Vitamin C Organik


Adakah Vitamin C 'organik' 500mg yang famous itu adalah vitamin c shaklee?

Mengikut respond dari kebanyakan pengguna dan penjual vitamin C organik sendiri ianya memang vitamin c shaklee 500 mg.



Apakah produk makanan organik?

Produk makanan organik bermaksud makanan dari sumber semulajadi, tiada bahan sintetik, tiada baja kimia digunakan dan tiada bahan perasa tambahan. Namun untuk sesuatu makanan dipanggil organik di US, ia perlu mengandungi 95% sumber organik dan diboleh ditambah bahan perasa dan pengawet yan diluluskan.


Adakah Vitamin C Shaklee organik?

Vitamin C Shaklee bukan sekadar organik tetapi lebih baik kerana ia 100% semulajadi.


Vitamin C Shaklee 100% semulajadi bermaksud
-bersumberkan bahan organik yang telah diuji selamat tanpa sebarang pencemaran
-tanpa pewarna, tanpa perisa dan tiada bahan sintetik
-tanpa pangawet untuk menjaminnya tahan lama.


"No Shaklee dietary supplement contains artificial preservatives (or colors, flavors, or sweeteners). They are formulated in such a way that nutritive ingredients, such as vitamin C, “self-preserve” the supplement over its usable shelf life. " 

Self-preservation is behavior that ensures the survival of an organism



Jadi, kenapa bayar lebih untuk vitamin yang sama?

Jika anda berminat memulakan perniagaan, sertai kami di Shaklee bersama team Mysupervitamins dan bukan hanya untung runcit, malah Shaklee memberikan pelbagai bonus dan incentif sebagai motivasi untuk terus maju. Hanya RM65 sebagai yuran seumur hidup.

Nak BORONG? Ikut suka la..Janji gandaan 180 biji kerana dalam sebotol ada 180biji, lebih selamat dan terjamin.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Macam mana nak kuat? Elak sering jatuh sakit?


Badan kita ni mempunyai sistem imum yang sangat efisyen, terdiri dari trilion sel yang bekerja bersama untuk mengekalkan kesihatan badan. Imun badan kita dicipta Allah untuk melawan bakteria, virus, toksin dan parasit yang sangat suka membuat caca marba dalam badan kita.
Namun, sistem badan kita yang sangat efisyen, telah terjejas juga akibat dari cara hidup yang kurang aktif, tidak dapat nutrien yang betul secukupnya, tekanan, kurang tidur, kurang rehat dan merokok. Malangkan, imum sistem yang terjejas teruk akan mengakitbatkan masalah kesihatan macam sering selsema, alergik, arthiris malah kanser. Sistem imum sebenarnya memerlukan sokongan pelbagai vitamin dan mineral untuk terus bekerja dengan efisyen.

Untuk mengekal badan menjadi terus sihat, kita perlulah support imun badan dengan makanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi antaranya


resveratrol

-adalah tumbuhan semulajadi poliphenol yang anti-inflamasi. Resverotrol membantu melawan penuaan sellular, anti oksida dan menguatkan sistem imum.

biji labu, safflower, plantago dan estrak,japanes honeysuckle

-kajian klinikal menunjukkan kesemua ini berupaya merangsang interferon iaitu pengaktif sistem imum kita.

vitamin c

-membantu melawan infeksi dan virus seperi selsema

zink

-adalah sangat diperlukan untuk tidak balas enzim dalam badan dan mengekalkan fungsi normal sistem imum


bawang putih.

-adalah antibiotik semulajadi untuk melawan pathogen , jadi sengat baik untuk melawan infeksi dan virus. Makanlah, bawang putih banyak2.

Di mana nak dapat semua kebaikkan makanan semulajadi ini untuk menguatkan sistem imun kita.


Jika kita boleh mencari sumber semulajadi, pergilah dapatkannya. Jika tidak ada masa dan banyak alasan, caranya dapatkannya dari supplemen semulajadi yang telah menjalani kajian mendalam dan terbukti berkesan.

Vivix

-Ada formula botanikal yang mengandungi campuran polyganum cuspidatum, anggur muscadine, european elderberry dan lobak ungu yang sangat kaya dengan resveratrol dan polyphenol untuk mengekalkan kesihatan optimum


Nutriferon

- mengandungi biji labu, safflower, plantago dan estrak,japanes honeysuckle yang berupaya merangsang interferon iaitu pengaktif sistem imum kita. Nutriferon Shaklee dipaten khas untuk Shaklee dan dicipta oleh ahli immunologist, Dr. Yasuhiko Kojima.


