Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Minuman sihat tanpa gula tiruan semasa berpuasa di bulan Ramadhan


Masa qada puasa, inilah minuman pilihan Ida waktu berbuka. Selepas sebulan habis stok, akhirnya sempena nak masuk Ramadhan ni stok Performance Drink ada balik. Yeah, Alhamdulillah. PD ni minuman yang sangat sesuai dan sihat sangat bagi orang berpuasa tau..





Nak bancuhnya senangnya. Tak payah gula lansung sebab dan ada sweet sikit2 tu. Rasa oren yang sedap.







minuman tenaga tanpa gula untuk berpuasa
Performance Drink Shaklee





Ida selalu bancuh guna air sejuk. Letak ja PD 1-2 sudu dah siap. Senang.





Nak berbuka, nak sahur nak minum sepanjang malam pun boleh.










minuman untuk berpuasa
Cara bancuh performance drink yang sebenar










Walaupun sebenarnya ia dicipta untuk orang bersukan, in fact siap pernah dibawa naik ke angkasa lepas oleh angkasan US, kita di Malaysia ni bolehlah minum untuk menyambut Ramadhan pula.




Supaya gula terjaga dan masa terawih tu maintain ja. Selalu time berbuka ni, macam2 air la kita teringinkan.. Tebu, jagung, abc, cendol.. semualah.. Aduh.. Sekali sekala boleh.. tapi kalau sampai sebulan minum tu.. haha jaga2 laaa gula naik tau.





Jangan ingat yang muda tak boleh tinggi gula. Sebelum terkena, lebih baik berhati-hati. Terutama kalau keturunan memang ada kencing manis.







minuman tenaga untuk berpuasa
Sejarah dan Rekod yang dicipta Performance Drink Shaklee


Oleh kerana Performance Drink dicipta oleh atlit bagi mengekalkan eloktrolit di dalam badan, sampaikan angkasawan pun minum masa di angkasa lepas, sesuai sangatlah PD diminum sebelum kita berpuasa. Supaya eloktrolit dan cecair dalam badan sentiasa cukup dan tidaklah kita kering dahaga sangat. Ibu menyusu pun Ida syorkan ambil. Supaya bekalan susu tidak terjejas semasa berpuasa.




Bestkan? So nak order cepat2 hubungi Pengedar Shaklee ni ya. Pos ke 1 Malaysia pun boleh. Cepat, sebelum ketandusan stok Performance Drink.




Pengedar Shaklee Minuman Tenaga Performance Drink Setia Alam
Pengedar Minuman Tenaga Performance Drink








4 Tip Mudah Ajar Anak Berpuasa dengan Berjaya

Nazhan dapat puasa 27 hari tahun lepas masa darjah 2. Masa darjah 1, puasa separuh hari ja. Ke sekolah ja tak makan, sebelum p dah makan siap2. Tahun ni, insyaAllah akan latih Iris pula di usia 6 tahun.

Mungkin anak orang lain berpuasa jauh lebih muda lagi. Sebelum nak mula puasa, kami usaha dulu nak bagi faham konsep puasa, menahan diri dari lapar dan dahaga, nak mengingati orang yang miskin dan susah, waktu berbuka & sahur dan ganjaran pahala selain bonus dari abah. 

Sebab lambat nak faham tu yang lambat juga anak anak kami mula berpuasa. Bila tahu sebab kena berpuasa dan ganjaran yang bakal dapat barulah anak2 lebih terbuka dan dapat terima ibadah puasa dengan hati yang lapang.

4 TIP Yang Kami Amalkan Untuk Mudahkan Puasa Anak2.

cara-ajar-anak-puasa
Idea untuk bagi anak lebih gembira ketika berpuasa

1. SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN dan BERSAMA-SAMA

Sediakan makanan kegemaran, ringkas dan beri tenaga secukupnya semasa sahur. Contohnya nasi dengan ayam, telur, ikan goreng ja. Anak-anak saya tak gemar lauk berkuah semasa bersahur. 

Roti sapu coklat juga boleh kalau masa tak cukup. Paling membantu adalah susu. Susu juga saya tambah dengan Meal Shaklee yang ada serat dan protin untuk beri rasa kenyang dan multivitamin yang menyihatkan.

Waktu berbuka kali ni, bolehlah minta tolong Iris bantu. Mesti dia lebih excited nak berbuka lauk yang ada touch dari dia sendiri.

