Makanan anak 6 hingga 8 bulan dan 8 hingga 10 bulan

Assalamualaikum..

Nuh Iman sekarang dah berusia 8 bulan lebih.. Alhamdulillah makan banyak. Jadi ibu kongsikan apa yang ibu dah cuba selama ni..


Oleh kerana bayi baru kenal makanan pejal, pertama kali makan solid, kita tak tahu apa yang dia alergik dan apa yang dia tak alergik. Jadi ibu bapa kena amalkan '4 days rule'. Di mana, kita kenalkan makanan baru selama 4 hari berturut sebelum cuba lagi makanan baru lain. Dalam masa 4 hari tu, jika tak ada kesan alergik seperti ruam atau cirit birit, bermakna makanan tu sesuailah dengan anak. 


solid food untuk bayi 6 bulan


Untuk anak 6 bulan

Antara makanan yang ibu dah beri pada Nuh Iman di usia 6 bulan

- bubur nasi kosong
- ubi kentang
- lobak merah


Ibu ada juga kenalkan
- avacado
- epal


Cuma, nampak Nuh Iman kurang sesuai.. Dia terus demam lepas makan. Ibu akan kenalkan lagi di masa akan datang. Kadang2 kesan alergik ni sementara sahaja. Bila sistem penghadaman dah lebih matang, mereka boleh terima balik, insyaAllah.

Makanan lain yang sesuai untuk bayi 6 bulan

- pisang
- ubi keledek

Ingat !!!

  • Semua makanan dikisar halus
  • Boleh dicampur dengan air masak atau susu ibu
  • Tekstur sangat lembut dan lebihkan air


Di awal usia 6 bulan, Nuh Iman bukan pemakan, tak suka makan sangat. Hanya hari pertama ja dia berselera makan. Kemudian asyik tak sihat ja, kena cirit birit yang berterusan. Jadi, ibu stop bagi solid folid. Lepas consult doktor dan dari pembacaan, boleh dan bagus teruskan solid food. Najis boleh jadi kurang cair. Cuma, ibu-ibu kena pastikan cirit birit tu bukan sebab makanan yang tidak sesuai. Cuma doktor pesan, kalau yang bagi instant cereal tu untuk stop sebab kandungan susu dalam tu mungkin penyebab cirit birit atau melambatkan proses sembuh.




Antara usia 6 ke 8 bulan, ibu kenalkan lagi Nuh Iman dengan

- kurma
- labu
- ubi keledek
- pisang
- tembikai ( finger food - dihisap jus)
- tembikai susu ( finger food -  dihisap )

Nota :

  • Ibu-ibu boleh campur makanan yang dah confirm sesuai dengan bayi selepas dah apply 4 days rule.
  • Semua makanan selain finger food masih lagi dikisar halus, cuma kurangkan cecair.
  • Finger food perlukan pengawasan rapi ibu bapa. 
  • Kalau anak belum ready pegang sendiri, ibu abah yang pegangkan dan jaga-jaga jangan sampai tercekik. 



Pada usia 8 bulan sekarang ni, ibu baru mula mix makanan-makanan tu. 

Makanan baru, tetap amalkan '4 days rule'
- ayam

Antara menu harian Nuh Iman sekarang

- bubur nasi, ubi keledek jepun (warna ungu) dan ayam
- bubur nasi, labu dan ayam

menu bayi 8 bulan yang senang dan sedap
Tekstur ikut usia dan kesukaan anak juga. Kalau baby suka smooth, blend lama lagi and tambah air sikit. Iman ni tarak kisah punya. So, Ibu pelbagaikan tekstur.

Cara ibu nak masak menu resepi 8 bulan ni

- masak bubur nasi dalam microwave selama 20 minit
- rebus ayam sampai betul2 masak
- rebus ubi keledek dalam periuk biasa atas api
- blend semua sekali guna baby bullet blender.
- ada baki untuk dikisar untuk sesi seterusnya.


