Showing posts with label Ruam bayi. Show all posts
Showing posts with label Ruam bayi. Show all posts

Masalah kulit bayi hilang sendiri

RAMAI ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu. leher serta anggota tubuh yang lain. Ramai juga yang beranggapan ia disebabkan terkena susu ketika menyusu.

Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu. 
Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ruam susu ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula.

Keadaan ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.

Ekzema bayi

Justeru, ibu bapa digalakkan menukar pemberian susu formula kepada susu soya bagi mengurangkan kesan alahan dialami.

“Ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi (iaitu bayi terbabit dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema).

“Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seperti yang diketahui katanya, susu ibu adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan.

Oleh itu untuk mengatasinya, si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

“Perkara paling penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah menjaga persekitaran bayi agar sentiasa bersih bukan saja daripada segi makanan kerana ketika ini, bayi masih lagi dalam proses untuk membina daya tahan diri semula jadi mereka.

“Penting untuk memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Masalah ruam menyebabkan bayi dalam keadaan tidak selesa hingga mempengaruhi mood dan ia boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu dan bayi,” katanya.

Tidak dinafikan katanya, masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga dianggap sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui susu ibu ataupun susu formula.

Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.

“Memang ada bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ini namun bukan disebabkan terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami alahan terhadap sesuatu bahan.

“Jika si ibu memakan makanan yang tidak sesuai dan bayi alah pada makanan itu, ia juga boleh menyebabkan berlakunya ruam susu,” katanya.

Namun menurutnya, ibu ataupun bapa tidak perlu risau dengan masalah ini kerana kebanyakan masalah berkaitan kulit bayi bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Malah, ruam yang tumbuh itu juga bukan dikategorikan sebagai sejenis penyakit, tetapi berpunca daripada alahan. Bagaimanapun, ia masih boleh berlanjutan sehingga bayi itu menjangkau usia dua tahun, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

“Ibu bapa perlu sentiasa memastikan makanan yang diberikan kepada bayi tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan kepada mereka kerana ia tidak boleh dikesan dengan begitu saja, tetapi membabitkan pemerhatian berkala yang efektif.

“Jika anak mula menampakkan kesan alahan kepada bahan makanan yang diberikan, hentikan dengan segera kerana ruam sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih terutama jika ia berapa pada peringkat yang agak teruk,” katanya.

Kebiasaannya ruam terbabit mula kelihatan sebelum umur bayi mencecah dua bulan dan kebiasaannya jelas kelihatan pada bahagian pipi.

Beliau berkata, bagi mengurangkan kesan ruam, ibu bapa boleh menggunakan sabun khas tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.

“Walaupun tidak ‘menarik’ disebabkan tiada bau dan buih, ia jalan terbaik untuk mengurangkan ruam dialami anak mereka.

“Sementara itu, penggunaan pelembap juga perlu bagi memastikan kulit yang kering di kawasan ruam berkenaan tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun ia juga perlu daripada bahan tanpa pewangi,” katanya.

Di samping itu, ruam susu atau ekzema juga mempunyai hubung kait dengan penyakit asma dan apabila bayi menghadapi masalah itu, selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak dan berhingus.

Katanya, keadaan ini berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi sehingga menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun dalam jumlah yang sedikit.

“Masalah ini berkaitan kerana ia adalah ‘penyakit’ yang dibawakan melalui kesan alahan yang menyebabkan daya tahan badan bayi berkenaan mengalami sedikit kekeliruan.

“Walaupun cara ia ‘dikeluarkan’ ataupun tumbuh berbeza tetapi tetap berada dalam kategori yang sama. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami ekzema mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya.

Sumber


By:
Ida Khairani
admin@mysupervitamins.com
0134882382

Kenali ruam - ruam pada bayi yang baru dilahirkan

Bayi yang baru dilahirkan mudah mendapat ruam yang boleh berpunca dari pelbagai sebab. Mujur, kebanyakan ruam adalah tidak berbahaya pada bayi dan akan pulih dengan sendirinya.

Ruam-ruam yang sering didapati pada bayi baru lahir termasuklah..

Pink pimples / jerawat
Jerawat kecil neonatal ini selalunya disebabkan oleh bayi yang terdedah pada maternal hormon semasa dalam rahim. Tiada rawatan diperlukan. InsyaAllah ia akan hilang dalam tempoh beberapa minggu atau bulan usia bayi.

Erythema toxicum
Erythema toxicum adalah satu lagi ruam bayi yang baru lahir yang sama juga dikenali sebagai baby acne. Ia kelihatan seperti blotches merah /  bintik-bintik merah  dan mungkin mempunyai titik kecil berwarna putih atau kuning di tengah. Puncanya tidak diketahui dan akan pulih tanpa rawatan selepas beberapa hari atau beberapa minggu.
ruam bayi baru lahir, jerawat bayi

Kering, kulit mengelupas 
Hampir semua bayi yang normal boleh menalaminya tetapi amat ketara dalam bayi yang dilahirkan lewat sedikit. Namun kulit masih lagi normal, lembut, dan lembap. Petua orang melayu menggalakkan ibu yang mengandung untuk minum air kelapa untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik.

