Rawatan paling berkesan untuk penyakit kencing manis

Penyakit kencing manis atau diabetes di Malaysia menjadi semakin kronik. Lebih 2.6 juta rakyat Malaysia terkena penyakit kencing manis ini. Kalau tak kawal pengambilan gula dan kandungannya dalam darah yang merupakan punca penyakit kencing manis, banyak lagi komplikasi serius yang bakal terjadi termasuklah POTONG KAKI! Ambil tahu rawatan paling berkesan untuk penyakit kencing manis yang dapat menyelamatkan anda !





Kenapa kencing manis boleh berlaku sebenarnya?

Kencing manis ni terjadi bila kandungan gula dalam darah lebih dari normal. Perlukah rawatan penyakit kencing manis ini?

Mengapa boleh terjadi begitu?

Sepatutnya gula ditukar kepada bentuk glukosa dan dibawa dalam darah ke sel-sel badan untuk jalankan fungsi. Namun... bila gula gagal ditukar pada bentuk glukosa, kandungan gula melebihi dari sepatutnya di dalam darah maka terjadilah komplikasi dan kesan buruk pada tubuh kita jika terus dibiarkan.  Selalunya pesakit akan diberi ubat penawar diabetes kencing manis yang perlu diambil setiap hari dan juga dinasihatkan mengikut diet tertentu.

Mengapa gula TAK ditukar pada glukosa?

Tugas untuk menukar gula pada glukosa adalah tugas 'insulin'. Namun ada orang yang tak mempunyai insulin di dalam badan. Maka mereka harus disuntik dengan insulin. Mereka adalah penghidap kencing manis jenis 1

Ada orang yang mempunyai insulin namun tak cukup atau insulin gagal berfungsi secara efisyen. Jadi, mereka perlu mengambil ubat untuk turunkan paras gula atau mengambil suntikan insulin bila perlu. Mereka adalah penghidap kencing manis jenis 2



Rawatan Penyakit Kencing Manis adalah

  • elak dari terkena kencing manis
  • kawal penyakit dari bertambah serius
  • kurangkan gula dalam darah dengan bersenam dan jaga makan


Cara Rawatan Penyakit Kencing Manis Melalui Supplemen

Pesakit yang disahkan menghidap penyakit kencing manis, dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor untuk mengambil supplemen.. Mengapa? Supplemen sangat berkesan untuk membantu kawal dan turunkan paras gula dalam darah. Jika pesakit memang mengambil ubat turunkan darah dikhuatiri nanti gula turun banyak sangat sampai di bawah paras normal. Mungkin, dos ubat kencing manis kronik perlu dikurangkan mengikut nasihat doktor sesuai dengan taraf kesihatan yang bertambah baik.

Jadi, Supplemen apa yang sangat membantu untuk menjadi altenatif rawatan penyakit kencing manis ni?

Supplemen Mengawal Paras Gula


Chromium
Chromium terdapat dalam Alfalfa Shaklee, sejenis 'herba ubat kencing manis' yang kaya dengan pelbagai khasiat. Kromium meningkatkan toleransi glukosa. Fungsi kromium membantu insulin menjalankan tugas 10 kali ganda lebih efisyen dalam memproses gula. Selalunya, paras kromium akan berkurangan dengan faktor usia. Maksudnya semakin tua, semakin kuranglah kromium dalam badan. Pengambilan 200mcg kromium dapat membantu pesakit kencing manis jenis 2.

Halba  /  Fenugreek
Rupanya halba juga termasuk dalam 'herba ubat kencing manis'. Halba membantu menngimbangi insulin. Kajian menunjukkan halba membantu mengurangkan paras gula sehingga 50%. Jadi, minta nasihat doktor terlebih dahulu kerana khuatir kandungan gula pesakit kencing manis kronik jadi terlampau rendah jika dicampur dengan ubat penawar diabetes kencing manis yang doktor berikan. herba ubat kencing manis.

Biotin
Biotin adalah sejenis vitamin B. Biotin sangat eksklusif dan ia terdapat secara bio-tersedia dalam Vitamin B Complex dan Vitalea Shaklee. Maknanya vitamin Shaklee memudahkan penyerapan biotin bila berada dalam badan dan memberi kesan paling optimum. Biotin membantu sensitifiti dan meningkatkan penggunaan gula dalam darah.

Magnesium
Magnesium membantu penghasilan insulin. Banyak pesakit kencing manis mengalami kekurangan magnesium. Tahu tak pengambilan magnesium dapat membantu menurunkan komplikasi akibat penyakit kencing manis?! Ostematrix dan Vitalea Shaklee mengandungi magnesium untuk membantu.

