Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Set Penyusuan Shaklee Bajet dan Testimonial

"Saya dah cuba macam-macam milk booster tapi masih juga susu tak cukup."

"Bajet saya kecil tapi saya nak ambil supplemen dan teruskan penyusuan susu ibu."

"Saya nak cuba set paling murah untuk menyusu Shaklee, sebab saya rasa badan saya tak penat cuma perlukan supplemen penyusuan sahaja."

"Saya tak ada masa nak prepare milk booster semulajadi jadi saya nak cari supplemen yang mudah tetapi berkesan."



Jika dilema ibu adalah dari 4 di atas ni, saya syorkan Set Penyusuan Shaklee Bajet. Walaupun paling murah tetapi set menyusu budget ni tetap berkesan. Namun, jika situasi anda berbeza, boleh refer ' Set Penyusuan Susu Ibu Mana Patut Saya Pilih"

Set Breastfeeding Bajet / Set Penyusuan Shaklee Bajet / Set Menyusu Bajet

Dalam  Set Menyusu bajet ni ada 3 supplemen yang sangat powerfull dan manfaat untuk ibu dan insyaAllah tempiasnya dapat juga ke baby yang menyusu susu ibu. Setiap satu ada manfaat tersendiri dan bila diambil bersama, kebabom hasilnya. Set bajet menyusu ni sesuai untuk kes ibu seperti di atas tu.

set menyusu bajet shaklee
Klik Order : Set Menyusu Shaklee Bajet


Fungsi ESP  sebagai penggalak susu

Ramai ibu yang setuju, bila minum ESP ni payudara lebih cepat penuh dan susu lebih banyak. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder ni minuman soya yang lazat yang kaya dengan kalsium dan protin. Protin memang penting untuk ibu dan merupakan komposisi yang besar dalam susu ibu. Protin soya ESP ni ada kelebihan berbanding protin dari haiwan sebab tiada kolestrol dan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan kita juga, jika diambil 25g sehari tau.

Klik Order : ESP Shaklee


Manfaat Alfalfa sebagai milk booster Shaklee


Alfalfa ni memang sejenis galactagogue, iaitu herba yang boleh membantu membanyakkan susu ibu. Cara makan Alfalfa Shaklee ialah boleh ditelan dengan air atau dibancuh menjadi minuman herba alfalfa.

Lagi best, Alfalfa ni bukan sekadar milk booster biasa tapi kaya nutrisi potasium, kalsium, magnesium, protin, vitamin E, K, D dan klorifil. Jadi, insyaAllah kesihatan ibu, susu ibu dan anak akan mendapat manfaatnya juga.

Cuma kena hati-hati, sebab Alfalfa ni ada manfaat dari segi penghadaman / digestion, ibu akan lebih lawas. Jadi, lihat reaksi anak yang disusui juga. So, ambillah Alfalfa Shaklee pada kuantiti yang anak boleh terima dan toleran untuk tujuan tambah susu ibu ini.

cara makan alfalfa
Klik Order : Alfalfa Shaklee 330 biji / Alfalfa Shaklee 700 biji


Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu

Susu ibu tinggi nilai kalsiumnya dan ibu kadang-kadang sampai alami gejala kurang kalsium apabila simpanan kalsium ibu disalurkan ke anak melalui susu ibu. Akhirnya ibu akan sakit-sakit badan, lebih cepat penat dan sukar tidur. Akhirnya memberi kesan kemerosotan susu ibu. Jadi, sangat penting ibu ambil kalsium untuk up balik kesihatan ibu dan maintain production susu ibu.

Pengeluaran susu ibu juga akan terjejas bila ibu alami mestrual / period / datang haid, mengandung dan masih menyusu dan tandem nursing. Untuk kekalkan dan tambah susu ibu kembali, amalkan supplemen milk booster dan ambil makanan berkhasiat.

Klik Order : Ostematrix Shaklee

Testimonial Set Bajet Menyusu Shaklee.

Review ibu menyusu amalkan ESP, Alfalfa dan Ostematrix

"ESP, Alfalfa, Ostematrix memang memberi tenaga yang berpanjangan tanpa lenguh sana sini. Saya fully breastfeeding baby, suri rumah kepada 2 orang anak kecil dan bisnes online 24 jam ", Puan Bai Zura.

Selepas 3 bulan amalkan set menyusu bajet shaklee
"Pengalaman 3 bulan mencuba Alfalfa dan ESP, Alhamdulillah nie stok yang berjaya dikumpul untuk di kecil " Puan Nor Melati.

Kesan pengambilan ESP Shaklee oleh ibu menyusu


"Rasa tak lapar, tak penat ... bukan tu ja, ESP membantu susu saya jadi pekat .... selain tu, ramai yang tegur kulit muka kelihatan berseri-seri", Ibu Elmyasna.

Jadi, ibu-ibu sekalian jangan runcing or down lagi bila budget tak cukup dan susu merudum. Ambil langkah bijak dengan amalkan supplemen set menyusu bajet shaklee ni sekurang-kurangnya di samping makan 3 kali menu lengkap sehari serta rajin-rajinlah mengosongkan payudara untuk stimulasi susu yang lebih kerap.

Cara Order Set Menyusu Bajet Shaklee ni adalah :


1. Whatapps 013 488 2382 atau klik icon ni




2. Belian melalui E-Sell dan bayar terus menggunakan credit card atau debit card

3. Walk in ke cawangan Shaklee dan register sebagai ahli untuk dapatkan harga lebih rendah.. Jangan lupa tulissponsor ID 846056 dan dapatkan konsultasi dari saya selepas pembelian.