Sediakan juadah berbuka bersama


2. CERITA PASAL TUJUAN PUASA DAN ISTIMEWANYA RAMADHAN

Selalu anak mesti tanya kenapa tu kenapa ni? Jangan marah sebab kita sendiri pun tak suka disuruh tanpa tau tujuan. Bila tau kenapa, kita lebih hargainya.

Jadi saya ceritalah tujuan berpuasa adalah untuk merasa bagaimana orang susah di negara lain yang sukar mendapat makanan dan betapa kita kena bersyukur ada makan banyak dan tidak boleh membazir.

Jadi kenalah juga tunjuk teladan terutama masa berbuka. Jangan mewah sangat, cukupkan setakat macam mana biasa kita makan dan extra kuih sahaja.



Bercerita tenang bulan puasa pada anak-anak bagi diorang excited !



3. CERITAKAN PASAL GANJARAN dan FAEDAH BERPUASA

Kami kongsi juga masa berpuasa ni Allah nak suruh mulut dan anggota kita rehat. Kalau dah penat, rehat. Jangan cari gaduh. Jadi kuranglah sikit percakaran macam anjing kucing sebab penat itupun kalau hari panas dan kurang minum air pada malam.

Kalau semua cukup, ketahuilah anak-anak kita insyaAllah lebih cergas dan segar dari kita walaupun baru kenal puasa. Nak flat pun hujung2 waktu berbuka tu ja. Jadi malam hari, jangan lupa pesan untuk minum air kosong atau Performance Drink banyak-banyak supaya tak dahaga sangat semasa berpuasa.

Apa ganjaran yang anak akan dapat jika dapat berpuasa dengan baik? Mestilah PAHALA dan Syurga untuk mereka jadi mereka kenalah tahu pasal ni juga. Kami juga bagi upah duit raya untuk bilangan hari yang berjaya puasa!

Bagi yang suka main gadget tu, ha ajar sekali zikir guna apps. Cukup zikir atau baca juz Amma, baru dapat main game. Lagi menarik, sediakan sijil macam di atas tadi bila dah tamat bulan Ramadhan.



Timbulkan minat pada Ramadhan


4. KENAL WAKTU DAN SOLAT BERSAMA-SAMA

Kalau selama ni Iris tak pernah bangun Subuh, bulan Ramadhan ni bolehlah introduce pada dia. Kalau sebelum ni asyik tanya "what we going to solat now", "is it night already" walaupun tengah hari rembang, semoga lepas ni dah boleh notice sendiri, waktu2 solat dan perubahan waktu sehari. 

Imsak adalah waktu yang baru untuk dikenalkan. 

Jika berkesempatan, lepas Maghrib kami akan ke masjid untuk solat Isyak dan Terawih di masjid. Suasana di masjid tu budak mana yang tak suka. Bila kita beritahu, kawan-kawan ni ramai yang berpuasa juga, mesti diorang pun teruja nak terus berpuasa. 

Namun, yang ada kekangan seperti anak masih kecil, solat berjemaah anak beranak di rumah pun boleh. Utamakan keselamatan dahulu. 


Bantu Anak dan Keluarga untuk Kekal Cergas


Sempena Ramadhan ni, supplemen yang sangat jadi favourite sekeluarga adalah 


  • Performance Drink yang kami suka minum sepanjang malam, dibancuh sejuk dan letak dalam peti ais. 
  • Lecitin pula bantu kawtin balik apa yang terlebih makan semasa berbuka dengan bantu memecahkan lemak2 degil jadi molekul yang lebih senang diangkut keluar. Lecitin ni juga sangat berguna sampai bulan Syawal :D .. Ops boleh tengok tip kurus semasa berpuasa kalau yang ada target begini.



Set Ramadhan Shaklee untuk anak dan keluarga
Harga Set Ramadhan adalah RM 422

Yang cepat order hari dan esok 28hb Mei, dapat hadiah percuma VITAMIN C lagi berharga RM92. Best gila !

Lagi Tip untuk ibu bapa bantu anak mudah dan berjaya berpuasa


Tip Mudah Ajar Anak Berpuasa

Jangan lupa amalkan Tip dan Cara Mudah Ajar Anak Berpuasa dan bantu mereka sihat dan cergas dengan Set Ramadhan Shaklee.


Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

9 Tip Bantu Kurus Lebih Cepat Di Bulan Puasa

Berpuasa membantu kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga di siang hari. Yang bestnya, ramai yang berjaya turunkan berat dan kurus menjelang hari raya. Jadi, macam mana mereka ni berjaya puasa dan kurus sedangkan ada yang gagal dan bertambah berat? Apa rahsia mereka?


Ya, ini saya pecahkan rahsia kurus lebih cepat di bulan puasa. Tak susah, senang ja pun. 


9 Tip Kurus Cepat di Bulan Puasa

1. Kenali metabolisme kita

Ada orang yang makan banyak pun tak apa, badan cergas bertenaga dan maintain kurus. Maknanya kadar metabolisme tinggi. 

Ada yang makan biasa tapi susah nak turun atau maintain berat badan ideal. Jadi mereka yang jenis ni kadar metabolisme rendah. 

Tahu tak ada makanan tertentu yang secara semulajadi membantu meningkatkan metabolisme kita. Ini cadangan saya anggur, epal, almond, green tea, bayam dan yogult rendah lemak serta serbuk rempah ratus seperti serbuk kari dan kayu manis. Selain tu, boleh ambil supplemen seperti B Complex yang bantu meningkatkan kadar metabolisme di mana membantu proses menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih efisyen. 


2. Awasi gula, minyak dan lemak


Kata nak kurus.. Makanan yang tinggi gula, banyak minyak dan lemak akan buat diet kita fail. Matlamat nak cepat kurus kita confirm gagal. Baju kita tempah akan sendat. Jadi, agak-agaklah ya. Berita baik, makanan tak berminyak, kurang lemak dan kurang manis juga sedap dan mengenyangkan.

3. Lewatkan sahur


Melewatkan sahur memberi kita lebih pahala. Baikkan Allah pada hambaNya. Jadi rugi kalau tak rebut. Malah, ia bantu kita kenyang lebih lama. Jadi tak adalah kita kebulur dan berbuka puasa mengikut nafsu sangat. Pilih menu sahur yang low G.I seperti minuman protein ESP yang bantu lepaskan gula perlahan jadi kita kenyang dan bertenaga lebih lama. Perut pun tak menggelegak lapar dan ESP turut mengurangkan simptom gastrik dengan berkesan.



4. Hadkan pengambilan air manis


Air manis buat kita lebih dahaga. Bila berbuka hadap lagi air manis. Tambah lagi gula dalam darah. Saya minum juga tapi tak banyak. Walaupun berbuka dengan air manis, selepas tu saya banyak minum air kosong dan Performance Drink sahaja.


5. Saiz Hidangan


Untuk diet, ideal saiz hidangan kita adalah segenggam nasi, setapak tangan protin ayam, daging atau ikan dan separuh pinggan sayur. Ini untuk yang nak kuruskan badan ya. Untuk kanak-kanak yang sedang membesar lain.



6. Berbuka Puasa dengan Tenang


Jangan gelojoh. Kunyah lebih lama. Seeloknya 40 kali kunyahan. Ini membantu makanan lebih mudah dihadamkan. Ambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk makan hingga habis menu makan malam kita. Lebih afdal kalau berbuka dengan kurma dan air sekejap, solat Maghrib dahulu dan kembali untuk menikmati menu berbuka dengan lebih tenang. 

Ada orang yang tak suka buah tamar @ kurma. Hmm..selain sunnah nabi, ia makanan yang tinggi protein dan banyak serat. Sangat sesuai untuk membantu menurunkan berat juga. Jadi, belajarlah makan buah tamar ya. Mula dengan separuh atau sebiji dahulu. Ada macam-macam jenis tamar ni. Tak suka yang ini, kita cuba jenis lain pula. Pasti ada yang menepati citarasa kita.

7.  Ambil makanan bernutrisi

Waktu bulan puasa, kita makan kurang dari biasa. Macam kita berdiet turunkan berat jugalahkan. Amat penting kita pilih makanan yang bernutrisi supaya masa berpuasa kita tetap cergas dan tak flat. Jadi, masa berbuka hingga bersahur jangan hanya makan junk food dan fast food. Junk food dan fast food bukan saja tak berkhasiat tapi kalori tinggi. Buat tambah gemuk ja. Rugi rugi..

Selain bernutrisi tinggi, cinch shake sangat sedap dan bantu kurus lebih cepat juga!


