit ni, boleh dibantu dengan dituam dengan pad berisi air suam atau tungku.

Bila bentan terjadi tak kiralah hari ke berapa berpantang, kita kenalah lebih berhati-hati. Supplemen yang saya amalkan juga membantu untuk pulih dari Bentan lebih cepat. Jika sebelum tu saya ambil 1 biji sehari semasa tempoh berpantang normal, bila dah bentan ni saya ambil lebih supaya cepat pulih. Ia selamat kerana badan memang menggunakan sepenuhnya dan bersifat semulajadi.

Apa Fungsi Supplement Yang Saya Ambil Untuk Pulih Dari Berpantang Dan Bentan?

B Complex

B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk biotin dan asid folik dengan kadar serapan tinggi maksudnya lebih mudah diserap badan. Jadi jangan pelik mengambil vitamin B jenama lain tak sama kesannya dengan vitamin B Shaklee yang pasti jauh berbeza. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf jadi membantu redakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia yang ibu berpantang dan bentan alami.

Ibu berpantang juga akan dapat manfaat b complex yang lain iaitu lebih bertenaga kerana b complex membantu tukarkan makanan menjadi tenaga, menggalakkan tumbesaran bayi secara sihat jika ibu menyusukan anak, elak rambut gugur dan cegah anemia dengan menggalakkan pembetukkan sel darah merah yang sihat.


Vitalea:

Istimewanya multivitamin ni sebab ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral dan adalah yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.

Memandangkan ibu berpantang sering terjaga untuk menyusu anak di malam hari dan makan pula kena berpantang, kemungkinan kekurangan nutrisi berlaku menyebabkan cepat letih. Multivitamin Shaklee membantu menampung kekurangan nutrisi itu, beri tenaga dan mencergasan minda.

Lebih malang, kalau ibu alami tumpah darah, bentan atau low hb. Pengambilan multivitamin Vitalea, membantu menambah darah dan menstabilkan bacaan hb.

Vitamin C:

Vitamin C Shaklee ni dirumus dengan bioflavonoid ok. Bioflavonoid ni memang secara semulajadi ada dengan tumbuhan yang bervitamin C untuk bantu keberkesanan Vitamin C dalam melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Malangnya banyak supplemen Vitamin C di pasaran tak disertakan dengan bioflavonoid ni.

Vitamin C juga membantu ibu berpantang untuk baik pulih luka jahitan dan dalaman rahim dengan lebih cepat. Jadi risiko untuk bentan dapat dikurangkan. Kalau Bentan juga lebihkan ambil vitamin C untuk tingkatkan imun badan dan bagi cepat pulih.


Ostematrix:

Kalsium dalam Ostematrix ni mampu bertahan dalam darah kita selama 12 jam selepas diserap. Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D yang bantu tingkatkan penyerapan kalsium. Kalau ibu berpantang masih lagi rasa kebas, kejang simptom yang selalu ibu mengandung alami.. wajiblah teruskan pengambilan Ostematrix semasa berpantang.

Kalsium sangat bagus memperbaiki kebas dan kejang, ringankan stress, mood swing, sakit kepada dan menggalakkan tidur yang nyenyak. Malah ibu menyusu kenalah tambah kalsium dalam menu harian sebab anak juga turun berkongsi kalsium yang sama.

Kalau alami bentan dan sakit2 badan, kalsium memberi ketenangan, mengimbangan tekanan darah dan menenangkan saraf.

ESP :

Pastinya ibu berpantang nak cepat pulih dari keadaan yang lemah. ESP tanpa kolestrol ni bantu beri tenaga, mengenyangkan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

ESP juga ada kandungan vitamin b dan kalsium selain protin yang mudah diserap badan. Pengambilan 2-3 kali sehari untuk ibu berpantang sangat disyorkan dan pasti ibu akan rasa berbeza dengan pengalaman berpantang yang lepas (jika ada). Luka dalaman terutama di rahim dan jahitan perenium, insyaAllah lebih cepat pulih sekaligus menurunkan risiko infection dan bentan. Ibu terasa seperti tidak berpantang ja walaupun belum tamat tempoh pantang 40 hari.


cara-cepat-pulihkan-bentan
Set Berpantang dan Pulih Bentan Segera


Untuk masa terhad dan eksklusif untuk pembaca Mysupervitamins, belian Set Berpantang dan Pulih Bentan ni akan disertai dengan E Book Panduan Berpantang! E book ini lengkap disertai dengan resepi-resepi best untuk ibu semasa berpantang.

Bagi yang inginkan pengalaman berpantang yang tenang dan pulih segera dari bentan, boleh segera whatapps atau sms 

"Order Set Berpantang dan Pulih Bentan " ke 013 488 2382



pengedar-shaklee-setia-alam
Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja

Vivix untuk ibu berpantang bersalin czec yang nak cepat sembuh

Assalamualalaikum. Seronok sangat saya nak share testimonial ibu berpantang seorang ni. Sebelum ni saya dah dengar kawan sendiri yang ambil vivix dan rekomen pula pada saya suruh ambil Vivix Shaklee waktu berpantang, memang sangat berkesan.
.
Testimonial ni dari ibu yang bersalin anak ke -6. Agak2 kalau kita anak ke-6, cergas ka? Pembedahan pulak tu. Alhamdullillah ibu ni sangat puas hati bila berpantang kali ni dibantu oleh Vivix.
.