Sustained Release Vita-C

-sumber semulajadi Vitamin C dilepaskan jam demi jam ke dalam badan untuk membekalkan vitamin c seperti sepatutnya.

Zink Complex

-faktor penting untuk mengekalkan kesihatan badan dalam melawan penyakit

Garlic

-setiap garlic tablet mengandungi 500mg untuk membekalkan tahap allicin yang mencukupi. Allicin adalah komponen penting dalam bawang putih yang berfungsi menjaga kesihatan badan.




Ida Khairani
013 488 2382

Tips Dapat Anak..Menyubur dan menyihatkan sperma lelaki

Tahu tak yang sperma yang tidak sihat juga boleh membawa kepada ketidaksuburan dan punca gagal dapat anak? Jika usaha bersama-sama diambil kira, mungkin masalah ini dapat diatasi.

Namun, kalau mengaitkan hal kesuburan dan tidak dapat anak, cepat je kebanyakan orang menuding pada isteri kan. Walau kadang dan kebanyakannya isteri tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Malah isteri juga yang berusaha bagai makan itu ini, berubat itu ini dan belikan sekali untuk suami semata untuk mendapatkan zuriat.

kesuburan lelaki

Kaum suami silalah ambil perhatian. Mari baca ini yang dipetik dari sebuah majalah terkemuka keibubapaan.

Hampir setengah daripada kesulitan kesuburan dikaitkan dengan masalah sperma. Ha terbukti kan? Berikut adalah tip-tip untuk menjaga "kesihatan sperma" suami anda.

DIA PATUT:

Makan Buah Oren Dan Bukan Keropok Udang

Dengan memakan buah buahan, sayur sayuran, bijian penuh dan protein rendah lemak, ia dapat membantu seorang lelaki daripada kekurangan nutrien untuk menghasilkan sperma yang terbaik. Vitamin C dan E, zink dan asid folik adalah amat penting. Info lanjut sini.

Berhenti Merokok

Menhgisap rokok membentuk radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel, merendahkan jumlah sperma dan menghapuskan kualiti sperma. Tabiat bapa yang suka merokok juga akan meningkatkan peluang anak-anaknya kelak mendapat leukimia dan limfoma. Tolong ye papa, kesian anak-anak nanti.

Kaji Semula Ubat-ubatan Yang Diambilnya

Sesetengah ubat-ubatan termasuk steroid dan ubat bagi mengurangkan tekanan darah tinggi, ulser, keguguran rambut dan depresi akan menyebabkan sperma seorang lelaki berkurangan dan sekaligus menyukarkan dia bergelar bapa. Setiap ubat-ubatan yang diambil, samada di farmasi atau yang dipreskripsi oleh doktor harus diperiksa oleh doktor atau ahli farmasi bagi sebarang kesan sampingan terhadap kesuburan.

Kurangkan Berbasikal Gunung

Jika seorang lelaki kerap berbasikal bukit, dia boleh menyebabkan kerosakan pada testis yang mana ia akan mengurangkan keupayaannya menjadi seorang bapa. Dia perlulah berehat di perhentian, memakai seluar pendek yang mempunyai pelapik dan menggunakan tempat duduk yang mengurangkan hentakan walaupun jika dia menunggang basikal di jalan raya.

Teruskan Mencuba

Jika dia berumur lebih daria[da 30 tahun, dia patut memikirkan untuk merancang mendapatkan anak dengan segera. Satu kajian yang dilakukan kepada lelaki yang tidak merokok mendapati lelaki yang berusia 50 tahun menghasilkan 20% kurangsperma daripada lelaki berumur 30 tahun. Para pengkaji menganggarkan volume sperma dan kebolehgerakannya menurun sebanyak 5% setiap tahun selepas usia 30 tahun.

DIA TIDAK PATUT:

Gempal

Dalam kajian yang dijalankan di Denmark kepada hampir 1,600 lelaki, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan menghasilkan kurang sperma.Namun, lelaki yang mempunyai berat badan yang normal dengan indeks jisim badan (BMI) 20 hingga 25 juga mempunyai peratus sperma tidak normal yang rendah.

