Showing posts with label Kalsium / Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Kalsium / Ostematrix. Show all posts

Set Penyusuan Shaklee Bajet dan Testimonial

"Saya dah cuba macam-macam milk booster tapi masih juga susu tak cukup."

"Bajet saya kecil tapi saya nak ambil supplemen dan teruskan penyusuan susu ibu."

"Saya nak cuba set paling murah untuk menyusu Shaklee, sebab saya rasa badan saya tak penat cuma perlukan supplemen penyusuan sahaja."

"Saya tak ada masa nak prepare milk booster semulajadi jadi saya nak cari supplemen yang mudah tetapi berkesan."



Jika dilema ibu adalah dari 4 di atas ni, saya syorkan Set Penyusuan Shaklee Bajet. Walaupun paling murah tetapi set menyusu budget ni tetap berkesan. Namun, jika situasi anda berbeza, boleh refer ' Set Penyusuan Susu Ibu Mana Patut Saya Pilih"

Set Breastfeeding Bajet / Set Penyusuan Shaklee Bajet / Set Menyusu Bajet

Dalam  Set Menyusu bajet ni ada 3 supplemen yang sangat powerfull dan manfaat untuk ibu dan insyaAllah tempiasnya dapat juga ke baby yang menyusu susu ibu. Setiap satu ada manfaat tersendiri dan bila diambil bersama, kebabom hasilnya. Set bajet menyusu ni sesuai untuk kes ibu seperti di atas tu.

set menyusu bajet shaklee
Klik Order : Set Menyusu Shaklee Bajet


Fungsi ESP  sebagai penggalak susu

Ramai ibu yang setuju, bila minum ESP ni payudara lebih cepat penuh dan susu lebih banyak. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder ni minuman soya yang lazat yang kaya dengan kalsium dan protin. Protin memang penting untuk ibu dan merupakan komposisi yang besar dalam susu ibu. Protin soya ESP ni ada kelebihan berbanding protin dari haiwan sebab tiada kolestrol dan membantu mengurangkan kolestrol dalam badan kita juga, jika diambil 25g sehari tau.

Klik Order : ESP Shaklee


Manfaat Alfalfa sebagai milk booster Shaklee


Alfalfa ni memang sejenis galactagogue, iaitu herba yang boleh membantu membanyakkan susu ibu. Cara makan Alfalfa Shaklee ialah boleh ditelan dengan air atau dibancuh menjadi minuman herba alfalfa.

Lagi best, Alfalfa ni bukan sekadar milk booster biasa tapi kaya nutrisi potasium, kalsium, magnesium, protin, vitamin E, K, D dan klorifil. Jadi, insyaAllah kesihatan ibu, susu ibu dan anak akan mendapat manfaatnya juga.

Cuma kena hati-hati, sebab Alfalfa ni ada manfaat dari segi penghadaman / digestion, ibu akan lebih lawas. Jadi, lihat reaksi anak yang disusui juga. So, ambillah Alfalfa Shaklee pada kuantiti yang anak boleh terima dan toleran untuk tujuan tambah susu ibu ini.

cara makan alfalfa
Klik Order : Alfalfa Shaklee 330 biji / Alfalfa Shaklee 700 biji


Kebaikan Ostematrix untuk ibu menyusu

Susu ibu tinggi nilai kalsiumnya dan ibu kadang-kadang sampai alami gejala kurang kalsium apabila simpanan kalsium ibu disalurkan ke anak melalui susu ibu. Akhirnya ibu akan sakit-sakit badan, lebih cepat penat dan sukar tidur. Akhirnya memberi kesan kemerosotan susu ibu. Jadi, sangat penting ibu ambil kalsium untuk up balik kesihatan ibu dan maintain production susu ibu.

Pengeluaran susu ibu juga akan terjejas bila ibu alami mestrual / period / datang haid, mengandung dan masih menyusu dan tandem nursing. Untuk kekalkan dan tambah susu ibu kembali, amalkan supplemen milk booster dan ambil makanan berkhasiat.

Klik Order : Ostematrix Shaklee

Testimonial Set Bajet Menyusu Shaklee.

