Kecil-kecil cili padi. B Complex ni banyak khasiatnya. Yang paling saya suka, ia membantu saya mengawal marah dan tekanan perasaan. Gituu!!! Sebenarnya ia juga membantu kawal rasa gelisah dan gemuruh.
Biasalah.. Mak mak ni kalau boleh semua nak perfect. Akibatnya mulalah naik marah bila badan penat, rumah semak, anak2 tak habis sepahkan rumah. Semua benda kita nak settle. Macam mana nak tenang dan tetap mengawal marah ni?! Marah-marah selalu tak elok untuk aura diri & emosi anak-anak ya.
Selepas saya kenal B Complex, rasa jatuh cinta pulak. Ada satu ketika, saya mampu mengawal marah walaupun keadaan begitu, normalnya saya akan naik angin. Sejak tu, saya baru perasan, ia adalah kesan baik dari pengambilan B Complex. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.
Bagaimana cara B Complex menjadi 'ubat' mengawal marah?
Jika kita mengambil vitamin B Complex, ia akan membantu fungsi otak dengan lebih baik. Otak kita menggunakan vitamin B5, B6 dan B12 untuk membina neurotransmitter, bahan kimia yang dilepaskan oleh otak untuk menghantar maklumat antara sel. Secara tak langsung, kita boleh bertindak dengan lebih tenang dalam mengawal situasi tertentu termasuklah ketika marah dan gelisah.
Sejenis vitamin B juga iaitu Niacin menyokong kesihatan saraf. Jika kita berterusan kekurangan niacin dengan kadar yang amat tinggi, ia boleh menjejaskan memori dan menjadi penyebab kemurungan.
Kerosakan pada saraf juga boleh berlaku jika kita berterusan kekurangan vitamin B12.
Selain tu, vitamin B berfungsi dalam metabolisme makanan kepada tenaga. Jika badan mendapat tenaga yang mencukupi, selalunya kita kurang penat dan tidak marah berbanding jika badan dan otak yang kepenatan.
Oleh kerana itu, pastikan kita mengambil 'ubat' istimewa ini untuk membantu mengawal marah dan gelisah. InsyaAllah ia dapat membantu. Selain tu, amalkan juga tip di bawah ini untuk membantu mengawal emosi dan rasa marah.
6 Tip Kawal Rasa marah
1. Ambil wuduk
2. Istighfar
3. Lakukan pergerakan atau ubah posisi. Contohnya, masa nak marah kita berdiri, ubah dengan duduk. Kalau tengah duduk, ubah pada berjalan. Janji bergerak dari keadaan asal.
4. Berprasangka baik
5. Ingat ganjaran yang Allah janjikan untuk orang yang berjaya mengawal marah .
6. Amalkan vitamin B Complex !
Nampak mudah ja kan. Cuba dan konsistenlah. InsyaAllah kita boleh berubah dan menjadi seorang yang lebih tenang, terror kawal marah dan lebih cool. Marah2 ni boleh buat hypertension ya! Lagi bahaya. So bawa-bawalah praktis dari sekarang.
Ida Khairani Ahmad www.mysupervitamins.com
Ida Khairani Ahmad www.mysupervitamins.com