4. Hubungi saya sahaja untuk buat belian untuk anda.. terus direct ke rumah anda !







5 Tanda Kronik Jika Terus Biar Sembelit, Gastrik, Kembung Perut Berlarutan.

"Tolong makcik, pakcik dah lama sakit perut. Tak boleh membuang dan perut kembung" Panggilan telefon ni saya dapat beberapa minggu lepas. Kesian sangat.

Cara elak sembelit, kembung perut, gastrik sebelum jadi lebih serius


Makcik yang telefon saya tu dari Kuantan. Katanya juga pakcik kena gastrik. Dari ceritanya pakcik mengidap gastrik sejak beberapa bulan lalu. Mereka menalefon saya lepas sudah tak tertanggung la sakitnya. Sembelit pun iya. Mahu berguling-guling menahan sakit ni. Selepas menalefon, kami berbalas SMS pula.

Kembung perut hingga menyebabkan sukar bernafas !!!

Keadaan yang sama saya jumpa masa musim raya dulu. Kena sendiri dekat ayah saudara. Tak boleh berak, beberapa hari. Sampai terbaring ja, tak boleh nak buat apa2.

Selepas dengar simptom dan keadaan mereka, saya cadangkan beberapa produk dalam set supplemen Penghadaman Shaklee. Sistem penghadaman tujuannya untuk ekstrak atau serap nutrien dari makanan. Sistem penghadaman bermula dari mulut, saluran esafogus, perut, usus kecil dan besar.  Jadi, jika sistem penghadaman terjejas, antara bahagian2 ni yang jadi punca atau terasa sakitnya.


Sistem penghadaman dan pencernaan manusia


Untuk kelancaran proses penghadaman dan elakkan gejala gastrik, pengguna boleh amalkan Set 
Penghadaman dan Elak Gastik Shaklee ni dan jaga pola pemakanan.

Ini supplemen Shaklee yang saya berikan pada mereka yang mengalami masalah penghadaman.

Alfalfa, ESP, Herb Lax dan Peppermint Ginger Plus 

- Set ini set premium dan lengkap untuk membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman.
- Melegakan masalah sembelit.
- Menyah toksin dari badan.
- Menyokong kesihatan usus.

Bagaimana cara setiap supplemen Shaklee membantu sistem penghadaman, boleh baca artikel sampai habis.


Masalah penghadaman yang tidak diurus boleh membawa pada sakit perut, gejala gastrik, sembelit dan kembung. Diet, penyakit dan juga tekanan emosi boleh mengganggu sistem penghadaman. Jika kita tidak menjaga kesihatan usus, gejala yang lebih serius boleh terjadi.

Apakah gejala-gejala yang kita kena alert dan menjadi petanda awal, kita mengalami masalah penghadaman?

Sembelit, cirit-birit, sakit perut, angin, kembung dan senak perut boleh dianggap biasa.

Bila masalah biasa menjadi semakin kerap dan berpanjangan, gejala ini boleh menandakan masalah perubatan lain yang lebih serius.

5 GEJALA SERIUS yang disenaraikan di bawah boleh menunjukkan sesuatu yang tidak normal dengan sistem penghadaman kita. 

  • Perubahan tabiat membuang air besar, keadaan dan warna najis
  • Najis berdarah 
  • Sakit abdomen yang teruk 
  • Kehilangan berat badan yang tidak dikehendaki dan tidak diketahui puncanya 
  • Pedih hulu hati yang tidak boleh dilegakan dengan ubat


Sumber


Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) sehinggalah kepada kanser kolon, boleh dikesan awal jika kita tahu tanda-tanda yang perlu diawasi seperti di atas.

Suppleman dalam Set Penghadaman dan Elak Gastrik Shaklee, membantu dengan memulihkan simptom awal.

Bagaimana Alfalfa Shaklee membantu sistem penghadaman yang baik?

Alfalfa ni adalah tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat semulajadi. Alfalfa Shaklee TINGGI SERAT dan sangat baik untuk DETOK, iaitu membuang toksin dari badan. Orang yang mengalami masalah penghadaman mungkin kerana toksin yang tinggi. Alfalfa Shaklee membantu melancarkan PELAWASAN - mudahkan proses pembuangan najis. Selain tu juga alfalfa mengurangkan keasidan badan kerana bersifat ALKALI dan ANTI INFLAMASI untuk pesakit yang alami masalah penghadaman.


Fungsi Herb Lax Shaklee yang membantu sistem penghadaman


Herb Lax Shaklee mengandungi kandungan herba yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk masalah penghadaman juga penyakit sembelit. Kandungan utama Herb Lax Shaklee adalah daun Senna yang membantu merangsang tindakan pembersihan lembut pada usus dan perut, membantu percepatkan proses detok dan mengurangkan penyerapan lemak. Khasiat herba 'buckhorn bark'  membantu melembutkan najis untuk mudahkan pergerakan dan beri lembapan pada usus seterusnya mengurangkan masalah sembelit kronik. Untuk lebih info pasal Herb Lax boleh baca di sini.

Peppermint Ginger Plus Shaklee dan kebaikannya untuk SISTEM PENGHADAMAN


Peppermint Ginger Plus Shaklee mengandungi daun pudina, halia, cekur dan adas( fennal). Daun pudina membantu otot perut dan beri kesan menenangkan.  Halia pula dapat membantu merangsangkan penghasilan enzim Salvia yang berfungsi membantu proses pencernaan selain dari membuang angin dari badandan kembung perut. Kalau yang badan senang berangin, gastrik dan perut asyik kembung tu amalkanlah Peppermint Ginger Plus ni untuk kesedapan dan keselesaan badan.

