Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-Lea. Show all posts

Kerap Letih dan Berat Turun Rupanya Petanda Penyakit Kencing Manis

Ramai kawan menegur Maya semakin hari semakin kurus. Dia pun happy kerana memang niatnya untuk menguruskan badan.

Walaupun telah mencuba pelbagai cara sebelum ni, beratnya gagal turun. Tanpa sedar, kini Maya turun berat dengan sendirinya.

Namun, Maya juga kerap letih. Memandangkan gaya hidupnya yang super busy, menguruskan anak yang bersekolah dan perniagaan, jadi Maya rasa itulah puncanya cepat letih.

Atas nasihat kawan, Maya mencuba beberapa supplemen yang disyorkan rakan-rakan, namun masalah keletihannya masih tidak berubah dan menjadi semakin serius.

Ibunya memaksa untuk Maya melakukan pemeriksaan dan akhirnya Maya akur.

Betapa terkejutnya Maya bahawa doktor mengesahkan Maya mengidap penyakit kencing manis. Maya yakin beliau jarang mengambil minuman manis dan juga makan biasa-biasa saja tak la banyak mana.

Selalulah periksa kesihatan  dan ambil tahu perubahan diri

Apakah Punca Penyakit Kencing Manis?

Di dalam badan kita, hormon yang mengawal paras gula adalah INSULIN.

Insulin ini dikeluarkan oleh kelenjar PANKREAS.

Jadi, jika fungsi pankreas dan insulin terjejas, gula dalam darah boleh menjadi tinggi dan tidak terkawal menyebabkan terjadinya penyakit KENCING MANIS.

Pankreas dan insulin yang sihat memainkan peranan utama dalam mengawal paras gula

Apakah faktor yang menyebabkan fungsi insulin dan pankreas terjejas dan membawa pada penyakit kencing manis?


1. Jangkitan virus pada kelenjar hormon.

Ada sesetengah virus yang menyerang kelenjar hormon. Bila kelenjar rosak, ia tak mampu nak keluarkan insulin dengan efektif.

Sepatutnya bila gula tinggi, insulin lebih banyak dikeluarkan.

Bila gula rendah, sedikit insulin dikeluarkan. Macam temostart.

Namun, bila kelenjar rosak dan mengeluarkan hanya sedikit insulin, ia tak mampu memproses gula seperti yang diperlukan.

2. Makan yang tidak terkawal.

Bila orang tu obese dan makan banyak gula dan karbohidrat, dia lebih berisiko untuk mendapat diabetis. Kenapa?

Ini kerana pankreasnya penat bekerja untuk menghasilkan insulin untuk memproses makanan yang banyak. Tak berenti-renti makan..

Pankreas yang bekerja dengan teruk ni, menjadi penat dan gagal berfungsi dengan lebih baik.

Sebab tu dalam Islam kita disuruh berpuasa di bulan Ramadhan, melakukan amalan puasa sunat dan juga mengawal makanan. Supaya organ-organ badan juga dapat rehat.

3. Rintangan insulin.

Penyakit kencing manis juga berpunca dari rintangan insulin.

Rintangan insulin bermakna sel tidak mahu menerima insulin yang dihasilkan. Akibatnya glukos tidak dapat digunakan oleh sel badan untuk menjana tenaga seperti orang normal lain. Mungkin ini juga penyebab Maya cepat penat.

Gula yang berlebihan membentuk sebatian organik yang memegang insulin dan mengakibatkan fungsi insulin merosot. Insulin menjadi tidak aktif.

"Insulin resistance implies that the cells are not responding well to the hormone insulin. This causes higher insulin levels, higher blood sugar levels and may lead to type 2 diabetes and other health problems."

Sel badan tidak mahu respon pada insulin antara punca penyakit diabetis

4. Tidak Sensitif pada Insulin.


Orang yang sihat memerlukan insulin yang berkadar terus dengan keperluan untuk memproses gula.

Ini namanya high sensitivity.

Namun, apabila masalah ‘tidak sensitif pada insulin’ berlaku, pesakit diabetis memerlukan insulin yang banyak walaupun untuk memproses gula yang sendikit.


"Insulin sensitivity describes how sensitive the body is to the effects of insulin. Someone said to be insulin sensitive will require smaller amounts of insulin to lower blood glucose levels than someone who has low sensitivity".

5. Kekurangan Kromium.


Kromium adalah mineral yang menyubur dan membantu baik pulih pankreas, kelenjar yang mengeluarkan insulin.

Kromium juga membantu dalam metabolisme insulin, juga dikenali sebagai glucose tolerance factor ( GTF )

Jika badan mempunyai cukup keperluan kromium, badan dapat bertindak balas dengan lebih efisyen dalam mengeluarkan insulin dan kawal keseimbangan paras gula.

Chromium is an essential mineral that plays a role in how insulin helps the body regulate blood sugar levels

Rawatan Penyakit Kencing Manis


Penyakit diabetis dapat dikawal jika gula dalam darah dapat dikawal dan sentiasa di bawah paras merbahaya iaitu antara 3.9 - 6.9 mg. Ketahui bacaan gula normal dan tidak normal di sini.

Jika pankreas berfungsi dengan baik, insulin lebih sensitif dan rintangan insulin dapat diatasi.

Paras gula dalam darah dapat dikawal dan risiko penyakit diabetis pasti dapat diturunkan. Cara rawat kencing manis ada beberapa iaitu

1. Ubat Kencing Manis. 


Walaupun cara rawat kencing manis ni yang popular adalah melalui pengambilan ubat tetapi ia bukan menyembuhkan terus penyakit kencing manis. Fungsinya untuk mengawal paras gula. Pesakit juga perlu mengikuti diet yang disarankan doktor. Pengambilan gula, lemak dan karbohidrat perlu dihadkan.

2. Suntikan insulin. 


Ada pesakit diabetis yang terpaksa menerima suntikan insulin. Cara rawat kencing manis ni terpaksa diberi apabila pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik untuk supply insulin.

Jika pankreas dapat supply insulin tetapi insulin yang dihasilkan badan masih tidak cukup atau ubat dan diet tidak mampu menurunkan paras gula, suntikan insulin juga akan disyorkan doktor selepas membuat penilaian.

3. Kaedah Modulasi Hormon 


Dalam kaedah rawatan kencing manis ni, sumber kromium diambil pada sukatan yang tepat dan agen perosak hormon dijauhi.

Doktor yang menemui kaedah ni menyatakan, kelenjar hormon yang rosak boleh dibaiki. Jika berjaya, kesihatan pesakit kencing manis akan bertambah baik.