Review ibu menyusu amalkan ESP, Alfalfa dan Ostematrix

"ESP, Alfalfa, Ostematrix memang memberi tenaga yang berpanjangan tanpa lenguh sana sini. Saya fully breastfeeding baby, suri rumah kepada 2 orang anak kecil dan bisnes online 24 jam ", Puan Bai Zura.

Selepas 3 bulan amalkan set menyusu bajet shaklee
"Pengalaman 3 bulan mencuba Alfalfa dan ESP, Alhamdulillah nie stok yang berjaya dikumpul untuk di kecil " Puan Nor Melati.

Kesan pengambilan ESP Shaklee oleh ibu menyusu


"Rasa tak lapar, tak penat ... bukan tu ja, ESP membantu susu saya jadi pekat .... selain tu, ramai yang tegur kulit muka kelihatan berseri-seri", Ibu Elmyasna.

Jadi, ibu-ibu sekalian jangan runcing or down lagi bila budget tak cukup dan susu merudum. Ambil langkah bijak dengan amalkan supplemen set menyusu bajet shaklee ni sekurang-kurangnya di samping makan 3 kali menu lengkap sehari serta rajin-rajinlah mengosongkan payudara untuk stimulasi susu yang lebih kerap.

Cara Order Set Menyusu Bajet Shaklee ni adalah :


1. Whatapps 013 488 2382 atau klik icon ni




2. Belian melalui E-Sell dan bayar terus menggunakan credit card atau debit card

3. Walk in ke cawangan Shaklee dan register sebagai ahli untuk dapatkan harga lebih rendah.. Jangan lupa tulissponsor ID 846056 dan dapatkan konsultasi dari saya selepas pembelian.

4. Hubungi saya sahaja untuk buat belian untuk anda.. terus direct ke rumah anda !







Cara Elak Bentan dan Pulihkan Bentan dengan Cepat

Bila kita seronok nak menghabiskan tempoh berpantang, hari demi hari dikira, tiba-tiba menjelang hari-hari terakhir, badan rasa lemah. Macam perlu berpantang semula. Sakit urat, demam dan kadang-kadang sampai tumpah darah. Ini antara tanda-tanda bentan terjadi.



Ini jugalah yang terjadi pada saya sendiri dan wanita yang tak sengaja terlanggar pantang semasa bersalin. Semasa tempoh berpantang, saya memang patuh amalan dan nasihat mak dan bidan. Walaupun saya tak makan jamu, saya tetap ambil supplemen menyebabkan badan cepat sihat dan cergas. Doktor pun mengesahkan kedudukan rahim dah kecut dan terletak pada kedudukan sempurna.

Tanda-tanda Bila Bentan Terjadi

Bila doktor sahkan peranakan saya dah pulih semasa checkup sebulan, saya terlebih seronok. Badan tak ada sakit urat dan lemah badan. Mungkin kerana supplemen yang saya amalkan juga. Bila menjelang hari ke-40, kami balik kampung dan saya ke pasar malam. Membeli air sejuk, makan bihun sup dan cucur jagung. Maklumlah nak meraikan tamat pantang. Apalah beza sehari tu kan. Tiba-tiba malamnya, saya rasa nak demam. Badan jadi seram sejuk. Terus rasa nak pakai stokin balik macam baru mula berpantang padahal tempoh berpantang sudah tamat iaitu hari ke-41.



Perut tak sedap dan rasa nak muntah dan membuang. Yang keluar hanya cecair dan angin. Sahlah saya sudah BENTAN. Akibat dari bentan ni, saya kena panjangkan tempoh berpantang saya semula. Pada mulanya saya berpantang di rumah sendiri. Bila dah nak habis pantang ni, baru pulang ke kampung nak kenalkan baby pada saudara mara tapi terpaksalah cancel sementara nak bagi badan cepat pulih.

Kalau ibu yang bekerja yang alami bentan, alamatnya kena extend tempoh berpantang. Itu kalau demam-demam urat tapi kalau sampai tumpah darah dan mengakibatkan hilang darah yang banyak, memang boleh kena tahan di hospital, terpisah sekejap dengan anak dan terpaksa prepare stok susu EBM berganda-ganda bukan ja untuk bekerja nanti tapi sepanjang admitted di hospital.