Nak kurus? Boleh klik sini

Pendedahan

Seorang bapa yang prospektif perlu berhati-hati dengan bahan kimia terutamanya jika dia adalah seorang tukang cat, pencetak, ahli bomba, pekerja pertanian atau pencuci bangunan. Satu kajian semula telah dibuat terhadap satu kajian 10 tahun lalu yang mana pekerjaan-pekerjaan lelaki mempunyai kaitan dengan kecacatan kelahiran anak. Dia perlu memeriksa tempat kerjanya samada terdapat perlindungan dan pengudaraan yang betul.

Terlampau Panas

Sperma membiak dan bertambah subur pada suhu badan normal. Dengan memakai seluar pendek yang sendat akan meningkatkan kepanasan di dalam skrotum, berkemungkinan akan menekan pembiakan sperma (walaupun ia tidak terbukti). Komputer riba juga menyebabkan perkara sama berlaku. Satu kajian di University Of New York do Stony Brook telah membuat kajian pada 29 lelaki yang sihat yang berumur antara 21 hingga 35 tahun, mendapati dengan meletak komputer riba di atas paha mereka selama satu jam akan meningkatkan suhu skrotum kepada kira-kira 5 darjah F.credit to Majalah Mami Baby dan Permata Cintaku


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Arrgghhh...tensionnyaa...

Semalam, saya ke HQ Shaklee untuk membeli stok Vivix yang tengah promo dan hot kala ini. Vitamin C pun dah sold out, selamatlah masih ada stok in hand. Seronoknya dapat jumpa rakan seperjuangan Hadha. Hadha menyengih excited macam jumpa artis.. Waahh..perasan sejenak!!!..



Kami sama-sama join Shaklee dan berniaga dari rumah sejak 2 tahun lepas. Alhamdulillah, Hadha dah pun capai 5 angka dan saya mungkin dalam bulan ini atau hujung tahun ni, tiada lagi tangguh tangguh.

Nama ja kami ni WAHM or SAHM tapi penat tak hingat. Nak jaga anak sendiri dan anak-anak Shaklee bukannya mudah. Memang tak menang tangan. Menengok Hadha dengan anak kecil yang busy mengalahkan maknya dengan segala gadget, memang realiti seorang ibu zaman sekarang. Kita nak guna phone, dia pun nak layan game. Kita nak main macbook, anak pun nak layan you tube.

Bersyukur kerana dalam rangkaian supplemen Shaklee, saya telah berjumpa dengan B Complex.. Ok, B Complex ni adalah antara favourite saya yang tersangat. Ia membantu saya untuk lebih cool seharian.  B Complex ini berupaya melancarkan urat saraf dan menenangkannya jadi kita pun tak stress dan jadi cepat marah. Perangai anak-anak memang lebih kurang ja semua orang. What i want, tiba-tiba menjadi mine.



Jadi perang antara adik beradik tu memang selalu sangat terjadi. Kita parents yang jenis tak berapa cool ni, mungkin akan cepat marah. Sebab perang ni tak kira di mana. Dalam kereta adalah perkara biasa.. Jadi maintain mood dan perasaan marah sangatlah penting apabila bergelar ibu abah. Jadi luahan perasaan ini adalah untuk menyatakan betapa saya sukakan B Complex Shaklee ini.. Yeahh!!!





*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Supplemen lengkap seisi keluarga

Family Wellness Set

Merupakan set supplemen paling asas dan sesuai digunakan seisi keluarga. Jadi, kalau sebelum ni isteri ja asyik concern pasal kesihatan, dengan set ni, dari anak sampailah ke bapa, even orang tua sekalipun boleh mengamalkannya.

Kebaikkan Family Wellness Set ni secara keseluruhan adalah

- dapat membantu mempertingakan kesihatan secara menyeluruh
- membantu anda berasa lebih tenaga
- menguatkan sistem imun anda
-membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Menarikkan? All in One...

Apa yang ada dalam Family Wellness Set ni..

Family Wellness Set - ESP, Vitalea, Vit C dan B Complex
Family Wellness Set - ESP, Vitalea, Vit C dan B Complex




Kebaikkan setiap vitamin adalah seperti di bawah:


Vita-Lea (Multivitamin)

Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
Penting bagi prosess pertumbuhan.
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.
Membantu penyerapan zat dari makanan.


