Perkembangan Bayi 0-12 bulan dan Jadual Imunisasi Bayi

Bila anak pertama selalu beriya catat milestone.. masuk anak kedua ketiga dah tak berapa nak kisah pula perkembangan anak. Ada ka yang serupa macam ni ?

Perkembangan dan milestone babyi 0-12 bulan
Perkembangan dan milestone babyi 0-12 bulan


Jadual imunisasi pula, masa setiap sebulan tu ok lagi tapi bila mula ada gap beberapa bulan, setahun, setahun setengah .... mulalah ke laut.

Untuk reminder diri sendiri, meh la Ida simpan elok-elok dalam entry ni supaya senang nak buat rujukan diri sendiri dan ibu bapa lain.

BERAT & TINGGI

Ini carta berat & tinggi mengikut umur.

Perkembangan carta berat dan tinggi bayi lelaki
Carta berat dan tinggi bayi lelaki

Carta perkembangan berat dan tinggi bayi perempuan
Carta berat dan tinggi bayi perempuan
Jika anda ibu yang menyusukan, pastikan nutrisi yang diambil cukup kerana kesannya dapat juga tempias pada anak-anak. Saya galakkan sangat ibu menyusu minum minuman berprotin tinggi dan amalkan kalsium untuk galakkan pertumbuhan bayi kita.

PERKEMBANGAN BAYI / MILESTONE 0-12 BULAN

Milestone atau perkembangan anak - anak kita berbeza. Ini adalah perkembangan anak secara umum dan majoriti. Ida suka juga. Buat kita lebih alert, bila anak kita tak capai, Ida lebih kerap beraktivi untuk tujuan stimulasi.

Motor skill terutamanya. Kadang-kadang kalau dimanja dan tak ada cabaran, lambat dia nak capai. Jadi, dengan carta ni, kita boleh jadi panduan untuk bermain yang galakkan pergerakan motor skill tu.

Perkembangan bayi 0-12 bulan, 15, 18, 24 bulan
Tahu tak bila anak kurang sihat, senang jatuh sakit, sedikit sebanyak perkembangannya akan sedikit slow atau ganggu keselesaannya untuk explore dan melatih motor skill. Jadi ibu menyokong imun anak, ibu yang menyusukan anak boleh ambil Vitamin C dari buah-buahan atau supplemen. Selain itu, untuk support perkembangan otak, ambillah minyak omega3 yang mengandungi DHA dan EPA.

Jadual IMUNISASI

Jadual Imunisasi setakat tahun 2016 inilah. Kalau ada yang lebih latest, nanti akan di update untuk anak ke-4 nanti 😄.



Jadual Imunisasi Bayi

Suntikan Tambahan

Suntikan Rotavirus dan Pneumococus adalah pilihan. Kami ambil suntikan pneumocucus untuk anak2 kami. Tapi Iman tetap pernah kena Pneumococol sekali. Tapi oklah, 2-3 hari ja admitted Alhamdulillah.

Bukan sahaja perkembangan fizikal dan motor skill kita kena aware dan ambil perhatian, jika anak ada masalah kesihatan pun kita kena lebih sensitif. Kesihatan yang sering terjejas, akan beri kesan juga sedikit sebanyak terhadap perkembangan anak-anak.

Bila anak dah start solid food, pelbagaikan sajian supaya anak tak jadi picky eater dan keperluan nutrisinya dapat dipenuhi.

Semoga info ni bermanfaat!

Pengedar Shaklee Shah Alam, Setia Alam, Bandar Bukit Raja
Ibu mom of 3


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.