# Amalkan juga 6 makanan ini untuk membantu menurunkan paras gula secara semulajadi.


Supplemen untuk Pankreas dan Insulin yang Sihat


Vivix

Vivix adalah supplemen anti oksida berasaskan tumbuhan. Antaranya sumber tumbuhan utamanya adalah anggur muscadine, polyganum cuspidatum, lobak purple dan European Elderberries.

Tumbuhan ni kaya Resveratrol iaitu ramuan yang diekstrak dari tumbuhan dan dikaji para saintis kesannya terhadap pesakit kencing manis.

Cara Resveratrol membantu diabetis


1. Sel badan yang rosak akibat obesiti, stress, gula tinggi dan oksidasi dipulihkan. Sel badan menjadi lebih sihat dan bertenaga seterusnya bertindak balas dengan ubat kencing manis dengan lebih berkesan. Jadi paras gula dapat dikawal.

2. Ada pesakit yang sel badannya reject insulin dan mereka menjadi tidak bertenaga dan mudah lapar.
Pengambilan Resveratrol membantu menurunkan rintangan insulin maka sel badan dapat menerima insulin dan memproses glukos. Jadi tenaga dapat dihasilkan.

3. Ada pesakit kencing manis yang mengalami low sensitivity insulin dimana banyak insulin diperlukan untuk memproses walaupun sedikit gula. Resveratrol membantu meningkatkan sensitiviti insulin.

Maka dengan pengambilan Resveratrol, insulin menjadi lebih sensitif dan dapat memberi kesan terbaik dalam mengawal paras gula. Insulin yang dihasilkan juga mencukupi untuk memproses gula yang diambil.

4. Mengurangkan penghasilan AGE protin punca diabetis dan rintangan insulin.

Kajian Resveratrol membuktikan ia dapat menurunkan rintangan insulin dan meningkatkan fungsi insulin seterusnya berkesan untuk pencegahan dan rawatan diabetis.

Kajian kesan Resveratrol terhadap paras glukos dan insulin sensitivity boleh rujuk sini.

Kesan Resveratrol pada bacaan paras gula

Kesan Resveratrol : Badan tak mudah letih.
Dapatkan Vivix di sini

Vitalea

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi KROMIUM.

Pesakit kencing manis sering didapati kurang kromium dan membawa pada risiko kerosakan pankreas dan kegagalan mengawal paras gula.

Jadi, jika anda mempunyai simptom kencing manis seperti di bawah, segera dapatkan konsultasi doktor. Juga amalkanlah supplemen Vivix dan Vitalea sejak awal lagi kerana pencegahan adalah yang terbaik.

- sering dahaga
- kerap kencing pada waktu malam
- berat turun dengan drastik
- penat
- penglihatan semakin terjejas
- kebas kaki dan tangan
- luka lambat baik

tanda-tanda penyakit kencing manis
Tanda-tanda penyakit kencing manis


Bila perlu amalkan supplemen Vivix dan Vitalea ( Kromium )?

Amalkannya sebelum terlambat, sebelum terluka atau sebelum luka tak baik-baik hingga terpaksa dipotong kaki kerana pencegahan adalah lebih baik.

Namun, kajian terhadap Resveratrol dan kromomium membuktikan ia dapat membantu menyihatkan kembali fungsi pankreas dan insulin pesakit diabetis mellitus type 2,  dan menyumbang pada kawalan gula dalam darah.

Jangan biar kencing manis melarat, kerana risiko dan komplikasi akibat penyakit kencing manis yang tidak terkawal sangatlah bahaya.

akibat kencing manis yang tidak dikawal
Akibat buruk kencing manis

Jadi, segera dapatkan pemeriksaan kesihatan jika mengalami gejala kencing manis di atas. Juga, amalkan segala tip yang diberikan doktor dam mulakan pengambil supplemen Vivix dan Vitalea dengan segera.
pengedar shaklee setia alam
Pengedar Supplemen Untuk Membantu Gula Turun

Vitalea Multivitamin yang sangat penting, berkesan dan lengkap untuk dewasa

3 cara untuk kekalkan kesihatan kita adalah makan makanan berkhasiat, bersenam dan capai berat ideal dan terakhir adalah amalkan supplemen yang tepat.

Supplemen merupakan keperluan untuk kehidupan kita sekarang sebab semakin hari semakin banyak kekurangan nutrisi dalam makanan berpunca dari pencemaran, cara penyediaan makanan dan tanah yang tidak sesubur zaman dahulu. Jadi hasilnya, walaupun kita makan banyak, kalori bertambah-tambah tetapi nilai nutrisi dan zat tetap tidak cukup.

Remaja yang tak cukup zat besi, lambat untuk datang haid pertama

Jadi, multivitamin adalah sangat penting melengkapkan kekurangan dan lopong menu harian kita. Dalam banyak-banyak multivitamin, yang mana perlu dipilih?


Cara Pilih Vitamin Terbaik:


1. Pastikan syarikat pengeluar sudah menjalankan ujian pencemaran pada sumber bahan vitamin
2. Pastikan syarikat tidak mengambil sumber yang ditanam dan disembur pesticides yang dilarang.
3. Pastikan syarikat telah menguji produk yang telah siap dan terbukti selamat diambil pengguna.
4. Pastikan ia GLUTEN FREE terutama yang alah gluten. Gluten free produk lebih bagus untuk sistem penghadaman.
6. Pastikan produk dihasilkan adalah dari sumber NON-GMO dan mendapat pensiljilan IPP di mana ia sumber kekal non-gmo dari biji benih sampai ke pemprosesan.
7. Pastikan multivitamin kita mengandungi asid folik yang mudah diserap badan ( bioavailable )
8. Pastikan kandungan kalsium tidak terlampau banyak dalam 1 tablet kerana kalsium tidak boleh dipadatkan dalam 1 kapsul dengan kuantiti yang banyak untuk membantu penyerapan dan tidak menjadi beban pada badan.


Apakah Multivitamin Vitalea Shaklee :


Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta multivitamin pertama di dunia. Kini ia dipanggil Vitalea.

Vitalea dicipta untuk keperluan wanita dan lelaki dan dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral yang kritikal.

Antara kandungan vitalea per tablet adalah :


60 mg Vitamin C,  30 iu Vitamin E dalam bentuk d-alpha tocopheryl asid succinate dan 1250 iuVitamin A dalam bentuk beta karotin. Vitamin A,C,E ini penting untuk meningkatkan perlindungan antioksida.

Dalam Vitalea Shaklee juga terdapat 8 jenis vitamin B termasuklah 400mcg asid folik yang penting untuk ibu mengandung dan keperluan harian kita.

Vitalea Shaklee juga lengkap dengan zat besi yang sangat penting untuk pembinaan darah dan elak anemia serta hb rendah dikalangan ibu hamil.