Vita-C Sustained Release
Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
Membantu dalam penyerapan zat besi.
Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
Menjaga ketahanan badan dari selsema.
Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dalam kadar yang diperlukanx .
Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
Mencegah kelesuan dan kemurungan.
Membantu kelancaran urat saraf.
Mengelakkan stress.
Mengelakkan sembelit.

Energizing Soy Protein 
Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
Membina sel2 tubuh.
Membantu kesihatan kuku dan rambut.
Membina ketahanan badan.
Menambah susu badan.


Bagi kanak-kanak, boleh beri meraka rasa kelazatan Energizing Soy Protein. Vitamin lain sesuai untuk dewasa lelaki atau perempuan


P/S : 
Jika anda ibu menyusu dan berkemampuan, boleh tambah Alfalfa dan Ostematrix sebagai pelengkap. 


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


Sumber semulajadi Vivix

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.
Sumber Vivix terdiri dari bahan-bahan semulajadi yang mengandungi nutrisi tertinggi dan nilai terhebat untuk kesan anti penuaan dan kesihatan.


1. Anggur Muscadine berbanding anggur biasa

Anggur Muscadine mempunyai 20 pasangan kromoson berbanding hanya 19 pasangan kromoson anggur biasa. Anggur Muscadiner adalah anggur liar. Kerana kelebihan kromoson berbanding anggur biasa, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat anti oksida yang lebih kukuh dan mengukuhkan profil polyphenolnya.

Saiz anggur mauscadine adalah sebelah bola golf..Besarkan... Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak poliferol dan resvetrol. Jadi lebih banyaklah bonus kesihatan.


Anggur muscadine mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi, satu phyto-nutrien yang tidak dapat dijumpai dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria.

Selepas dah kenal pasti anggur yang begitu hebat dan ciri-ciri yang unik, saintis dari University Georgia telah membangunkan satu proses ektraksi sejuk dan lembut untuk menjamin satu ekstrak yang bermutu tinggi dengan aktiviti biologi tertinggi dalam siri ujian makmal anti penuaan.

Bagi mencipta profil polyphenol yang kuat di dalam Vivix, saintis menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur hebat ini iaitu Enderberry dan Karet Ungu. Jadilah Vivix iaitu campuran semuljadi unggul yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan anti penuaaan selullar Vivix.


2. Lobak Ungu / Purple Carrot

Lobak Ungu merupakan sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polycetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia turut mengandungi anthocyanins, antioksida yang mustajab. Anthocynins inilah yang bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran.

Anthocynins adalah anti oksida utama dalam lobak yang berwarna ungu-kuning dan ungu-oren. Ungu-kuning mengandungi kapasiti anti oksida tertinggi diikuti oleh lobak ungu-oren. Kajian kebelakangan ini turut menunjukkan yang antocynins mempamerkan antiviti biolodi termasuk anti oksida, anti radang, anti mikrobial dan anti carcinogen. Malah turut berkesan terhadap saluran darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko sakit koronari jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksida palinh tinggi dalam semua jenis lobak. Dipercayai asid klorogenik  mampu mengurangkan diabetes/kencing manis yang dikaitkan dengan pengambilan kopi.



3. Elderberry( Sambucus Nigra)

Keberkesannya elderberry termasuklah dalam mengubati simpton flu, terutama influenza B. Berry ada flavonoids yang mempunyai ciri anti oksida yang kuat dengan demikian berupaya mengukuhkan sisitem imun melawan jangkitan virus dan bakteria. Enderbrry juga kaya dengan sebatian anthocyanins yang memberi kesan anti-radang. Jadi, dapat mengurangkan simptom sakit otot, sakit atau demam berkaitan selsema dan influenza.

Elderry turut kaya dengan Vitamin A,B dn C juga nutrien asid amino, karotenoids, tanning dan rutin. Oleh kerana ni, ekstrak Elderberry bersesan untuk jangkitan yis, asma, batuk, sesak hidung, dada dan diabetes selain dari menguatkan imum sistem serta melawan jangkitan virus dan flu.

Elderberry juga dapat merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidari kolestrol LDL. Oksidasi LDL dianggap sebagai penyebab penyakit kardiobaskular.

Kesimpulannya, elderberry mampu memberi perlindungan terhadapt penyalit kardiovaskular dan jantung termasuk strok, dan serangan sakit jantung. ia juga penting untuk mengurangkan stress, memperbaiki pelinghatan dan penghadaman.



