Sabtu lepas saya dan suami bawa anak-anak ke Jump Street, Petaling Jaya. Sebenarnya, event sebenar adalah bawa anak-anak dari Rumah Sentuhan Budi. Acara ni special dan first outdoor event dari MyHope Project.
Apa aksi anda suka?
Best ka? Best sangat. Bila lagi nak keluarkan skill lompatankan.. Masa ni la nak melompat tinggi macam kanak-kanak ribena di atas trampolin gergasi.
Sampai- sampai berkumpul dulu
Warming up dulu elak kejang otot pula melompat tak ingat dunia
Lompatan awal
Setiap tempat tu ada cabaran dia. Kalau terror bolehlah follow gaya yang instructor tu ajar. Kalau tak, ko lompat ja la macam mana pun.
Berapa lama la diorang ni trainner sampai melompat dengan begitu skill sekali
Berbakat oi !
Ha, special ni Ida tunjuk video aksi-aksi kanak-kanak riang di Jumpstreet, PJ ni.
Di sini ada kedai makan juga. No food or drink outside allowed. Kami dah ambil pakej dengan buffet makan supaya dapat meraikan anak-anak ni.
Makan time !
Jumpstreet provide tempat untuk kami raikan anak2 ni makan sekali.
Akak2 cantik tolong serve makanan
Sedap tapi malu2 juga adik2 ni makan
Baik2 budi pekerti anak2 dari Rumah Sentuhan Budi
MyHope Protect Team yang melompat gembira di Jumpstreet
Ada yang terus datang period selepas melompat.. Ahaha!! Lawak2.
Yes ! We did it !!
Best kan? Anak-anak dari Rumah Sentuhan Budi pun not bad. Enjoy habis. Tak ada nak segan kecuali yang gegirl la, malu2 kucing lagi. Yang boys tunjuk skill masing-masing. Semoga sedikit usaha kami dan sumbangan orang ramai ni, dapat menggembirakan mereka.
Yang nak pergi Jump Street ni boleh tengok detail bayaran masuk ni ya. Bukak setiap hari.
Alamatnya adalah : No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling...
Oh ya, jangan lupa warming up, stretching bagai tau sebelum melompat. Kang balik mesti sakit2 badan kalau tak biasa. Lebih parah kalau kejang. Lagi baik, makan siap2 kalsium Ostematrix malam sebelum pergi tu. InsyaAllah otot2 akan lebih fleksibel dan terpelihara dari kejang !
Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."