Apa yang ibu menyusu @ Bf moms perlu makan?

"Think of breastfeeding as continued motivation to follow the healthy diet you followed during pregnancy. Focus on eating whole grains such as brown rice and cereals, fresh fruits and vegetables, and foods that provide plenty of protein, calcium and iron (and, as always, an occasional treat is fine). " Babycenter


6 bulan menyusukan bayi secara eksklusif adalah satu jangka masa yang singkat. Masa itulah yang paling berharga sebenarnya buat ibu-ibu yang menyusukan anak. Kenapa? Kerana kita yang menentukan apa yang masuk ke dalam badan anak kita. Selepas itu, bayi kita sudah mula mengenal makanan solid lain yang mungkin mempunyai banyak zat tetapi juga terdedah kepada pelbagai risiko lain seperti keracunan dan tercemar juga isu halal haram. Malah ada pula bayi yang menjadi pemilih membuatkan penyediaan makanan sesuatu yang hampir sia-sia kerana langsung tidak dijamah oleh bayi.

Ini sedikit sebanyak akan meresahkan ibu kerana ibu sememangnya hendak yang terbaik buat anak mereka. Salah satu langkah yang mampu kita lakukan adalah pastikan kita tetap meneruskan penyusuan badan dan diri kita sendiri mengambil makanan tambahan supaya khasiatnya dapat disalurkan kepada bayi kita. Jadi tempoh yang paling kritikal dan mampu membawa perubahan untuk anak kita adalah sepanjang tempoh penyusuan 0-2 tahun terutama kalau kita menghadapi anak yang terlampau memilih dalam pemakanan (picky eater)

Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi dan ibu digalakkan menambah sumber zat besi ke dalam makanan pertama si comel seperti ikan bilis. Maka, pengambilan multivitamin dengan zat besi membantu si anak membesar dengan baik.

Pengambilan B-Complex juga penting bagi saraf dan berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga secara tak langsung bantu menurunkan berat badan, memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, satu rumah bahagia. Bila ibu moody, haru biru la rumahkan.

Tahu tak para ibu, alfalfa merupakan penggalak susu? Dalam penyususan, alfalfa boleh membantu memekatkan susu dengan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu akan lebih yummy dan lemak berkrim. Malah ia membantu proses pelawasan dan buang angin dari badan, maka bayi pun kurang kolik.

Supaya bayi kita cukup kuat untuk melawan menyakit, mereka perlukan vitamin C. Vitamin C penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi. Jika ibu mengamalkannya kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu akan meningkat, insyaAllah.

Kalsium yang kita ambil setiap hari pula perlu dibahagi dengan keperluan diri dan bayi. Kepentingannya adalah untuk tulang dan gigi yang sihat. Kalau badan kita kekurangannya, kita akan merasa keletihan melampau, sakit belakang dan sakit di telapak kaki. Kalau bayi kita kurang kalsium, gigi dia mudahlah rosak dan badan pun taknak naik. Vitamin D pun penting sehingga kalau bayi kita kena kuning, disarankan untuk berjemur di bawah cahaya matahari pagi, untuk dapatkan vitamin D nilah.

Protien pula diperlukan untuk membina sel. Dari sel inilah terbentuknya organ. Dari organ akan terhasilnya sistem. Betapa pentingnya protien untuk pembentukan janin kepada bayi semasa mengandung. Dengan terus mengambil protein, ia membantu penghasilan susu ibu yang terbaik bagi anak yang sedang disusukan.

Jadi supaya tidak menyesal kita kenalah melengkapkan badan kita dengan zat-zat yang baik supaya mampu menyalurkan khasiatnya kepada anak kita dan menyumbang kepada tumbesaran yang optima.

Untuk cadangan supplemen klik sini


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.