Cara Nak Elak Bentan

Pasti ramai ja ibu-ibu zaman sekarang tak ikut cara berpantang macam orang dulu. Ada yang sudah terpaksa memandu dan keluar rumah kerana suami bekerja dan anak bersekolah. Namun, petua ni kena juga ikut untuk elak bentan terjadi
  • jangan angkat barang terlalu berat.
  • jangan berjalan terlalu laju takut terlanggar benda dengan ibu jari kaki.
  • jangan makan makanan sejuk.
  • jangan makan makanan tajam.
  • jaga kebersihan ditempat luka untuk elak infection.

Bila Sudah Terjadi Bentan, Apa Cara Nak Pulih Cepat?

Bila badan jadi lemah, demam, urat berbisa dan sendi sejuk sampai menggigil, ini namanya Bentan Urat. Ini boleh jadi bila ibu aktif dan lasak. Bertangas atau wap panas herba dapat melegakan Bentan Urat.

Kadang-kadang tiba-tiba ibu sakit ari-ari walaupun pada mulanya dah baik pun. Keadaan jadi serius sampai tumpah darah bila Bentan Urat Peranakan terjadi. Keadaan ni boleh jadi akibat mengangkat barang berat, tersadung sampai jatuh terduduk atau tersepak ibu jari kaki. Bila tumpah darah, segeralah ke hospital untuk rawatan segera. 




Bentan Urat Besar iaitu urat buluh rahim yang melalui pinggul. Keadaan sering terjadi pada orang yang bersalin Caesar. Rasa lenguh dan sakit bahagian belakang badan dan tumit ni, boleh dibantu dengan dituam dengan pad berisi air suam atau tungku.

Bila bentan terjadi tak kiralah hari ke berapa berpantang, kita kenalah lebih berhati-hati. Supplemen yang saya amalkan juga membantu untuk pulih dari Bentan lebih cepat. Jika sebelum tu saya ambil 1 biji sehari semasa tempoh berpantang normal, bila dah bentan ni saya ambil lebih supaya cepat pulih. Ia selamat kerana badan memang menggunakan sepenuhnya dan bersifat semulajadi.

Apa Fungsi Supplement Yang Saya Ambil Untuk Pulih Dari Berpantang Dan Bentan?

B Complex

B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk biotin dan asid folik dengan kadar serapan tinggi maksudnya lebih mudah diserap badan. Jadi jangan pelik mengambil vitamin B jenama lain tak sama kesannya dengan vitamin B Shaklee yang pasti jauh berbeza. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf jadi membantu redakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia yang ibu berpantang dan bentan alami.

Ibu berpantang juga akan dapat manfaat b complex yang lain iaitu lebih bertenaga kerana b complex membantu tukarkan makanan menjadi tenaga, menggalakkan tumbesaran bayi secara sihat jika ibu menyusukan anak, elak rambut gugur dan cegah anemia dengan menggalakkan pembetukkan sel darah merah yang sihat.


Vitalea:

Istimewanya multivitamin ni sebab ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral dan adalah yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.

Memandangkan ibu berpantang sering terjaga untuk menyusu anak di malam hari dan makan pula kena berpantang, kemungkinan kekurangan nutrisi berlaku menyebabkan cepat letih. Multivitamin Shaklee membantu menampung kekurangan nutrisi itu, beri tenaga dan mencergasan minda.

Lebih malang, kalau ibu alami tumpah darah, bentan atau low hb. Pengambilan multivitamin Vitalea, membantu menambah darah dan menstabilkan bacaan hb.

Vitamin C:

Vitamin C Shaklee ni dirumus dengan bioflavonoid ok. Bioflavonoid ni memang secara semulajadi ada dengan tumbuhan yang bervitamin C untuk bantu keberkesanan Vitamin C dalam melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Malangnya banyak supplemen Vitamin C di pasaran tak disertakan dengan bioflavonoid ni.

Vitamin C juga membantu ibu berpantang untuk baik pulih luka jahitan dan dalaman rahim dengan lebih cepat. Jadi risiko untuk bentan dapat dikurangkan. Kalau Bentan juga lebihkan ambil vitamin C untuk tingkatkan imun badan dan bagi cepat pulih.


Ostematrix:

Kalsium dalam Ostematrix ni mampu bertahan dalam darah kita selama 12 jam selepas diserap. Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D yang bantu tingkatkan penyerapan kalsium. Kalau ibu berpantang masih lagi rasa kebas, kejang simptom yang selalu ibu mengandung alami.. wajiblah teruskan pengambilan Ostematrix semasa berpantang.