8. Minum air secukupnya.


Minum air kosong 8 gelas sehari tidak lagi mustahil kalau kita boleh follow tip ini. 



9. Senaman


Eh tak laratlah bulan puasa nak bersenam. Tak posa pun tak buat. Kakaka !!! Jangan begitu.. Nak kurus tak? Nak tak? Apa kata, kita tawaf Pasar Ramadhan 18x tanpa membeli. Apa kata jalan kaki ke masjid untuk tunaikan terawih. Terawih pula dari 8 rakaat terawih kita up ke 20 rakaat. Pahala pun dapat. 



Tak sanggup? Ingat misi nak kurus dan cantik juga sihat di hari raya nanti! Ini semua sesuaikanlah dengan hidangan yang kita dah makan waktu berbuka dan more tu. Makan banyak, exercise banyak. Makan sikit, senaman minima ja.

Sekian, 9 Tip Bantu Kurus Lebih Cepat di Bulan Puasa ni!

By,
Ida Khairani 

Cara Nak Ganti Puasa Bagi Ibu Hamil

Semasa nak berpuasa, kita kena sahur. Tujuannya untuk kekuatan semasa berpuasa nanti. Macam mana kalau masih lagi lapar, penat nak tak bermaya. Apa cerita pula kalau ibu hamil yang ingin berpuasa? Makanan apa yang dapat bantu kita cergas dan kurang lapar semasa berpuasa?


Untuk membantu kita kekal cergas semasa berpuasa, tipsnya adalah

- Minum banyak air kosong semasa berbuka hinggalah waktu sahur.
- Tip : Anda boleh support dengan Performance Drink Shaklee yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan seterusnya mengurangkan dahaga.

- Ambil protein supaya kekal kenyang lebih lama. Makan sekurang-kurangnya 1-2 biji kurma sehari.
- Tip : Anda digalakkan minum ESP semasa bersahur supaya membantu anda kenyang lebih lama memandangkan ESP hanya membebaskan glukos secara perlahan di dalam darah.

- Ambil vitamin untuk bantu proses penghadaman makanan
- Tip : Vitalea membantu tindak balas kimia dalam badan dan B Complex membantu menukarkan makanan ke bentuk tenaga menyebabkan kita kekal cergas walaupun tidak makan sepanjang hari semasa berpuasa.

Betulkah vitamin Shaklee dapat membantu untuk ganti puasa ni? Mampukah ibu hamil berpuasa di kala sarat mengandung?


Puasa Tapi Tetap Bertenaga.. from iReach HD on Vimeo.

Walaupun berpuasa, pastikan rutin harian tetap dapat dilakukan seperti biasa. Banyakkan amalan sunat. Berpuasa bukan alasan untuk kita jadi tidak cergas dan banyak tidur. Ambil minuman secukupkan dan amalkan makanan tambahan untuk mengelakan rasa lapar dan penat semasa berpuasa. Namun, ibu hamil yang sangat tidak berupaya untuk berpuasa, Islam membenarkan ibu untuk membuka puasa dan menggantikannya di kemudian hari.


Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382

Atasi penat, gastrik, susu kering sepanjang puasa dengan ESP dan Set Puasa

Penat sangat..Lapar sangat..Susu merudum..semua ni keluhan biasa sepanjang bulan puasa biasanyakan. Namun, ramai yang telah konsisten amalkan ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee rasa sebaliknya. Alhamdulillah.. Kenapa ya ESP Shaklee ka puncanya? Selain dari kekuatan niat puasa tu sendiri, ESP bantu kita untuk kenyang lebih lama dan bertenaga. Kandungan yang tinggi protein soya semulajadi non GMO dengan asid amino lengkap membuatkan ESP Shaklee pilihan bijak untuk atasi gejala kebanyakkan kita yang berpuasa.

"Xla rs penat sgt...xla rs lapar.. Ok je..membuang pun bagus ", Sazila.

Ini feedback customer a.k.a ex schoolmateku, Sazila. Terima kasih kerana terus membeli dan memperkenalkan Shaklee pada rakan2nya juga.

Ramai yang konsisten ESP di bulan puasa dan dapat menikmati kesan yg menggembirakan..