Nota:
Selain guna microwave, bubur nasi dan ayam boleh guna periuk nasi elektrik biasa atau slow cooker untuk masak. Boleh juga, guna periuk biasa atas api, jaga-jaga jangan sampai hangit. Sebab selalu hangit yang ibu guna microwave tu. Dalam microwave guna casserole corelle supaya tak pecah. Kalau ada periuk pyrex, vision dan seumpanya pun awesome masak atas api. InsyaAllah tak hangit. 




Makanan yang kena standby untuk masa-masa seperti awal pagi, semasa memandu, makan petang

- finger food seperti biskut bayi
- pisang
- kurma


Alhamdulillah, walaupun semasa awal kenalkan solid pada Nuh Iman, dia nampak kurang berminat, makan sikit ja.. tapi sekarang selera bertambah-tambah. Seronok bagi makan kat dia. Tak membazir. Semoga berterusan, insyaAllah.

Selamat mencuba dan berkongsi!



Ibu anak-anak syurga,

Ida Khairani Ahmad
Shaklee Independent Distributor 846056

013 488 2382
admin@mysupervitamins.com

http://www.mysupervitamins.com
http://ibustory.com

Makanan tambahan terbaik anak setahun ke atas dan orang dewasa

Dalam senyap - senyap saya tambah resepi rahsia dalam susu anak dengan harapan mereka susah jatuh sakit dan bertambah bijak. Hasilnya so far so good. Alhamdulillah.. Anak- anak saya tak suka nak makan vitamin chewable. Sensitif pula dengan perasa oren semua tu. Mujurlah ada Mealshakes yang sedap dan sukar dikesan kalau dicampur susu. Malah rasa susu mereka bertambah sedap dengan campuran Mealshakes yang berkhasiat. Lama-lama, mereka dah tau senjata rahsia ibu dan boleh tunjuk botol Meal Shakes.

Tiba - tiba.. Waaaa!!! Bangun pagi check what apps, rupanya promo gila-gila Shaklee bulan ni adalah Colagen dan Mealshakes! Dua-dua killer product dan dua-dua dalah kegemaran kami. Anak suka Mealshakes dan ibunya memang sangat teruja gila dengan kesan Collagen.


So, entry ni saya share dulu pasal Mealshakes ya.. Boleh juga belek-belek entry lama pasal mealshakes. Banyak juga saya dah share juga testimonial Mealshakes.




..Untuk anak picky eater..



Mealshakes ni, rata- rata ibu cari untuk anak-anak yang picky eater iaitu memilih nak makan. Macam anak saya, seorang yang tidak adventure untuk food testing.. Belum apa-apa, dah beriya kata tak sedap. Namun, Alhamdulillah, susu yang dicampurkan dengan Mealshakes, dia minum dengan berselera sekali! Walaupun selera telah bertambah berbanding suatu masa dahulu, still masih kurang adventure mencuba makanan baru.


Namun, saya yakin dan tetap berusaha melengkapkan nutrisi dengan khasiat yang terkandung dalam mealshakes ni. Dalam Mealshakes yang terdiri dari sumber sayuran dan buahan ni, terdapat 24 jenis vitamin dan mineral. Sebab itulah, para ibu sangat sukakanya. Berbaloikan berikan anak mealshakes setiap hari. Bukan makanan rapu tak ada khasiat langsung! Malah mealshakes boleh dipelbagaikan resepi untuk ibu yang rajin dan kreatif seperti pancake, kuih muih dan aiskrim!









.. Siapa lagi boleh ambil mealshakes? ..



Mealshakes untuk siapa? Oh, semua orang yang tidak alergik pada susu lembu boleh menikmati mealshakes sebab khasiatnya sangat banyak. Mealshakes bukan sahaja untuk kanak-kanak yang umur setahun ke atas, malah lelaki dan perempuan remaja yang sedang membesar juga. Siapa lagi yang boleh amalkan mealshakes shaklee? Ibu mengandung, ibu berpantang dan menyusu, atlit, orang yang sangat busy untuk ambil hidangan sempurna dan untuk orang yang susah nak telan pil. Lebih istimewa, mealshakes diperkaya dengan kesemua asid amino perlu dan tak perlu menjadikannya ia protein lengkap yang membantu pertumbuhan. Tak ada pun sekatan untuk siapa yang boleh nikmati Mealshakes ni sebab rasanya yang sedap dan berkhasiat memang rugi kalau tak cuba!. Saya juga campurkan mealshakes dalam ESP dan Cinch Shake Mix untuk rasa yang lebih creamy dan enak untuk tujuan diet sihat saya.  Ramai juga yang telah mengambil mealshakes semasa berpuasa untuk kurangkan rasa lapar dan beri rasa kenyang dan tenaga berpanjangan. 






