Ramai kawan menegur Maya semakin hari semakin kurus. Dia pun happy kerana memang niatnya untuk menguruskan badan.
Walaupun telah mencuba pelbagai cara sebelum ni, beratnya gagal turun. Tanpa sedar, kini Maya turun berat dengan sendirinya.
Namun, Maya juga kerap letih. Memandangkan gaya hidupnya yang super busy, menguruskan anak yang bersekolah dan perniagaan, jadi Maya rasa itulah puncanya cepat letih.
Atas nasihat kawan, Maya mencuba beberapa supplemen yang disyorkan rakan-rakan, namun masalah keletihannya masih tidak berubah dan menjadi semakin serius.
Ibunya memaksa untuk Maya melakukan pemeriksaan dan akhirnya Maya akur.
Betapa terkejutnya Maya bahawa doktor mengesahkan Maya mengidap penyakit kencing manis. Maya yakin beliau jarang mengambil minuman manis dan juga makan biasa-biasa saja tak la banyak mana.
Selalulah periksa kesihatan dan ambil tahu perubahan diri |
Apakah Punca Penyakit Kencing Manis?
Di dalam badan kita, hormon yang mengawal paras gula adalah INSULIN.Insulin ini dikeluarkan oleh kelenjar PANKREAS.
Jadi, jika fungsi pankreas dan insulin terjejas, gula dalam darah boleh menjadi tinggi dan tidak terkawal menyebabkan terjadinya penyakit KENCING MANIS.
Pankreas dan insulin yang sihat memainkan peranan utama dalam mengawal paras gula |
Apakah faktor yang menyebabkan fungsi insulin dan pankreas terjejas dan membawa pada penyakit kencing manis?
1. Jangkitan virus pada kelenjar hormon.
Ada sesetengah virus yang menyerang kelenjar hormon. Bila kelenjar rosak, ia tak mampu nak keluarkan insulin dengan efektif.Sepatutnya bila gula tinggi, insulin lebih banyak dikeluarkan.
Bila gula rendah, sedikit insulin dikeluarkan. Macam temostart.
Namun, bila kelenjar rosak dan mengeluarkan hanya sedikit insulin, ia tak mampu memproses gula seperti yang diperlukan.
2. Makan yang tidak terkawal.
Bila orang tu obese dan makan banyak gula dan karbohidrat, dia lebih berisiko untuk mendapat diabetis. Kenapa?Ini kerana pankreasnya penat bekerja untuk menghasilkan insulin untuk memproses makanan yang banyak. Tak berenti-renti makan..
Pankreas yang bekerja dengan teruk ni, menjadi penat dan gagal berfungsi dengan lebih baik.
Sebab tu dalam Islam kita disuruh berpuasa di bulan Ramadhan, melakukan amalan puasa sunat dan juga mengawal makanan. Supaya organ-organ badan juga dapat rehat.
3. Rintangan insulin.
Penyakit kencing manis juga berpunca dari rintangan insulin.Rintangan insulin bermakna sel tidak mahu menerima insulin yang dihasilkan. Akibatnya glukos tidak dapat digunakan oleh sel badan untuk menjana tenaga seperti orang normal lain. Mungkin ini juga penyebab Maya cepat penat.
Gula yang berlebihan membentuk sebatian organik yang memegang insulin dan mengakibatkan fungsi insulin merosot. Insulin menjadi tidak aktif.
"Insulin resistance implies that the cells are not responding well to the hormone insulin. This causes higher insulin levels, higher blood sugar levels and may lead to type 2 diabetes and other health problems."
Sel badan tidak mahu respon pada insulin antara punca penyakit diabetis |
4. Tidak Sensitif pada Insulin.
Orang yang sihat memerlukan insulin yang berkadar terus dengan keperluan untuk memproses gula.
Ini namanya high sensitivity.
Namun, apabila masalah ‘tidak sensitif pada insulin’ berlaku, pesakit diabetis memerlukan insulin yang banyak walaupun untuk memproses gula yang sendikit.
"Insulin sensitivity describes how sensitive the body is to the effects of insulin. Someone said to be insulin sensitive will require smaller amounts of insulin to lower blood glucose levels than someone who has low sensitivity".
5. Kekurangan Kromium.
Kromium adalah mineral yang menyubur dan membantu baik pulih pankreas, kelenjar yang mengeluarkan insulin.
Kromium juga membantu dalam metabolisme insulin, juga dikenali sebagai glucose tolerance factor ( GTF )
Jika badan mempunyai cukup keperluan kromium, badan dapat bertindak balas dengan lebih efisyen dalam mengeluarkan insulin dan kawal keseimbangan paras gula.
Chromium is an essential mineral that plays a role in how insulin helps the body regulate blood sugar levels
Rawatan Penyakit Kencing Manis
Penyakit diabetis dapat dikawal jika gula dalam darah dapat dikawal dan sentiasa di bawah paras merbahaya iaitu antara 3.9 - 6.9 mg. Ketahui bacaan gula normal dan tidak normal di sini.
Jika pankreas berfungsi dengan baik, insulin lebih sensitif dan rintangan insulin dapat diatasi.