"Saya ambil Vivix masa berpantang. Berdalin czec. Hari ni dah 40 hari. Hari kedua dah ambil Vivix, memang luar biasa. Boleh bangun dan terus berjalan. Hari kelima dah rasa sangat sihat. Pergi klinik pun laju ja jalan. Ib-ibu czec lain pun hairan.  Anak langsung tak ada jaundis. 

Ini perbezaan saya ambil vivix untuk anak ke 6 dan memang beza dengan anak-anak lain yang tak ambil vivix. Sehari 4 sudu vivix saya ambil. 3 botol habis dalam 40 hari. Bulan ni promosi memang melompat happy !"

Best tak? Saya tahu ramai ibu bersalin melalui pembedahan alami pengalaman berpantang yang payah, sakit dan lambat baik terutama di bahagian perut dan tulang belakang. 

Kelebihan Vivix Shaklee membantu ibu berpantang kerana ia 
- memulihkan sel-sel yang rosak.
- mengembalikan tenaga pada sel
- pelihara sel yang masih sihat.

Seperti yang kita tahu, ibu bersalin ni banyak urat putus tu yang jadi pelupa tu, rahim yang perlu dipulihkan, tenaga yang banyak hilang dan perlu pula tenaga untuk menyusu bayi.
.
http://www.mysupervitamins.com/2015/03/manfaat-vivix.html?m=1


Dengan keistimewaan Vivix formula resvaratrol dari tumbuhan iaitu
- anggur muskadine
- lobak ungu
- eldeberi
- poliganum cuspidatum
InsyaAllah, ibu berpantang dalam pulih lebih cepat dan segar.

Ida Khairani
www.mysupervitamins.com

Pengedar Shaklee Setia Alam, Bandar Bukit Raja dan Shah Alam.
Kami turut membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dan pastinya beserta konsultasi eksklusif !



Belajar dan elak bentan sebelum terkena

BENTAN?. Walaupun ada anak ramai, mungkin ada ibu yang tak tahu apa tu bentan? Mungkin sebab tak pernah alaminya. Apa pun, masih perlu ambil tahu sebab akibat terkena bentan teruk juga.

Pengalaman Kak Ida terkena bentan


Masa Kak Ida berpantang anak pertama dan kedua sangat mudah. Badan masih sihat dan cergas. Mak yang jaga jadi ikutlah apa dia cakap, mungkin sebab tu kak Ida selamat dari terkena bentan.

Bila berpantang anak ketiga pun, waktu berpantang Kak Ida ambil set berpantang Shaklee. Sepanjang berpantang, memang tak kena bentan. Badan dah full recover. Masa sebulan check up pun, rahim dah kecut dan kembali pada kedudukan dan saiz asal. Seronok punya pasal, lepas habis pantang kami plan balik kampung. Sebelum tu pantang di rumah ja.

Beberapa hari nak habis pantang, kami balik ke Pulau Pinang, tidur rumah mak. Hari ke-40, bawa baby ke rumah tuknya. Sebelum tu singgah di pasar malam dulu. Beli air bandung, bihun sup dan di rumah tuk pulak dijamu cucur jagung. Seronok sungguh ibu yang habis berpantang ni makan macam2 juadah.

Tetttt... Elok ja sampai rumah mak balik, perut rasa masuk angin. Badan seram sejuk ja walaupun tak panas. Terus rasa nak pakai stokin balik dan lemah macam orang berpantang balik dah. Muntah tapi keluar air dan angin ja. Merasalah pengalaman pertama terkena bentan !!!! :((

Jadi kali ni Kak Ida nak kongsikan lebih lanjut info pasal bentan catatan dari seorang bidan yang Kak Ida baca di facebooknya.

Apa itu bentan? Macam mana boleh terkena bentan? Cara nak elak bentan dan apa perlu dibuat jika sudah terkena bentan ?

rawatan pulih dari bentan

Apa itu Bentan?


Bentan ialah keadaan bagi ibu- ibu selepas bersalin yang secara tiba-tiba mengalami rasa seram sejuk melampau dan pening kepala.

Apa punca bentan?


Bentan boleh berlaku akibat memakan benda berbisa contoh memakan ikan berbisa,cencaru,bawal hitam ,melakukan kerja-kerja yang berat atau terhantuk ibu jari kaki dengan benda keras. 

Adoi.. Kak Ida sangat selalu terlanggar jari kaki. Sampai sekarang pun. Huhu. Ada tip dari kawan Kak Ida, balut siap2 ibu jari kaki tu dengan sapu tangan atau tisu biar tebal dan pakai stokin. Kalau terkena juga masih dilindungi. :D. Boleh pakai jugakan idea ni! Cubalah ;)

Apa nak buat segera kalau sudah terkena bentan?