  • Susu ibu masih maintain dengan rutin mengepam yg konsisten
  • Kulit lebih cantik & sihat
  • Atasi masalah gastrik


Tesimonial ESP Shaklee untuk puasa
Testimonial ESP Shaklee sepanjang puasa
ESP Shaklee memberi kesan baik bagi orang yang alami masalah gastrik dan perut mudah meragam. Malah ESP Shaklee adalah penyelesaian lengkap dan tepat bagi yang susah nak makan pada waktu sahur atau terjaga lewat. So, sekadar campuran resepi kesukaan ESP dan kurma sahaja sudah memadai untuk hari anda. Formula ni juga sesuai untuk yang nak turunkan berat badan dengan ESP Shaklee.

Tesimonial ESP Shaklee untuk puasa
Tesimonial ESP Shaklee untuk puasa




Selain dari ESP Shaklee, saya turun mengesyorkan Set Puasa ini. 


Gabungan Performance Drink + Energizing Soy Protein !

PERFORMANCE DRINK


√ dengan rasa oren yg sedap ni sesuai utk diminum semasa berbuka dan sepanjang malam termasuk waktu sahur..
√ Menyediakan tenaga karbohidrat bagi tubuh badan.
√ Juga kekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan, jadi kurang dahaga.

ENERGIZING SOY PROTEIN


√ dengan rasa soya asli dan boleh pula dicuba dengan pelbagai resepi istimewa utk lebih umphh..
√ memberi tenaga dan rasa kenyang.. 
√ Malah..hasilnya lebih dari tu..kulit lebih sihat dan cantik..insyaALLAh menjelang raya n after2..
√ Support pengeluaran susu ibu agar tidak merudum

Fuiyoo...mmg berbaloi .. DAN boleh dinikmati SEISI KELUARGA..termasuk anak setahun ke atas, ibu menyusu, ibu mengandung dan orang dewasa tak kira tua muda.

Siapa lagi perlukan bantuan set puasa yang mengandungi ESP Shaklee dan Performance Drink ni..Orang yang -->> -->>
Sering gastrik? Susu merudum semasa bepuasa? Cepat lapar dan dahaga? Sudah terketar ketar walaupun waktu berbuka masih panjang? ada anak kecil baru berlatih puasa? Lesu dan penat melampau..

So, dapatkan SET BERPUASA yg HOT ini sekarang juga sebelum KEHABISAN STOK pada bila2 masa sahaja!

Untuk order dan dapatkan tawaran resepi eksklusif selepas pembelian, 
PM Ida Khairani Ahmad atau
SMS nama ke 013 4882382
contoh SMS : Ida Khairani ke 013 4882382
atau boleh email order ke admin@mysupervitamins.com


Promosi Set Berpuasa dari Mysupervitamins
Promosi Set Berpuasa dari Mysupervitamins




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Minuman pilihan ramai untuk cuaca panas dan bulan puasa


Apa minuman favourite sepanjang bulan puasa ni? Air tebu? Air Kelapa?Air tembikai?.. Setiap hari mesti bertukar tukar menukan. Namun, mulakan berbuka dengan kurma atau air kosong dahulu supaya badan tidak terkejut selepas seharian berehat dari memproses makanan. Performance Drink juga menjadi pilihan ramai untuk berbuka dan minuman sepanjang malam kerana rasa orennya  yang sedap dan kelebihannya dapat dirasainya sehingga ketika berpuasa keesokkannya. 

Manfaat Utama Performance Drink dan sebab ia menjadi kegilaan ramai, expecially oleh ahli sukan, time berpuasa, panas, musim demam dan sebaginya

- Meningkatkan daya ketahanan badan: memberikan tenaga pada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yg hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot termasuklah jika latihan fizikal berpanjangan

- Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal : ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh. 

-Mencegah penyahhidratan : mengurangkan haus, cegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda

-Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dlm memelihara paras gula darah yg penting bg tenaga otot dan percepakan sembuhan akibat kecederaan otot.

Inilah dia rupanya..
Performance Drink
Shaklee Peformance Drink

Sumber

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal
Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Dapatkan yang Terbaik, Serlahkah yang Terbaik

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jadikan hari puasa anda lebih segar dan cergas dengan minuman tenaga Performance Drink. Sesuai diminum seisi keluarga.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Niat Puasa dan Tip Bersahur

Selamat Berpuasa semua pembaca Mysupervitamins. 


Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya. Pasangkan niat yang betul sejak dari mula supaya kita tidak lalai dan lupa tujuan utama kita berpuasa iaitu mendapai redha Ilahi. Semoga kita mendapat lebih dari sekadar lapar dan dahaga iaitu ganjaran kebaikkan di dunia dan akhirat. Penuhi hari-hari dengan amalan sunat dan jauhi perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. 