Kalsium sangat bagus memperbaiki kebas dan kejang, ringankan stress, mood swing, sakit kepada dan menggalakkan tidur yang nyenyak. Malah ibu menyusu kenalah tambah kalsium dalam menu harian sebab anak juga turun berkongsi kalsium yang sama.

Kalau alami bentan dan sakit2 badan, kalsium memberi ketenangan, mengimbangan tekanan darah dan menenangkan saraf.

ESP :

Pastinya ibu berpantang nak cepat pulih dari keadaan yang lemah. ESP tanpa kolestrol ni bantu beri tenaga, mengenyangkan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

ESP juga ada kandungan vitamin b dan kalsium selain protin yang mudah diserap badan. Pengambilan 2-3 kali sehari untuk ibu berpantang sangat disyorkan dan pasti ibu akan rasa berbeza dengan pengalaman berpantang yang lepas (jika ada). Luka dalaman terutama di rahim dan jahitan perenium, insyaAllah lebih cepat pulih sekaligus menurunkan risiko infection dan bentan. Ibu terasa seperti tidak berpantang ja walaupun belum tamat tempoh pantang 40 hari.


cara-cepat-pulihkan-bentan
Set Berpantang dan Pulih Bentan Segera


Untuk masa terhad dan eksklusif untuk pembaca Mysupervitamins, belian Set Berpantang dan Pulih Bentan ni akan disertai dengan E Book Panduan Berpantang! E book ini lengkap disertai dengan resepi-resepi best untuk ibu semasa berpantang.

Bagi yang inginkan pengalaman berpantang yang tenang dan pulih segera dari bentan, boleh segera whatapps atau sms 

"Order Set Berpantang dan Pulih Bentan " ke 013 488 2382



pengedar-shaklee-setia-alam
Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja

Cara Elak Kejang dengan Paling Berkesan

Memang sakit bila otot kejang ! Kebas hujung jari pun dah sakit kalau gerak, inikan pula kejang otot. Apa punca kejang otot ni? 

kalsium bantu kejang otot
Elak terus kejang otot



Kejang otot berlaku bila otot bekerja berlebihan, kurang air dalam badan, otot tegang atau memegang sesuatu terlalu lama pun boleh menjadi punca kejang. Namun sebab - sebab ini tidaklah rigid. Banyak la berlaku kes kejang tanpa tahu sebabnya. Bekalan darah yang tak cukup pun boleh buat kejang.

Siapa yang sering alami kejang otot dan mengapa ia terjadi?

Biasa kita dengar atlit sering alami kekejangan otot. Sejak zaman sekolah dahulu pun, yang sering kejang adalah yang sedang bermain sukan. Untuk elak kejang, senaman sebelum dan selepas bersukan sangat penting. Tahu tak, kekurangan kalsium, potasium dan magnesium juga menjadi punca seseorang itu mudah kejang walaupun bersenam dengan rutin yang betul. Jadi, untuk elak kesakitan akibat kejang otot, keperluan kalsium tidak boleh diabaikan sama sekali.

Selain itu, ibu hamil juga senang kejang. Sekali lagi ini mengesahkan bahawa kekurangan kalsium adalah punca otot kejang. Ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi, akan berkongsi nutrisi dengan bayi mereka. Jika kalsium tidak mencukupi. kalsium simpanan juga akan diambil. Akibat dari kekurangan kalsium yang sangat teruk, gejala kurang kalsium iaitu kejang, gigi rapuh dan sakit pinggang akan ibu alami. Lebih teruk, bayi turut kekurangan kalsium jika simpanan kalsium ibu juga masih belum mencukupi untuk keperluan bayi.  Cukupkan keperluan kalsium ibu hamil dan menyusu untuk elak kejang otot.

Siapa lagi? Jangan tak tau, perempuan yang sedang period / menstrual pun boleh alami kejang. Kemungkinan besar adalah kerana kehilangan darah yang banyak. Kalsium dapat membantu mengurangkan kekejangan semasa kitaran haid wanita tau.. 



Supplemen kalsium terbaik di dunia
Penting ka tak penting kalsium ni?

