Cara buat air selusuh sendiri untuk mudahkan bersalin

Air selusuh ni tak asing lagi bagi ibu mengandung yang bakal lahirkan anak. Petua air selusuh ni petua orang melayu turun termurunlah. Tujuannya untuk membantu melancarkan dan memudahkan proses kelahiran. Memandangkan kita orang Islam, eloklah air yang bertujuaan memudahkan kelahiran ni di baca dengan ayat-ayat suci Al Quran.



Air selusuh cara mak saya punya simple ja. Baca selawat dan rendam akar fatimah dalam air. Wah..satu tumbler besar tu buat bekalan ke hospital. Mak saya pesan mula minum bila dekat due date atau kalau dah turun tanda. Selain tu, saya tak tinggal pil kalsium untuk ibu hamil kerana dapat kurangkan komplikasi semasa meneran. Maklumlah baby nak keluarkan dari tempat yang kecil. Ok, mari saya nak kongsikan cara buat air seluruh sendiri yang Ustaz Don kongsikan sebab dia pun buat sendiri juga.

Cara D.I.Y Air Selusuh untuk mudahkan bersalin ..

( Tip dari Ustaz Don )

1. Mula-mula baca Al-Fatihah



2. Kemudian baca Surau Al- Hasyr dari ayat 21 ke 24.


لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.


هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


3. Baca pula Selawat Syifa'



Maksudnya ,
"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W.yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawardan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakitserta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatandan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. "

4. Tambah dengan doa khas untuk air selusuh ni..


Maksudnya,
" Ya Allah, dengan hak Maryam juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya ( nama bakal ibu / isteri ) penderitaan bersalin dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Penutup dengan Doa Pemudah


Maksudnya,
" Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin.
Siap.. Korang boleh pilih nak buat air selusuh sendiri untuk mudahkan bersalin dengan Tip Ustaz Don ni atau boleh ja rendam air akar fatimah tu dan selawat banyak2. Dulu saya tak tahu cara ni, jadi mak saya baca ja doa2 yang dia tahu. Sekarang ni dah dapat panduan dari Ustaz Don, bolehlah cuba untuk bakal anak ke 4 nanti. InsyaAllah.

Nak tahu supplemen penting yang saya syorkan untuk membantu proses kelahiran?

Minuman Bertenaga ESP dan Kalsium Ostematrix.

Kenapa?

Semestinya kerana ibu memerlukan tenaga semasa proses kelahiran. Jadi, minumlah ESP juga selain air selusuh. 

Kalsium Ostematrix pula membantu otot lebih fleksibel untuk merenggang semasa bayi keluar dari ibu. Kalsium diakui dapat membantu komplikasi semasa proses meneran.

By: Ida Khairani
Phone / Call / Whatapps : 013 488 2382





Jika artikel ini berguna, kongsikan. Semoga bermanfaat buat orang lain juga.

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.