Penting untuk darah dan kesihatan badan

Video Lengkap Info Vitalea Shaklee serta testimonial Vitalea untuk ibu yang hb low


Cara Makan Vitalea untuk orang dewasa:


Ambil 2 biji Vitalea dengan makanan

Vitalea Shaklee adalah sebahagian dari set

  • Daily Essential Set
  • Prenatal dan Postnatal Set
  • Energy for Life
  • Vitality Set for Men and Women
  • Gorgeous Set
  • Youthful Set
  • Set Warga Emas
  • Imun Protection Set
  • Set Kawalan Gula
  • Set Kesihatan Mata

Untuk mendapatkan multivitamin Vitalea Shaklee terbaik ini, boleh hubungi Pengedar Shaklee Pro di bawah :

Pengedar Shaklee Setia Alam
Pengedar Shaklee Shah Alam

Cara Elak Bentan dan Pulihkan Bentan dengan Cepat

Bila kita seronok nak menghabiskan tempoh berpantang, hari demi hari dikira, tiba-tiba menjelang hari-hari terakhir, badan rasa lemah. Macam perlu berpantang semula. Sakit urat, demam dan kadang-kadang sampai tumpah darah. Ini antara tanda-tanda bentan terjadi.



Ini jugalah yang terjadi pada saya sendiri dan wanita yang tak sengaja terlanggar pantang semasa bersalin. Semasa tempoh berpantang, saya memang patuh amalan dan nasihat mak dan bidan. Walaupun saya tak makan jamu, saya tetap ambil supplemen menyebabkan badan cepat sihat dan cergas. Doktor pun mengesahkan kedudukan rahim dah kecut dan terletak pada kedudukan sempurna.

Tanda-tanda Bila Bentan Terjadi

Bila doktor sahkan peranakan saya dah pulih semasa checkup sebulan, saya terlebih seronok. Badan tak ada sakit urat dan lemah badan. Mungkin kerana supplemen yang saya amalkan juga. Bila menjelang hari ke-40, kami balik kampung dan saya ke pasar malam. Membeli air sejuk, makan bihun sup dan cucur jagung. Maklumlah nak meraikan tamat pantang. Apalah beza sehari tu kan. Tiba-tiba malamnya, saya rasa nak demam. Badan jadi seram sejuk. Terus rasa nak pakai stokin balik macam baru mula berpantang padahal tempoh berpantang sudah tamat iaitu hari ke-41.



Perut tak sedap dan rasa nak muntah dan membuang. Yang keluar hanya cecair dan angin. Sahlah saya sudah BENTAN. Akibat dari bentan ni, saya kena panjangkan tempoh berpantang saya semula. Pada mulanya saya berpantang di rumah sendiri. Bila dah nak habis pantang ni, baru pulang ke kampung nak kenalkan baby pada saudara mara tapi terpaksalah cancel sementara nak bagi badan cepat pulih.

Kalau ibu yang bekerja yang alami bentan, alamatnya kena extend tempoh berpantang. Itu kalau demam-demam urat tapi kalau sampai tumpah darah dan mengakibatkan hilang darah yang banyak, memang boleh kena tahan di hospital, terpisah sekejap dengan anak dan terpaksa prepare stok susu EBM berganda-ganda bukan ja untuk bekerja nanti tapi sepanjang admitted di hospital.

Cara Nak Elak Bentan

Pasti ramai ja ibu-ibu zaman sekarang tak ikut cara berpantang macam orang dulu. Ada yang sudah terpaksa memandu dan keluar rumah kerana suami bekerja dan anak bersekolah. Namun, petua ni kena juga ikut untuk elak bentan terjadi
  • jangan angkat barang terlalu berat.
  • jangan berjalan terlalu laju takut terlanggar benda dengan ibu jari kaki.
  • jangan makan makanan sejuk.
  • jangan makan makanan tajam.
  • jaga kebersihan ditempat luka untuk elak infection.

Bila Sudah Terjadi Bentan, Apa Cara Nak Pulih Cepat?

Bila badan jadi lemah, demam, urat berbisa dan sendi sejuk sampai menggigil, ini namanya Bentan Urat. Ini boleh jadi bila ibu aktif dan lasak. Bertangas atau wap panas herba dapat melegakan Bentan Urat.

Kadang-kadang tiba-tiba ibu sakit ari-ari walaupun pada mulanya dah baik pun. Keadaan jadi serius sampai tumpah darah bila Bentan Urat Peranakan terjadi. Keadaan ni boleh jadi akibat mengangkat barang berat, tersadung sampai jatuh terduduk atau tersepak ibu jari kaki. Bila tumpah darah, segeralah ke hospital untuk rawatan segera. 




Bentan Urat Besar iaitu urat buluh rahim yang melalui pinggul. Keadaan sering terjadi pada orang yang bersalin Caesar. Rasa lenguh dan sakit bahagian belakang badan dan tumit ni, boleh dibantu dengan dituam dengan pad berisi air suam atau tungku.

Bila bentan terjadi tak kiralah hari ke berapa berpantang, kita kenalah lebih berhati-hati. Supplemen yang saya amalkan juga membantu untuk pulih dari Bentan lebih cepat. Jika sebelum tu saya ambil 1 biji sehari semasa tempoh berpantang normal, bila dah bentan ni saya ambil lebih supaya cepat pulih. Ia selamat kerana badan memang menggunakan sepenuhnya dan bersifat semulajadi.

Apa Fungsi Supplement Yang Saya Ambil Untuk Pulih Dari Berpantang Dan Bentan?

B Complex

B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk biotin dan asid folik dengan kadar serapan tinggi maksudnya lebih mudah diserap badan. Jadi jangan pelik mengambil vitamin B jenama lain tak sama kesannya dengan vitamin B Shaklee yang pasti jauh berbeza. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf jadi membantu redakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia yang ibu berpantang dan bentan alami.

Ibu berpantang juga akan dapat manfaat b complex yang lain iaitu lebih bertenaga kerana b complex membantu tukarkan makanan menjadi tenaga, menggalakkan tumbesaran bayi secara sihat jika ibu menyusukan anak, elak rambut gugur dan cegah anemia dengan menggalakkan pembetukkan sel darah merah yang sihat.


Vitalea:

Istimewanya multivitamin ni sebab ia lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral dan adalah yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan badan manusia.

Memandangkan ibu berpantang sering terjaga untuk menyusu anak di malam hari dan makan pula kena berpantang, kemungkinan kekurangan nutrisi berlaku menyebabkan cepat letih. Multivitamin Shaklee membantu menampung kekurangan nutrisi itu, beri tenaga dan mencergasan minda.

Lebih malang, kalau ibu alami tumpah darah, bentan atau low hb. Pengambilan multivitamin Vitalea, membantu menambah darah dan menstabilkan bacaan hb.