Energizing Soy Protein untuk perut yang selesa


Masalah penghadaman selalu buatkan perut tak sedap dan susah nak membuang. Bila pula asyik diserang gastrik, asid perut semakin menghakis dinding perut dan menyebab kita semakin mudah diserang gastrik. Dinding perut ini perlu diberi khasiat semula supaya menjadi kuat, sihat dan berfungsi seperti sedia kala.  ESP ( Energizing Soy Protin) yang terdiri dari protin berkualiti membantu dalam proses pemulihan gastrik, ulser peptik dan ulser perut. ESP Shaklee membantu membina sel baru yang sihat dan menggalakkan pemulihan. Selain itu, ESP adalah minuman yang memberi tenaga untuk melawan penyakit dan rasa penat.


Selain itu, ikuti


10 langkah bijak untuk membaiki sistem penghadaman kita.


  1. Jangan malas kunyah makan.
  2. Ambil banyak serat iaitu buah dan sayur.
  3. Minum banyak air kosong.
  4. Bersenam.
  5. Kurangkan tekanan.
  6. Ambil makanan yang suam, bukan sejuk.
  7. Berhenti merokok.
  8. Berhenti minum arak/alkohol.
  9. Kawal berat badan.
  10. Ambil probiotik dan supplemen untuk kesihatan sistem penghadaman

Jika tuan puan mengalami masalah sembelit yang berlarutan, kembung perut yang berlarutan, gastrik yang semakin kronik atau masalah pedih ulu hati, saya sangat syorkan Set Kesihatan Sistem Penghadaman ini supaya tuan puan dapat alami kehidupan yang lebih baik. Juga dapat menurunkan risiko penyakit yang lebih serius seperti kanser usus.


Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

Berjaya mengandung selepas 6 tahun menanti

Assalamualaikum

Kali ni terpanggil nak berkongsi dengan semua. Mula2 malu.. tapi bila difikirkan boleh membantu org lain.. saya rasa x salah saya berkongsi berita gembira di sini





Alhamdulillah.. setelah 6 tahun berehat .. akhirnya saya disahkan hamil sekali lagi. 2 tahun sudah saya mengalami keguguran setelah kandungan berusia 7 minggu.

Kali ini..kandungan telah berusia 9 minggu. Saya cuma berdoa dan tawakkal kepada Allah supaya kali ini ada rezeki..insyaAllah.

Dah bermacam2 produk saya ambil..termasuk.jamu. bayangkan balik kampung semua org tanya soalan yg sama.." bila nak tambah lagi?.. balik kg mertua.. org tanya.. kapan lagi...tambah dedeknya.. hehehe. Tension jugak lama2..

Saya pejam mata..tinggalkan semua produk lain.. termasuk.jamu2... saya istiqomah dengan gla dan alfalfa. Tutup mata..pekak kan telinga. Saya consume gla setiap hari..alfalfa setiap hari. Ada ja masalah period sikit atau sakit..rujukan saya...adik saya sendiri Noorhafiza Mohamad Akib.

6 bulan tanpa jemu makan secara consistent, Alhamdulillah...syukur...berkat doa dan usaha tanpa jemu..

Rakan2 yg masih belum ada anak...atau sedang mencuba.. amalkan..gla. Alfalfa. Suami.makan zinc dan vit e

InsyaAllah...berdoa sentiasa. Syukur Alhamdulillah.

Doakan kali ini rezeki saya hingga 9 bulan..

InsyaAllah, mari kita sama-sama doakan Watie sihat dan dimurahkan rezeki zuriat yang sihat dan kuat.


Sekiranya anda dan pasangan juga mahukan berita gembira seperti ini dengan mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!

Set Kesuburan Shaklee



Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.



Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam Pos ke seluruh Malaysia

Vitamin kawal gula untuk elak kencing manis melarat

Kalau dah disahkan kencing manis tapi gula tak turun-turun juga, banyak sakit lain boleh datang..termasuklah kena potong kaki, sakit jantung, senang penat, tekanan darah tinggi !!! Akan berangkai-rangkai.

Komplikasi penyakit diabetis

Kalau ambil ubat yang banyak pula..boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Kena pula dialisis. Aduh..bertimpa-timpakan.. Jadi top uplah dengan supplemen semulajadi yang lebih selamat dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Sebaiknya vitamin diambil sebelum kita disahkan sakit lagi. Namun, bila dah kena sakit kencing manis sekalipun, masih belum terlambat untuk mulakan regimen vitamin. Vitamin sangat bagus untuk elak sakit makin melarat dan bantu kawal kandungan gula dalam darah. Pentingkah? Mau tak penting!

Saya kongsikan kepentingan vitamin Shaklee untuk bantu pesakit kencing manis supaya dapat elak komplikasi akibat kencing manis yang tidak terkawal kelak! Untuk tingkatkan kesihatan pankreas dan insulin dan tau simptom awal diabetis boleh tengok sini.

Dalam set kawalan paras gula kami ada 7 supplemen lengkap yang saling melengkapi! Jika anda dah sakit kronik dan betul fobia, trauma, sungguh-sungguh tak mahu dibayangi dengan penyakit kronik lain, cepat-cepatlah ambil set kawalan paras gula ni. Saya ceritakan lebih detail kepentingan setiap supplemen ini.



Fungsi Zink untuk Kencing Manis

Zink sangat penting untuk membantu pembentukan insulin. Insulin pula adalah sangat penting untuk semua orang bukan saja pesakit kencing manis. Ia memainkan peranan UTAMA untuk menukarkan gula kepada glukosa dan membawanya ke sel untuk menjalankan fungsi badan. Insulin bertindak sebagai termostat. 