.. Nutrisi kepada sel untuk pembesaran tubuh dan baik ..


Kalau ada mencari sumber protein yang mudah disediakan dan tidak mengandungi laktosa, Mealshakes adalah jawapannya. Sel kita ni perlukan tenaga dan mealshakes membantu membekalkan tenaga pada sel untuk pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan imun.


Bagi kanak-kanak yang sedang membesar macam anak saya, sumber protein, kalsium sangat pentingkan. Yang bestnya, mealshakes mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium serta magnesium untuk membina tulang dan sel yang kritikal untuk proses membesar.


Malah, banyak ibu bapa yang mengambil Mealshakes bersama Omega Guard untuk anak mereka yang ada asma dan sering batuk.  




.. Berapa lama boleh tahan Mealshakes ni? ..


Kalau macam keluarga saya, 1 canister mealshakes bertahan untuk sebulan untuk 2 anak. Jadi kalau seorang anak, bolehlah tahan selama 2 bulan. Anak-anak saya minum setiap hari, selalunya 1 sudu kecil sehari dicampur dengan susu mereka. Kalau macam mengantuk sangat malam dan bakal terlepas dinner, saya bancuh lagi susu mereka dengan 1 sudu mealshakes untuk support kekurangan nutrisi harian tu. Bila sakit juga boleh ambil lebih dari sesudu sehari kerana pada masa ini, anak-anak kita perlukan tenaga lebih untuk melawan penyakit dan membina imun.



anak picky eater



.. Berapa harga mealshakes shaklee?.. 


Sangat berbaloi dan murah untuk harga protein lengkap dengan vitamin dan mineral ini. 1 canister 544g mealshakes berharga RM 113.75. Untuk promo Shaklee dari Mysupervitamins kena hubungi saya dan anda sangat digalakkan untuk menjadi ahli, untuk dapatkan harga ahli yang lebih murah.




Order Sekarang Juga !



Ida Khairani Ahmad


www.mysupervitamins.com

013 4882382
Order Shaklee Sekarang!

Selera anak bertambah dengan khasiat Meal Shakes

Suka saya kongsikan kisah ibu yang tak sabar nak berikan Meal Shakes untuk anak yang hadapi masalah selera makan, selepas membaca banyak review dan tahu kebaikkan Meal Shakes.. 



Ibu ni call & terus nak pick up MEAL SHAKES di rumah untuk
anaknya.. Bila datang, katanya anak perempuannya yg usia 2 thn lebih tak makan apa selain susu formula ja.. Risaulah ibu ni. Badan anaknya pun kurus tapi mulut petah. :)

Saya pun cakap, kesan & jangka masa Mealshakes ni tak sama. Namun, selepas seminggu setengah follow up, anaknya dah tunjukkan perubahan positif..

Kalau anda ibu & lihat perubahan tu anda gembira tak? Jadi, usah dinafikan kebaikkan Meal Shakes yang telah berjaya membantu beri manfaat untuk anak-anak ini.

Dalam Meal Shakes ada multivitamin, protin dan serat yg secara tak langsung bantu atasi masalah kanak-kanak ni, menguatkan imun dan bantu tumbesan..

Serat :  kadang2 anak2 tak nak makan sebab fobia untuk berak kerana tahi yang keras. Jadi serat dalam Meal Shakes membantu atasi masalah sembelit.

Zink, B Complex, Zat Besi, Lysin: membantu dalam menghasilkan tenaga dan memperbaiki selera makan.

Protin, kalsium : Bantu tumbesan dan pembinaan sel & tulang yg sihat.