4. Polygonum Cuspidatum

Juga dikenali sebagai knotweed Jepun adalah tumbuhan perenial yang berasal dari Asia, juga banyak diterus di Amerika Utara dan Eropah.  Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol yang juga merupakan ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan sering dirumuskan dalam supplemen anti penuaan sepeerti resveratrol dan banyak jenis perubatan Cina.

Hasil kajian saintis mendapati Resveratrol membantu melambatkan penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.




Untuk testimonial hebat Vivix boleh klik sini.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Cara Penyimpanan Perahan Susu Ibu @ Expressed Breast Milk (EBM)

Cara Menyimpan Susu Ibu Perahan (EBM)


Pastikan simpan EBM di dalam bekas yang bersih dan bertutup
- bekas storage plastik, botol susu tanpa puting BPA free, bekas dadih.

botol simpanan perahan susu ibu ebm
Botol simpanan perahan susu ibu ebm

Bekas simpanan perahan susu ibu ebm
Bekas simpanan perahan susu ibu ebm

Plastik penyimpanan EBM
Plastik penyimpanan EBM


Labelkan tarikh dan masa pada setiap bekas
-Gunakan yang terlebih dahulu diperah

Tempoh masa Susu Ibu ( EBM) boleh bertahan
- Peti sejuk beku( freezer) - 3 bulan
- Rak pertama bawah freeser -  sehingga 48 - 72 jam
- Suhu bilik - sehingga 4 jam. Ada yang sehingga 8 jam 

* Setiap ibu mempunyai susu ibu yang unik. Jadi ibu boleh memastikan dahulu sama ada susunya masih elok sebelum diberikan pada anak. Mungkin ada susu ibu yang hanya bertahan selama 4 jam pada suhu bilik, mungkin orang lain yang 6 jam.

Gambar tempoh penyimpanan susu ibu EBM
Gambar tempoh penyimpanan susu ibu EBM


Cara penyediaan Susu Ibu( EBM)

-Susu ibu tidak boleh dimasak. 
-Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam panas.
-Boleh juga gunakan food/milk warmer elektrik.

Milk Warmer
Milk Warmer



* Baki susu ibu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula untuk kegunaan hadapan.


Ibu berpantang sepatutnya sudah mula menyimpan bekalan susu sebagai stok untuk kembali bekerja. Ibu juga sepatutnya memulakan latihan memberikan susu ibu perahan supaya bayi dapat menyesuaikan diri.

Sebagai panduan untuk latihan memberikan susu ibu EBM kepada bayi.


Contoh: Latihan 2 Minggu sebelum mula bekerja

Hari 1-3 :
Sarapan : EBM
Minum pagi: Susu ibu
Tengah hari : Susu Ibu
Minum Petang : Susu Ibu

Hari 4-6

Sarapan : EBM
Minum pagi: EBM dan Susu ibu
Tengah hari : Susu Ibu
Minum Petang : Susu Ibu

Hari 7-9

Sarapan : EBM
Minum pagi: EBM dan Susu Ibu
Tengah hari : EBM dan Susu Ibu
Minum Petang : Susu Ibu

Hari 10-13

Sarapan : EBM
Minum pagi: EBM dan Susu Ibu
Tengah hari : EBM
Minum Petang : EBM dan Susu Ibu




Malam: Susu ibu sahaja.
Stok EBM : Untuk membuat bekalan dan menambah stimulasi, teruskan memerah selepas bayi menyusu direct.

Penyusuan lebih mudah dengan latihan dan jika ibu memahali cara perahan yang betul.

Lakukukan dengan gembira kerana kita sedang memberikan susu yang terbaik di dunia iaitu susu ibu, susu badan kita sendiri.


Link : Ibu boleh mengambil supplemen untuk menyokong kesihatan dan memudahkan tempoh perjalanan penyusuan susu ibu jika berkemampuan.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


Testimonial lagi.. Kulit lebih lembab dengan vitamin semulajadi

Salam dan Morning..

Alhamdulillah. Hari nak share lagi testimonial seorang bf mom yang mencuba set b & vitamin e. Set B adalah set penyusuan asas yang mengandungi b complex, vitamin c, alfalfa dam vitalea. Kalau nak premium bf set (3m/triple M) tambah kalsium(ostematrix) dan Energizing Soy Protein.