Jika ini berlaku, ibu hendaklah berehat secepat mungkin, panaskan badan dengan meminum air panas, air gula panas, berselimut, sapukan minyak seluruh badan, bertungku di perut dan seluruh badan minta bantuan suami atau Ibu. ..
Memandangan tip di dari seorang bidan hardcore, beliau juga sarankan memakan jamu dan pemakaian pilis. Pilis ni yang dilumur di dahi tu. 


Langkah berjaga-jaga untuk elak bentan dan pulih cepat semasa berpantang.


Ibu harus jaga pemakanan dalam pantang dengan baik. Jangan terlepas pandang.
Ikutlah amalan Melayu tradisional mana yang releven, untuk kesihatan kita juga.

Elak : Elak makan makanan berbisa seperti ikan bawal hitam, pari , duri , sembilang dikuatiri BENTAN PINTU RAHIM.

Elak : Selain tu ikan unsur gatal pon tak dibenarkan antaranya kembung, tamban, cencaru & tongkol 

Elak : Mandi dengan air sejuk atau mandi dengan lama.

PETUA tradisional untuk pulih dari bentan

Ambil cekur, lada hitam ,halia dan bawang putih dan ditumbuk 
Ramuan tadi dibalut pada IBU jari kaki. 

Untuk bentan yang teruk boleh minum air rebusan secekak sawi & jintan manis bersama gula batu..Amalkan seminggu 2x baik juga untuk mencerahkan mata.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT jadi jagalah pantang sebaik mungkin.. Nama pon berpantangkan jadi banyaklah pantang larangnya. Redha jela.. Demi kebaikan kita & keluarga juga .

Last but not least, semasa berpantang, elakkan mandi sejuk , jaga pemakanan, digalakkan cium jintan hitam yang telah dibunjut untuk elak bentan. Selamat berpantang dan mencium bau baby yang sangat best! Nak rasa set berpantang macam Kak Ida guna yang glamur, berkesan dan mudah, hubungi K Ida. Orang Johor yang nak rasa rawatan dari bidan ni, boleh klik link credit di atas.



Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382

Panduan Mudah dan Ringkas Untuk Memilih Set Berpantang

Assalamualaikum. Anda mesti mencari apa yang terbaik yang dapat bantu pemulihan segera dalam tempoh berpantangkan. Apa kata, Ida bantu dengan berkongsi pengalaman Ida dan pelanggan yang telah mencuba Set Berpantang yang paling awesome, lengkap, mudah dan paling penting - BERKESAN ! Bukan nak cita over, tapi just sharing dari hati..




Dalam artikel ni, korang akan dapat info-info best termasuklah


  • Perbandingan dan pengalaman Ida berpantang dengan beberapa set berpantang jenama berbeza
  • Apa lebihnya vitamin berpantang Shaklee berbanding JAMU 
  • Betulkah Set Berpantang Shaklee Berkesan? 
  • Apa isi kandungan set berpantang shaklee 
  • Berapa harga harga set bersalin Shaklee ni dan berapa lama boleh bertahan? 
  • Adakah mencukupi vitamin Shaklee sahaja untuk berpantang. 
  • Apa fungsi setiap vitamin dalam set berpantang SHaklee ni. 
  • Betulkah tak payah pilih yang lain lagi selepas bersalin Supplemen lain untuk top op pada set berpantang bagi ibu menyusu 
  • Pengalaman customer Shaklee 
  • BONUS : Video testimonial pengguna set berpantang Shaklee !


Jadi, bila ja khatam artikel ni, sudah pasti yang membaca tanpa skip, akan dapat manfaat dan pengetahuan yang akhirnya membantu buat pilihan dan pembelian tepat

Korang akan

√  jimat masa untuk survey
√  terus tahu apa yang korang aspect bila cuba set berpantang shaklee
√  jatuh cinta dengan produk shaklee walaupun belum cuba!

Ok, jom ida cerita detail..



Perbandingan dan pengalaman ida amalkan beberapa set berpantang






Selepas Ida melahirkan Nuh Iman, anak ketiga Ida memang Ida tak ambil set berpantang jenama lain untuk dalaman selain Set Berpantang Shaklee sahaja. Masa anak pertama dan kedua, Ida guna Salindah dan Leesa Formula. Semua best sebenarnya tapi Ida rasa masa Ida ambil Shaklee ni usia dah cecah 30-an dan sakit melahirkan anak lebih dasyat. Jadi proses pemulihannya perlu lebih intensif. 

Berpantang buat pertama kali

Masa anak pertama & kedua, luka jahitan perenium almost none. Berpantang macam orang tak bersalin ja sebab tak rasa sakit langsung. So, dari day 1 dah segar bugar. Selepas beberapa hari berpantang anak pertama, tiba2 sakit punggung yang amat. Masa ni fikir kesan epidural kot. Tangan pulak sakit dok support Nazhan menyusu semasa Ida baring. Selain tu, pinggang dan belakang pun sakit bila bongkok atau dukung Nazhan. Saya ada buat rakaman video cerita pengalaman berpantang masa ni.