Mangan 
Kandungan mangan dalam pesakit kencing manis kebanyakkan hanya separuh dari sepatutnya.  Pentingkah mangan ni? Mangan boleh menjadi faktor utama bagaimana enzim  membantu dalam metabolisme glukos. Mangan boleh diperolehi dalam Ostematrix Shaklee dan makanan seperti kacang, avocado, nenas, sayuran hijau dan buah kering.


Inositol
Inositol boleh diperolehi dalam Lecitin Shaklee. Inositol membantu dalam fungsi saraf. Selalunya pesakit diabetes akan mengalami diabetic neuropathy. Pesakit yang gagal mengawal kandungan gula secara berterusan, boleh mengalami kebas dan kurang deria rasa disebabkan fungsi saraf yang terganggu. Kelebihan lecitin dan inositol juga membantu kawal kolestrol dalam darah.

Coenzyme Q10
Satu lagi cara ubat kencing manis adalah mengambil supplemen Coenzyme Q10. Shaklee mempunyai COQ Health yang membantu dalam metabolisme karbohidrat. Orang yang kena kencing manis masalah utamanya adalah gula sukar di metabolisme ke bentuk glukos dan menjadi tenaga kerana insulin yang kurang berfungsi.

Vitamin B6
Vitamin B6 yang terdapat dalam vitamin B dan Vitalea Shaklee membantu toleransi glukos dan memang selalunya pesakit kencing manis mengalami kekurangan vitamin B6.

Vitamin C
Oleh kerana glukos gagal sampai ke sel, kemungkinan besar juga vitamin c yang memerlukan insulin untuk sampai ke sel, gagal untuk sampai. Kesannya, pesakit kencing manis mengalami luka yang lambat sembuh, sistem imun yang rendah dan tinggi paras kolestrol. Jadi ambillah supplemen vitamin c untuk mengisi kekosongan itu juga penawar luka kencing manis.

Vitamin E
Vitamin E membantu dalam toleransi glukos dan membantu badan dalam mengawal paras gula yang normal !

Zink
Membantu penghasilan insulin dan menguatkan imun badan.Pengambilan supplemen zink dalam membantu mengawal paras gula untuk penyakit kencing manis.

GLA
GLA membantu meningkatkan fungsi saraf. Selain tu, GLA membantu mengimbangi hormon insulin :)

Resveratrol
Resveratrol adalah tumbuhan polyphenol yang tinggi anti oksida. Kajian menunjukkan resveratrol berupaya menurunkan rintangan terhadap insulin pada pesakit kencing manis. Berita baik resveratrol adalah kandungan utama dalam magic potion Vivix Shaklee. Sebab itulah banyak testimonial paras gula kembali normal walaupun baru mengamalkan Vivix Shaklee. Bestkan !

Kesimpulannya, ambillah supplemen yang dapat membantu set kawalan paras gula. Supplemen adalah selamat dan patut diambil semasa sihat, baru sakit atau sedang alami penyakit kencing manis yang kronik. Supplemen Shaklee yang terdiri dari Zink, Vitalea, GLA, ESP, Vivix, Alfalfa dan Vitamin C yang lengkap ni adalah altenatif untuk membantu hadapi penyakit kencing manis. Ia selamat dan membantu atasi punca penyakit kencing manis dan bantu kawal gula disamping menurunkan risiko komplikasi akibat penyakit kencing manis yang tidak terkawal.

rawatan-untuk-diabetis-shaklee
Set Kawalan Paras Gula Shaklee untuk Pesakit Kencing Manis / Diabetes


Mohon cepat hubungi saya untuk saya bantu dengan lebih lanjut sebelum kaki anda atau ayah anda dipotong akibat penyakit kencing manis yang melanda rakyat Malaysia ni. Keadaan boleh jadi lebih kronik dan parah lagi jika anda tidak mengawal paras gula, kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang tidak sihat.



Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

2 comments

Write comments
June 29, 2016 at 2:43 PM delete

Selain dari ambil ubat tau supplement kencing manis, pesakit juga perlu kurangkan makanan manis dan elakkan minuman bergula tinggi seperti minuman berkarbonat. Senaman ringan juga penting. Disiplin dan komitmen 100% perlu diberikan untuk pulihdari diabetes.

Reply
avatar
July 4, 2016 at 8:48 PM delete

Paras gula boleh menjadi pengukur untuk melihat tahap kesihatan seseorang. Paras gula 7 mmol/L dan keatas adalah tahap pra diabetes atau kencing manis. anda perlu jaga makan jika paras gula melebihi 7 mmol/L

Reply
avatar