Vitamin C:

Vitamin C Shaklee ni dirumus dengan bioflavonoid ok. Bioflavonoid ni memang secara semulajadi ada dengan tumbuhan yang bervitamin C untuk bantu keberkesanan Vitamin C dalam melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Malangnya banyak supplemen Vitamin C di pasaran tak disertakan dengan bioflavonoid ni.

Vitamin C juga membantu ibu berpantang untuk baik pulih luka jahitan dan dalaman rahim dengan lebih cepat. Jadi risiko untuk bentan dapat dikurangkan. Kalau Bentan juga lebihkan ambil vitamin C untuk tingkatkan imun badan dan bagi cepat pulih.


Ostematrix:

Kalsium dalam Ostematrix ni mampu bertahan dalam darah kita selama 12 jam selepas diserap. Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D yang bantu tingkatkan penyerapan kalsium. Kalau ibu berpantang masih lagi rasa kebas, kejang simptom yang selalu ibu mengandung alami.. wajiblah teruskan pengambilan Ostematrix semasa berpantang.

Kalsium sangat bagus memperbaiki kebas dan kejang, ringankan stress, mood swing, sakit kepada dan menggalakkan tidur yang nyenyak. Malah ibu menyusu kenalah tambah kalsium dalam menu harian sebab anak juga turun berkongsi kalsium yang sama.

Kalau alami bentan dan sakit2 badan, kalsium memberi ketenangan, mengimbangan tekanan darah dan menenangkan saraf.

ESP :

Pastinya ibu berpantang nak cepat pulih dari keadaan yang lemah. ESP tanpa kolestrol ni bantu beri tenaga, mengenyangkan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

ESP juga ada kandungan vitamin b dan kalsium selain protin yang mudah diserap badan. Pengambilan 2-3 kali sehari untuk ibu berpantang sangat disyorkan dan pasti ibu akan rasa berbeza dengan pengalaman berpantang yang lepas (jika ada). Luka dalaman terutama di rahim dan jahitan perenium, insyaAllah lebih cepat pulih sekaligus menurunkan risiko infection dan bentan. Ibu terasa seperti tidak berpantang ja walaupun belum tamat tempoh pantang 40 hari.


cara-cepat-pulihkan-bentan
Set Berpantang dan Pulih Bentan Segera


Untuk masa terhad dan eksklusif untuk pembaca Mysupervitamins, belian Set Berpantang dan Pulih Bentan ni akan disertai dengan E Book Panduan Berpantang! E book ini lengkap disertai dengan resepi-resepi best untuk ibu semasa berpantang.

Bagi yang inginkan pengalaman berpantang yang tenang dan pulih segera dari bentan, boleh segera whatapps atau sms 

"Order Set Berpantang dan Pulih Bentan " ke 013 488 2382



pengedar-shaklee-setia-alam
Pengedar Shaklee Bandar Bukit Raja

Rahsia Ibu Cergas Bekerja dari Rumah Mengalahkan Sotong

Dari dulu sampai la ni, dok maintain set ni la.. Set ni paling sempoi kot. Untuk mengandung pun ya, BF pun ya, untuk berpantang pun ya, untuk kesihatan optimun pun ya, untuk hilangkan penat pun ya, nak bagi ceria, kuat, tak emo pun ya juga. 😁
.
Kira ni set paling basic & essential.
.
Berbulan nak habiss sebotol so memang berbaloi dan sesuai untuk orang yg budget2 tapi hargai kesihatan.
.
Bulan ni adik beradik set ni diberi nama SeT Gorgeous ada special offer. Dalam set Gorgeous ada Vitalea, Vit C, GLA dan ESP. Dapat free jote beg anggun plk tu. Sesuai sangat untuk wanita besi dan juga yg nak tingkatkan kesuburan.
.

Set macam k Ida ambil plk sesuai untuk semua & highly recommended tau. Suka sangaatt.. Kenapa ?
.
Vitalea : cover time asyik terbabas ambil sayur dan buah.
B Com: kawal emosi dan beri tenaga untuk bekerja macam sotong.
Vit C: kurangkan simptom resdung yg bertapak sejak azali.
Oste: supaya transform menjadi wanita besi ! 💪🏼😝
.
Jomlah join sekali, sama2 sihat, sama2 ceria !

Ida Khairani Ahmad
http://www.mysupervitamins.com

#tsunamishaklee #sgv #teamrock

Apa vitamin wajib untuk ibu yang selalu lemah, penat dan tak bertenaga

Masa zaman mak dara masih anak sorang dulu, mak seorang yg senang penat 🙈.. Walaupun begitu, relax ja la, bila anak tidur boleh join tidur sekali 😁..
.
Bila mula mengandung anak no. 2
& abangnya masih kecil, mak dah mula risau. Tak boleh jadi ni. Kena juga makan something utk bagi cergas. Takleh mandom. Kesian kat anak.
.
Kenangan ke Gold Coast semasa sarat mengandung 8 bulan

.
Jadi mulalah berjinak-jinak dgn supplemen. Mula dgn Multivitamin @ Vitalea, Vitamin C dan B Complex, set basic ibu hamil. Masa beli ni dah mengandung tapi vitamin tu bertahan sampai bersalin baru habis. Punyalah tunggang langgang makan.

cara lawan rasa penat
Vitamin Optimum untuk memberi melawan rasa penat


Bila dah beranak dua, lagilah kena makan sebab kesian kat abang yang asyik kena main sorang sebab mak dia asyik flat dan mandom ja. Kali ni bila konsisten supplemen yang sama.. Barulahhh..... WOW ! Memang berkesan!!! Badan cergass & lebih banyak masa kualiti dgn anak.
.
Sebab tu la hakikatnya saya yang dulu anak dua dan sudah anak tiga ni, lebih cergas dari masa anak seorang sahaja.
.
Supplemen yang berkualiti kalau ambil betul2 memang la berkesan & WOW effect. So jangan malas makan vitamin Shakleee ok !
.

Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com

Multivitamin pertama di dunia dan cara menambah tenaga!

Banyak sangat vitamin kat pasaran.. Tak tau mana patut dipilih. Video ni dapat bantu anda buat pilihan tepat! Supaya tidak sesen pun duit terbazir.



Dalam video pendek ini, anda dapat melihat penemuan multivitamin pertama di dunia, ciri-ciri vitamin unggul, perbandingan kandungan dengan jenama terkenal lain, testimonial vitalea dan video testimonial panas! Selamat menonton !!!





Nak tahu 6 sebab penting kenapa perlu pilih Vitalea berbanding jenama lain? Baca nota penting di sini.


Order Vitalea atau Join Shaklee Sekarang dan dapatkannya ia PERCUMA !

Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.

5 Supplemen Penting Ibu Mengandung Supaya Kekal Cergas

Terdapat sekurang-kurangnya 5 Vitamin dan Supplemen Penting untuk Ibu Mengandung Kekal Cergas dan Demi Kesihatan Bayi dalam kandungan. Keperluan 5 vitamin dan supplemen ni sangat mustahak dan ideal supaya dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, bayi kurang berat badan dan kelahiran pra matang juga supaya ibu sendiri kekal cergas sepanjang kehamilan yang indah.



Oleh sebab itu, sangat mustahak ibu mengandung mengambil makanan seimbang supaya nutrisi sampai pada bayi yang dikandung juga mencukupi untuk ibu sendiri kekal cergas dan sihat. Ibu yang tidak fit dan kurang nutrisi juga berisiko untuk alami anemia, tekanan darah rendah, low hb atau rendah hemoglobin, kencing kotor atau UTI dan beberapa sakit lagi.



5 Supplemen Penting yang dapat membantu ibu mengandung kekal cergas adalah :

1. Vitamin Ibu Mengandung : B Complex


Asid folik merupakan sebahagian dari vitamin B yang kritikal untuk ibu mengandung. Seawal merancang untuk hamil ibu harus mengamalkannya dan ia menjadi lebih penting bila trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan kecacatan tulang belakang bayi iaitu tiub neural. Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari hingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ada ibu yang dinasihatkan doktor untuk ambil high dos bila ada sejarah iaitu kecacatan tiub neural untuk kehamilan dahulu dan pernah mengalami kencing manis.

B Complex Shaklee yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dapat membantu ibu mengandung. Ia turut dilengkapi B12 yang membantu penyerapan yang optimum asid folik. Malah vitamin B yang lengkap dapat membantu menambah darah. Paling penting, fungsi vitamin B untuk metabolisme membantu ibu mengandung supaya kekal cergas.

2. Vitamin Ibu Mengandung : Vitalea

Ibu mengandung yang mengalami low hb iaitu rendah kandungan hemoglobin berisiko untuk melahirkan bayi kurang berat badan. Low Hb juga membuatkan ibu mudah pening, tidak cergas dan berisiko mendapat anemia. Ibu mengandung dinasihatkan untuk mengambil makanan tinggi zat besi.

Vitalea dengan formula zat besi telah lama digunakan oleh ibu mengandung. Dicipta dengan kajian mendalam supaya zat besi diserap dengan lebih baik untuk membentuk hemoglobin yang mengangkutkan oksigen ke seluruh badan. Ikuti pengalaman ibu mengandung ini yang sering alami hb low tetapi berjaya atasinya selepas mengamalkan Vitalea Shaklee.



3. Vitamin Ibu Mengandung : Ostematrix


Kandungan utama Ostematrix adalah kalsium. Ostematrix diperkaya dengan magnesium yang membantu penyerapan kalsium. Ibu hamil perlu ambil bagi pembentukan tulang dan pertubuhan gigi bayi terutama semasa trimester ketiga.

Ibu mengandung juga sering alami kejang otot dan susah bergiat cergas. Tahu tak kurang kalsium adalah punca utama ibu alami kejang otot. Untuk mengelakkan kejang otot, ketidak selesaan semasa tidur atau bila bangun tidur dan kerosakan gigi ibu sendiri, wajiblah ibu mengandung amalkan kalsium yang mencukupi.

Kekurangan kalsium yang serius juga mendedahkan ibu mengandung pada risiko pre-eklampsia dan yang membawa maut pada ibu dan kandungan. Dos yang dicadangkan adalah1300 mg untuk ibu mengandung berumur 14-18 tahun dan 1000mg untuk ibu mengandung 19-50 tahun. Ostematrix Shaklee mengandungi 1000 mg untuk 4 tablet harian.

4. Vitamin Ibu Mengandung : Vitamin C

Vitamin C penting untuk ibu mengandung cergas demi mengelakan penyakit. Ia membantu menguatkan sistem imun badan. Selain itu Vitamin C membantu menguatkan kandungan dengan cara menguatkan plasenta, menyembuhkan luka, mengurangkan stretch mark, menggalakkan pembinaan colagen untuk pembentukan struktur otot, rawan dan tulang janin.

Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi secara optimum. Jadi ibu mengandung digalakkan mengambil serentak dengan Vitalea. Pengambilan Vitamin C ketika mengandung juga memberi bonus kepada ibu hamil dari segi kecantikan kulit. Vitamin C adalah vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan jadi ianya diperlukan setiap hari oleh badan. Vitamin C yang dilengkapi dengan teknologi sustained release membantu membekalkan vitamin C dalam badan selama 5 jam.

5. Supplemen Ibu Mengandung : Protin ESP

Protin adalah sumber utama pembinaan sel dan anggota badan bayi dalam kandungan. Protin juga membantu ibu mengandung untuk lebih cergas. ESP adalah sumber protin dari soya yang merupakan sayuran jadi ia tiada kolestrol dan rendah lemak. Memandang ibu mengandung mudah penat, sering loya dan tidak lalu makan jadi minuman protin membantu memberi tenaga dan tampung keperluan protin yang penting.


Pengalaman ibu mengandung ini yang mengambil supplemen Shaklee membantunya lebih cergas hingga mampu berpuasa dan bonusnya kulit bayinya lebih cerah.



Bagi ibu mengandung yang masih berkira-kira untuk mengambil supplemen, anda boleh menghubungi saya untuk berunding tentang keperluan anda mengikut budget anda dan suami. Kepentingan supplemen sangat perlu dititik beratkan demi kesihatan bayi dan ibu sendiri kekal cergas. Namun, sebagai ibu mengandung anda seharusnya sedaya upaya mengambil makanan berkhasiat dan seimbang juga melakukan pemeriksaan berkala supaya tahu tahap kesihatan bayi dan ibu.




Sekiranya anda mahukan set ibu hamil cergas dengan mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!




Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.



Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam Pos ke seluruh Malaysia

Vitamin kawal gula untuk elak kencing manis melarat

Kalau dah disahkan kencing manis tapi gula tak turun-turun juga, banyak sakit lain boleh datang..termasuklah kena potong kaki, sakit jantung, senang penat, tekanan darah tinggi !!! Akan berangkai-rangkai.

Komplikasi penyakit diabetis

Kalau ambil ubat yang banyak pula..boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Kena pula dialisis. Aduh..bertimpa-timpakan.. Jadi top uplah dengan supplemen semulajadi yang lebih selamat dan tidak memudaratkan diri sendiri.