Paras gula dalam darah dapat dikawal dan risiko penyakit diabetis pasti dapat diturunkan. Cara rawat kencing manis ada beberapa iaitu
1. Ubat Kencing Manis.
Walaupun cara rawat kencing manis ni yang popular adalah melalui pengambilan ubat tetapi ia bukan menyembuhkan terus penyakit kencing manis. Fungsinya untuk mengawal paras gula. Pesakit juga perlu mengikuti diet yang disarankan doktor. Pengambilan gula, lemak dan karbohidrat perlu dihadkan.
2. Suntikan insulin.
Ada pesakit diabetis yang terpaksa menerima suntikan insulin. Cara rawat kencing manis ni terpaksa diberi apabila pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik untuk supply insulin.
Jika pankreas dapat supply insulin tetapi insulin yang dihasilkan badan masih tidak cukup atau ubat dan diet tidak mampu menurunkan paras gula, suntikan insulin juga akan disyorkan doktor selepas membuat penilaian.
3. Kaedah Modulasi Hormon
Dalam kaedah rawatan kencing manis ni, sumber kromium diambil pada sukatan yang tepat dan agen perosak hormon dijauhi.
Doktor yang menemui kaedah ni menyatakan, kelenjar hormon yang rosak boleh dibaiki. Jika berjaya, kesihatan pesakit kencing manis akan bertambah baik.
# Amalkan juga 6 makanan ini untuk membantu menurunkan paras gula secara semulajadi.
Supplemen untuk Pankreas dan Insulin yang Sihat
Vivix
Vivix adalah supplemen anti oksida berasaskan tumbuhan. Antaranya sumber tumbuhan utamanya adalah anggur muscadine, polyganum cuspidatum, lobak purple dan European Elderberries.Tumbuhan ni kaya Resveratrol iaitu ramuan yang diekstrak dari tumbuhan dan dikaji para saintis kesannya terhadap pesakit kencing manis.
Cara Resveratrol membantu diabetis
1. Sel badan yang rosak akibat obesiti, stress, gula tinggi dan oksidasi dipulihkan. Sel badan menjadi lebih sihat dan bertenaga seterusnya bertindak balas dengan ubat kencing manis dengan lebih berkesan. Jadi paras gula dapat dikawal.
2. Ada pesakit yang sel badannya reject insulin dan mereka menjadi tidak bertenaga dan mudah lapar.
Pengambilan Resveratrol membantu menurunkan rintangan insulin maka sel badan dapat menerima insulin dan memproses glukos. Jadi tenaga dapat dihasilkan.
3. Ada pesakit kencing manis yang mengalami low sensitivity insulin dimana banyak insulin diperlukan untuk memproses walaupun sedikit gula. Resveratrol membantu meningkatkan sensitiviti insulin.
Maka dengan pengambilan Resveratrol, insulin menjadi lebih sensitif dan dapat memberi kesan terbaik dalam mengawal paras gula. Insulin yang dihasilkan juga mencukupi untuk memproses gula yang diambil.
4. Mengurangkan penghasilan AGE protin punca diabetis dan rintangan insulin.
Kajian Resveratrol membuktikan ia dapat menurunkan rintangan insulin dan meningkatkan fungsi insulin seterusnya berkesan untuk pencegahan dan rawatan diabetis. |
Kajian kesan Resveratrol terhadap paras glukos dan insulin sensitivity boleh rujuk sini.
Kesan Resveratrol pada bacaan paras gula |
Kesan Resveratrol : Badan tak mudah letih. Dapatkan Vivix di sini |
Vitalea
Vitalea adalah multivitamin yang mengandungi KROMIUM.Pesakit kencing manis sering didapati kurang kromium dan membawa pada risiko kerosakan pankreas dan kegagalan mengawal paras gula.
Jadi, jika anda mempunyai simptom kencing manis seperti di bawah, segera dapatkan konsultasi doktor. Juga amalkanlah supplemen Vivix dan Vitalea sejak awal lagi kerana pencegahan adalah yang terbaik.
- sering dahaga
- kerap kencing pada waktu malam
- berat turun dengan drastik
- penat
- penglihatan semakin terjejas
- kebas kaki dan tangan
- luka lambat baik
Tanda-tanda penyakit kencing manis |
Bila perlu amalkan supplemen Vivix dan Vitalea ( Kromium )?
Amalkannya sebelum terlambat, sebelum terluka atau sebelum luka tak baik-baik hingga terpaksa dipotong kaki kerana pencegahan adalah lebih baik.
Namun, kajian terhadap Resveratrol dan kromomium membuktikan ia dapat membantu menyihatkan kembali fungsi pankreas dan insulin pesakit diabetis mellitus type 2, dan menyumbang pada kawalan gula dalam darah.
Jangan biar kencing manis melarat, kerana risiko dan komplikasi akibat penyakit kencing manis yang tidak terkawal sangatlah bahaya.
Akibat buruk kencing manis |
Jadi, segera dapatkan pemeriksaan kesihatan jika mengalami gejala kencing manis di atas. Juga, amalkan segala tip yang diberikan doktor dam mulakan pengambil supplemen Vivix dan Vitalea dengan segera.
Pengedar Supplemen Untuk Membantu Gula Turun |