Jika gula banyak, insulin akan menukarkan kepada glukosa supaya kandungan gula dalam darah kembali stabil. Namun untuk pesakit kencing manis jenis 1, insulin tidak ada untuk menjalankan fungsi ini. Manakala untuk pesakit kencing manis jenis 2, insulin masih tidak mencukupi atau insulin tidak berfungsi dengan sempurna untuk menjalankan tugasnya menukarkan glukosa. Sebab itu, saya cadangkan pengambilan zink untuk kencing manis yang dapat membantu penghasilan insulin.

Fungsi Vitalea untuk Kencing Manis

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk kita. Untuk pesakit kencing manis terutamanya, kandungan kromium di dalam vitalea membantu untuk toleransi gula. Dengan adanya kromium mencukupi, ia membantu fungsi insulin lebih efisyen 10 kali ganda.

Mangan juga ada fungsinya. Ia menjadi faktor enzim bekerja dalam metabolisme gula. Kandungan mangan dalam 1 tablet vitalea adalah 1mg. Biasanya pesakit kencing manis mengalami kesusutan kandungan mangan di dalam badan. Jadi, bantu badan dengan mengambil supplemen ini.

Magnesium juga membantu penghasilan insulin, seperti zink. Malangnya, didapati orang kencing manis selalu kurang magnesium. Paling penting, magnesium membantu menurunkan komplikasi akibat kencing manis. Haruslah tidak diambil ringan jika tak mahu luka lambat baik atau kaki dipotongkan. Paling best, dalam Vitalea adalah nutrisi yang penting ni.

Fungsi GLA untuk Kencing Manis


Kebiasaannya pesakit kencing manis akan alami kebas tangan akibat saraf yang menjadi kurang sensitif. Jadi, sebab itu anda perlu amalkan GLA untuk tingkatkan fungsi saraf dan masalah kebas kaki dan tangan anda. Selain tu GLA bantu penghasilan hormon insulin yang kritikal itu.

Fungsi protin rendah g.i untuk Kencing Manis

Semua orang tahu, orang kencing manis kena kawal makan tapi berapa ramai yang ikut aturan itu? Menurunkan berat antara cara menurunkan risiko kencing manis tapi perlulah dengan cara yang betul Protin tetap kena ambil diet macam mana pun terutama pesakit kencing manis. Protin la sumber nak bina semula kulit jika luka dan penting untuk pembinaan hormon.

Jadi wajib memilih protin yang berkualiti, betul2 dapat membantu pemulihan tapi dalam masa yang sama rendah gula, rendah lemak dan tidak menggemukkan. ESP atau Energizing Soy Protein ni adalah yang terbaik kerana ia protin tumbuhan dari kacang soya yang tidak membebankan buah pinggang untuk memprosesnya, rendah lemak dan FREE dari kolestrol. Baguskan?

Lagi bagus sebab ia rendah indeks glimeks, iaitu 39. Indeks glisemiks yang rendah menjadi tanda aras bahawa gula yang dibebaskan ke dalam darah dalam kadar perlahan. Sesuai sangatlah dengan pesakit kencing manis yang tak boleh gula banyak dan naik mendadak!

Fungsi Vivix untuk Kencing Manis


Vivix adalah botanikal supplemen yang tinggi anti oksida sebabnya vivix kaya resveratrol. Resveratrol ni tumbuhan polyphenol yang memang kaya anti oksida. Menurut kajian resveratrol menurunkan rintangan terhadap insulin.

Testimonial seorang pengidap kencing manis menyatakan bacaan darah yang bertahun-tahun sukar nak turun walaupun dengan pengambilan ubat kencing manis, berjaya turun ke paras normal selepas amalkan sebotol vivix. Malah ada yang hampir nak dipotong kaki tapi tak jadi sebab masih boleh diselamatkan selepas amalkan sebotol vivix.

Fungsi Alfalfa untuk Kencing Manis

Alfalfa membantu membuang toksin dan menurunkan paras gula. Kromonium dalam alfalfa shaklee membantu fungsi insulin untuk jadi 10 kali lebih efektif. Hebatkan.! dan Alfalfa ni raja tumbuhan yang banyak sangat mineral lain yang penting dan membantu detoks. Ha..tak pasal-pasal boleh kurus dan turunkan berat sekaligus!

Fungsi Vitamin C untuk Kencing Manis


Vitamin C diperkaya dengan bioflavonoids yang eksklusif. Quercetin, salah satu elemen dalam bioflavoniods berfungsi menyekat enzim yang membawa kepada pengumpulan ofsorbitol, yang telah dikaitkan dengan saraf, mata, dan kerosakan buah pinggang dalam diabetes.

Pesakit kencing manis sering menghadapi kekurangan vitamin c yang boleh dilihat apabila luka lambat sembuh. Salah satu punca sebab kenapa vitamin c gagal sampai pada sel yang memerlukannya adalah kerana insulin tidak berfungsi, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis. Jadi top up lah keperlulan vitamin c yang kritikal ni.


TOLONGLAH jangan ambil mudah kalau sudah disahkan ada kencing manis atau mempunya family history kencing manis. Amalkan supplemen semulajadi Shaklee yang terbukti membantu sekarang juga! Jaga makan dan turunkan risiko komplikasi akibat kencing manis secepat mungkin supaya anda tak menyesal bila doktor kata kaki anda perlu dipotong !

Pengedar Shaklee untuk Vitamin Kawal Gula


7 manfaat Alfalfa yang sangat hebat

Keajaiban dan kebaikkan Alfalfa memang sudah lama, sejak 2500 tahun dahulu lagi. Sebab Alfalfa berjaya menjadi tumbuhan yang mempunyai banyak manfaat termasuklah mencuci darah dan milk booster kerana Alfalfa kaya dengan mineral dan vitamin. Ini kerana akar Alfalfa sangat panjang, hingga boleh mencecah 20 kaki ke dalam bumi. Kelebihan ni membuatkan Alfalfa dapat menyerap pelbagai zat galian bumi dan pengamalnya akan dapat juga khasiat yang banyak.