Dengan set penyusuan asas sahaja, ramai ibu yang memberi feedback positive bukan sahaja berkenaan susu ibu yang bertambah, malah badan lebih sihat, wajah pun makin kurang bermasalah. Beeessstttkan!!!!!!


Mazlinawati ada mengambil tambahan Vitamin E bersama set b yang baru ja order sebelum raya. Alhamdulillah, serasi betul vitamin semulajadi Shaklee dengan beliau. Member sepejabat pun ada try dan dah ada kesan positive. Wallahhh...






"Sy lom tanya dia lg...yg mkn set b plus vit e tu kata ada kesan..sy pun rasa kulit dah makin hilang garisan2 halus...dan mcm anjal da n lembab sikit...."


* Anjal???? .. Belum lagi cuba new killer product .. iaitu Shaklee Collagen Powder..yang menganjalkan itu

Kenapa yang vitamin - vitamin Shaklee ni berkesan?


- sebabnya kajian yg mendalam telah dibuat, berjuta dah dihabiskan, bukan main rebrand dan jual ja. Shaklee is no. 1 in U.S dan menjadi rujukan company supplemen lain.

- semua supplemen adalah dari sumber semulajadi. Maknanya ia tidak asing dari badan. Badan dapat menerima tanpa perlu bekerja keras dan berubah untuk menyesuaikan diri seperti yang berlaku jika kita ambil ubat(dadah) dan vitamin sintetik.

Ok, itu sikit ja.. Antara sebabnyalah..

Kandungan set b set penyusuan asas ni adalah 


-Vitalea yang lengkap dengan pelbagai vitamin dan mineral. Jadi antara fungsi vitamin ni untuk memudahkan penyerapan nutrien, penghadaman dan
melancarkan sistem badan.

-Vitamin C untuk menguatkan anti bodi, anti oksida dan kecantikan serta kesihatan kulit. Penggunaan yang berterusan boleh buat kulit makin cerah, insyaAllah..depend pada individu juga ni.

- B Complex menenangkan, mengawal stress dan rasa marah ..suka suka.. Kalau kurang marah, kuranglah kedut.. Lebih nampak muda.


-Alfalfa .. Milk booster @ penggalak susu sejak turun temurun dan tidak berbau tak best seperti penggalak susu yg lain. Malah boleh kurangkan angin, sakit urat, melancarkan pelaqasan. Bagus ni untuk yg nak kurus 2 in 1. Namun, haruslah minum plain water banyak. Itu syarat penting untuk hasil yang lumayan.

Extra yang diambil oleh Mazlinawati..

Vitamin E
- memang glamur sudah untuk awet muda, anti oksida, perlindungan terhadap jeragat, mencerahkan parut.. Dan haaa.. Tu Mazlinawati tulis.. kulit lebih lembab dan anjal.. Dasyatt..


Jadi...jangan tak cuba untuk dapat sama-sama rasa kesan yang tersangat BeeSSStttt itu.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Testimonial pesakit stroke

Bulan September adalah bulan promosi hebat Vivix. Jadi, kalau rasa teruja dengan kehebatan Vivix, bulan ni patut borong. Malah ada offer diskaun dan free membership dengan pembelian Vivix. Kalau nak tahu, Vivix ni diperkenalkan Shaklee setahun yang lepas dan telah terjual lebih 1 Juta di seluruh dunia.

Ok, saya nk kongsikan kegembiraan Ain, yang menghadiahkan ibunya Vivix. Ibunya telah diserang strok sejak 2011 dan baru sahaja mencuba Vivix untuk beberapa hari. Syukur Alhamdulillah atas perkembangan positif ibu Ain. Semoga ibunya semakin sihat.

Coretan dari blog Ain

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang 
1) Nootropil
2) Amiodarone 
3) Simvastatin 
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif

Vidoe yang dikongsikan Ain 




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Vitamin penting untuk ibu selepas bersalin

Selepas bersalin, banyak pantang larang yg sering kita dengar. Kesemuanya demi menjaga kesihatan kita bukan saja untuk jangka masa pendek tapi kesannya sehinggalah ke tua. Jadi, sebaiknya cuba amalkan mana yg mampu.