Walaupun andalah pemenang pingat perak Olimpik seperti Lee Chong Wei sekalipun, jangan abaikan keperluan kalsium. Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg kalsium dengan 4 tablet harian untuk menepati keperluan kalsium seorang dewasa tau. Kenapa tidak 1 kapsul sahaja? Kalsium adalah mineral padat yang susah diuraikan jika telah dimampatkan. Untuk membantu penyerapan kalsium dalam badan,  Shaklee menyediakan Ostematrix dalam bentuk mudah diserap dengan kandungan 250mg 1 kapsul.

Perbezaan yang membuatkan Ostematrix Shaklee perlu dipilih berbanding jenama lain adalah kerana ia lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang sangat membantu kalsium diserap dan bekerja dengan lebih baik. Fungsi tulang dan sendi dapat dipulihkan dengan lebih cepat kesan jika kita mempilih supplemen kalsium yang tepat dan lengkap begini.

Untuk elak KEJANG yang menyakitkan itu dengan PALING BERKESAN, pastikan anda terus dapatkan Ostematrix Shaklee sekarang juga !

Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC



Promo Ogos Shaklee : Ostematrix Kalsium

I Lepas kahwin dulu, terus badan saya macam orang tua. Sakit pinggang la, lenguh la. Umur baru 24 thn kot. Ingatkan rare case. Saya seorang ja alami. 
.
Hormon sudah bercampur gaul :P.
.
Rupanya ada juga org lain senasib. Baru find out semalam. Huhu. So, dinasihatkan yang dah ada simptom2 awal sakit pinggang ka, tak leh bongkok lama2 ka, memang asyik mendukung anak yg 5-10kg ka, ambil kalsium sejak muda lagi ya. Yang tua, confirm2 kena ambil. Supaya tulang terus berbakti dengan baik.

Bulan ni ada good news pada pencinta Ostematrix ni. Order cepat ya.



Ida Khairani Ahmad
http://www.mysupervitamins.com

Set Sendi Shaklee

Set Sendi Shaklee sangat berkesan dalam membantu melegakan sakit sendi dan melancarkan kembali pergerakan sendi. Sakit sendi tidak asing lagi untuk golongan tua, namun kita orang muda juga kerap mengalaminya. Jadi, sebelum terlambat dan merana akibat arthritis atasinya dengan amalkan Set Sendi Shaklee.


cara ubati sakit sendi
Sakit sendi akibat kurang kalsium, pelincir dan penyakit gout dan arthiris
Set Sendi Shaklee mengandungi Omega Guard dan Ostematrix.
Set Sendi Shaklee yang berkesan membantu melegakan sakit sendi yang kronik




Kenapa kalsium Ostematrix bagus untuk sendi dan tulang?

Kalsium Ostematrix membantu melindungi tulang kita dan formula Ostematrix padat dan mencukupi keperluan kalsium harian seorang dewasa dan dilengkapi dengan vitamin D, magnesium untuk membantu keberkesannya.

Dos keperluan harian kalsium dewasan dan kanak-kanak

Jadi, pengambilan Ostematrix 4 biji sehari bakal membantu badan kita membina dan mengekalkan tulang  dan gigi yang kuat. Keperluan kalsium yang mencukupi sangat penting mengekalkan kepadatan tulang dan mengelakan penyakit Osteoporosis dan sakit sendi.

4 biji Ostematrix mengandungi : 

  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan
Kenapa supplemen kalsium perlu ada vitamin D dan magnesium


Syor pengambilan harian Ostematrix ialah empat kaplet sahaja. Untuk kesan terbaik, ambil dua kaplet dua kali sehari bersama makanan. Boleh juga diambil 4 biji sebelum tidur untuk tujuan tertentu.

Kajian menunjukkan pengambil kalsium Ostematrix Shaklee diserap dengan cepat dan kekal dalam darah selama 12 jam selepas pengambilannya. 




Ini sangat penting kerana ada supplemen kalsium lain yang tidak mudah diserap oleh badan, gagal berada dalam darah untuk jangka masa lama sekaligus gagal berfungsi menghilangkan sakit sendi dengan berkesan. Sebab itu kita pasti merasa perbezaaan selepas bertukar pada Ostematrix Shaklee.