Cukupkan nutrisi anak-anak kita dengan membekalkan sumber makanan yg pelbagai dan berkualiti yg dapat membantu mereka menjadi yg terbaik!

testimonial picky eater dan mealshakes



PM Ida Khairani Ahmad
admin@mysupervitamins.com


Shaklee Sustained Release Vita-C 500 mg

Shaklee Sustained Release Vita-C membekalkan Vitamin C secara Semulajadi.




Badan anda berupaya melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.

Sustained Release Vita-C mengandungi:
-Kandungan Vitamin C yang tinggi.
-Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
-Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Source

Kandungan : 180 kapsul


Pos, pick up atau cash on delivery yang paling anda suka di Shah Alam

Produk Shaklee sekarang tersangat mudah nak dapat. Kami berada di mana-mana sahaja untuk yang suka untuk dipos, pick up sendiri atau cash on delivery di kawasan berdekatan. Untuk yang berada di Shah Alam atau area Selangor, boleh hubungi team kami di sini. Set time yang sesuai untuk kedua-dua pihak untuk ambil vitamin Shaklee. Lebih baik hubungi dahulu untuk tanya berkenaan masalah dan cadangan. Yang paling penting, lepas membeli, dapatkan jadual pemakanan yang betul dari wakil kami yang anda beli tu. Konsultasi adalah eksklusif untuk pelanggan kami jadi ambil peluang ni sebaiknya.

Wakil Shaklee Shah Alam 


vitamin shaklee untuk kesihatan di shah alam
http://www.vitamin4kesihatan.com


Cheq Em - 012 325 7744
Batu 3, Shah Alam, Subang Jaya, USJ

Azian - 012 258 3951
Seksyen 9, Shah Alam

Hawa - 019 756 3581
Seksyen 6, Shah Alam

Nadia - 012- 624 5752
Seksyen 7, Shah Alam

Asha - 019 229 8092
Seksyen 19, Shah Alam

Shaklee di Selangor


Petaling Jaya
Norjana 012 6349775

Meru
Zue  012 281 9584
Yat 012 241 0295
Sheila - 013 770 4101

Klang
Aishah - 019 401 0871


vitamin shaklee di shah alam
http://www.mysupervitamins.com

Setia Alam dan Bukit Raja
Ida - 013 4882382
Hidayah - 012 345 5315
Kartini - 019 353 6978

Setia City Mall
Iffa Rani - 017 676 9569

Batang Kali
Mazlina - 019 951 7292




Shaklee di luar Selangor dan seluruh Malaysia, boleh refer link ni.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Video tutorial trend terbaru family Shaklee kami

Anak-anak zaman sekarang ni lebih prefer video berbanding buku atau tulisan..betul ka? Jadi untuk mengajar anak-anak ni memang kena kreatif.. Dulu anak lelaki saya tu lambat cakap.. Last2 saya buat video ala2 flash card, baru nak follow. 
Itu anak betul..anak2 Shaklee saya agak2 macam mana? Macam2 ragam gak la.. Actually dalam secret group segala info dah tersedia.. Nota, discussion, tutorial bergambar dan kini, saya upgrade lagi bagi video plk. Semoga berhasil! Dalam bisnes Shaklee, kita kena rajin. Rajin cari ilmu, rajin mencuba dan rajin kejar mentor. Sometimes, mentor kena turun padang juga.. 
Mungkin jumpa2 prospek ni perkara biasa dalam MLM tapi dalam family bisnes Shaklee kami sekarang ni memang jarang-jarang la. Downlines yang datang nak sign up dan keep in touch secara online dan calling2 ja. Kalau nak join Shaklee, boleh isi form di sini. Bila ada kesempatan, macam minggu lepas saya ke Johor, saya ambil kesempatan untuk jumpa anak Shaklee saya di sana, Eliy. Sampai nak tersesat ke Singapore jugalah. Bila dah jumpa face to face, bolehlah beramah mesra. Apa yang tak paham, lebih crystal clear gitu.