Akibat dari rasa takut dan sakit yang teramat sangat tu, ibu pun cari supplemen kalsium dari jiran iaitu Ostematrix Shaklee la. Amazingly, sakit2 di tangan dan punggung hilang. Kesimpulannya, set berpantang yang Ida amalkan tu belum cukup untuk memenuhi keperluan kalsium Ida yang sedang menyusu dan berpantang pada masa tu.

Berpantang dengan anak kedua


Bila melahirkan anak kedua Iris, Ida dah ambil Set Mengandung Shaklee sama macam Pn. Anna dalam link ni, tapi berhenti lepas dah habis dan tak sambung masa berpantang. Cuma kalsium ja continue, So lepas bersalin tu Ida ambil set berpantang dulu dulu yang tak habis guna. Memang ramai juga yang kata set berpantang diorang tak habis2. Mujurlah mengandung rapat jadi masih belum expired yang saya punya tu. Kekeke..  


Walaupun masih mengharapkan epidural masa bersalin tu, sakit punggung dah tak ada masa berpantang. Alhamdulillah.. tempias amalkan kalsium, dukung anak pun tak rasa sakit melampau macam dulu. Proses berpantang masih lagi mudah dan senang sebab usia yang masih muda. Masa ni dah kena jaga anak seorang & baby, tapi badan sihat dan cergas, Alhamdulillah kerana dipermudahkan.

Berpantang dengan anak ketiga

Masuk anak ketiga dan usia pun dah 30-an di samping rutin harian yang lebih padat dengan anak-anak, proses berpantang kali ketiga agak berlainan. Bersalin kali ni, pertama kali tanpa epidural dan malangnya mengalami koyakan perenium yang agak teruk. Huhu. Gara-gara angkat punggung sewaktu meneran bayi keluar. Pengajaran berharga, "Jangan Angkat Punggung" bila meneran nak bersalin tu. Lepas 30 hari, Ida dah kena drive sebab Nazhan dah mula sekolah darjah 1 dan encik suami out station. Jadi walaupun tak rasa segar bugar cepat macam dulu2 akibat jahitan perenium yang besar dan pertama kali merasa rengat, Alhamdulillah tempoh 44 hari berpantang dengan vitamin Shaklee membantu pemulihan Ida dengan sempurna. Walaupun mak bising tak ambil sebarang herba dan jamu, kena tadah telinga dan Allah tetap izinkan kami sihat anak beranak.



Bila anak dah lebih dari 2 ni, kita sudah semestinya perlukan set berpantang yang lebih ringkas tetapi tetap berkesan. Mujurlah ada Set Berpantang Shaklee. Dalam masa sama, saya masih lagi bermandi ala ala spa dengan serai wangi dan bertungku serta mengurut.


Apa lebihnya vitamin berpantang Shaklee berbanding JAMU 






Sebenarnya ada bayi yang sensitif dengan jamu. Ada bayi yang tak tahan panas. Ada bayi yang senang dapat ruam. Jangan risau, kulit bayi masih dalam proses pematangan. Kadang kadang mereka cepat berpeluh sebab tu mudah naik ruam. Kelenjar peluh masih cuba membiasakan diri dengan tugas. 

Namun, walaupun kulit bayi akan jadi matang dan cantik, kita sebagai ibu takkan la nak biar ruam semakin banyakkan. Untuk elak ruam ni, benda2 herba dan panas memang kena elak. Jadi ibu kena jaga makan termasuklah makanan dan jamu yang terdiri dari herba yang panas.

Boleh tak nak sapu dengan lotion yang banyak bahan kimia? Seeloknya guna yang organik dari bahan semulajadi. Ini saya ada kongsikan cara saya bantu anak yang naik ruam. Anak ketiga saya jenis senang naik ruam. Sebab tu memang patut sangatlah saya tak amalkan jamu. 

Kalau baby ekzema, ibu bapa kenalah test apa yg trigger ekzema baby dan perlu elak untuk makan. Oleh kerana kita sendiri dalam proses pemulihan dan perlukan makanan berkhasiat, vitamin Berpantang Shaklee adalah sangat sesuai dan selamat untuk diamalkan semasa berpantang.

Ida sendiri bersyukur pilih VITAMIN SHAKLEE untuk BERPANTANG. 2 VITAMIN BERPANTANG Shaklee lain memang selamat untuk bayi kerana ia adalah vitamin yang sama terdapat dalam sayuran dan buah-buahan kita cuma lebih kosentrasi, dos yang mencukupi untuk pemulihan badan dan teramat senang disediakan. Ambil dan telan ja. Tak pahit dan tak ada flavour apa pun so "saya suka saya suka."

Betulkah Set Berpantang Shaklee Berkesan?