Testimonial selepas mencuba Ostematrix dari Set Sendi Shaklee

Kesan selepas cuba Set Sendi Shaklee

Testimonial Selepas Cuba Set Sendi Shaklee
Supplemen kedua dalam Set Sendi Shaklee ini adalah OMEGA GUARD.

APA ITU OMEGA GUARD SHAKLEE?


Omega Guard Shaklee adalah supplemen minyak ikan tulen yang berkepekatan tinggi.
OmegaGuard Shaklee membekalkan spektrum penuh asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen terrdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian 3 kapsul OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Apa maksud Gred Farmaseutikal yang Tulen

Omega Guard Shaklee memenuhi gred farmaseutikal. OmegaGuard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Apakah fungsi asid lemak dalam Omega Guard untuk sendi?

Minyak ikan dalam Omega Guard membantu mengurangkan inflamasi / bengkak / radang pada sendi.

kebaikan omega untuk sendi
Kenal pasti sakit sendi dan jangan biar sakit berterusan dan meningkatkan risiko penyakit lain. Tambahan pula, sakit sendi sering buat pergerakan terbatas, kualiti kerja menurun dan susah untuk beribadat dengan kusyuk dan sempurna.

Punca bengkak pada sendi


Testimonial Omega Guard dalam set gout
Testimonial omega untuk sakit sendi
Radang pada sendi antara simptom pesakit gout.


Untuk terus tidak merana akibat sakit sendi dan mula menjaga kesihatan sendi, hubungi saya, SID Pro :


Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

Tips agar patah tulang belakang dan kaki cepat sembuh

Patah tulang belakang dan kaki jika terpaksa ditanggung bukan sahaja menyakitkan dari segi fizikal tapi emosi juga mudah gelisah dan tertekan kerana risau kemungkinan tidak pulih atau lambat baik. Bila tulang belakang patah, banyak sangat pergerakan terganggu. Tulang kaki juga menyebabkan kita terpaksa bergantung dan mohon bantuan orang.

Mesti kita nak sangat cepat baik. Ubat tahan sakit dah jadi teman pula. Namun memang tak elok bergantung pada ubat tahan sakit. Lama-lama akan ada kesan buruk pada diri pula.

Saya nak kongsikan testimonial pesakit yang patah tulang belakang dan kaki akibat kemalangan. Alhamdulillah, selepas sebulan mengamalkan 4 supplemen Shaklee, tulang sudah bercantum melalui hasil xray doktor dan beliau sudah tak perlu pakai bengkung untuk support dalam tempoh 3 bulan.. doktor pun terkejut.




3 Tip Agar Patah Tulang Belakang dan Kaki Cepat Sembuh

1. Kalsium
Tip untuk sembuh cepat jika berlaku kerosakan tulang termasuklah patah, terseliuh atau retak adalah dengan menambah kalsium dalam pemakanan harian.

Kebaikan Ostematrix Shakee untuk tulang adalah :

Formula komprehentid dan mudah ditelan. Ostematrix Shaklee padat dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat selain gigi yang kuat. Supplemen kalsium dengan vitamin D membantu penyerapan kalsium dan membantu mengurangkan kekejangan atau cramp.

4 tablet Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, 400 mg magnesium dan 400iu vitamin D yang sangat penting dalam menggalakkan penyerapan kalsium. Jadi sangat disyorkan untuk ambil 4 tablet kalsium sehari bersama makanan dan boleh diasingkan pada 2 sesi untuk pelihara tulang. Bagi yang sudah patah tulang, boleh ambil lebih dari 4 tablet kerana keperluan yang lebih.

2. Protein

Protein sangat penting dalam membentuk sel dan otot yang sihat dan kuat. Tulang juga terdiri dari sel-sel asas yang mula dibentuk dari protein. Tambahan protein berkualiti penting untuk pemulihan dan pembentukan tulang baru.

ESP Shaklee membekalkan tenaga berkekalan dan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. ESP @ Soy Protein Isolate Powder ni adalah sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi RENDAH LEMAK, BEBAS KOLESTROL dan kaya ASID AMINO.

Tenaga yang dibekalkan ESP bertahan berjam-jam dan telah dibuktikan secara klinikal. Jadi pesakit yang patah tulang turut mendapat manfaat dari tenaga yang berterusan ini.