wakil shaklee johor bahru, larkin
Eliy dan saya
  

Seorang leader pernah berkata,  buat baik dengan orang jangan harap balasan. The more we share, the more we gain.. tapi jangan harap balasan dari orang yang kita beri pertolongan tu.. Kebaikan akan datang dari pelbagai sumber. 
Pesan Luqman Al Hakim, "Ingat segala perbuatan orang pada kamu dan lupakan semua kebaikan kamu pada orang. Lupakan kejahatan orang pada kamu tapi ingat segala perbuatan buruk kamu pada orang.." Ini namanya proses MENDIDIK HATI.

mendidik hati
Mendidik hati





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

3 benda penting untuk hentikan sindrom TUA

Sebagai wanita, ibu dan perempuan, kudrat kita terhad tapi kerja yang perlu ditanggung kian banyak.. Betul tak? Kita diperlukan oleh suami & anak-anak untuk settle urusan rumah tangga, diperlukan oleh ibu bapa utk buat kerja yang tak mampu mereka yang tua buat dan ada ramai yang bekerja support keluarga. Makin lama, demand untuk kita jadi supermom makin tinggi.
Jadi kita juga perlulah sediakan badan untuk cabaran yang semakin hebat ni. Kalau tak, confirm kita yang merana akibat stress & penat melampau.

Sebagai seorang working-from-home mom cabaran saya sama ja mcm ibu bekerjaya yang lain. Ibu nak tenaga yang berpanjangan.. Ya lah, dari celik mata kerja non stop. Semoga pahala pun non-stop. Amin.. Sebab bisnes dari rumah, rutin tak berhenti, rumah, kerja, anak.. TV tolak tepi. Nak tengok TV time makan pun berebut remote dengan anak tapi selalu time berita penting, ibu yang menang. Lepas tu tak kisah, janji anak-anak nak duduk makan. 




Hormon wanita memang sukar diramal. Bila usia wanita 30 tahun ke atas, hormon mula kucar-kacir, jerawat yang sepatutnya cool down selepas usia remaja, boleh pula datang balik. Penyakit2 hormon x stabil pun berisiko menumpang seperti cyst dan fibroid. Period yang sejak dulu haru biru, masih tak ada perubahan. 

Untuk tidak merisikokan diri dari menjadi semakin teruk, saya siapkan diri dengan supplemen semulajadi. Saya percaya supplemen pada zaman sekarang bukan lagi option utk org yg sakit atau kaya tetapi semua orang perlu mula amalkannya. 

Sindrom 'tua' ni saya dapat sejak lepas kahwin.. Masa tu umur baru 24 tahun.. Badan dan start sakit. Aiyoo.. Malu aiihh.. 

Khas untuk wanita, Shaklee dah sediakan vitamin yang sesuai dengan jiwa dan keperluan untuk menghadapi perubahan cycle dalam hidup wanita. 

GLA ni penting untuk hormon wanita. GLA Shaklee mengurangkan period pain, sakit kepala, susun atur period cycle bagi yang haru biro dan legakan simptom menopause.

Lebih dari sekadar kalsium..serius..selain dari pembentukan tulang dan gigi yang kuat, ostematrix turut bantu kurangkan period pain, sakit pinggang, migrain, buasir dan bantu dapat tidur yang lena. Kata mak-makkan..asyik2 bangun ja malam malam..tak menyusu pun, kena buat susu or bawa anak ke toilet. So masa untuk rehat dan kualiti tidur yang kurang dapat di cover dengan pengambilan ostematrix.

Tonton pengalaman ibu ni yang terkena simptom kekurangan kalsium yang kronik !


DHA dan EPA dalam omega guard ni bantu fungsi jantung dan otak untuk lebih mantap. Risiko sakit jantung, strok, kolestrol tinggi, nyanyuk tu dapatlah diminimakan.. Yang best lagi, omega turut membakar lemak so mak-mak boleh slim insyaAllah. Hoh yeah!!! Ibu mengandung dan menyusu yang mengambil omega juga turut berkongsi kebaikkan DHA sedikit sebanyak dengan bayinya.