Untuk gaya hidup masa kini yg serba nak ringkas dan pantas, boleh ambil vitamin Shaklee yg terbukti berkesan. Apa yg kami cadangkan khas untuk ibu selepas bersalin a.k.a berpantang adalah

Vitamin C, B Complex, Zink dan Vitalea. Penambahan Energizing Soy Protein sangat digalakkan.

Mengapa supplemen ini?

Ibu yang bersalin selalunya mengalami luka-luka luaran mahupun dalaman termasuk di bahagian rahim. Jadi vit c n zinc perlu di mana ia dapat membantu menyembuhkan luka. Kedua-dua vitamin ni juga sesuai diambil bagi mereka yg tak makan haruan

Kehilangan tenaga yang banyak sudah semestinya selepas bersalin,jadi pengambilan b complex bagi mengembalikan tenaga dan membantu menangani stress sangat penting.

Rutin berpantang pula membuatkan ibu seringkali terpaksa memilih makan dan mungkin berlaku kekurangan nutrisi lengkap. Jadi pengambilan vitalea adalah yg terbaik sebab ia merupakan multivitamin yg lengkap dengan mineral yg diperlukan oleh badan. Lebih-lebih Vitalea dilengkapi zat besi yang diperlukan ibu yg dh tentunya banyak kehilangan darah selepas bersalin.





Ramai yang telah mencuba dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat.

Untuk membuat pesanan, boleh isi form
http://www.mysupervitamins.com/p/order.html

Jika ingin bertanya, hubungi admin[@]mysupervitamins.com

- Posted using BlogPress from my iPhone

Testimonial Kolagen

Tinggal beberapa hari akan tiba hari raya.. Bersemangat semua orang nak melawa ni.. Berderu-deru orang order untuk supplemen kecantikan yang pelbagai. Jom baca testimonial supplemen kecantikan dan kesihatan terbaru, Shaklee Collagen Powder. Baru launch ja, tapi dah banyak testimonial yang menarik.

Testimonial Shaklee Collagen Powder
Testimonial Shaklee Collagen Powder dari Leen Rashid

"Betullah..saya pun start makan collagen 1st ramadhan..rasa lain sangat..kulit muka rasa flawless jer..sampai sekarang tak pakai moisturizer atau bedak..orang tegur saya pakai cream apa padahal tak tempek apa2 kat muka..rasa kulit macam melantun2", Leen Rashid.


Testimonial Shaklee Collagen Powder
Testimonial Shaklee Collagen Powder dari Dilla Jalil

"Sebelum puasa, saya selalu lupa nk ambil collagen setiap hari. Start dari 1st Ramadhan, saya amik waktu sahur 1x, waktu berbuka 1x ( tamak punya pasal).. Alhamdulillah..tadi asben puji( dia memang jarang nak puji bab-bab cantik ni)"

Asben : dah nampak perubahan..
Saya : dekat mana?? dekat mana?( excited tak tentu pasal)
Asben:  dekat kulit muka, jeragat awak dah nampak pudar..
Saya : ^________^


"Saya memang ada masalah jeragat, sampai ke tangan dan kaki pun ada..biasalah "mat saleh"..hahahah..," Dilla Jalil


Testimonial Shaklee Collagen Powder
Testimonial Shaklee Collagen Powder dari Pa'a Wawa

"Aritu dah tak tahan sangat kulit menggerutu banyak keluar white head, black head, stupid head(hihi)..buntu dah..nak makan esp, tak bape pandai..try la collagen ni..orang lain mungkin cepat effectnya..saya ambil masa 5hari, licin terus ! jerawat pun kurang!! nak ambil gambar sebelum selepas malu pula I,..suami kata nak jugak..cess =D "

"Seriously memang akan beli next box!! kulit kaki pun rasa lembut jek..masyuknya..kak lyna noh, saya ada masalah jerawat lama dah..happy sangat2 pakai powder collagen nilah..pasni leh try skin care pulak.. , " Pa'a Wawa

"Yup, Memang Best..kulit tangan, kaki n muka licin, " Nor Fahidayu Masran


Teruja? Nak tau lebih lanjut pasal Shaklee Collagen Powder yang tengah hot ni, baca sini. Banyak lagi bonus dan kebaikkan kolagen ni. Sangat berbaloi dan marvelous.

Harganya? Memang sesuai dengan hasilnya yang terbaik ni. Produk kalau dah bagus, berderu orang cari. I likee..