Harapan saya semoga Ramadhan kali ini mampu memupuk rasa cinta terhadap Allah yang selama ini tidak pernah lupa untuk menurunkan nikmatnya. Juga semoga Ramadhan ini dapat mengeratkan hubungan siraturahim saya dengan keluarga dan orang sekeliling termasuklah para pelanggan Mysupervitamins.




Niat puasa harian dan sebulan



niat puasa sebulan dan sehari
Niat puasa harian dan sebulan




Perkongsian Tip Bersahur



Semasa bersahur, makanlah makanan yang mengandungi kadar protin tinggi kerana pencernaan dan penyerapan zat menjadi lebih lama berbanding zat dari makanan berkarbohidrat tinggi. Minuman berprotin tinggi beserta multivitamin juga membantu untuk rasa kenyang dan stamina berpanjangan.




Cinch Shake Mix : Protein, multivitamin, leucine sesuai untuk diet menguruskan badan

Meal Shakes : Protein, multivitamin dan serat,  sesuai untuk kanak-kanak juga

Energizing Soy Protein: Protein dengan kalsium dan vitamin B sesuai untuk ibu menyusu




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Panduan untuk ibu menyusu di bulan puasa

Panduan untuk ibu menyusu di bulan Puasa






1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.

2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6. Makan banyak kurma.

7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

13. Pam susu sebelum sahur.

14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

16. Ambil milk booster jika perlu.
17. Elakkan terlalu penat.

18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

• Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

• Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

• Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

• Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

Sumber

Supplemen yang dicadangkan Mysupervitamins untuk berpuasa adalah Triple M dan Performance Drink

Ida Khairani
admin[@]mysupervitamins[.]com

Untuk stok susu EBM tambahan

Menjelang nak puasa ni, mesti ramai ibu yang gelisah pasal stok susu. Ada pula yg dah nak test susu formula untuk anak kerana risau susu kurang dan tak mampu nak buat stok.

Salah tu, sementara ada sebulan lagi, lebih baik try berpuasa dan mengepam. Cuba dapatkan stok susu lebih untuk persediaan Ramadhan. Malah di bulan puasa nanti, teruskan mengepam susu.

Kalau risau, badan penat, biasalah tu. Nak dapat pahala, mestilah diuji dahulu. Nak tau tak? Ramai ibu yang mengambil set penyusuan triple m ni sangat berpuas hati dan rasa bertenaga ja walaupun berpuasa dan mengepam.

Itulah rahsianya membuat stok susu tambahan. Badan kita perlu dibekalkan dengan nutrisi mencukupi supaya mampu bekerja seperti biasa walaupun berpuasa.





Vitamin yang membantu ibu menyusu iaitu B Complex, Vitalea, Alfalfa,  Ostematrix, Vitami C dan Energizing Soy Protein direkomenkan untuk membuat stok susu extra sebagai persediaan berpuasa ni.

Tambahan performance drink juga disyorkan untuk mengekalkan bendalir dalam badan. Maklumlah kita tak minum air disiang hari tapi tetap mengeluarkan air termasuklah semasa mengepam.

Testimonial pelanggan set penyusuan.








"Salam, kak eda dah dpt dah pnduan pmakanan shKLEE. Kak Eda ode set B.Mula2 tu ikut gak mcm yg tertulis kat pek plastik tu. Ade le seminggu lebih gitu. Tp bile bca yg alfalfa bleh diambil max smpai 10, so kak eda amek kptusan tuk mkan 6 bji sehari. Sb sblm ni air susu x brape nk kuar tp bila di tmbah pngambilan alfalfa 6-8 bji sehari bru leh buat stok susu. Walau bagaimanapun vit B, C dan Multivit masih amek 1 bji sehari.

tkasih byk2 sb membantu kenalkan produk yg best cam ni."


Jadi, jangan ambil jalan mudah. Bekalkan nutrisi secukupnya untuk badan dan buat stok susu tambahan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Performance Drink, Energizing Soy Protein dan Meal Shakles melengkapkan diri untuk berpuasa





Mighty 3 Gem ini adalah pilihan bijak untuk seisi keluarga.