# Proses penghasilan Alfalfa Shaklee yang terbaik dan unik #

Alfalfa Shaklee datang dalam 2 saiz botol, 700bj botol besar dan 330bj botol kecil. Diproses dari daun alfalfa yg ditanam bebas racun perosak dan baja kimia, daunnya dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk dan dimampatkan menjadi tablet. Jadi, semua nutrien masih lagi dikekalkan kerana proses yang sangat ketat dan hanya daun Alfalfa yang matang dan tinggi kloril digunakan.

# 7 Manfaat Utama Alfalfa #

1. Detox / Mencuci
Alfalfa boleh diamalkan untuk mencuci darah, hati dan usus. Jadi proses detox menggunakan alfalfa lebih menyuruh dan mild, bersifat sederhana. Alfalfa juga bersifat alkali, jadi membantu menormalkan badan yg berasid terutama di awal pagi. Selain tu, boleh singkirkan toksin.. Menyebabkan kulit bermasalah yang berpunca dari tonsin kembali berseri.

2. Melawan alahan
Bagi yang ada resdung dan alahan teruk, sangat digalakkan untuk mengambil alfafa. Masalah kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air boleh mencuba alfalfa.

3. Membantu pembekuan darah

4. Kaya dengan vitamin K.

5. Menggalakkan proses penghadaman dan membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol.

6. Milk booster @ penggalak susu semulajadi. Memang terkenal dan sinonim dengan ibu menyusu di seluruh Malaysia. 

7. Malah alfalfa membantu pesakit gout dan arthritis. Alfalfa membantu mengangkut asid urik yg berkumpul di sendi yang alami gout. Alfalfa juga melegakan sakit arthritis.




By:
Ida Khairani
admin@mysupervitamins.com







Faedah energizing soy protein ( ESP) dan alfalfa untuk ibu menyusu

Tahniah buat anda kerana berminat dan berniat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu! Walaupun banyak rintangan, ibu menyusu tetap kental dan berusaha untuk mencari ilmu. Syabas! Ketahuilah ramai ibu-ibu, bapa dan individu yang menyokong 100% usaha anda dan sangat SALUTE dengan ibu menyusu berkerjaya atau suri rumah tangga. Rangkaian set penyusuan supplemen Shaklee ni membantu untuk memudahkan perjalanan anda sebagai ibu menyusu. Tahu tak konsep asas penyusuan adalah 'lebih banyak permintaan, lebih banyak pengeluaran'?


Jika masih tidak tahu, sebagai pelanggan Mysupervitamins yang membeli mana-mana set penyusuan dari sini, akan mendapat panduan, jadual dan e-book yang membantu ibu menyusu untuk lebih memahami konsep ini. Panduan untuk memilih mana satu set yang sesuai boleh klik link ini. Untuk harga lengkap, boleh email pada saya. Bagi yang tidak berkemampuan, ibu menyusu juga boleh memilih set yang mengandungi Energizing Soy Protein dan Alfalfa Shaklee sahaja. Ini set budget namun Alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan bagi yang tetap mengamalkan konsep penyusuan asas disamping mengambil supplemen Shaklee ini.


Testimonial di bawah adalah faedah dan kesan baik yang diperolehi oleh pelanggan kami. Syukur susu ibu menyusu ini menjadi sangat banyak dan kulitnya juga menjadi semakin cantik. Sangat seronokkan? Best..best..Hanya ibu menyusu dan yang menyokong penyusuan susu ibu yang faham dan terasa kegembiraan ini kerana bukan senang nak senangkan. Sememangnya kekuatan mental, fizikal dan sokongan moral itu sangat penting bagi seorang ibu menyusu sepanjang perjalanan penyusuan. Supplemen juga membantu ibu sihat dan cergas supaya pengeluaran susu tidak terjejas.



Kesan baik ESP dan Alfalfa untuk ibu menyusu Shaklee
Susu lebih banyak dan kulit lebih cantik !!!!


Jom sembang lebih detail fungsi dan faedah Energizing Soy Protein dan Alfalfa Shaklee kepada ibu menyusu dan anak juga!

Faedah Energizing Soy Protein terhadap ibu menyusu dan bayi

- nutrien termasuk protin dapat dikongsi dan disalurkan melalui susu ibu
- protin membina sel, muscle, hormon dan kulit yang sihat
- protin membantu pembinaan tubuh bayi
- protin membantu proses pemulihan dengan lebih cepat
- protin yang baik menghasilkan sel yang sihat seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan cantik
- protin merangsang pengeluaran susu ibu kerana komposisi terbanyak dalam susu ibu adalah protin
- protin membuat badan ibu dan bayi lebih firm/kental
- energizing soy protein memberi tenaga berpanjangan
- energizing soy protein membantu perut ibu terasa penuh, bagus untuk diet dan menurunkan berat badan. Namun, ibu menyusu tidak digalakkan diet atau skip meal

Faedah Alfalfa Shaklee terhadap ibu menyusu dan bayi

-alfalfa dipercayai adalah milk booster /  penggalak susu sejak turun temurun
-alfalfa tidak meninggalkan bau tak best seperti sesetengah penggalak susu lain jadi ibu menyusu jangan risau
-alfalfa dapat membantu mengeluarkan angin dari badan ibu menyusu. Selalu lepas bersalin, urat banyak kembangkan dan angin senang masuk. InsyaAllah pengambilan Alfalfa dapat mengurangkan angin dalam badan
-Alfalfa mengurangkan keputihan
-Alfafa menguatkan dinding faraj. Sering kali, ibu menyusu suka terkencing sebab dinding faraj sudah tidak kuat. InsyaAllah pengambilan Alfalfa dapat membantu
- Alfalfa juga berkesan seperti kacip fatimah.."gripnya kembali hebat"


Berjela-jela cerita pasal Alfalfa dan Energizing Soy Protein untuk ibu menyusu dan bayi..belum cerita pasal faedah vitamin lain-lain lagi yang menjadi pelangkap buat ibu menyusu ni. Klik link ni untuk lebih lanjut pasal set lain ya -Set B, Set E, Set Triple M dan Set Eu Four Pack.