Milia 
Bintik-bintik putih di hidung dan muka (milia) adalah disebabkan oleh kelenjar minyak tersumbat. Apabila kelenjar minyak bayi membesarkan dan membuka dalam beberapa hari atau beberapa minggu, bintik-bintik putih hilang.

ruam bayi: Milia


Salmon Patch
Patch Salmon selalu ada di belakang leher atau antara mata adalah kumpulan salur darah (mungkin disebabkan oleh hormon ibu) yang akan  pudar sendiri selepas beberapa minggu atau bulan. Namun, kadang-kadang, Patch Salmon akan kekal.

ruam bayi: Salmon Patch
Add caption
Jaundis
Jaundis adalah warna kuning pada kulit dan mata bayi. Ia adalah disebabkan oleh lebihan bilirubin @ hasil penguraian sel-sel darah merah. Jika tahap bilirubin tinggi, rawatan fototerapi iaitu pancaran lampu  biru atau putih pada kulit bayi untuk menurunkan tahap bilirubin akan dijalankan. Ini kerana bilirubin berlebihan kadang-kadang boleh menyebabkan bahaya kesihatan. Namun kalau bacaan kuning tidak tinggi atau warna kuning adalah tidak ketara, ibu bapa boleh menjemur bayi di subuh hari. Petua Melayu menganjurkan ibu yang berpantang minum susu kambing supaya khasiat dapat disalurkan pada bayi melalui susu ibu untuk mencepatkan pemulihan jaundis. Namun, ada juga yang mengamalkan susu kambing semasa mengandung dan bayi yang lahir tidak terkena kuning. Jadi, bolehlah cuba. Saya pun ada juga minum susu kambing semasa mengandungkan Nuh Iman walaupun tidak konsisten dan Alhamdulillah Nuh Iman tak kena kuning.

ruam bayi:Mongolia Spots

Mongolia Spots 
Mongolia Spots ni kadang-kadang terjadi pada mana-mana bahagian tubuh bayi berkulit gelap. Tompokan ini rata, berwarna kelabu biru, hampir kelihatan seperti lebam dan boleh jadi kecil atau besar. Mongolia Spots adalah disebabkan oleh beberapa pigmen yang tidak berjaya sampai ke lapisan atas kulit apabila kulit bayi sedang terbentuk. Namun ia tidak berbahaya dan biasanya hilang di usia persekolahan.

Kisah kulit dan ruam bayi Nuh Iman

Nuh Iman pun lahir dengan ada baby acne juga.. Lepas beberapa hari hilang. Kemudian naik balik di tempat yang sama.. Kemudian hilang dan naik balik..2-3 jerawat tu.



Selepas 2 minggu Iman naik ruam pula. Mungkin sensitif kerana terkena susu ibu dan juga bila panas. Saya pasti kulit dan kelenjar peluhnya masih belum matang jadi senang naik ruam dan saya sangat positif ia akan hilang. Namun saya tetap juga buat beberapa petua seperti lap dengan kain lembab yang sebelumnya dicelup air suam, wipes dan buat bedak sejuk dari tepung ubi. Saya ulang-ulang masa usia Nuh Iman dalam 1-2 bulan.


Ruam di kulit Nuh Iman on and off.. Ada juga sikit di badan. Kemudian saya sapu dengan Herbal Blend Shaklee. Kesannya agak lambat tapi tak apa, janji selamat. Bila usia Nuh Iman 4 bulan lebih, saya ada juga beli losyen organik dari Buds bila pergi cuci mata di kedai bayi Littlewhiz. 


Masa mula-mula pakai, merah menyala macam kena penampar.. waaa seriau omak tengok. Warna merah tu ada la dalam seminit dua, lepas tu dah ok. Rupanya tidak balas kulit.. Lepas tu, Alhamdulillah ruamnya hilang. 

Herbal Blend Shaklee yang sesuai untuk ruam dan melembabkan kulit kering
Kandungan semulajadi Herbal Blend



Saya teringat juga kawan saya yang guna Herbal Blend cakap anaknya muka merah lepas dia sapu. Pada Nuh Iman tak begitu. Sahlah, kesan merah ni berbeza ikut budak dan bukanlah satu kesan tanda tak sesuai. Cuma proses tindak balas kulit dalam pemulihan. Nuh Iman on off naik ruam sampai usianya 5 bulan. Lepas tu, dah comel lote dan gebus balik dah kulitnya. Jadi ibu abah, jangan risau sangat ya. 




Untuk dapatkan Herbal Blend dihantar terus ke rumah atau office, boleh direct order di E Sell Herbal Blend atau hubungi pengedar di bawah

Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382
admin@mysupervitamins.com