Bayi yang baru dilahirkan mudah mendapat ruam yang boleh berpunca dari pelbagai sebab. Mujur, kebanyakan ruam adalah tidak berbahaya pada bayi dan akan pulih dengan sendirinya.
Ruam-ruam yang sering didapati pada bayi baru lahir termasuklah..
Pink pimples / jerawat
Jerawat kecil neonatal ini selalunya disebabkan oleh bayi yang terdedah pada maternal hormon semasa dalam rahim. Tiada rawatan diperlukan. InsyaAllah ia akan hilang dalam tempoh beberapa minggu atau bulan usia bayi.
Erythema toxicum
Erythema toxicum adalah satu lagi ruam bayi yang baru lahir yang sama juga dikenali sebagai baby acne. Ia kelihatan seperti blotches merah / bintik-bintik merah dan mungkin mempunyai titik kecil berwarna putih atau kuning di tengah. Puncanya tidak diketahui dan akan pulih tanpa rawatan selepas beberapa hari atau beberapa minggu.
Kering, kulit mengelupas
Hampir semua bayi yang normal boleh menalaminya tetapi amat ketara dalam bayi yang dilahirkan lewat sedikit. Namun kulit masih lagi normal, lembut, dan lembap. Petua orang melayu menggalakkan ibu yang mengandung untuk minum air kelapa untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik.
Milia
Bintik-bintik putih di hidung dan muka (milia) adalah disebabkan oleh kelenjar minyak tersumbat. Apabila kelenjar minyak bayi membesarkan dan membuka dalam beberapa hari atau beberapa minggu, bintik-bintik putih hilang.
Salmon Patch
Patch Salmon selalu ada di belakang leher atau antara mata adalah kumpulan salur darah (mungkin disebabkan oleh hormon ibu) yang akan pudar sendiri selepas beberapa minggu atau bulan. Namun, kadang-kadang, Patch Salmon akan kekal.
Add caption |
Jaundis adalah warna kuning pada kulit dan mata bayi. Ia adalah disebabkan oleh lebihan bilirubin @ hasil penguraian sel-sel darah merah. Jika tahap bilirubin tinggi, rawatan fototerapi iaitu pancaran lampu biru atau putih pada kulit bayi untuk menurunkan tahap bilirubin akan dijalankan. Ini kerana bilirubin berlebihan kadang-kadang boleh menyebabkan bahaya kesihatan. Namun kalau bacaan kuning tidak tinggi atau warna kuning adalah tidak ketara, ibu bapa boleh menjemur bayi di subuh hari. Petua Melayu menganjurkan ibu yang berpantang minum susu kambing supaya khasiat dapat disalurkan pada bayi melalui susu ibu untuk mencepatkan pemulihan jaundis. Namun, ada juga yang mengamalkan susu kambing semasa mengandung dan bayi yang lahir tidak terkena kuning. Jadi, bolehlah cuba. Saya pun ada juga minum susu kambing semasa mengandungkan Nuh Iman walaupun tidak konsisten dan Alhamdulillah Nuh Iman tak kena kuning.
Mongolia Spots
Mongolia Spots ni kadang-kadang terjadi pada mana-mana bahagian tubuh bayi berkulit gelap. Tompokan ini rata, berwarna kelabu biru, hampir kelihatan seperti lebam dan boleh jadi kecil atau besar. Mongolia Spots adalah disebabkan oleh beberapa pigmen yang tidak berjaya sampai ke lapisan atas kulit apabila kulit bayi sedang terbentuk. Namun ia tidak berbahaya dan biasanya hilang di usia persekolahan.
Kisah kulit dan ruam bayi Nuh Iman
Nuh Iman pun lahir dengan ada baby acne juga.. Lepas beberapa hari hilang. Kemudian naik balik di tempat yang sama.. Kemudian hilang dan naik balik..2-3 jerawat tu.
Herbal Blend Shaklee yang sesuai untuk ruam dan melembabkan kulit kering |
Kandungan semulajadi Herbal Blend |
www.mysupervitamins.com
013 488 2382
admin@mysupervitamins.com
1 comments :
Write commentssalam..
Replybhgian atas kelopak mata anak saya kering n seolah2 kasar. adakah ia berbahaya? anak saya berumur sebulan lebih, hampir dua bulan