6 makanan penting untuk pesakit kencing manis

Memandangkan pesakit kencing manis kena hati-hati dalam pemakanan supaya kandungan gula tidak terlampau tinggi hingga boleh mengakibatkan komplikasi dan kesan buruk untuk jangka masa panjang, sini saya senaraikan 6 makanan terbaik untuk pesakit kencing manis. 6 makanan power ini bukan saja penting, berkhasiat secara semulajadi malah membantu pesakit kencing manis mengawal kandungan gula. Itu yang kita cari !

Peria katak antara makanan yang disyorkan dalam diet pesakit kencing manis

Seriously, tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi. Jangan over walaupun sedap dan susah nak stop!

Mengapa perlu kurangkan karbohidrat? Macam mana pengambilan korbohidrat yang berlebihan menyebabkan kencing manis? Apa pula fungsi insulin dan kaitan dengan kencing manis. Video ni ada jawapannya.


Klik : Supplemen yang membantu fungsi insulin

Kurangkan kalori dalam memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum penuh, roti serat tinggi(wholemeal) dan beras tanpa kanji. Jika buntu, ikut petua makan yang saya nak beri atau jumpalah pakar pemakanan untuk mendapatkan bantu susun diet harian. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes atau kencing manis. Ini 6 super foods for diabetes iaitu 6 makanan yang selamat dan terbaik untuk pesakit kencing manis!
 
Susu

Susu dengan kandungan yang mempunyai kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg kalsium lengkap dengan vitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. Jadi, amalkan minum susu. Jika tak suka, jangan tinggal supplemen kalsium yang bagus seperti Ostematrix yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium yang sangat membantu untuk pesakit kencing manis.



Salmon 

Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin yang penting untuk pengidap kencing manis. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D. Omega Guard yang kaya dengan asid lemak omega 3 iaitu DHA dan EPA adalah pilihan bijak pesakit diabetes di samping salmon yang lazat ini.



Sereal atau Oatmeal

Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi dan rendah gula, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. Amalkan setiap hari sebagai sarapan berkhasiat. Kalau tidak pun, selang selilah oat dan roti gandum penuh selain mee goreng dan nasi lemak yang sinonim dengan rakyat Malaysia.


sereal oat makanan yang bantu pesakit kencing manis



Blueberry

Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.

Brokoli 

Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah. Supplemen Shaklee yang membantu menjaga saluran darah adalah Vitamin E.




Bawang Putih

Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis. Garlic Complex adalah altenatif orang yang susah benar nak telan bawang putih seperti saya. 


Jangan risau, banyak lagi makanan selain 6 makanan untuk pesakit kencing manis di atas. 


5 MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN PESAKIT DIABETES

> Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.

> Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.


> Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya.


> Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. 


> Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 


5 TIP BERGUNA UNTUK PESAKIT DIABETES

1. Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 

2. Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.

3. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 

4. Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam. 

5. Kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 


Tahu tak? : Anda boleh elak komplikasi dengan meningkatkan fungsi insulin dan pankreas anda!
vivix untuk diabetis
Kawal paras gula sebelum terlambat!

Kalau anda tidak mahu kaki dipotong, makan ubat like forever dan kebas sampai sukar nak pijak lantai ! -- >> Ambil tahu bacaan gula anda dan sentiasa kawal pemakanan!

Tolong jangan ambil mudah! Bacaan gula yang mendadak naik boleh menyebabkan banyak komplikasi yang anda tak mahu bayangkan pun. Kesiankan keluarga yang bergantung pada anda. Kongsikan info ini jika berguna! Amalkan pemakanan sihat dan ambil supplemen untuk penjagaan kesihatan sejak awal.


pengedar shaklee
Pengedar Supplemen Untuk Bantu Kawal Gula

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

3 comments

Write comments
April 9, 2016 at 7:12 PM delete

bestnya tips nie... n senarai makanan yg mereka boleh makan pun ada bnyk..

paling best adalah vivix tu...mmg takkan menyesal bila amalkannya... :)

Reply
avatar
October 16, 2016 at 6:05 AM delete

wah !! tips diabetes lagik !! nanti saya share link kat mak mertua.. beliau ade masalah diabetes.. hee~ thanx !!

Reply
avatar
December 8, 2016 at 12:21 AM delete

terima kasih untuk tips kencing manis ni :)

Reply
avatar