Vitamin Shaklee untuk kuruskan badan

Sejak balik dari mengikut suami outstation, saya dapat merasakan badan saya tambah berisi. Walaupun bila ditimbang naik +- 1kg tp bila tengok cermin nampak muka tembam ja. Perut pun ke depan lebey, cam pregnant berapa bulan tah. Oh tidak, sudahlah weekend ni ada award night untuk pencapaian dalam Shaklee. Jadi, kalau sebelum ni saya hanya mengambil vitalea, lecithin dan alfalfa untuk tujuan menjaga berat badan, kini saya up lagi.

Dalam program slimming/detox terdiri dari herb lax, lecithin dan alfalfa. Ketiga-tiga ini membantu dalam proses percernaan dan detox. Jadi saya pun tambah herb lax dalam senarai supplement saya.

Untuk membantu diet saya juga, saya akan displinkan diri mengambil cinch shake mix dan energizing soy protein. Sebenarnya cinch shake mix dan herb lax tak disarankan untuk ibu menyusu anak kerana khuatir anak akan cirit birit. Namun, dari pemerhatian saya, anak saya yang berusia 15 bulan tu, tak ada mendapat kesan-kesan sampingan dari slimming series yang saya baru mulakan ini.

Fungsi Cinch Shake Mix bukan sekadar memberi rasa kenyang. Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi leusina ini akan membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Ini bermakna, hasilnya nanti badan akan berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Namun, untuk ibu menyusu di luar sana, jika ada kekhuatiran boleh ambil energizing soy protein untuk menggantikan cinch shake mix. Saya sendiri telah mengalami kesan positif dengan pengambilan ESP secara teratur semasa Ramadhan tahun lepas. Memang time raya tu, rasa best dan orang perasan perubahan diri yang kembali maintain selepas melahirkan anak kedua.

Ramai yang bertanya tentang Shaklee slimming series k. Sebernanya Shaklee weight management mengajurkan Cinch sebagai solution. Namun, kami memberikan pilihan yang lain bergantung kepada budget dan situasi anda.

Antara produk yang membantu dalam program diet adalah seperti
-Cinch Shaklee Mix
-Cinch Energy Tea Mix
-Energizing Soy Protein
-Lecithin
-Alfalfa
-Herb Lax
-Fiber
-Vitalea

Banyakkan? Bukan semua anda perlu ambil. Ia bergantung kepada keadaan kesihatan dan berat anda juga. Antara senario dan cadangan supplement seperti:

Jika anda tidak gemuk, cuma sekadar nak maintain berat badan ideal, saya mengesyorkan

  • Alfalfa, Vitalea dan Lecithin.
Jika anda sudah agak berusia, mengalami pertambahan berat badan yang serius, berisiko untuk diabetis dan mempunyai tahap kolestrol yang tinggi, cadangan saya
  • Alfalfa, Fiber dan Herb Lax
  • Tambahan Vitalea dan Lecitin jika berkemampuan
Jika anda nak kurangkan berat badan tapi sukar mengawal nafsu
  • Lecithin dan Cinch Shake Mix
Jika anda ibu menyusu dan hendak kurangkan berat badan, pilihan yang ada mengikut budget
  • Set B
  • Set B + ESP
  • Set B + ESP + Lecithin
Kalau anda tak ada masalah budget, silalah beli semua senarai di atas. :D.






- Posted using BlogPress from my iPhone

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

2 comments

Write comments
May 31, 2011 at 11:58 AM delete

mcm ne kalau saya amik herba lax,alfafa dengan lecithin? tak leh kurus gak ke?

Reply
avatar
June 1, 2011 at 11:18 AM delete

aida-mysara,

Semua tu adalah good and natural detox. InsyaAllah membantu buang lemak2 yang dah terkumpul dan membantu pelawasan.

Reply
avatar