Jadi, nasihat dari saya wanita dan ibu untuk wanita dan ibu yang cantik menawan, jomlah kurangkan simptom PMS, menopause, jaga kulit supaya bertambah sihat dan cantik, kurangkan risiko jantung kita, legakan sakit sendi-sendi dan tulang juga kembalikan keseimbangan hormon kita dengan pengambila GLA, Omega Guard dan Ostematrix Shaklee ni. Meh kita sihat bersama, insyaAllah.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

5 Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang

Ramai ibu yang kurang bernasib baik untuk mempunyai susu yang banyak secara semulajadi namun dengan amalan petua yang betul, ia tak menjadi masalah lagi. Masa awal-awal kelahiran, 2-3 hari macam tu, memang susu ibu tak banyak kerana bayi hanya perlukan sedikit kolustrum yang pekat untuk permulaan hidupnya. Jangan pula ibu terus down dan berikan susu formula.. Ramai ibu yang bekerja  akan mula menyimpan stok sewaktu berpantang. Jadi 5 petua untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang sangat elok diamalkan seawal mungkin. Di akhir entry juga, saya kongsikan video pengalaman ibu yang berjaya menyusukan anaknya yang dilahirkan pramatang. 





Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang



1. Perah susu ibu

Semasa sedang berpantang ni, bonding dengan baby mula dibina. Jadi, sentiasa berikan hanya susu badan secara terus. Bila bayi telah lena, perah susu badan untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Petua penting ni..supaya walau baby minum sikit, demand tetap ada. Jika bayi hanya minum di sebelah payu dara, perah payu dara sebelah lagi. Boleh guna pump atau marmet. Lagi rajin ibu perah, lagi banyak susu ibu yang bakal terhasil. Susu perahan atau EBM ni jangan pula diberikan pada bayi diperingkat awal. Hanya guna masa 2 minggu sebelum mula bekerja itupun bukan setiap masa. Mula dengan sehari sekali EBM semasa 2 minggu sebelum mula bekerja sebagai latihan untuk bayi.




Jika ibu rasa sangat penat kerana waktu berpantang inilah badan sedang nak recover, ibu sangat digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protin ( ESP) dan Vitalea sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga. Yang paling best, supplemen ESP  dan Vitalea ni dapat membantu banyakkan susu ibu semasa berpantang. Kenapa? Sebab badan sihat memainkan peranan untuk banyakkan susu. Bonus, badan ibu lebih cepat pulih dari lepas bersalin dan kulit lebih CANTIK.


2. Minum banyak air kosong

Oleh kerana susu ibu sememangnya dari air jadi ibu kena pastikan minum cukup air masak, sekurang-kurangnya 2 liter. Dalam kita berpantang ni, petua penting.. pantang juga minum air sejuk, kang sampai ke kaki dan satu badan sejuk. Kalau nak minum sekali sekala bolehlah. Saya pun tak ada la tak minum langsung tapi yang part sejuk sampai ke kaki tu memang pengalaman sendirilah. Air suam panas sangat bagus dan sesuai. Minum banyak. Jangan takut dan tahan-tahan kencing. Nanti penyakit lain pula yang datang. Minum banyak air kosong penting untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang dan menggantikan kehilangan air dari badan.






3. Susu Formula is not an option


Kalau kita dah ready dengan susu formula, selalunya kita akan cepat kalah dan menyerah. Paling bagus, jangan ada susu formula bayi dalam rumah dan jangan dengar suara-suara yang membuat kita tergugat. We mothers know best and susu ibu is the best! Petua nak tahan telinga adalah senyum dan angguk sahaja dan kesiankan orang yang berkata-kata itu. Kita manusia ja yang selalu buat susu formula sebagai option, padahal mamalia lain tak ada option selain breastfeeding. Susu formula adalah pilihan ke-4 selepas susu ibu sendiri, EBM dan susu ibu dari ibu susuan.





4. Jaga makan minum

Ada makanan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu seperti kobis. Ia boleh buat susu ibu kering untuk kebanyakkan wanita. Ada minuman dan makanan yang menggalakkan susu ibu seperti susu, halba, lobak putih, alfalfa. Amalkan makanan dan minuman yang tinggi kalsium dan protein seperti susu, brokoli dan ikan. Ini kerana komposisi susu ibu tinggi dari kedua-dua jenis nutrisi ini.




