Kenapa cari tepung gandum unbleached?

Sejak beberapa tahun ni saya asyik dapat senarai jenama makanan yang perlu dan tidak perlu dibeli. Antara produk yang hot adalah tepung gandum. Mak saya sampai takut nak makan kuih sebab tak nak makan tepung gandum yang dicuci dengan peluntur dan mungkin mengandungi dna babi.



Apa isu tepung gandum yang hot sebenarnya ni?


Disebabkan malas nak layan peronoid mak saya, saya pun buatlah research untuk nak share dengan dia. Rupanya ada kebenarannya juga. Ia bermula bila Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mendedahkan isu hangat ni. Menurut PPIM, tepung gandum yang dibawa masuk Malaysia adalah dari gred rendah iaitu yang kurang sesuai dimakan kita.

Warna dah tak elok. Jadi para pengeluar tepung gandum pun mengambil jalan singkat dengan mencuci dengan bahan kimia peluntur Benzoyl Paroksida @ BENZOYL PEROXIDE.





Benzoyl Peroksida ni tujuannya nak cuci tepung hingga akhirnya tepung akan kelihatan putih gebu kembali. Macam fungsi klorox pada pakaian kita. Makanya, bila dah dicuci sebegitu, banyak nutrisi hilang sekali. Rugilah kita makan tanpa sebarang nutrisi. Sudahlah benzoyl peroxide boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya, nutrisi pun tarak.

Kesan Benzoyl Peroxide - Sumber

Mengikut peraturan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia ) makanan perlu mengandungi kandungan nutrisi tertentu. Maka para pengeluar tepung pun menambah beberapa vitamin. Ini dipek dan disebut 'enriched' flour . Malangnya sebab nak kurangkan kos lagi, dikatakan vitamin b yang ditambah itu bersumberkan babi sebab ia lebih murah. Kesian kesian kesian.. Tapi saya mushkil la sebab tepung ni masih lagi mendapat halal dari jakim. Jadi part dna babi ni saya tak pasti.

Kalau nak tau ulasan dalam berita ada di link ni "Tepung Gandum Bahan Peluntur" dan saya juga copy paste balik di bawah.


Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.
Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual kembali di Malaysia.


Bagi memutihkan kembali warna tepung itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.

Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan thiamin atau Vitamin B1.


Thiamin bersumberkan bijiran mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur (bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).



“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan.

“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya yang ditemui baru-baru ini.


Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.

“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada penyakit kencing manis, arthritis dan gout.


“Selain itu, kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.



Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.



“Selain daripada meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih disebabkan bahan kimia,” katanya.

Juga ini video kenyataan pegawai PPIM mengenai isu ni.




Jadi, apa yang perlu kita buat?



1. Check label tepung gandum bila nak beli.

2. Pilih yang ada tulis unbleached flour @ tanpa peluntur.

3. Pastikan tiada kandungan benzoyl peroxide.

4. Pastikan ada halal jakim.

5. Pilihlah makanan yang kita nak makan dan beli tu. Pastikan sumbernya.

Macam mana nak tau kalau kuih yang kita makan tu dari tepung brand apa? Tanyalah makcik tu atau paling afdal buat kuih sendiri dengan tepung gandum yang kita yakini. Paling tidak, sebagai langkah pencegahan terhadap penyakit merbahaya, ambillah suppelemen anti oksida yang melawan punca kanser seperti vivix dan vitamin c. Sebab tu ramai orang terpaksa ambil supplemen sekarang sebab makanan sudah tak terjamin nilai kesihatan dan kebersihannya.





ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

3 comments

Write comments
May 23, 2015 at 2:22 PM delete

Bagusnya info ni.. Zarith memang sangat concern bab pemilihan makanan termasuklah tepung. Tu kalau shopping memang lama dok baca ingredients huhu

Reply
avatar
May 23, 2015 at 5:36 PM delete

Sekarang ni semua kena concern.. macam2 sgt dok ada. Bagus betul Zarith. :D

Reply
avatar
Muhaimin
AUTHOR
October 3, 2016 at 10:12 AM delete

krisis yang tak disedari kita semua

Reply
avatar