Lecithin Shaklee sememangnya antara add-on yang glamer di kalangan ibu menyusu selain daripada vitamin E. Most of bf mommies mengamalkan lecithin daripada Shaklee ini dengan tujuan untuk me'reduce'kan inches di tubuh, especially perut dan peha. Lecithin juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah clogged duct yang sering dihadapi oleh ibu menyusu. Lecithin juga bagus untuk kecantikan kulit dan lecithin juga bagus bagi ibu2 yang kerap menghadapi masalah pelupa.
Banyak faedahnya Lecithin ni. Bukan untuk wanita aje tau .. lelaki pun sama. Apapun, jom baca cerita Izan yang berjaya turunkan 10 kg dalam masa 4 bulan dengan Lecithin Shaklee ini.
Masa mengandungkan Hadif, anak ketiga..berat aku naik daripada 67 kg ke 80 kg. Masalah aku adalah sentiasa berselera makan dan tak pernak mabuk yang teruk - teruk .. Masalah ker tu? Alhamdulillah ... rezeki Allah bagi. Sekurang-kurangnya adalah juga kudrat nak mengadap suami & anak dara ngan teruna kat umah tu.
Lepas bersalin, anak aku kena jaundis pada hari ke2. Jadi tak dapatlah aku makan sebarang jamu atau herba. Masuk bulan kedua baru cuba2 nak makan jamu. Tu pun selang-selang jer. Sepanjang sebulan yang pertama..aku cuma makan Optimum Set Shaklee jer. Alhamdulillah .. badan rasa segar dah bolehlah aku menguruskan rumah seadanya. Lepas sebulan berat aku pun kembali ke 67 kg. Inilah hikmah menyusukan anak. Bab pantang makan memang aku jaga. Benda-benda sejuk & berangin memang tak dijamah. Lebih lebih lagi Hadif ada masalah umbilical hernia. Sebaik mungkin aku akan elakkan dia kembung sebab takut effect kat pusat dia. TAPI ... benda yang aku boleh makan macam nasi etc memang dibalun cukup2. Susu pun cukup malah terlebih2 sampaikan freezer tak muat. Masa ni, benda yang paling aku takut adalah BENGKAK SUSU. Tak sanggup rasanya menanggung bengkak susu.
Masuk bulan kedua, berat badan aku dah statik. Tak ada penurunan .. Masa ni lah aku mula study lagi pasal produk Shaklee. Maka, berjumpalah aku dengan LECITHIN. Lega ... lecitihin boleh mengurangkan risiko clog duct dan mengemulsifierkan lemak. Ada harapan berat turun lagi ni! Hehehe ... impian demi impian ... Tapi, dalam hati tak lah mengharap sangat sebab clog duct tu lah sebenarnya yang menghantui aku. Alhamdulillah, berat aku turun lagi dalam masa sebulan, 65 kg ... Kalori dibakar tanpa senaman atau control makan .. hanya breastfeed + buat kerja rumah jer.
Lepas cuti 3 bulan, masuk kerja semula dan aku masih 'setia' dengan lecithin. Tapi berat badan ni on off pulak .. turun naik 65-67 kg. Aku pun on off makan lecitihn .. kurang istiqamah. Membazir beli mahal-mahal tapi tak serius amalkan! Aku start disiplin balik & selepas 4 bulan berat aku turun ke 58kg. Sepanjang 9 tahun kahwin .. tak pernah lagi aku merasa berat di angka 50-an. Rasa genbira sangat bila ramai yang perasan perubahan ni. Baru susut yer!Bukan kurus lagi! Hahaha
Penurunan hampir 10 kg dalam masa 4 bulan
Syukur...alhamdulillah..
Credit
Turun 10kg dalam 4 bulan dengan Lecithin
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
Post a Comment