Susu seperti teman sejati ibu-ibu yang menyusu sejak dari mengandung lagi. Namun, ramai juga yang tak lalu minum susukan. Jadi, pilihan yang bijak adalah mengambil OSTEMATRIX, kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan. Cinta pertama saya dengan Shaklee adalah Ostematrix. Ia tak pernah mengecewakan. Malah dapat hilangkan sakit-sakit badan juga selain mengurangkan sembelit.



5. Sentiasa positif, yakin dan jangan stress.


Hari tu, masa sembang dengan geng whatapps, keluar statement .."susu memancut masa scene Shahnaz ".. peminat artis rupanya ibu tu. Dasyat tak... tengok wajah hero tv pun boleh let down refleks.. Begitulah al kisahnya kalau kita gembira, insyaAllah susu pun suka ja nak keluar. Jadi, ibu jangan la pikir susah dan sedih sangat, Happy dan sentiasa positif. Allah pasti akan membantu. Yakin dengan kuasa Allah. Sometimes, emosi kita sampai ke anak tau. Jadi, nak anak happy, susu meriah kita pun kena happy2 ja.


Selalunya, kalau anak dah masuk 2, 3, 4 dan seterusnya.. kesabaran tu tergugat juga dengan kerenah anak-anak lain..Betul? So macam mana nak maintain cool. Yang saya amalkan adalah ambil B Complex yang bantu kawal emosi. Kita juga boleh minta tolong orang lain sementara kita nak bertenang. Jangan malu kerana kita sedang melakukan yang terbaik.






Jadi, kalau nak bantuan supplemen Set Menyusu Shaklee dalam mengamalkan 5 petua banyakkan susu ibu semasa berpantang ni, boleh hubungi saya segera. Saya turut menghadiahkan ebook tip penyusuan untuk yang membeli dengan Mysupervitamins.com supaya dunia penyusuan ibu sekalian dipermudahkan.

Oh ya.. Sini saya kongsikan video pengalaman ibu berpantang yang berjaya menyusu bayinya yang dilahirkan belum cukup bulan. Semoga dapat memberi semangat untuk ibu sekalian terus menyusukan anak walau keadaan apa sekalipun. Pasti ada jalan!





Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Untuk ibu yang sudah tidak lagi berpantang, ketahui 5 Petua Banyakkan Susu Badan yang lebih istimewa.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Untuk pesanan, isi Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Protin Soya Murah

Macam mana kalau soya yang kita minum kononnya banyak khasiat tapi hakikatnya banyak buruk dari baik. Energizing Soy Protein ( ESP ) adalah protin yang unggul. Protin sangat penting dalam pembinaan sel, tisu, otot dan protin yang bermutu menghasilkan sel yang sihat serta kuat. ESP Shaklee adalah murah dalam kelasnya. Mengapa? Walaupun telah menjalani ujian klinikal yang intensif dan komprehensif serta dijaga sejak dari penanaman untuk hasil yang terbaik, harga ESP masih mampu dimiliki. Tidak syak lagi, sebab itulah ESP sangat famous!


Berapa harga? Harga ESP adalah RM150 untuk 850g dan boleh bertahan sehingga sebulan lebih  jika diambil secara konsisten setiap hari. Rata-rata customer terkejut dengan saiz canister yang besar kerana mereka ingat kecil ja tongnya. Murah lah katakan..


Protin soya ESP Shaklee ni adalah jenis non-GMO. Tahu tak, banyak air soya diluar sana adalah dari soya GMO iaitu, genetically modified organism. Bila dah modified, tak tahulah apa kesannya terhadap tubuh kita!!! .. So, pilih hanya soya yang non-GMO untuk kesan positif yang dijanjikan. Tulen!


Selain dari tu, untuk menambah nilai nutrisi dan kebaikan pada tubuh, protin soya ESP Shaklee turut diperkaya dengan 50% kalsium yang diperlukan tubuh serta B Complex. Sebab itu, penggemar ESP turut berasa lebih tenang, kuat, cantik dan sihat hasil dari kombinasi vitamin dan mineral ini. Malah protin ESP lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak mampu dihasilkan tubuh.