1 hidangan ESP iaitu 3 sudu membekalkan14gram protien soya dan 500 mg kalsium bukan saja baik untuk tulang yang patah dan masih sihat, juga untuk kesihatan jantung. Kalsium Ostematrik turut membantu mengekalkan otot, perbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon supaya lebih teratur. Sudah pasti pesakit tulang patah akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP secara konsisten.

set-shaklee-untuk-sembuh-patah-tulang
2 dari 3 supplemen Shaklee untuk tulang patah, ESP dan Ostematrix


3. Sendi

Supplemen AJHT Shaklee membantu memelihara tisu penyambung, meningkatkan kesan kusyen dan menyokong keselesaan sendi. Supplemen ini mengandungi ekstrak jagung, vitamin C, zink, tembaga, mangan dan ekstrak boswellia. Ekstrak boswellia memang digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis sejak berkurun lamanya.

Jadi, jangan bergantung hanya pada fisio dan ubat sahaja. Amalkan makanan sihat yang tinggi kalsium, protein dan ambil suppelemen tambahan yang dipercayai dan sudah mempunyai testimonial tentang keberksaannya membantu patah tulang belakang dan kaki hingga cepat sembuh. Yang penting selain kita berusaha adalah mohon pada Allah dan letakkan pergantungan padaNya. Dia yang memberi, dia juga yang menyembuhkan.


By, Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor - ID 846056
013 488 2382

www.mysupervitamins.com
www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com
Nak Order Shaklee Online, Klik Sini

Saya Pengedar Shaklee dan  COD untuk
Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitar
Bandar Bukit Raja
Klang
Setia Alam
Penghantaran melalui courier juga diuruskan.

Adakah kalsium berlebihan punca batu karang

Di dalam salur darah kita, selain kolesterol, yang boleh melekat di dinding salur darah ni ada banyak lagi benda termasuk kalsium.

Bila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan calcification ni, ia mengeraskan bahagian yg dia termendap tu. Banyak tempat ia boleh termendap selain salur darah seperti otak, breast, sendi & buah pinggang. Itu yg jadi batu karang.


Adakah benda ni terjadi sebab kalsium berlebihan?
TIDAK.

Mengikut kajian dari Universiti Harvard, pengambilan kalsium tiada kaitan dengan batu karang & apa2 saja penyakit dr calcification ni. Makan kalsium ke tak makan ke, sama je risikonya. 

Punca utama yg dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune, & pernah jalani pembedahan.

Jadi jgn takut nak makan kalsium takut kena batu karang.. Tidak relevent.

Adakah ia kalsium termendap @ calcification boleh dirawat? 

Menurut  International Journal of Molecular Sciences, mereka ada buat test utk mengkaji penyebab calcification... Kalsium bukan penyebab. Tapi....

- pengawet makanan
- makanan diproses
- lemak trans
- gula

Cuba kurang atau jangan makan benda2 di atas kalau boleh.

Utk suplemen, dalam report yg sama mencadangkan:

- Omega

InsyaAllah jika elak 4 jenis makanan punca kalsium termendap dan amalkan vivix dan omega, bukan saja bantu elakkan risiko calcification terapi banyak lagi penyakit lebih bahaya yang lain.

Elak kebas & kejang kaki dengan kalsium

Kalsium Ostematrix jadi teman baik ibu sejak pertama kali mengamalkannya.
.
Lepas dah sedar diri ini rupanya sekian lama kekurangan mineral paling kritikal, tak dapat nak lepaskan lagi.