Ramai yang risau, sebab sejak kecil kita dah diasak dengan jamu untuk berpantang. Kalau anak kita tak sensitif, kita boleh ambil jamu dan vitamin Shaklee serentak tapi jarakkan masa. Malah vitamin dari klinik dan yang disediakan doktor pun boleh. Masa anak pertama dan kedua, saya dapat vitamin free , sebab tu saya ambil serentak semua. Namun, untuk lebih jimat dan peace of mind ketahuilah, vitamin Shaklee sudah mencukupi.

Cukup berkesankah? Semasa dalam pantang, kita digalakkan makan ikan haruan. Ikan haruan ni kaya zink untuk cepat baik pulih luka. Maka  ZINK Shaklee dalam set berpantang Shaklee juga begitu.

Mengikut pengalaman sendiri, hasil check up selepas sebulan melahirkan, memang doc mengesahkan rahim dah kecut dan naik ke position asal. Selepas sebulan juga, saya sudah mampu memandu sendiri dan selepas 44 hari berpantang, rasa ngilu di bahagian jahitan dah totally gone.



Apa isi kandungan set berpantang shaklee untuk ibu lepas bersalin ni??




Set Asas Berpantang mengandungui 4 supplemen iaitu
 -> Zink, B Complex, Vitalea dan Vitamin C.
Klik untuk order set berpantang asas shaklee  direct ke pintu rumah anda :X





Set Premium Berpantang mengandungi 6 supplemen
- > Zink, B Complex, Vitalea dan Vitamin C, Ostematrix dan Energizing Soy Protein.
Klik untuk order set premium berpantang direct ke meja office anda :D.



Berapa harga setiap set bersalin Shaklee ini dan berapa lama boleh bertahan? 


Harga set asas berpantang sangat murah iaitu RM268.75 dengan pos percuma !
Ia adalah untuk kegunaan semasa berpantang bukan sahaja
sampai 44 hari malah 4 bulan iaitu 120 hari. Gila jimat!

Set premium berpantang shaklee berharga RM479.75 dengan pos percuma !
Set berpantang premium shaklee adalah untuk 4 bulan. Hanya ESP jika diambil sebanyak 3 kali sehari, bertaham selama sebulan setengah. Jika diambil 1 ke 2 kali sehari, boleh tahan lebih lama. Jika dicampur dan dipelbagaikan resepi, boleh hingga 4 bulan kerana hanya ambil 1 sudu sekali minum seperti saya. Stok ESP saya memang tahan agak lama kerana saya mencampurkan dengan cinch shake mix dan mealshakes. Formula nak kurus cepat ni. Kalsium pula 1-2 bulan penggunaan.



Adakah hanya set berpantang shaklee sahaja dah cukup? Apa fungsi setiap Vitamin dalam set berpantang Shaklee yang bermanfaat untuk ibu bersalin? 


Set berpantang shaklee sudah mencukupi jadi tak perlu membazir.

B Complex
Di dalam set shaklee ada b complex yang berfungsi untuk mengelakkan meroyan, beri ketenagan, menukar makanan kepada tenaga. Jadi ibu lebih happy, tenang, sihat dan bertenaga.


Vitalea
Dalam set ini ada juga vitalea dan vitamin c. Vitalea membantu melancarkan pembuangan dan melengkapkan kekurangan nutrisi dalam diet ibu berpantang. Vitalea juga ada zat besi yang sangat kritikal untuk elak anemia dan bantu pembinaan hemoglobin di dalam darah.

Vitamin C
Diambil dengan vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dalam vitalea. Vitamin C sangat penting untuk membaik pulih dan meningkatkan imun badan. Diharapkan ibu cepat sembuh dan kuat untuk menjaga bayi & anak2 lain.

Zink
Zink dalam set ibu berpantang Shaklee sangat disukai ramai. Zink memainkan peranan merawat luka dalaman ibu bersalin. Selain tu, zink juga sangat penting untuk elakan keguguran rambut. Sekitar usia bayi 5 bulan, rambut ibu akan banyak gugur kerana proses semulajadi dan juga kerana kekurangan nutrisi. Jadi teruskan mengambil zink dan ESP untuk membantu mengurangkan masalah keguguran rambut dan menguatkan akar rambut.

Menurut Dr Zubaidi, tahap zink yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan mereka mudah mengalami “post-natal depression” (meroyan). Begitu juga dengan keperluan zat besi dan Vitamin B yang sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa proses kelahiran, banyak darah keluar dan perlu digantikan. Zat besi dan vitamin B sangat diperlukan dengan jumlah yang banyak bagi membentuk sel darah merah yang baru. Beliau sendiri sangat rekomenkan pengambilan vitamin Shaklee.


ESP
Dalam set premium ada ESP a.k.a Energizing soy protein. ESP ni adalah protein unggul yang sangat banyak
manfaat. Ia memberi tenaga, bantu pemulihan, bantu pembinaan tubuh bayi dengan memperkaya nutrisi susu ibu dan banyak lagi. ESP turut menjadi MILK booster untuk saya dan banyak ibu lagi. Bonus extra lain pun dapat juga seperti kulit yang lebih sihat dan cantik. Luka juga cepat baik.