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


20 Manfaat dan Kebaikan Alfalfa Selain Penggalak Susu


Jika dikalangan pelanggan dan pembaca Mysupervitamin, Alfalfa terkenal sebagai penggalak susu. Namun manfaat Alfalfa sangat banyak. Perkataan Alfalfa sebenarnya berasal dari frasa Bahasa Arab, al-FAC-facah, yang bermaksud "bapa kepada semua makanan." Namun Alfalfa, tumbuhan separa berkayu tidak hanya dijumpai di dunia Arab, tetapi di seluruh dunia. Orang Cina telah lama menggunakan Daun Alfalfa sebagai ubat penyembuhan pencernaan untuk mengurangkan ulser.

Perubatan Ayurveda di India telah menggunakan daun alfalfa untuk pelbagai aplikasi, termasuk ulser, pengekalan air(water retention), dan sakit artritis. Kolonial Amerika menggunakannya untuk skurvi, kanser, masalah haid, artritis, serta masalah kencing. Daun Alfalfa juga telah digunakan secara tradisional dan berkesan memerangi pelbagai jangkitan.


kebaikkan daun alfalfa
Daun Alfalfa yang kaya dengan vitamin, B, A, D, E, K, protin dan kalsium

Sejarah Daun Alfalfa

Alfalfa atau Medicago, adalah salah satu tumbuhan planet yang paling meluas. Perkataan "Medicago" merujuk kepada lokasi di Utara Afrika. Tinggalan daun Alfalfa telah ditemui dalam runtuhan Parsi sejak enam ribu tahun, dan tulisan-tulisan awal alfalfa dari sebutan Turki bermula pada sekitar 1300 BC Orang-orang Turki mendakwa mempunyai kilang ternakan di rantau ini, merebak penggunaannya ke banyak kawasan lain di Asia Minor, serta Greece, seluruh Mediterranean, dan kemudian ke kebanyakan Eropah.

Nama Alfalfa itu sendiri memberikan kredit kepada orang-orang Arab, yang juga mendakwa telah menanam herba untuk digunakan sebagai makanan haiwan. Selain bermaksud "bapa kepada semua makanan," pengkaji lain percaya bahawa perkataan datang dari perkataan Arab, Parsi dan Kashmir yang berkaitan dengan makanan kuda yang kaya dengan tenaga, makanan semasa zaman perang. Pengkaji menyatakan bahawa perkataan boleh diterjemahkan sebagai "makanan kuda terbaik" atau "kuasa kuda."

Alfalfa mula berkembang di England pada abad keenam belas, di mana ia digunakan sebagai makanan untuk kekuatan dan pencernaan. Dalam tahun 1736, ia telah dibawa ke Amerika di mana ia telah digunakan untuk meredakan masalah penghadaman.

Selepas ketibaan di Amerika, benih Alfalfa kemudiannya digunakan oleh orang asli Amerika dalam makanan untuk memperkayakan kandungan nutrien diet mereka. Doktor herba di abad ke-19 Amerika mendapati herba ini boleh menjadi tonik yang berkesan untuk pelbagai penyakit biasa termasuk sakit perut, keasidan, senak, kehilangan zat besi dan kurang selera makan.


Alfalfa benih telah dikisar dan dituam untuk melegakan gigitan serangga dan bisul dan daun telah digunakan oleh jururawat, sebagai tumbuhan itu dipercayai untuk membantu merangsang aliran susu ibu. ²

Manfaat Kesihatan Daun Alfalfa Organik

Manfaat Daun alfalfa organik adalah besar. Berikut adalah beberapa kegunaannya:


  • Julap dan diuretik semulajadi
  • Detoksifikasi saluran kencing dan jangkitan saluran kencing
  • Mengurangkan pengekalan air yang berlebihan dalam pundi kencing
  • Sumber semula jadi vitamin K
  • Menulenkan darah dan hati dari bahan kimia dan logam berat
  • Meringankan masalah sendi, isu-isu kulit dan nafas busuk
  • Memberi kesan alkali pada badan
  • Peneutralbagi asid dalam saluran usus
  • Mengurangkan masalah penghadaman umum, gastritis dan senak
  • Mengurangkan sakit kepala migrain melalui gabungan magnesium yang tinggi dan kalsium
  • Mengandungi bioflavonoids yang menghentikan keradangan lapisan perut.
  • Mengandungi paras tinggi enzim untuk pencernaan makanan dan asimilasi
  • Merendahkan paras kolesterol jahat, dan mengurangkan insiden plak atherosclerotic
  • Menstabilkan paras gula darah, terutamanya apabila diambil bersama mangan
  • Meningkatkan fungsi kelenjar pituitari
  • Merangsang sistem imun
  • Tahap vitamin K yang tinggi meningkatkan keberkesanan penyembuhan terhadap pendarahan gusi dan hidung berdarah
  • Kiraan bioflavonoid yang tinggi meningkatkan kekuatan kapilari darah
  • Tahap yang tinggi Vitamin K2 boleh mencegah kehilangan jisim tulang akibat kekurangan estrogen dalam wanita menopaus
  • Membantu masalah keputihan wanita

Alfalfa Shaklee
Alfalfa Shaklee

Komponen Daun Alfalfa Organik


Daun Alfalfa adalah sumber semulajadi banyak vitamin penting termasuk keseluruhan spektrum vitamin B, A, D, E dan K. Vitamin K adalah sangat penting dalam fungsi pembekuan darah.