.
Kebaikan dan fungsi kalsium
.
Kalsium jadi keperluan asas yg penting untuk 
- bantu pertumbuhan tulang & gigi yang kuat.
- kelancaran tulang & sendi jadi kuranglah rasa sakit pinggang, lenguh badan.
- bantu penghasilan susu ibu .
- elak cramp.
- tidur nyenyak dan elak insomnia.
- elak migrain.
- kurangkan kebas2.
.
Bukan ja mak-mak menyusu yang perlukan kalsium tambahan sebab berkongsi bekalan kalsium dengan bayi, lelaki & orang tua juga.
.
Dos Kalsium Harian
.
In fact, keperluan kalsium kanak-kanak & orang dewasa adalah 1000mg sehari. Agak2 cukup tak kita ambil selama ni?
.
Untuk ibu mengandung & menyusu, keperluan kalsium lebih lagi iaitu 1300mg sehari. 
.
Dos kalsium untuk remaja yang sedang meningkat dewasa iaitu 9 tahun ke 18 tahun juga tinggi iaitu 1300mg. 
.
Malah orang yang berusia 51 tahun ke atas perlu ambil 1200mg sehari. Maklumlah tulang dan makin mereput jadi banyak yang perlu di repair.
.
Sumber Kalsium dari Makanan
.
Kalsium juga terdapat dalam makanan harian kita iaitu susu, keju, sayur hijau seperti brokoli, tofu dan bijan. Namun, macam mana nak sukat kalsium dalam susu, cheese, sayur, & yogult yang kita tak regular ambil? 
.
Gejala & Penyakit Akibat Kurang Kalsium
.
Tanda kekurangan kalsium berterusan boleh bawa pada ..
.
muscle cramp
- heart palpitation ( irregular heart beat
- tekanan darah tinggi
- nervousness
- tooth decay
- numbness ( kebas ) kt kaki dan tangan
- brittle nail( kuku rapuh ) 
- aching joint (sakit sendi ). 
.
Alert ya ! 
.
--------------------
Ida Khairani
www.mysupervitamins.com 
----------------------------


Review Kalsium Ostematrix Shaklee

Himpunan testimonial dan review kalsium Ostematrix Shaklee yang tetap jadi pilihan ramai. Sebab ramai yang dapat kesan positif dan cepat serta setia dengan OStematrix adalah cici-ciri utamanya iaitu

  • lengkap untuk keperluan seorang dewasa iaitu 1000 mg 
  • mudah ditelan kerana kapsul yang kecil. 1 kapsul 250 mg. Jadi ambillah 4 kapsul untuk sehari.
  • terasa keberkesanan dalam menghilangkan sakit kerana kalsium turut dilengkapi vitamin D dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium.
  • sesuai untuk semua golongan orang tua dan muda, ibu mengandung dan menyusu, perempuan dan lelaki.

Mari baca testimonial ramai setelah mencuba kalsium ostematrix shaklee.










Nurfaezah Abd Jamil Saya baru telan. Setia amik ostematrix sejak nyusu anak first. Alhamdulillah ketumpatan kalsium dlm bdn elok.kdg2 dia tlg lancarkan 'investment' pagi esok nya.hihi




Azlina Mubin Senangnya bangun pagi arini.. Sbb mlm td dh telan oste 4biji... Terasa cukup tidurku walaupun hanya 4jam wink emoticon


Syafiq Raffiqin Liow Lenguh2 badan hilang bangun pagi fresh aja.......




Norlen Othman Sy amik mami.so far cramp kaki dah lama x jd.pregnant kan selalu cramp kaki ni.nak share cite best,masa 5 bulan ritu,sakit gg.sape yg masa pregnant sakit gg tau la kan sakit mcm mana.mlm sy amik oste 4biji ngan sr vita c sebiji.alhamdulillah dgn izin Allah,bgn pagi dah ilang rasa sakit gg.


Testimonial diri sendiri..




Ida Khairani Ahmad Saya senang sakit pinggang, belakang sejak lepas kahwin. Lepas bersalin lagi la. Alhamdulillah, sejak start ambil ostematrix, sakit pinggang dan belakang dapat atasi. Malah rasa lebih cergas dari lepas kahwin dulu walaupun umur makin bertambah. Hope berterusan, insyaAllah.


Punca ramai orang sakit pinggang, sakit lutut, sakit belakang, sembelit kebanyakkannya adalah kekurangan kalsium. Mungkin juga kalsium yang diambil belum cukup bagus dan berkesan untuk memperbaiki pergerakan dan hilangkan kesakitan. Kalau sakit ni dibiarkan memang makin melaratlah.

Nak ka tua sembelum usia? Nak ka sampai kena cucuk lutut dengan pelincir? Nak ka gantikan lutut dengan besi? Sanggupkah jalani pembedahan berpuluh ribu dalam 10 tahun dari sekarang?

Pilihlah kalsium yang terbaik dan dapat membantu kita menyelesaikan masalah kita sesegera yang mungkin!






Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.