Ostematrix @ kalsium
Kalsium merupakan komponen penting susu ibu sebab itu ia boleh bertindak sebagai MILK Booster- memberi ibu tenaga dan cover keperluan kalsium seorang ibu BF yang sangat kritikal.- saya amalkan kalsium kerana saya memang tak cukup kalsium. Kalau termiss beberapa hari, badan saya memang sakit-sakit kerana kalsium untuk bayi yang menyusukan diberi keutamaan oleh badan kita. Mereka akan dapat kalsium dari kita hingga cukup selebihnya sahaja tinggal untuk kita. Kalau ada ibu yang tak ambil ESP atau ostematrix, tak makan sayur, tak minum susu, masalah akan jadi lebih kronik.

Supplemen lain untuk top up pada set berpantang Shaklee untuk tujuan penyusuan. 


  Untuk susu jadi banyak, ibu kena amalkan supply vs demand. Jangan down bila susu sikit sebaliknya terus menerus memberi. Kelenjar susu yang konsisten di stimulasi oleh bayi, pasti akan menghasilkan susu yang banyak. Kata kuncinya kena konsisten dan tidak putus asa.

Mood dan kesihatann ibu juga membantu dan set berpantang ini sudah cover keperluan itu.

Jika masih tidak mencukupi, cadangan saya adalah



Alfalfa
- untuk bayi yang tidak ada masalah kulit sensitif, ya ini adalah MILK booster yang sangat mustajab dan glamur di kalangan ibu.
- ibu boleh ambil dari 2 biji ke 10 biji mengikut keperluan badan dan keperluan bayi.
- ia adalah kegilaan ibu-ibu berkerjaya yang sibuk menyimpan stok EBM semasa berpantang


Lecitin
- kadang2, ibu akan mengalami bengkak susu.
- ini berlaku bila ada saluran susu yang tersumbat.
- bengkak susu boleh jadi juga bila susu ibu tidak diperah sebaiknya atau payudara tidak dikosongkan.
- keadaan boleh jadi lebih serius dan parah jika bengkak susu tidak diselesaikan.
- lecitin membantu mengelakan bengkak susu.
- selain tu, lecitin membakar lemak di saluran darah dan membantu proses menurunkan berat ibu dan menurunkan risiko sakit jantung.
- so ibu yang nak kurus cepat, sila top up lecitin dalam set berpantang anda.


Banyak betul info yang Ida kongsikan khas untuk persediaan ibu bersalin nanti. Harap sekarang anda yakin dan memilih set berpantang shaklee kerana ia sangat komprehensif.


VIDEO Testimonial Ibu Berpantang dengan Set Berpantang Shaklee !


Tak percaya dengan keberkesannya? Tonton video ibu yang berpantang dengan set berpantang ini. Lebih hebat lagi, anaknya adalah premature baby.. di mana ibu ni perlu pulih lebih cepat dan proses berpantang yang lebih memenatkan berjaya diatasi! Lebih gembira, beliau berjaya memenuhi keperluan susu untuk anaknya yang premature!




Boleh klik link ini untuk lebih banyak testimonial para pelanggan Shaklee.



Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.

Normalkah sakit pinggang selepas bersalin?

Ramai sebenarnya ibu yang mengadu sakit pinggang selepas bersalin selain sakit belakang, penat lebih, lenguh sana sini.. Lepas bersalin anak kedua atau ketiga selalunya. Taklah seteruk saya, masa anak pertama dah sakit tulang mengalahkan orang tua.



Percaya atau tidak? Kesakitan yang saya alami dulu, sakit sampai nak terlepas anak yang tengah dukung tak sampai 5 minit.. Sudah SELESAI ! Dan tak berulang walaupun sekarang dah tambah 2 orang anak lagi !

Kisah sakit tulang ni bermula bila bersalinkan anak pertama sebelum bertukar menjadi super ibu ! Pengalaman saya itu saya kongsikan dalam video ni termasuklah apa yang saya buat sampai sekarang.



Ironinya, nak compare dengan usia 26 tahun dan sekarang 33 tahun, saya sekarang lebih kuat & cergas. Feel young, be young gitu ! Doa saya dengan amalan pemakanan saya sekarang ni berterusanlah kuat & cergas sampai 50 tahun lagi !

Tinggi saya 150 cm ja. "Tinggikan ?" Itu pun dah menunjukkan yg saya ni kurang kalsium tapi sebab kurang ilmu & ingat sebab genetik semata, saya relax ja. Jadi mak-mak yang memang rendah, comel macam saya ni, anda WAJIB ambil kalsium ok ! Sebelum keadaan bertambah kronik !

Kronik mcm mana? Sebelum kita sakit gigi, sebelum kita sakit punggung, sebelum kita sakit pinggang, sebelum kita tak larat nak dukung anak, sebelum baby kita gigi rongak, sebelum baby kita tak berapa nak tinggi, sebelum kita jadi nenek si bongkok tiga, sebelum lutut kita sakit, sebelum sibuk nak cari tempat duduk bila shopping, dalam LRT dan tunggu turn untuk sebarang urusan.

