Nak menyusu on demand, bila suka atau ada jadual khas berapa jam sekali

Ibu baru dapat anak mesti tertanya-tanya bila patut menyusukan anak sebenarnya. Masa anak pertama dulu, saya ada jumpa seseorang yang hanya memberikan susu tepat setiap 3 jam. Saya ingat memang amalan tradisi kaumnya mungkin sebab masa tu saya di Miri.


Pilihan terbaik terutama untuk bayi baru lahir, semasa berpantang dan ibu yang tidak bekerja adalah menyusu on demand atau on cue. Apa maksud on demand dan kenapa perlu menyusu on demand?



Maksud menyusu on demand atau on cue adalah:


  • Penyusuan eksklusif susu ibu diberikan pada bayi bila bila masa mengikut keperluan bayi atau bila bayi lapar.
  • Susukan bayi selama mana yang bayi mahu.
  • Susukan bayi sehingga bayi mendapat hindmilk iaitu susu akhir
  • Susukan bayi hingga bayi lepas sendiri puting dan kenyang.

Namun, jika bayi kurang menyusu & instict ibu rasa bayinya perlu menyusu

  • Offer bayi bila payudara ibu terasa penuh.
  • Kejutkan bayi jika bayi tidur terlalu lama dan tak bangun untuk menyusu.
Kenapa perlu menyusu on demand, in cue dan kerap? Apa kepentingannya
  • Ia lebih mudah untuk ibu menyusukan bayi.
  • Ia sangat berkesan untuk mengekalkan penghasilan susu.
  • Ia merangsang pengeluaran susu denfan cepat.
  • Ia mengurangkan bengkak payudara.

Jadi bila kita perlu susukan anak kita? Setiap 2 jam? Setiap 3 jam? 

Jawapannya, ia berbeza mengikut setiap anak dan bayi. Lihat cue anak dan offer payudara ibu untuk bayi menyusu bila-bila sahaja dan selama mana bayi mahu.


By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382


www.mysupervitamins.com

www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com

Nak Order Shaklee Online, Klik Sini
Saya Pengedar Shaklee untuk Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitar, Bandar Bukit Raja, Klang dan Setia Alam. Penghantaran terus boleh diuruskan.

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.