Sebaiknya vitamin diambil sebelum kita disahkan sakit lagi. Namun, bila dah kena sakit kencing manis sekalipun, masih belum terlambat untuk mulakan regimen vitamin. Vitamin sangat bagus untuk elak sakit makin melarat dan bantu kawal kandungan gula dalam darah. Pentingkah? Mau tak penting!

Saya kongsikan kepentingan vitamin Shaklee untuk bantu pesakit kencing manis supaya dapat elak komplikasi akibat kencing manis yang tidak terkawal kelak! Untuk tingkatkan kesihatan pankreas dan insulin dan tau simptom awal diabetis boleh tengok sini.

Dalam set kawalan paras gula kami ada 7 supplemen lengkap yang saling melengkapi! Jika anda dah sakit kronik dan betul fobia, trauma, sungguh-sungguh tak mahu dibayangi dengan penyakit kronik lain, cepat-cepatlah ambil set kawalan paras gula ni. Saya ceritakan lebih detail kepentingan setiap supplemen ini.



Fungsi Zink untuk Kencing Manis

Zink sangat penting untuk membantu pembentukan insulin. Insulin pula adalah sangat penting untuk semua orang bukan saja pesakit kencing manis. Ia memainkan peranan UTAMA untuk menukarkan gula kepada glukosa dan membawanya ke sel untuk menjalankan fungsi badan. Insulin bertindak sebagai termostat. 

Jika gula banyak, insulin akan menukarkan kepada glukosa supaya kandungan gula dalam darah kembali stabil. Namun untuk pesakit kencing manis jenis 1, insulin tidak ada untuk menjalankan fungsi ini. Manakala untuk pesakit kencing manis jenis 2, insulin masih tidak mencukupi atau insulin tidak berfungsi dengan sempurna untuk menjalankan tugasnya menukarkan glukosa. Sebab itu, saya cadangkan pengambilan zink untuk kencing manis yang dapat membantu penghasilan insulin.

Fungsi Vitalea untuk Kencing Manis

Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk kita. Untuk pesakit kencing manis terutamanya, kandungan kromium di dalam vitalea membantu untuk toleransi gula. Dengan adanya kromium mencukupi, ia membantu fungsi insulin lebih efisyen 10 kali ganda.

Mangan juga ada fungsinya. Ia menjadi faktor enzim bekerja dalam metabolisme gula. Kandungan mangan dalam 1 tablet vitalea adalah 1mg. Biasanya pesakit kencing manis mengalami kesusutan kandungan mangan di dalam badan. Jadi, bantu badan dengan mengambil supplemen ini.

Magnesium juga membantu penghasilan insulin, seperti zink. Malangnya, didapati orang kencing manis selalu kurang magnesium. Paling penting, magnesium membantu menurunkan komplikasi akibat kencing manis. Haruslah tidak diambil ringan jika tak mahu luka lambat baik atau kaki dipotongkan. Paling best, dalam Vitalea adalah nutrisi yang penting ni.

Fungsi GLA untuk Kencing Manis


Kebiasaannya pesakit kencing manis akan alami kebas tangan akibat saraf yang menjadi kurang sensitif. Jadi, sebab itu anda perlu amalkan GLA untuk tingkatkan fungsi saraf dan masalah kebas kaki dan tangan anda. Selain tu GLA bantu penghasilan hormon insulin yang kritikal itu.

Fungsi protin rendah g.i untuk Kencing Manis

Semua orang tahu, orang kencing manis kena kawal makan tapi berapa ramai yang ikut aturan itu? Menurunkan berat antara cara menurunkan risiko kencing manis tapi perlulah dengan cara yang betul Protin tetap kena ambil diet macam mana pun terutama pesakit kencing manis. Protin la sumber nak bina semula kulit jika luka dan penting untuk pembinaan hormon.

Jadi wajib memilih protin yang berkualiti, betul2 dapat membantu pemulihan tapi dalam masa yang sama rendah gula, rendah lemak dan tidak menggemukkan. ESP atau Energizing Soy Protein ni adalah yang terbaik kerana ia protin tumbuhan dari kacang soya yang tidak membebankan buah pinggang untuk memprosesnya, rendah lemak dan FREE dari kolestrol. Baguskan?

Lagi bagus sebab ia rendah indeks glimeks, iaitu 39. Indeks glisemiks yang rendah menjadi tanda aras bahawa gula yang dibebaskan ke dalam darah dalam kadar perlahan. Sesuai sangatlah dengan pesakit kencing manis yang tak boleh gula banyak dan naik mendadak!

Fungsi Vivix untuk Kencing Manis


Vivix adalah botanikal supplemen yang tinggi anti oksida sebabnya vivix kaya resveratrol. Resveratrol ni tumbuhan polyphenol yang memang kaya anti oksida. Menurut kajian resveratrol menurunkan rintangan terhadap insulin.

Testimonial seorang pengidap kencing manis menyatakan bacaan darah yang bertahun-tahun sukar nak turun walaupun dengan pengambilan ubat kencing manis, berjaya turun ke paras normal selepas amalkan sebotol vivix. Malah ada yang hampir nak dipotong kaki tapi tak jadi sebab masih boleh diselamatkan selepas amalkan sebotol vivix.

Fungsi Alfalfa untuk Kencing Manis

Alfalfa membantu membuang toksin dan menurunkan paras gula. Kromonium dalam alfalfa shaklee membantu fungsi insulin untuk jadi 10 kali lebih efektif. Hebatkan.! dan Alfalfa ni raja tumbuhan yang banyak sangat mineral lain yang penting dan membantu detoks. Ha..tak pasal-pasal boleh kurus dan turunkan berat sekaligus!

Fungsi Vitamin C untuk Kencing Manis


Vitamin C diperkaya dengan bioflavonoids yang eksklusif. Quercetin, salah satu elemen dalam bioflavoniods berfungsi menyekat enzim yang membawa kepada pengumpulan ofsorbitol, yang telah dikaitkan dengan saraf, mata, dan kerosakan buah pinggang dalam diabetes.

Pesakit kencing manis sering menghadapi kekurangan vitamin c yang boleh dilihat apabila luka lambat sembuh. Salah satu punca sebab kenapa vitamin c gagal sampai pada sel yang memerlukannya adalah kerana insulin tidak berfungsi, masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis. Jadi top up lah keperlulan vitamin c yang kritikal ni.


TOLONGLAH jangan ambil mudah kalau sudah disahkan ada kencing manis atau mempunya family history kencing manis. Amalkan supplemen semulajadi Shaklee yang terbukti membantu sekarang juga! Jaga makan dan turunkan risiko komplikasi akibat kencing manis secepat mungkin supaya anda tak menyesal bila doktor kata kaki anda perlu dipotong !