Info : Shaklee RSS Collagen terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas menggunakan 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Kolagen : Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Memperkenalkan .. Shaklee Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Tara.. Inilah dia Shaklee Collagen Powder, 1 box ada 15 sachet. Sangat eksklusif!!!


Kelebihan setiap kandungan Collagen Shaklee Powder ni..

RSS Collagen dari Sisik Ikan Merah
Sumber premuin untuk kalogan dengan penyerapan yang tinggi dan pencemaran yg kurang berbanding kolagen dari sumber lain.


Ekstrak biji benih Camellia japonica:
mengandungi asid Oleik yg merupakan pelembab yang unggul dan Isoflavon, anti oksida semulajadi untuk perlidungan radikal bebas

Ekstrak Pfaffia:
bersama dengan benih Camellia japonica telah menyokong pembentukan kolagen dan asid haluronik yg menghidratkan tisu badan dan membuatkan kulit lembut, lembab dan rata.


Elastin dari kolagen ikan:
Mengekalkan keanjalan untuk kulit lebih tegang, gebu dan anjal.

Ekstrak kerang-kerangan:
Glukosamina dari extrak kerang kerangan penting untuk sinteses bendalir sinovia yang melicinkan pergerakan sendi dan melembapkan mata.


Lactobacillus acidophilus:
Bakteria baik untuk kesihatan usus dan mengimbai usus miroflora untuk memudahkan penyerapan kolagen.

Vitamin B
menggalakan metobolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk memberi tenaga yg diperlukan dalam pengeluaran kolagen dalam sel

Vitamin C
anti oksida yg melindungi kulit dari radikal bebas dan menggalakkan pengeluaran kolagen


Kesan, faedah dan kebaikkan mengambil Kolagen


Anti penuaan - kolagen mengurangkan liang pori, kedutan dan garis yg kelihatan

Menghidratkan - kolagen melembabkan kulit bagi mengurangi rasa kering pada muka

Mengembalikan keanjalan kulit - kolagen meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.

Melicinkan - kolagen meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit

Menyubur - kolagen menggalakkan kuku yang kuat, rambut yg tebal dan bersinar

Mencerah -  kolagen mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit

Menegang - kolagen membantu menegang dan menganjalkan payudara..


BONUS : Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.


P/S: Ramai dah cuba dan berpuas hati, anda bila lagi?




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Vitamin untuk cantik dari dalam ke luar


Dalam bulan puasa ni, ramai yg aim nak kurus dan nak cantik :). Bagi yang nak menambah cantik, banyak faktor perlu diambil kira. Selain dari penjagaan luaran seperti cuci muka dan pakai pelembab, tambah lagi 1 perkara penting iaitu 'pemeliharaan dan pemulihan dari dalam ke luar'.

Vitamin semulajadi yang telah dicuba Jue ni adalah vitamin C dan vitamin E. Alhamdulillah, baru sebulan, parut jerawatnya semakin cerah. Perlu diingat, tempoh pemulihan setiap orang tidak sama. Walaupun bulan puasa ni, pengambilan air kosong amat penting dan jangan diabaikan untuk tujuan pemulihan ni. Kata nak cantikkan..

Apa kebaikkan vitamin c dan kelebihan vitamin e ni untuk kesihatan kulit?


Kebaikkan Vitamin C

- mempertingkatkan sistem imum,
- membantu menyekat bakteria penyebab jerawat
- merangsang pembentukan kolagen. Kolagen mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
- mencantikkan kulit.
- melambatkan penuaan(anti oksida)
- menyekat pembentukan pigmentasi penyebab jeragat(anti oksida)

Kekurangan Vitamin C 

- boleh menyebabkan lebam dikulit
- pemulihan luka lambat
- kulit kering
- kulit kasar

Kelebihan Vitamin E

- melindungi dari radikal bebas yang merosakkan sel kulit
- anti penuaan( anti oksida) 
- mengurangkan kedut, garis halus, parut dan parut jerawat
- bantu pulihkan tona dan tekstur kulit
- boleh disapu pada parut dan dibuat masker dimuka

Nota: 
Kandungan Selenium dalam kapsul Vitamin E, membantu tubuh menyerap vitamin E dengan lebih baik.

Pakat nutrisi mencadangkan pengambilan ACE( Beta Carotene, Vitamin C dan vitamin E) bersama-sama untuk meggandakan kesan anti-oksida dalam melawan radikal bebas. 




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)