Tip ajar anak tulisan kemas dan cantik

Tulisan anak-anak saya tak la cantik tapi masih boleh dibaca. Saya sebagai ibu terima seadanya. Sampailah bila ternampak buku anak orang lain, "Wah kemasnya!!". Dengar pula kawan cerita, yang suaminya siap ajar dan marah anak mereka supaya tulisan kemas. "Hoho !!"  Jadi, saya pun naklah cuba latih anak saya.

Tip "Ajar Tulisan Anak Cantik" ni saya baca dari Majalah Pa&Ma, hasil perkongisan institusi Nury. Ada tambahan sikit ikut pengalaman dan pemerhatian ibu sendiri.

Tip Cara Ajar Anak Tulisan Kemas dan Cantik


1. Lebih baik anak pandai membaca dahulu supaya banyak perkataan dah tahu dan boleh bina ayat dan rangka cerita. Untuk anak-anak kecil tu, tak kisah la tulisan mereka comot-comot lagi.

2. Mengajar berulang kali, konsisten dan jelas dengan permulaan yang baik.

3. Set masa untuk latihan menulis ni. Jangan terlalu lama untuk elak anak hilang minat, penat dan bosan. Boleh buat 2-3 sesi pendek dalam sehari.

4. Sediakan alatan menulis. Kalau mampu, sediakan pen marker yang sesuai dengan tangan kecil anak dan papan putih. Anak lebih mudah fokus bila berdiri. Untuk peringkat permulaan pensel yang mudah patah dan kertas yang mudah koyak boleh sebabkan anak hilang minat.

5. Pencahayaan yang cukup dan suasana yang tenang juga penting!

Tip Aktiviti Untuk Tingkatkan Kebolehan Menulis dan Fokus


1. Untuk galakkan pembangunan otak yang tersusun yang diperlukan untuk menulis, rajin-rajin soh anak main monkey bar di padang mainan. Masa menganyun merentas batang-batang tiang tu, fokus mata dan koordinasi motor halus dilatih. Malah, menggalakkan pembentukan dada dan pengambilan oksigen yang diperlukan otak.

2. Senaman merangkak dan menjulur pun boleh dan akan meningkatkan kebolehan membaca dan menulis. Hebatkan!

Tip Latihan Untuk Anak Buat Supaya Tulisan Kemas dan Cantik

  1. Bila anak dah suka menulis, kita boleh upgrade lagi latihan secara berperingkat.
  2. Latihan pertama : Lukis 1 garisan dan cerita pada anak, huruf yang ditulis atas garisan lagi cantik.
  3. Latihan pertama, kedua dan ketiga
  4. Kategorikan huruf di atas garisan dahulu a.k.a dalam posisi duduk iaitu a,c,e,i, m, n, o dan lain-lain. Kenalkan huruf kecil dahulu ( small letter )  
  5. Latihan Kedua : Kemudian huruf-huruf yang berdiri a.k.a yang ada tiang, b, d, k, l, t.
  6. Latihan Ketiga : Huruf berjuntai kakinya a.k.a huruf ada ekor iaitu g, j, p, q dan etc.
  7. Boleh buat poster dan tampal untuk rujukan anak-anak.
  8. Latihan Keempat : Bila dah pass, boleh tambah garisan kedua dan beritahu anak huruf - huruf ni lebih cantik ditulis antara 2 garisan.
    Latihan Ke-4
  9. Latihan Kelima: Next, bila anak dah konsisten menulis dengan baik, tambah lagi 1 garisan di atas dan bawah. Cadangkan pada anak, huruf yang ditulis tak melepasi 2 garisan ini lebih cantik dan kemas. Garisan atas ni untuk huruf yang tegak dan dan bawah untuk yang berjuntai.
    Latihan ke-5
  10. Latihan Keenam : Salin balik ayat ringkas. Ulang-ulang latihan ini. 
  11. Latihan Ketujuh : Hanya tulis ayat di atas 1 garisan tapi masih lagi ikut formula dari latihan di atas dari segi saiznya. InsyaAllah lama-lama comel dan cantiklah tulisannya. Praktice make perfect!
  12. Paling penting, latihan ni dibuat dalam keadaan tenang dan anak-anak bersetuju. Biar mereka enjoy dan faham kenapa nak cantik. Supaya mudah dibaca dan suka untuk dibaca.
  13. Kita juga kena tenang dan konsisten supaya anak dapat faham lebih mudah.
Selamat mencuba! Belum habis lagi training untuk anak ibu. InsyaAllah nanti akan update lagi hasilnya.


Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.