Daun Alfalfa juga mengandungi mineral yang diperlukan seperti besi, niasin, Biotin, asid folik, kalsium, magnesium, fosforus dan kalium. Apabila tumbukan Alfalfa dibakar, abu Alfalfa adalah hampir 100% kalsium tulen, oleh itu Alfalfa sering disyorkan untuk keadaan yang melibatkan kehilangan tulang.

Daun Alfalfa juga mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan banyak sumber tumbuh-tumbuhan lain. Anggaran menunjukkan bahawa Alfalfa mengandungi protein sehingga 25% dalam bentuk 'alfalfa kering'. Ia juga merupakan sumber penting klorofil. Malah, daun alfalfa adalah sumber yang tidak ternilai mengandungi kesemua lapan klorofil yang meningkatkan asid amino penting. Sistem akar yang luas membolehkan tumbuhan untuk menyerap tahap yang tinggi nutrien daripada tanah, dan adalah amat berguna untuk orang-orang yang tidak dapat menyerap nutrien.

Sekarang dah tahukan kenapa Alfalfa dikenali sebagai Raja Tumbuhan dan sebab itulah Dr. Shaklee mengambil Alfalfa sebagai signature produknya.


Manfaat alfalfa sangat banyak sebab itu ia direkomenkan dalam set 

-ibu menyusu
-diabetis
-jantung
-detox
-slimming
-penghadaman






Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor

ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :

Produk: Alfalfa Complex Shaklee


 

Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.


Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
Sumber semula jadi dari alfalfa
Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Terdapat 2 saiz: 330 biji dan 700biji

Kebaikkan Alfalfa Complex Shaklee:

-penggalak susu semulajadi yang tidak meninggalkan bau pada badan seperti sesetengah penggalak susu yang lain
-merupakan detox lembut semulajadi
-membuang angin dari badan
-melancarkan pelawasan
-merawat simptom resdung
-bagus untuk proses mengurangkan berat badan
-mengurangkan kebas kaki
-membaiki kitaran haid bagi sesetengah wanita
-mengatasi keputihan
-dan banyak lagi..

Untuk info lanjut tentang Alfalfa klik link di bawah

-Testimonial Alfalfa mengatasi keputihan
-Alfalfa mengurangkan simpton resdung
-Alfalfa adalah galactagogue, penggalak susu
-Alfalfa penawar ekzema
-Alfalfa dalam Set penyusuan
-Alfalfa dalam Set G




Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382 Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang 'jawapan segera' di bawah atau buat pesanan di order form ini

Testimonial Alfalfa atasi keputihan

Alfalfa adalah raja tumbuhan. Akarnya yang dalam bermeter ke dalam tanah mengaut segala hasil galian dan mineral telah membuatkannya sangat berkhasiat. Antara keistimewaan Alfalfa selain dari menggalakkan pengeluaran susu ibu adalah mengatasi keputihan.


Testimonial Alfalfa Atasi Keputihan


Credit


"Saya memang mempunyai masalah keputihan semenjak dari bangku sekolah menengah lagi. Akibat daripada tak alert tentang kebersihan bahagian tu. Zaman sekolah belum pandai nak pakai pantyliner ke hape. Bila meningkat dewasa, saya perhatikan keputihan saya makin teruk tapi tak berani nak pegi klinik. Segan. Dengar2 doktor akan masukkan ubat dalam kita punya tu. Lagilah takut.

Terbiarlah sampailah saya berkahwin dan hamil anak sulung. Semasa hamil, keputihan saya agak teruk jugak. Berbau dan berketul2. Malu dengan suami. Mujur suami jenis yang memahami. Suami suruh saya pegi check. Doktor bagi saya ubat yang masuk kat dalam kita punya tu.

Malangnya tak lama lepas tu keputihan saya datang balik. Sedih. Giveup. Lepas tu langsung saya tak makan/pakai apa-apa produk pun sampailah saya mencuba set B yang ada mengandungi alfalfa. Saya dimaklumkan alfalfa boleh mengurangkan keputihan.

Alhamdulillah setelah saya mencuba set trial yang untuk sebulan tu, keputihan saya dah x ade! Serius!!! Selalunya kalau saya pakai pantyliner daripada pagi, tengahari mesti dah penuh kesan keputihan tu tapi kali ni daripada pagi sampai petang, pantyliner saya bersih! Ya Allah rasa macam tak percaya.

Saya tunjuk dengan suami, suami tersenyum je. Kalau dulu nak tidur pun saya terpaksa pakai pantyliner, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah... Tak sia-sia saya mencuba. Saya tak malu nak berkongsi kegembiraan dengan semua orang. Dulu ader.. sekarang tidak lagi....Hehe.Terima kasih Shaklee.:-) "




Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Makanan untuk pesakit gout

Gout sering melanda individu yang menghadapi berat badan berlebihan jadi amat penting untuk kita mengawal berat badan untuk mengelakan risiko gout. Cecair tambahan boleh membantu mengepam keluar kristal asid urik, tetapi alkohol harus dielakkan. Penting untuk pesakitmengikuti diet rendah purin dan mengelakkan makanan yang tinggi purin dan makan makanan rendah purin secara sederhana. 


Makanan tinggi purin - Makanan Perlu Dielakkan
Beer/alkohol, ikan bilis, daging/organ dalaman (otak, buah pinggang, hati),yis, ekstrak daging, sardin, herring, mackerel.


