5 Sebab Mengapa Ibu Patut Meneruskan Penyusuan Walaupun Melancong

Selalunya bila nak berjalan jauh atau pergi melancong apa lagi menaiki kapal terbang, ibu bapa mula berfikir patut atau tak meneruskan penyusuan susu ibu. Bagaimana nak menyusu dalam kapal terbang? Patutkah hentikan susu ibu dan mulakan susu botol sahaja.


Biasanya kalau kurang keyakinan, pengalaman atau ilmu, kita mula fikir nak stop susu badan dan beri susu botol iaitu susu formula. Mungkin luarannya nampak susu botol lebih mudah dari menyusu badan. Macam saya dulu masa Nazhan, anak pertama saya, saya sibuk mengepam sebelum fly sebab malu lagi nak menyusu in public.

Jom Melancong dengan gembira!


Sini saya ceritakan sebab-sebab menyusu badan lebih praktikal semasa melancong atau perjalanan balik kampung berbanding susu formula

5 Sebab Mengapa Ibu Patut Meneruskan Penyusuan Walaupun Melancong


1. MUDAH & RINGKAS

Sebenarnya LEBIH SENANG menyusu bayi secara terus/direct berbanding jika menggunakan botol.
Anda tak perlu bawa beg extra untuk mengisi susu formula dan botol. Anda tak perlu asyik ulang2 buat susu sepanjang perjalanan.

Beg kelengkapan barang bayi 


2. NUTRIEN PALING TERBAIK

Dengan meneruskan penyusuan susu ibu, anak kita tetap mendapat bekalan nutrien paling mahal dan terbaik disamping mendapat perlindungan tambahan dari jangkitan penyakit yang mungkin lebih mudah terdedah semasa perjalanan.

Walaupun anak kita dah mula makan, susu ibu tetap merupakan sumber makanan yang bersih, mudah dan paling istimewa berada pada suhu dan tekstur yang sempurna dengan persekitaran dan keperluan bayi kita.

3. BANTU MENENANGKAN BAYI & IBU

Bila bayi travel, ia mungkin pengalaman pertama atau pengalaman yang jarang mereka lalui. Jadi mereka mudah takut dan cranky. Kalau dalam kapal terbang pula, tekanan boleh menyebabkan telinga bayi sakit.

Paling best, penyusuan susu ibu yang fleksibel dan on demand membantu mengurangkan tekanan di telinganya disamping pelukkan ibu yang menenangkan. Hormon prolaktin yang tercetus semasa menyusu membantu menenangkan ibu dan oksitosin pula menimbulkan perasaan cinta & komunikasi positif antara baby dan kita. Memang terbaik untuk perjalanan yang panjang dan meletihkan itu. Jika ibu menghadapi masalah kekurangan susu, cadangan untuk atasinya ada di entry sebelah.

4. BAJU NURSING FRIENDLY 

Semasa perjalanan juga ibu boleh mengenakan pakaian yang mudah untuk menyusukan bayi. Kalau susu masih banyak, jangan lupa pakai nursing pad atau breast pad. Di dalam kapal terbang, pilih tempat bersebelahan dengan pasangan kita atau bahagian yang kita rasa selesa. 

Tempat khas dalam kapal terbang untuk bayi

Baru-baru ni saya ditempatkan di bahagian tengah di mana ada baby bassinet untuk meletakkan bayi. Ruang kaki juga lebih luas untuk anak saya bermain. Namun suami & anak-anak tak dapat tempat di sebelah. Jadi 2 orang di kiri dan kanan saya volunteer nak tukar tempat dengan anak-anak saya kerana mereka juga kurang selesa di situ. Kaki Nuh Iman ja dah terjuntai ke sebelah kalau menyusu sambil baring :P. Lucky us !

Ruang kaki yang lebih luas


5. PALING BERSIH

Sebab ke-5 kita tak perlu hentikan penyusuan susu ibu jika travelling adalah kerana menyusu secara terus boleh melindungi anak dari bahaya alam sekitar. Penggunaan botol, puting dan lain perlu dibasuh dan dibilas dan mudah terdedah pada persekitan yang tidak bersih semasa penyediaan susu formula. Susu ibu terhasil dalam persekitaran yang paling bersih & selamat. Jadi bayi dilindungi secara semulajadi.

Best tak 5 sebab ni mengapa kita patut pilih untuk teruskan penyusuan susu ibu. Harap ia membantu ibu bapa membuat pilihan yang terbaik untuk bayi dan keluarga. Apapun, selamat melancong dan balik kampung dengan gembira !!!


Ida Khairani


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

1 comments :

Write comments
cheq eem
AUTHOR
July 3, 2015 at 2:57 PM delete

tips yang best....!! terutama no 1... boleh lah ibu bawa beg extra untuk shopping.... heheh....

Reply
avatar