Bagaimana merawat ekzema

Ekzema bukanlah satu perkataan yang asing terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang mempunyai masalah kesihatan ini. Ekzema dikatakan penyakit keturunan namun masih boleh dirawati. Bacalah pengalaman k ann di bawah tentang amalannya bagi mengatasi masalah ini.

Ramai yang tidak sedar bagaimana mereka boleh mendapat penyakit ini.Melalui fahaman ibu dari ilmu yang diberikan oleh doctor Haizam, Penyakit
1. resdung 2. alergik 3. ekzema 4. gegata 5. Ashma.....Lima penyakit ini dikenali sebagai penyakit 5 serangkai. Apa yang dimaksudkan pula dengan 5 serangkai?Ia bermaksud, sekiranya individu A mempunyai masalah mengidap resdung dan berkahwin dengan individu B yang mempunyai masalah ashma, anak mereka mempunyai kebarangkalian untuk mendapat salah satu atau mana-mana dari lima penyakit dalam 5 serangai ini.

Maka dalam kes ibu yang mempunyai masalah alergik , anak2 ibu Addin dan Nasa ibu dapati kalian mempunyai masalah eczema dan gegata.
Mereka ini sangat sensitif pada:
-perubahan cuaca,
-tekanan emosi,
-hama,
-alahan terhadap sesetengah makanan atau
-perubahan cuaca yang cukup ketara.

Namun ibu yakin ianya boleh sembuh sepertimana yang ibu lalui sekarang. Jika dahulu, ibu tidak boleh langsung makan apa jua juadah yang dimasak oleh mak ibu dalam bentuk seafood, mulalah kaki berkudis dan bernanah. Tapi kini alhamdulillah, sudah berubah dan ibu tiada masalah untuk makan segala macam makanan laut termasuklah umai :).Ibu yakin ianya boleh sembuh dengan pengambilan makanan yang betul dan beberapa keperluan lain yang perlu dititikberatkan.

Apakah makanan yang membantu mengurangkan keradangan ekzema dan waktu yang sama menyembuhkan?
Melalui pembacaan ibu selama 10 tahun dalam bidang supplement, mereka yang berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat.

Bagaimana pula nak dapatkan sel yang sihat dan mampu menyerap semua nutrien yang kita perolehi dari makanan harian?
Pengambilan makanan yang seimbang sangat membantu. Protien sangat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protien yang bagus adalah bersandarkan protien dari tumbuh-tumbuhan berbanding dengan protien haiwan. Ini kerana protien haiwan sangat tinggi dan berat untuk di proses oleh tubuh.
Ini juga melalui pengalaman ibu sendiri apabila ibu dapati seafood seperti udang, kerang, ketam adalah makanan yang mempunyai kandungan protien yang sangat tinggi dan boleh mengganggu sistem pertahanan badan ibu yang mempunyai masalah alergik.

Ibu dapati sejak ibu mula mengambil ESP sebagai makanan tambahan pada tahun 2001 dulu, kulit muka yang mudah ditumbuhi jerawat dah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kaki ibu yang mudah berkudis apabila makanan laut pun sudah banyak berubah dan tidak menunjukkan kesan seperti sebelum consume ESP.
Ibu membuat kesimpulan bahawa ESP Shaklee banyak membantu tubuh ibu menghasilkan sel yang sihat.

Begitu juga dengan keadaan Addin dan Nasa yang mempunyai masalah gegata dan ekzema.
Ibu akan pastikan mereka ini minum Energizing Soy Protien (ESP) dengan bancuhan Performance Drink (PD) untuk 1-3 kali sehari dengan bancuhan yang moderate iaitu tidak terlalu pekat mahupun tidak terlalu tawar.
ESP sangat membantu mengurangkan masalah yang mereka alami, alhamdulillah.

Sepanjang penyusuan dulu mereka tidak pernah mempunyai masalah ini kerana ibu memastikan akan minum ESP 2-3 kali sehari demi memastikan susuibu cukup bernutrisi untuk mereka. Penyakit ini mula nampak apabila mereka sudah mula mengambil susu formula. Ini ketara protien yang terdapat dalam susu formula adalah bersandarkan protien haiwan. Apabila mereka kurang mengambil susu formula, simpton penyakit mereka juga berkurang dengan nyata.
Memang tidak dinafikan mereka sensitif dengan protien haiwan seperti telur ayam, udang, ketam dan apa jua makanan laut yang berprotien tinggi kecuali ikan. Mereka juga cerewet dalam memilih makanan seharian. Ibu sendiri tidak akan memasak kepada sesuatu yang boleh mengganggu taraf kesihatan mereka.

Ibu juga memastikan mereka mandi dengan sabun yang boleh memberi kelembapan kepada kulit mereka. Mereka tidak boleh menggunakan sebarang sabun mandi dikhuatiri akan menyebabkan kulit mereka kering seterusnya mengakibatkan kegatalan.
Ibu akan memastikan mereka ini minum air masak setiap hari. Bukan mudah untuk melaksanakannya. Ibu dan abah mencari alternatif agar mereka suka minum air masak dimana antaranya ialah dengan membeli air mineral dalam botol yang unik serta mempunyai daya tarikan untuk mereka minum.
Menyediakan supplement agar badan mereka dapat menghasilkan sel yang sihat.

Antara supplement yang ibu perkenalkan kepada mereka ialah :
Abang Addin
Meal Shake
Energizing Soy Protien (ESP)
Performance Drink, PD
Vitalea chew
Vitamin C chew (100mg)
Omega Guard (penting untuk DHA)

Nasa
Meal Shake
Energizing Soy Protien (ESP)
Performance Drink, PD
Omega Guard (penting untuk DHA)

Alhamdulillah setakat ini ibu sentiasa memantau keadaan mereka. Pengambilan supplement sangat membantu.lebih lanjut tentang ESP (protin shaklee), sila klik label ESP

Diharap pengalaman k ann boleh dijadikan contoh dan menjawab persoalan ibu2 diluar sana. ESP ini boleh diperolehi pada harga ahli iaitu 15% off. Hubungi saya untuk pesanan.

Credit to k ann dan k cerry.



- Posted using BlogPress from my iPhone

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.