Pengedar Shaklee untuk Vitamin Kawal Gula


Rahsia Dari HB Low Terus Naik Sampai Nurse Terkejut

Adakah perkara biasa jika ibu mengandung mengalami lemah, letih lesu, cepat penat, muka pucat, senang pening, cepat mengantuk dan 'weng' atau rasa nak pitam bila bangun cepat dari duduk yang lama.. Walaupun ramai ibu mengandung mengalaminya, mungkin keadaan yang kerap dan berlarutan adalah petanda ibu sedang alami anemia iaitu gejala kurang darah yang mengganggu aktiviti ibu.



Kisah yang sama dialami oleh ibu hamil ini. Mengandung anak pertama, kedua dan ketiga memang asyik kena berleter dengan nurse apabila bacaan HB adalah di bawah paras normal. Dua kali mengandung, dua kali juga bacaan HB tetap rendah. Tiga kali mengandung, masih sama. Semuanya berubah apabila beliau sedar dan mengambil langkah drastik yang belum pernah beliau fikirkan sebelum ini.

Apa Maksud Anemia dan Apa Tanda-tanda Anemia ?


Anemia ni adalah keadaan dimana darah kekurangan protein yang disebut sebagai hemoglobin(Hb). Tugas hemoglobin ini sangat penting bagi tubuh manusia, terutama untuk mengedarkan oksigen dan nutrisi ke seluruh bahagian tubuh. Oleh kerana inilah simptom anemia dirasakan oleh ibu mengandung. Selain dari simptom tadi seperti lemah, letih lesu, cepat penat, muka pucat, senang pening, cepat mengantuk dan 'weng' atau rasa nak pitam bila bangun cepat dari duduk yang lama.. , tanda - tanda hemoglobin rendah ( HB Low ) termasuklah sakit perut, mual, muntah, diarrea, demam dan sembelit .

Kenapa Anemia boleh terjadi pada ibu mengandung dan apa puncanya? Ibu mengandung mengalami kurang darah atau anemia mungkin disebanbkan peyakit, kurang nutrisi, gaya hidup yang kurang sihat, pendarahan atau bleeding.

Kita boleh mengurangkan RISIKO ANEMIA dengan gaya hidup yang sihat, tidur yang cukup, tidak merokok dan jaga pemakanan dan makan dengan teratur.

Fungsi Zat Besi Pada Ibu Mengandung Yang Anemia


Zat Besi merupakan elemen penting yang berguna untuk membantu membentuk sel darah merah. Suplemen zat besi harus diambil jika kadar hemoglobin ibu mengandung terlalu rendah. Macam mana nak tahu? Melalui pemeriksaan berkala di klinik kesihatan lepas kita dah disahkan mengandung.

Berapa dos zat besi yang ibu mengandung perlukan?


Ibu mengandung perlukan 28 mg zat besi. Dalam 1 tablet Vitalae ada 9 mg zat besi. Jika kita mengalami tanda-tanda anemia dan nak up dos zat besi, jangan dulu. Minta nasihat dari doktor dulu. Ini kerana kelebihan zat besi boleh mengakibatkan kesan sampingan lain.

Oh ya.. Saya nak kongsikan cerita ibu yang berjaya mendapat bacaan hb normal untuk ibu mengandung sampai nurse pun terkejut!. Kenapa terkejut sangat? Sebab sepanjang mengandung, beliau tak pernah berjaya mendapat bacaan HB normal..

Berapa Bacaan HB Normal ni?


Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Untuk ibu mengandung, bacaan hb yang normal ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Testimonial HB Naik Selepas Amalkan Shaklee Sampai Nurse Terkejut !



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Selain dari vitamin ibu mengandung yang sangat mudah diamalkan dan terbukti berkesan, ibu mengandung yang rajin boleh juga menikmati makanan yang kaya zat besi sebagai usaha untuk meningkatkan hemoglobin dan menurunkan risiko anemia.


Makanan untuk meningkatkan hemoglobin – mencegah dan mengatasi kurang darah (anemia)


Hemoglobin akan terbentuk dalam tubuh ketika kita makan-makanan yang kaya hemoglobin. Berikut ini tentang sumber makanan yang menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin .

1 . Makanan Laut :

Seafood adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang, siput lele, salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.

2 . Daging :

Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandung vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu menjaga paras zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.

3 . Telur :

Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh penghasilan hemoglobin.

4 . Produk Susu :

Produk susu seperti susu, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.

5 . Kacang-kacangan :

Kacang-kacangan seperti kacang buncis, kacang tanah atau kacang hijau mengandungi jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah .

6 . Sayuran :

Sayuran seperti bit dan bayam, yang banyak tersedia di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan jumlah sel darah merah.

7 . Buah :

Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandung antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah kismis, anggur, tomata, epal, pisang, jeruk, strawberi .

8 . Rempah-rempah :

Rempah-rempah seperti thyme, jintan, oregano, kunyit, kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh karena itu, jangan lupa untuk menyertakan rempah-rempah ini ke dalam diet Anda.

9 . Biji-bijian :

Biji-bijian seperti , tepung terigu, beras, beras merah, cereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh biji-bijian juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :

Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . Coklat :

Berita baik bagi penggemar cokla. Coklat yang mengandungi 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. Dark cocolate adalah coklat terbaik bagi kesihatan, kerana mengandungi 65% koko.

Fakta zat besi:


  • Zat besi juga membantu untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 
  • Wanita memerlukan zat besi lebih sedikit daripada laki-laki . 
  • Wanita yang berusia antara 14-18 harus mengamalkan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi setiap hari. 
  • Mengambil makanan yang kaya zat besi sangat penting semasa menstruasi/period dan kehamilan. 
  • Tanda kekurangan zat besi termasuk cepat penat, lemah, sesak nafas, pening, mudah marah dan sakit kepala, tangan dan kaki merasa sejuk, kulit pucat, kuku rapuh, degupan jantung yang tinggi, serta kurang nafsu makan.


Perhatian :


Zat besi terutama sangat diperlukan tubuh dalam membentuk hemoglobin. Namun elakkan mengambil supplemen zat besi yang terlalu banyak. Upper toleransi atau mad makzima pengambilan zat besi adalah 45mg sehari. Kesan samping kebanyakan suplemen zat besi dapat menyebabkan gangguan perut, mual, muntah , cirit birit, demam dan sembelit.

Untuk itu sebaiknya ambil suplemen zat besi yang selamat, terjamin dan terbukti berkesan seperti Vitalea Shaklee di dalam Set Mengandung kami.


Ida Khairani
www.mysupervitamins.com

Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam
Pos seluruh Malaysia

Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil

Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.





Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
-daging;
-ayam;
-ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
-sayur-sayuran berdaun hijau;
dan, buah-buahan kering.

Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.