Apa Simptom Kekurangan Kalsium? Please take note ya. 


Tanda Kekurangan Kalsium yang akan beri kesan pada Otot dan Saraf 

- Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut,
- Jari-jari tangan dan kaki.
- Kejang otot
- Wheezing(pernafasan berdehit)
- Susah menelan
- Suara berubah akibat laryngospasm

Tanda Kekurangan Kalisum yang akan beri kesan pada saraf

- Mudah marah
- terjejas keupayaan intelektual
- kemurungan
- perubahan personaliti
- Letih
- Sawan
- pergerakan yang tidak terkawal

Gejala Kekurangan Kalsium yang akan beri kesan pada Jantung 

- Sesak nafas
- Tanda-tanda lemah jantung sepeerti cepat penat

Simptom Kekurangan Kalsium yang akan beri kesan pada Kulit 

- Rambut kasar
- kuku rapuh
- Psoriasis (sakit kulit)
- Kulit kering

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium yang mungkin anda boleh dapat

- Kekejangan atau cramp otot
- sukar/susah nak tidur
- Perasaan berdebar2
- Eczema
- penyakit kulit
- Rapuh kuku
- Sakit Sendi
- Tekanan darah tinggi
- Gigi reput
- Paras Kolestrol timggi
- Kebas-kebas kaki dan tangan
- Rheumatiod arthritis
- Rickets

Disebabkan saya ibu, saya tak nak perkara yang sama terjadi pada ibu-ibu lain di luar sana. Tugas kita bukan setakat mengandung dan bersalin ja ok! Tugas mendidik anak tu lagi besar dan lagi panjang. Jadi jangan pandang remeh sakit pinggang yang ibu alami kerana ia tidak normal. Cari penyelesaian segera ! Tolong ibu bapa anda di kampung juga dengan supplemen kalsium yang murah tetapi tetap berkesan ini untuk membantu meringankan kesakitan mereka.

Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Cara Elak Sembelit Selepas Bersalin

Adalah biasa jika ibu yang bersalin tak membuang air besar selepas satu atau dua hari bersalin. Alhamdulillah, masa melahirkan anak ketiga, hari pertama saya dah membuang air besar tanpa mengalami sembelit langsung walaupun mengalami luka jahitan yang besar.


tip elak sembelit masa pantang


Sebenarnya satu per lima ibu yang bersalin memang agak trauma nak membuang terutama di tandas hospital sebab tidak selesa dan juga sebab bimbang akan jahitan dan lebam. Jadi, ia normal. Ada juga ibu yang trauma dan serik nak mengandung dan bersalin lagi sebab pengalaman sembelit semasa berpantang. Macam kes testimonial video di bawah ni. Macam mana beliau mengatasinya?



Antara punca dan sebab fizikal sembelit selepas bersalin dan mengapa ibu sukar menggerakkan usus adalah :

  • Progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil. 
  • Sistem pencernaan ibu berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran. 
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus ibu berfungsi dengan lebih lembab dari biasa. 

Kemungkinan SEMBELIT lebih tinggi jika ibu yang bersalin: 

  • melalui kelahiran bayi yang dibantu, seperti forseps atau vacuum.
  • pernah melahirkan anak sebelum ini.
  • mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit.
  • ibu ada menerima jahitan. 

Bagaimana ibu boleh meredakan dan elak sembelit selepas bersalin? 

  • Mula dengan rutin makan dan minum dengan teratur sebaik saja bersalin.
  • Pilih makanan tinggi serat seperti buah-buahan. Oren bagus !
  • Minum banyak air kosong. 
  • Cecair akan bantu najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan sekaligus elak sembelit.
  • Keadaan di hospital sangat keying dengan aircond jadi mudah ibu untuk terhidrat tanpa ibu sedar.
  • Menyusu bayi membuatkan ibu lebih kurang air jadi ibu yang bersalin dan berpantang wajib minum air dengan banyak.

Rahsia Kami Elak Sembelit Selepas Bersalin dengan Lebih Mudah!



 


Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.


Ya, kami mengamalkan Set Berpantang Shaklee yang sangat membantu memudahkan proses berpantang dan elak sembelit selepas bersalin ! Dalam Set Berpantang terdapat Vitalea, Zink, B Complex, Vitamin C dan tambahan ESP dan Ostematrix sangat membantu meredakan SEMBELIT.



Cara Elak Sembelit Selepas Bersalin dengan Kalsium


Faedah kalsium Ostematrix yang lengkap dengan magnesium dan beberapa mineral penting lain memberi faedah buat ibu berpantang yang mudah kena sembelit. Kalsium membantu regangan muscle supaya lebih fleksibel dan seperti kata testimonial kita, najis terasa lembut. 