Mai saya cerita satu2 macam mana ia perfect for each other

Meal Shakes ni mempunyai, protein, kalsium, serat, vitamin dan mineral lain. Rasa original vanila dan berbau harum. Macan aiskrim vanila tu.
Jadi, walaupun berpuasa badan tetap sihat kerana telah dibekalkan dengan nutrien yang mencukupi semasa sahur.

Meal Shake ni lengkap untuk yang nak berpuasa, anak kecil yang susah nak makan jadi kuranglah nutriennya, sarapan atau sahur untuk anak ke sekolah, suami ke tempat kerja, isteri yg bekerja di rumah atau di luar atau orang tua yang susah nak telan pil vitamin.



Energizing soy protein pula adalah non-gmo iaitu original dan bukanlah diubah secara genetik untuk menjadi yang terbaik dan berkualiti tinggi. Soyanya tidak dicuci dengan alkhohal tetapi dengan air jadi kandungan isoflavon yang bermanfaat terpelihara.

ESP ini bagus untuk kesihatan payudara, prostat dan menapaus kerana mengandungi fitoestrogen.
Lagi, oleh kerana protin yang asli dan bermutu, sel dalam badan kita turut terhasil menjadi sel yang sihat. Sebab itulah ia bagus untuk orang yang sedang dalam pemulihan selepas operation, bersalin atau accident kerana protein membina dan memperbaiki tisu badan.

Yang bonusnya, ramai pula yang berjaya mencantikkan muka kerana sel kulit semakin sihat.Oh ya, indeks glisemiknya juga rendah jadi kita akan bertenaga lebih lama, baguslahkan untuk orang berpuasa. Tak adalah penat lesu ja. Kadar gula dalam darah juga sentiasa rendah, memang terbaiklah untuk yang nak kuruskan badan.

Ok, macam mana pula dengan performance drink. Performance drink ni sangat best kerana ia mengekalkan kandungan air dalam badan.

Memandangkan kita berpuasa dan tak minum air sepanjang hari, Performance drink membantu mengurangkan rasa dahaga itu dan membantu badan untuk meneruskan fungsinya. Keperluanya meningkat tambah-tambah buat ibu menyusu yang kehilangan air semasa mengepam di siang hari.

Atlit, orang yang suka bersukan, pergi gym, main futsal, berbasikal pun memang tak tinggallah Performance Drink ni.

Berminat untuk mencuba Mighty 3 Gem yang sedap dan berkhasiat ni, bolehlah roger saya. Special price lagi:)

Ida Khairani
admin[@]mysupervitamins[.]com

- Posted using BlogPress from my iPhone

Performance Drink membantu dikala puasa

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk minggu ketiga berpuasa. Sebulan ada 30 hari dan Rasululullah membahagikan Ramadhan itu kepada 3 fasa.Seperti yang sedia maklum,ramai yang tahu 3 fasa yang di sebut oleh baginda s.a.w.3 fasa tersebut ialah :

Fasa Pertama - Rahmat Allah.
Fasa Kedua - Keampunan Allah.
Fasa Ketiga - Bebas daripada Api Neraka Allah.

Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan.
Pada 10 hari pertama ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari yang diturunkan rahmat dari Allah kepada hambaNya. Pada yang beramal, kita akan mendapat limpahan pahala dariNya. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga kita tergolong dalam yang mendapat rahmat dan ganjaran pahala Allah.


Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan.
Fasa kedua ni, Allah akan memberi banyak maghrifah yakni keampunan. Inilah saat yang tepat untuk memohon ampun atas dosa dan bertaubat. Banyakkan zikir juga, semoga keampunan dan taubat diterima Allah.Sekarang kita dah dipertengahan fasa ini. Semoga semua dosa diampunkan.


Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan.
10 hari terakhir Ramadhan ini adalah yang paling dinanti-nantikan oleh orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunnya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam Lailatulqadar. Jadi, janganlah kita sibuk buat kuih raya sampai terbabas nak mengerjakan amalan wajib dan sunat. Kalau di Mekah, waktu inilah masjid akan dibanjiri dengan jemaah yang ramai walaupun memang sudah melimpah luah sejak dari awal Ramadhan. Berbezakan dengan situasi di Malaysia.

Bagi menjalani ibadan berpuasa dan rutin harian ini, kita haruslah mengamalkan makanan yang sihat dan memberi tenaga. Amalkan sunah nabi dengan makan buah tamar/kurma kerana memang terlampau banyak khasiatnya. Untuk yang ada lebihan wang, tak salah untuk berbelanja untuk kesihatan dan kecergasan.