Sumber


Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)




Mengapa Vitalea @ Vitamin sangat penting dan Demo Vitalea Larut Air

Vitalea adalah antara supplemen Shaklee yang saya sangat suka dan konsisten makan. Kalau berjalan jalan, saya sering pilih beberapa supplemen yang penting dan Vitalea adalah salah satu darinya kerana Vitalea sangat sempurna kerana sudah dilengkapi dengan 28 multivitamin dan multimineral. Bagi yang tidak suka mengambil banyak supplemen, Vitalea adalah pilihan yang sangat ideal.

Baru baru ni, bapa mertua juga sudah memilih Vitalea selepas membaca kandungan pada labelnya. Yang bestnya, dia juga beri analogi terbaik tentang kepentingan vitamin pada kehidupan. Bapa mertua saya ni bela kambing tau di kampung. Standard.. kalau kita pelihara haiwan walaupun kucing sekalipun, mesti antara rutinnya adalah vitamin tambahan.  

Menurut ceritanya, ada kawan beliau yang turut bela kambing..Pada awalnya setiap hari bagi makan vitamin sehingga 3kali sehari selain rumput dan kambing dia pun sihat. Namun bila dah kekurangan budget, terus stop pemberian vitamin dan hanya beri makan rumput. Kambingnya jadi kurus ja, dah tak gemuk2.

Berbanding kambing yang dipelihara bapa mertua saya..sejak dari awal hanya mengambil sekali sahaja vitamin selain makan rumput tetapi pengambilan vitamin adalah konsisten setiap hari. Kambing pun sangat gemuk dan sihat. Hehehe..itulah kisahnya.. 

So sedangkan kambing pun makan vitamin.. yang kita manusia ni sering kali mengabaikan vitaminkan.. Vitamin Vitalea ni adalah pelengkap pada menu harian dan turut membantu badan dalam memproses makanan supaya bertindak dengan lebih optimum. Jadi hasilnya badan lebih sihat dan cergas..

Jika konsisten mengambil Vitalea setiap hari.. antara kebaikkan yang akan diperolehi selain dari mengekalkan kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang adalah membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu kerana mengandungi beta karotena. Vitalea juga dilengkapi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi. Vitalea Shaklee mengandungi biotin dan asid pantotenik yang berfungsi dalam metabolisme lemak dan karbohidrat. Malah vitamin B12 dalam vitalea membantu dalam pembentukan sel sel darah merah. Sebab itulah bagi yang mengalami anemia atau tekanan darah rendah dicadangkan mengambil Vitalea 2 biji sehari.

Namun, Vitalea mengandungi Alfalfa (mendicago sativa) jadi penghidup lupus eritematosus sistemik harus minta pandangan pakar dahulu sebelum mengabil Vitalea. Vitalea ni tiada bahan tambahan perasa tiruan, pemanis atau bahan pewarna atau pengawet dan 100% semulajadi.


Kadang kadang ramai yang hadapi masalah menelan Vitalea kerana saiznya yang agak besar seperti panadol  actifast. Kalau susah sangat, anda juga boleh melarutkannya ke dalam air.. Dalam 30 saat vitalea akan mula bertindak balas, dalam 1 minit vitalea akan mula terurai dan dalam 3 minit, vitalea akan larut sepenuhnya dan anda boleh menikmati air Vitalea juga. Walaupun nampak vitalea sangat pejal namun, kebolehserapan vitalea terhadap tubuh sangat bagus. Ia sangat mudah diserap dan bertindak balas balas dengan tubuh dan memberikan kesan terbaik..

Nak tengok eksperiman dan contoh bagaimana Vitalea larut air?..Boleh layan video ni.







Harga Retail Vitalea 120 biji adalah RM88.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Kenapa saya suka Vitalea

Vitalea Shaklee adalah Multivitamin yang sangat powerful dan lengkap. Jika anda tak suka ambil banyak pil, jangan dilupakan vitamin wajib ni.

Vitalea Shaklee ni adalah signature produk of Dr. Shaklee.

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
-Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
-Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
-Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
-Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Perbezaan Shaklee
-Kemajuan Saintifik
-Disokong oleh tujuh kajian klinikal
-Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
-Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
-Kualiti yang luar biasa

Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*

Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*

Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*

Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*

Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*

Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


Untuk kesihatan yang lebih baik untuk jangka masa panjang dan harga yang berbaloi, hubungi saya.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Zat besi untuk anemia, tekanan darah rendah

Kalau kita mudah pening, sering pitam dan berdebar-debar. itu tanda-tanda kurang zat besi. Tambah pula, kalau memang tekanan darah rendah, gejala-gelaja ini sering berlaku. Cuba amalkan 2 biji Vitalea kerana ramai yang mendapat kesan positif selepas mengamalkannya. Kalau sebelum ini anda dah ambil 1 biji Vitalea, mungkin ia tidak memadai. 2 biji vitalea adalah yang direkomen di label Shaklee untuk dos harian, jadi jangan risau terlebih dos pula.

Jom baca sharing dari Dilla tentang pengalamannya.


Saya mc sampai 2 hari...dua-dua hari berlaku kejadian yang sama..Waktu pagi, memang tak larat untuk bangun..apatah lagi nak pergi ke tempat kerja...kepala pening sangat..

Bila pergi klinik, tekanan darah saya agak rendah, 90/60..bila tengok tapak tangan pun pucat lesi sangat. Doktor kata tekanan darah rendah dan mungkin anemia sebab pucat sangat..Doktor minta saya makan makanan laut yang boleh tambah darah macam kerang, hati dan organ dalaman lain.

Saya termenung sekejap.Saya memang sudah lama melatih diri untuk elakkan memakan organ dalaman seperti yang diajar Rasulullah SAW.

Jadi penyelesaiannya, beliau telah mengambil 2 biji Vitalea berbanding 1 biji Vitalea yang sering beliau skip juga sebelum ni.


Sejak dari hari tu, saya mengamalkan pengambilan Vitalea 2 biji sehari pada setiap pagi dan pada sebelah malamnya, saya akan mengambil 4 biji Ostematrix sebelum tido sebab kalsium ni juga penting untuk membantu pembentukan sel darah merah =).

Allhamdulillah, sekarang dah hampir tiada langsung pening-pening...hehe..

Apa itu Vitalea Shaklee?




Apa itu Shaklee Vitalea Iron Formula? Merupakan produk pertama daripada Dr.Forest C Shaklee yang merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Merupakan "killer product" of Shaklee kerana ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.

Info berkenaan zat besi:

Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :


  • Keletihan, lemah badan.
  • Berdebar, sakit dada.
  • Kesukaran bernafas.
  • Anemia.

Selain itu, kelebihan Vitalea lagi adalah:

Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani

www.MySuperVitamins.com
 Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382