Selain tu, kalsium membantu menghilangkan sakit pinggang dan belakang juga kebas tangan yang kadang-kadang dialami oleh ibu berpantang dan menyusu akibat kekurangan kalsium. Maklumlah ibu menyusu berkongsi sumber kalsium dengan bayi dan badan kita akan memberi keutamaan kalsium untuk penghasilan susu ibu. Kalau tak nak sakit berterusan, nak gigi dan tulang kuat, cepat-cepatlah amalkan kalsium.

Untuk Set Berpantang Shaklee yang lebih lengkap, mudah dan menyeluruh, saya sangat syorkan tambahan vitamin berikut:

Vitalea : Fungsi Multivitamin Selepas Bersalin



Vitalea dirumus lengkap dengan vitamin dan mineral yang dapat membantu pemulihan dan kecergasan badan. Vitalea membantu menutup kekurangan nutrisi penting dalam diet harian, apa lagi diet ibu semasa berpantang yang sangat limited. Dengan amalan harian Vitalea, faedah yang boleh memberi bonus pada ibu berpantang adalah dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, menyokong jangka hayat hati, usus dan mata, meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imun dan memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. InsyaAllah ibu akan lebih cergas semasa berpantang. Vitalea berbeza dari pil zat besi lain kerana ia lengkap dengan vitamin dan mineral yang membantu keberkesannya. Tak percaya? Kena cuba dulu !

Zink : Mengapa Ibu Bersalin Perlu Ambil Zink ?





Zink ni murah ja tapi khasiat Zink ni sangat bagus tambah-tambah untuk ibu berpantang. Wajib ambil ! Zink banyak terlibat dalam tindak balas enzim dalam banyak aktiviti badan kita ni. Ikan haruan juga mengandungi tinggi zink dan memang menjadi menu utama mak berpantang demi bantu baik pulih luka-luka selepas bersalin. Selain tu Zink bantu ingatan juga. Kan ka mak-mak lepas bersalin urat banyak putus, ingatan pun makin kurang. :D Zink juga mengurangkan rambut gugur yang sering dialami oleh ibu selepas bersalin.

Vitamin C : Bagaimana Vitamin C Membantu Ibu Selepas Bersalin 




Vitamin C adalah anti oksida yang kuat yang ibu bersalin perlukan. Vitamin C membekalkan nutrien yang menyokong kesihatan jantung, tingkatkan imun badan ibu dan bayi yang menyusu badan, keutuhan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi dari Vitalea dan mengurangkan risiko anemia dan kurang darah buat ibu berpantang. Pengambilan Vitamin C membantu ibu pulih jika jatuh sakit atau bentan semasa berpantang. Jadi ibu dapat menjaga bayi dengan lebih bertenaga.

B Complex : Cara B Complex membantu Ibu Selepas Bersalin



Vitamin B yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dan biotin ni memang ekslusif. Kalau brand lain mungkin tak lengkap 100% sebab biotin ni mahal tau. Khasiatnya pula bantu ibu berpantang lebih cool, tenang, relax dan tak murung ! Penting tu untuk elak meroyan atau mood swing. Tambah-tambah kalau ibu menyusu. Nak susu meriah, emosi kena stabil dan gembira. B Complex juga bantu beri tenaga kerana menggalakkan metabolisme dengan menukarkan makanan ke bentuk tenaga.

Protin ESP : Kenapa Ibu Bersalin Patut Ambil ESP



ESP adalah formula protein yang bantu ibu rasa kenyang dan bertenaga. Ibu berpantang memang mudah penat kerana masih dalam fasa pemulihan jadi sangat perlukan protein rendah indeks glisemiks ini. Yang lebih best, ia menggalakkan pengeluaran susu ibu, mencantikkan kulit dan bantu ibu menyusu untuk lebih cepat turunkan berat.




Sebagai ibu yang masih menyusukan anak yang kini berusia 13 bulan dan fully breastfeeding kesemua anak-anaknya serta memilih berpantang cara moden selepas bersalin, saya memang mengamalkan kesemua vitamin semasa berpantang Shaklee ni. Alhamdulillah sangat mudah, serasi dan berkesan dan yang pasti cara ini berkesan untuk elak sembelit selepas bersalin dengan jayanya !!!

Anak saya pun tak ada masalah semasa saya mengamalkan Shaklee. Orang kata kesan kalau tak jaga pantang, akan nampak di usia tua atau selepas itu.. Sakit urat la, cepat penatlah, susu kuranglah. Alhamdulillah, bagi saya so far so good. Saya tak mengamalkan sebarang jamu semasa berpantang tetapi tetap mengikuti petua berpantang mudah lain dan Alhamdulillah sihat dan cergas hingga kini dan tak sembelit juga kerana walaupun lepas berpantang saya masih meneruskan pemakanan vitamin. Berat pun back to normal. Yippie !!!

Pasti anda pun nakkan anak yang sihat dan diri sendiri kekal cergas sampai bila-bilakan, insyaAllah.

Sekiranya anda mengalami masalah sembelit selepas bersalin dan ingin mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!






Ketahui



dan


Juga






Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! 
Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.




Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.




Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam
Pos ke seluruh Malaysia