Makanan purin sederhana - Makan dalam Kesederhanaan
Kerang, belut, daging, ayam, sup daging, asparagus, cendawan, bayam, kekacang, oat, roti gandum dan bijirin, telur. 


Makanan rendah purin - Boleh makan
Roti dan bijirin (rendah serat, tepung putih, atau jenis bijirin halus), kacang, mentega kacang. Sayur-sayuran tidak tinggi purines, sup - krim atau sayur tanpa ekstrak daging, kopi, teh, jus buah-buahan, minuman ringan, gelatin, gula, keju rendah lemak. 


Gout Diet - Makanan Yang boleh Membantu
Sesetengah orang mendapati jus ceri atau strawberi membantu. Sesetengah bahan kimia yang terkandung di beri gelap boleh membantu mengurangkan keradangan dan menurunkan asid urik.
Ikan berminyak seperti salmon, atau asid lemak dalam minyak zaitun atau kacang boleh mengurangkan keradangan juga.
Tauhu (daripada soya) dan bukannya daging juga boleh membantu.

Diet yang seimbang untuk penghidap gout adalah 

makanan yang tinggi karbohidrat kompleks, 
rendah protein dan 
rendah lemak.

Credit




Jadi, amat penting untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya adalah supplement berikut:


1. Alfalfa - merupakan detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.


2. Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.



3. Omega-mengelakkan inflamation atau rasa kepanasan pada sendi-sendi pesakit.

4. Vivix Shaklee - membantu memulihkan hingga ke peringkat sel.

elak-sakit-gout-dengan-vivix
Vivix membantu mengurangkan simptom gout


Testimonial pesakit gout boleh klik sini 



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Alfalfa membantu atasi simpton resdung


Testimonial Alfalfa untuk resdung: 



ni saya sendiri la. saya ada simptom yg macam sinus camtu, salu sakit kat dahi dan rasa selesema sampai sakit satu badan. benda ni dah lama tak kena sejak saya amik alfalfa.


last week sy stop alfalfa sbb rashes tu, dermatologist suh stop semua jenis herbs termasuk alfalfa. warghh menderita daku sakit kepala, hidung berair, badan penat...


Alfalfa adalah galactagogue iaitu makanan penambah susu

Apakah yang dimaksudkan dengan galactagoge?. Galactagogue ialah HERBA, SUPLEMEN ataupun UBAT (bahan perangsang iaitu DADAH) di mana berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran susu terutama bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah susu semakin kurang ataupun ibu yang ingin mengadakan susunya sendiri walaupun tidak pernah mengandung.  Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah  susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang ingin saya ceritakan pada hari ini ialah ALFAFA.

Bagaimana vitamin Shaklee membantu penyusuan dan kesihatan ibu serta bayi

SMS dari pelanggan yang berpuas hati. Anda bila lagi?

Set B, set penyusuan Shaklee terdiri dari beberapa vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. Walaupun vitamin-vitamin ini terdapat dalam makanan harian kita, ia mungkin tidak mencukupi. Vitamin Shaklee yang dijaga dari awal pemprosesan telah menjamin khasiatnya sampai kepada pengamalnya.

Testimonial berkaitan alfalfa melawan ekzema dan resdung

Pada yang menghadapi masalah resdung, ekzema, gegata, resdung atau sinus, kami cadangkan mengambil vitamin b complex, alfalfa dan vitamin c. Mengapa?

Antara khasiat vitamin2 ini yang sangat baik untuk melawan penyakit2 ini adalah

Vitamin C : ianya sebagai antioksidan yang baik. Ianya sangat penting untuk meningkatkan antibodi
B complex : lebih bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon
Alfalfa : mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri, ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung, allergic dan gegata.(Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai supplement mereka).

Kebetulan ibu2 yang membeli trial pack B sesetengahnya mempunyai anak yang mempunyai eczema dan ternyata sejak pengambilan supplement banyak membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Walaupun pada tujuan asal alfalfa diambil hanya sebagai milk booster namun sebab ianya diserap ke dalam susuibu maka si kecil turut mendapat manfaat alfalfa itu sendiri.

credit to k ann


Alfalfa Complex

Testimonial berkaitan alfalfa melawan ekzema dan resdung

Ini dari ym puan Izza (kuantan)
Terima kasih ya kerana menjual vitamin Shaklee dengan jujur...mula2 memang takut nak beli online jek, tapi nak cuba. Alhamdulillah susu mula pekat walau belum nampak peningkatan yang mendadak. Namun saya notice , resdung saya mula berkurang. Sejak makan vitamin ni, anak saya kurang keluar ruam akibat eczema nya. memang puashati la...insyaAllah next week saya order fullpack punye ya.

Ym ini dari puan Elya (dari Perak)
Saya dah lama tahu pasal Shaklee sebenarnya cuma tak tahu ianya bagus untuk menyusu. Sejak baca post Norita pasal Alfalfa boleh kurangkan masalah allergic, saya upkan intake alfalfa dari 2-4 biji...alhamdulillah kalau makan seafood tu tak la naik gatal2 kat kaki. Thanks yer sebab suka berkongsi...teruskan menulis.

Yang terbaru cerita dari puan Kay (Shah Alam)
perbualan melalui telefon:
Hi N, i memang terasa bila makan Alfalfa ...especially kalau allergic terlebih makan seafood tak jadi macam dulu2.I just amik lebih Alfalfa. memang beza lah.

Sesiapa yang sesuai?.Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.

Bagi anak yang sudah tidak menyusu badan, cuba amalkan ESP @ Energizing Soy Protein.

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056





Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Kesan alfalfa terhadap penyusuan dan adakah ia mencukupi?

Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.

Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

Credit to k ann

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056



Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.