Azzalea dapat eczema apabila dia sudah off 100% dari susu ibu. Sejak dari hari itu, asyik ke klinik utk dapatkan lotion dan uabt tahan gatal.
1. Sudah cuba alfalfa - ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam susu.
Tidak berjaya kerana alfalfal yg ditumbuk itu tidak tahan lama. w/pun hanya masukkan secubit, Azzalea boleh bezakan rasanya. Jadi, sebiji alfalafa yg ditumbuk tu terbazir.
2. Masukkan ESP dlm susu - Azzalea tak suka rasanya.
Tak berjaya juga caranya.
Lama juga berhenti nak cari ikhtiar utk kurangkan kegatalan Azzalea. Kesian Si Tomato. Akhirnya...
3. Masukkan Meal Shake dlm susu. yeaaaay!!
Alhamdulillah. Utk eczema hilang 100% mungkin payah, tapi sekurang2nya dia dah kurang gatal. Kurang gatal, kurang le menggaru. Jadi dah cantik le sikit kulit dia.
Moral of the story, JANGAN MUDAH MENGALAH. Harus terus berusaha mencari yg terbaik! Dlm erti kata lain, mungkin ada yg tak sesuai dgn customer, cuba cari alternatif lain pula ye!!
Credit
- Posted using BlogPress from my iPhone
Ekzema .. Mencari penawar
About ida ahmad
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
3 comments
Write commentsInfo menarik..
ReplySalam, sy juga mempunyai seorang baby perempuan, Madihah yg menderita ekzema sejak umur 2 bulan hingga sekarang dia telah berumur 2 tahun 2 bulan. Maknanya, 2 tahun lah dia menderita ekzema nih. Saya dah pun ke hospital pakar untuk dapatkan rawatan lanjut, tapi cuma krim steroid, pelembap & ubat selsema yg diberikan. sampai sekarang Madihah dah imun dengan ubat2 hospital yg diberi.. w/pun disapu/diberi ubat dia masih gak gatal setiap mlm, x leh tido, menggaru-garu seluruh badan, menangis, marah2..
Replysy pernah mencuba rawatan homeopati & Transfer factor(bukan dlm waktu yg sama), tetapi tindakbalas kedua-dua rawatan tersebut berlaku sgt teruk (naik bisul-bisul kecil bernanah) membuatkan Madihah lebih menderita. Tak tahan melihat keadaan dia, saya menghentikan kedua-dua rawatan tersebut.
Sy telah membaca testimoni Aisyah, Addin & Nasa juga Azzalea. Saya amat berminat untuk mencuba ESP dan mealshake, tetapi saya takut perkara yg sama (semasa mencuba homeopati & TF) berlaku. Oleh itu, sya nak tanya kepada yg lebih berpengalaman.. bagaimana healing process (jika consume ESP & mealshake)?
Sekian, terima kasih. harap ada yg sudi membantu Madihah. Tawakkal kepada Allah.
Healing crisis hanya berlaku jika kekurangan air utk proses pemuliharan. Pastikan anak mengambil air yang secukupnya. Apabila air kurang, darah menjadi pekat. Toksid mungkin akan dikeluarkan secara kasar melalui bisul dan nanah. Selain pengambilan esp dan mealshake yang boleh membantu, perlu juga kerap mandikan anak untuk turunkan suhu badan anak ekzema supaya mereka sentiasa selasa.
Reply