Pendarahan, sakit kepala, demam dan pelbagai sakit yang tidak boleh ambil ringan semasa berpantang

Sedikit pendarahan, ketidakselesaan dan keletihan adalah perkara biasa selepas melahirkan bayi dan sedikit usaha biasanya cukup bagi mengatasinya.Walau bagaimanapun, kadang kala situasi kecemasan boleh berlaku dalam beberapa hari atau minggu selepas bersalin. Rawatan segera mungkin boleh mengelakkan penyakit menjadi teruk dan mempercepatkan pemulihan ibu.

Simptom selepas bersalin yang tidak boleh ibu berpantang abaikan








Selepas bersalin, tanyalah doktor bila keadaan ibu perlu dapatkan rawatan perubatan kecemasan sekiranya memerlukannya. Pastikan butiran itu ditulis di tempat yang selamat dan ahli keluarga kita tahu tempatnya. Bagus juga jika kita memaklumkan semua orang di mana kita menyimpan nota itu. Sekiranya berlaku kecemasan, ini dapat membantu kakitangan ambulan memberi rawatan yang sepatutnya dengan segera. 

Senarai berikut akan membantu ibu mengenalpasti sama ada ibu memerlukan rawatan serta-merta ataupun boleh menunggu sehingga waktu kerja biasa. Jika terdapat sebarang keraguan, hubungi doktor dengan segera. 

Keadaan yang memerlukan rawatan kecemasan segera

Pergi ke hospital dengan segera jika ibu berpantang mengalami mana-mana yang tertera di bawah: 
  • Kehilangan banyak darah atau ia berlaku tiba-tiba 
    Ini mungkin disertai tanda-tanda kejutan, seperti denyutan jantung yang pantas, pening kepala, berpeluh dan rasa seperti hendak pitam. Kehilangan banyak darah melalui faraj adalah pendarahan postpartum (tumpah darah selepas bersalin) dan anda mesti dapatkan bantuan dengan segera. 
  • Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan
    Ini mungkin kesan sampingan suntikan epidural dan anda patut berjumpa doktor secepat mungkin. Dalam 72 jam pertama selepas bersalin, sakit kepala yang teruk juga mungkin tanda pra-eklampsia, yang boleh berlaku selepas atau sebelum bersalin. Jika ibu mengalami pra-eklampsia, ibu juga mungkin mengalami penglihatan kabur dan/atau berasa loya. 
  • Tekanan darah tinggi
    Tekanan darah anda patut diambil dalam masa enam jam pertama selepas bersalin. Jika angka di bawah (diastolik) melebihi 90, ini mungkin tanda ibu mengalami pra-eklampsia dan berisiko menghidap eklampsia sepenuhnya. Anda patut berjumpa doktor dengan segera dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Tambah membimbangkan jika ibu juga ada tanda-tanda lain pra-eklampsia seperti sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya. 
  • Nafas pendek
    Nafas pendek biasa berlaku jika ibu melakukan sesuatu yang aktif seperti mendaki bukit. Tetapi jika ibu berasa sesak nafas dan ianya tidak pulih walaupun selepas berehat, ia mungkin tanda embolisme pulmonari (apabila darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru). 
  • Sakit dada
    Jika ibu mengalami kesakitan pada dada, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan dada atau ketegangan otot tegang akibat meneran semasa bersalin. Namun begitu, ia juga mungkin tanda sejenis embolisme pulmonari dan tidak harus diabaikan. Jika ibu mengalami kesakitan, sesak nafas atau batuk berdarah, ibu mesti segera pergi ke hospital. 
  • Sakit betis
    Kesakitan pada betis mungkin adalah trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala ibu juga mungkin nampak tanda merah, bengkak dan/atau suhu badan yang tinggi sedikit. 
  • Berfikir hendak membunuh diri
    Jika ibu dapati diri memikirkan tentang kematian atau membunuh diri, hubungi doktor dengan segera atau berbincanglah dengan ahli keluarga supaya mereka boleh dapatkan bantuan untuk kita. 
  • Berkelakuan kurang siuman, termasuk insomnia dan mudah rasa gelisah
    Selepas melahirkan bayi, sesetengah ibu mengalami perubahan dramatik pada kesihatan emosi dan mental mereka. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis puerperal. Jika ini berlaku, sangat penting bagi ibu mendapat rawatan segera dan bantuan yang  diperlukan. 
  • Demam yang sangat panas (38 darjah C)
    Demam panas boleh disertai menggigil dan ia adalah satu tanda jangkitan. Selepas bersalin, ibu boleh jatuh sakit dengan teruk dalam masa yang singkat jika mengalami jangkitan yang tidak dirawat segera. Tempat yang mudah terkena jangkitan ialah pada jahitan atau rahim anda. 
  • Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin
    Jika ibu tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, ibu mungkin mengalami masalah air kencing bertakung. Semasa di hospital, jururawat akan memerhatikan jumlah air kencing yang keluar. 

Keadaan yang cemas, tetapi boleh ditangguh sehingga pagi

Beritahu doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami mana-mana simptom berikut: 
  • Rembesan faraj yang berbau busuk
    Ini boleh jadi tanda terdapat jangkitan pada rahim atau faraj. 
  • Perut yang sakit
    Ini juga mungkin satu tanda jangkitan. Ibu mungkin berasa sakit pada luar perut di sekeliling jahitan jika menjalani pembedahan caesarean. Ia juga mungkin di dalam rahim, kerana tempat plasenta tertanggal adalah suatu luka yang perlu sembuh. Jika jangkitan dalam rahim tidak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko mengalami pendarahan postpartum (lihat atas). 
  • Buasir yang teruk atau bengkak
    Walaupun buasir adalah perkara biasa, kadang-kadang ia bengkak terlalu besar dan sakit selepas bersalin. Buasir adalan urat darah di dalam dubur yang bengkak, tetapi ia boleh terunjur keluar. Ini dikenali sebagai rembung. Ibu mungkin juga akan mengalami sedikit pendarahan. 
  • Sugul bayi yang tidak hilang selepas 10 hari
    Jika menjelang hujung minggu kedua selepas bersalin ibu berpantang masih berasa pilu, murung, cepat marah dan tidak berasa seronok menjadi seorang ibu, mereka mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin. Penting bagi ibu bercakap dengan doktor mengenainya. 
  • Sakit yang teruk pada perineum (kawasan di antara faraj dan dubur), mungkin disertakan air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk
    Ini mungkin jangkitan pada jahitan atau jangkitan air kencing. Penting bagi doktor memeriksanya untuk memastikan sama ada perineum sembuh dengan elok. Ia juga mungkin haematoma, atau lebam besar, pada tisu faraj. 
  • Punggung bocor
    Keperluan untuk meluru ke tandas adalah biasa selepas bersalin, tetapi jika terbuang air besar sebelum berjaya sampai ke tandas, itu mungkin tanda peninjaan tak terkawal (keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal buang air besar). Beritahulah dengan doktor dengan segera. 
Paling penting, banyakkan membaca dan ambil tahu pasal keadaan diri serta pemakanan. Banyak yang perlu kita perhatikan & ambil berat untuk mengelakkan dari perkara yang lebih serius. Untuk bantu pulih lebih cepat semasa berpantang dan tip elak bentan dari terjadi, boleh dapatkan petuanya di sini, 

Credit : 


pengedar-shaklee-setia-alam

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.