Tertekankah kerjaya seorang ibu?

Kebanyakkan kita nak jadi supermom betul tak? Sama ada yang bekerjaya atau suri rumah tangga. Kita berusaha bersungguh sungguh jaga makan minum keluarga malah terpaksa pula menangani expectation dari orang luar. Selepas berhempas pulas demi orang tersayang dan demi company tercinta, kadang2 kita juga yang STRESS. Jadi, mahu tak mahu, kita kena deal with it. Belajar macam mana nak tangani stress supaya hidup lebih bermakna dan lebih sihat.

Macam mana nak buat tu. Cuba tips di bawah ini:


1. Kenal pasti punca stress
Mungkin ianya masalah rumah tangga, konflik di office, jadual harian yang ketat atau ada keluarga rapat yang tengah sakit. Bila dah kenal pasti tu, cuba kawal tekanan tersebut sebaiknya.

2. Setkan masa rehat peribadi
Tak payah lama-lama. Cuba dalam 10 minit sahaja. Duduk dan bernafas dengan betul. Pernafasan yang betul, boleh bantu kembalikan kadar jantung dan pernafasan ke tahap normal. Jadi bolehlah hilangkan kekusutan tersebut.

3. Makan makanan yang baik
Penting ni kerana makanan yang baik dan berkhasiatlah membina badan kita supaya dapat menangkis tekanan yang lebih besar.

4. Cuba dapatkan tidur secukupnya

5. Senaman
Banyak fungsi senaman ni walaupun hanya senaman ringkas. Contohnya bagi yang stress disebabkan kegemukan, bersenam dapat membantu kita mengawal selera makan dan membakar kalori supaya dapat berat badan ideal. Bersenam juga dapat mengurangkan perasaan bimbang, seterusnya membantu meningkat kembali produktiviti sekaligus menangani tekanan dengan lebih baik.

6. Ambil supplement
Makan dah makan tapi mungkin zat yang diserap tak mencukupi untuk badan berfungsi seoptimum yang mungkin. Jadi, tambahkan diet harian dengan multivatimin yang berkualiti.

7. Berdoa dan berserah pada yang Esa
Selepas semua usaha dah dibuat, barulah kita boleh bertawakal kepada yang Esa. Yang pasti, semua tekanan itu hanyalah ujian dari Allah kerana Allah sayangkan hambaNya dan mahu kita sentiasa mengingatiNya.

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.