 Jom baca testimonial penggemar Performance Drink & Energizing Soy Protein.


"cbe awk amik ESP+PD.. mesti dari pagi smpai petang ok.. dlu sy minum ESP+fresh milk.. ade rase pening2.. dh seminggu try PD.. memang sgt lain.. tak penat langsung.."



"pengalaman sy pulak, biasa lepas buka nak ke sahur syminum esp, pd.. Alhamdilillah..pose ok. Satu hari tu tak terbangun sahur, dan kebetulan mlm sblm tu x minumesp / pd... Aduhai... Badan rasa x larat sgt. Hampir2 berbuka halfway... X tau la mind set jugak ke apa. Huhu..."

Sepanjang Ramadhan ni, saya dan suami turut mengamalkan Performance Drink secara konsisten. Dia memang sangat sukakanya. Setiap hari, dia akan request untuk minum. Jadi kami minum sebaik balik terawih atau sebelum tidur dan semasa sahur juga. Energizing Soy Protein pula saya campur dengan milo untuk membantu mengekalkan production susu badan saya semasa berpuasa. Berpuasa dengan PD memang sangat berlainan. Since nama pun performance, memang ia membantu untuk mengekalkan kecergasan dan  tidak rasa dahaga kerana fungsinya yang mengekalkan bendalir dalam badan. Alhamdulillah, syukur dengan rahmat Allah ini. Semoga kita semua dapat berpuasa dan mengejar pahala yang berlipat kali ganda di Ramadhan ini.





Mealshake pula adalah pilihan terbaik untuk yang sukakan rasa vanila harum dan sangat sesuai juga diberikan kepada anak-anak anda kerana kaya dengan vitamin dan mineral untuk pembinaan tubuh.


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Berpuasa bersama Shaklee tidak mengantuk

Testimonial dari Hamidah





"Mida minum tu(performance drink) tak ngantuk dan kurang letih."

Performance drink ni berharga RM76 sahaja termasuk pos. Sesuai diminum oleh seisi keluarga.

Testimonial dari Fazidah Hanum

salam jumaat sumer...
testimoni skit pagi ni ea...
saya ambik shaklee ** tu set B...ok! suke sbb gatal2 celah jari berkurangan...bulan pose ni plak badan x de la ltih lesu sgt... ltih skit2 tu normallakan sbb sya x try pun ESP... hehehehe
saya juga soh mak mkn Bcompleks ni...dia suke! dia ckap,
"pil yg ko bg mak mkn tu bagus ler... x de rasa pdih hati pun... klu x kul 9-11 tu pdih sgt hati... pastu mak bole zikir2 n baca Quran lame skit stiap kali lpas smbhyang... xde la ngntuk... masa pose yg mula2 tu, x mkn pil tu mak asik ngntuk je.." hehehe... suke sya dengar...


Semua customer pakat beli untuk diri sendiri dan keluarga. Harap anda juga diberi kelebihan untuk berkongsi bersama keluarga.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan 

Testimonial Shaklee sebagai persediaan berpuasa untuk ibu menyusu

Komen dari pengamal Shaklee, Rashidah Idris

"Sgt berpuas hati amalkan ESP + PD bila berpuasa disamping mkn kurma..susu maintain 10oz..dan yg bestnye still pekat dan nmpak berlemak..terima kasih shaklee.."








Pelengkap kesihatan dan pemakanan seisi keluarga
 
 

-PERFORMACE DRINK: mengekalkan air dalam badan dan menbantu mencegah penhidratan.
-VITALEA: menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap walaupun berpuasa dan membantu fungsi badan.
-B COMPLEX: menukarkan bahan kepada tenaga dan membantu proses metabolism badan
-VITAMIN C: menguatkan antibody dan bantu dari serangan penyakit
-ENERGIZING SOY PROTEIN:sumber protein yang sihat untuk pembinaan tubuh berterusan, memberi tenaga untuk kecergasan, memberi rasa
kenyang, membantu penyusuan ibu.
-ALFALFA- berfungsi sebagai milk booster, bantu pencernaan dan pelawasan.
-OSTEMATRIX - Tinggi kalsium untuk menampung keperluan harian penyusuan susu ibu dan ibu sendiri serta memelihara tulang dan gigi yang sihat.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

- Posted using BlogPress from my iPhone