Lebih istimewa pada harga yang murah ini, ESP sesuai untuk pesakit kencing manis atau yang ingin berdiet menjaga badan kerana indeks glisemik (GI) ESP yang rendah. Indeks glisemik yang rendah menunjukkan kadar pelepasan glukos ke dalam darah pada kadar perlahan-lahan. Tidaklah gula dalam darah mencanak naik lepas makan GI tinggi seperti coklat. Jadi, makanan yang GI rendah membekalkan tenaga berpanjangan kerada kandungan gula dalam darah adalah stabil lebih lama. GI ESP adalah 39.

GI tinggi dari 70 ke atas
GI sederhana antara 56 ke 69
GI rendah dari 55 ke bawah


FoodGIServing Size
peanuts14113g
grape25166g
apple38138g
spageti421 cup 140g
carrots471 large 72g
banana521 large 136g
brown rice551 cup 195g
oatmeal581 cup 234g
raisins641 small box 43g
white bread701 slice 30g
watermelon721 cup 154g
popcorn722 cups 16g





ESP dikira murah pada kelasnya kerana dengan pemprosesan tanpa alkohol dan  pensijilan IPP iaitu Identity Preserved Program telah memastikan kacang soya tidak berlaku perubahan genetik sejak dari benih hingga pengeluaran. Hasilnya pasti menakjubkan. Sebab itu banyak testimonial yang berpuas hati dengan kesan dan kebaikan ESP.


Antara manfaat dan kebaikkan protin soya ESP yang sering diperkatakan adalah susu ibu yang lebih cepat terhasil, kulit yang lebih muda dan cantik dan rasa kenyang lebih lama. Semasa pertama kali saya mencuba ESP adalah pada bulan puasa kerana bimbangkan penurunan susu ibu semasa berpuasa. Yang bestnya, memang perut tak rasa lapar semasa berpuasa, susu ibu pun maintain.. daaannn.. badan yang lebih cepat SLIM.. O yes! Diperakui oleh member-member & cikgu sekolah yang jumpa semasa raya pada tahun tu.. Berbunga rasa hatiku.






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Untuk membeli boleh isi Order Form 
Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


Masalah kulit bayi hilang sendiri

RAMAI ibu bapa yang pernah berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu. leher serta anggota tubuh yang lain. Ramai juga yang beranggapan ia disebabkan terkena susu ketika menyusu.

Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu. 
Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul, berkata ruam susu ataupun ekzema kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula.

Keadaan ini disebabkan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu berasaskan protein lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada pada peringkat usia yang masih muda.

Ekzema bayi

Justeru, ibu bapa digalakkan menukar pemberian susu formula kepada susu soya bagi mengurangkan kesan alahan dialami.

“Ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus bagi memberikan lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi (iaitu bayi terbabit dilahirkan dengan potensi mengalami ekzema).

“Disebabkan itu, ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diambil dan diberikan kepada bayi selamat untuk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Seperti yang diketahui katanya, susu ibu adalah sejenis makanan dan jika dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan.

Oleh itu untuk mengatasinya, si ibu perlu membersihkan segera segala baki susu yang terdapat di pipi bayi dan dapatkan krim yang sesuai untuk merawat ruam jenis ini.

“Perkara paling penting yang perlu dilakukan ibu bapa adalah menjaga persekitaran bayi agar sentiasa bersih bukan saja daripada segi makanan kerana ketika ini, bayi masih lagi dalam proses untuk membina daya tahan diri semula jadi mereka.

“Penting untuk memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih. Masalah ruam menyebabkan bayi dalam keadaan tidak selesa hingga mempengaruhi mood dan ia boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu dan bayi,” katanya.

Tidak dinafikan katanya, masalah ruam susu yang berlaku dalam kalangan bayi ini juga dianggap sebagai alahan terhadap susu yang diambil tidak kira sama ada melalui susu ibu ataupun susu formula.

Jika keadaan ini yang berlaku, biasanya ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayi sepenuhnya atau jika terpaksa mencampur susu, gunakan susu berasaskan soya.

“Memang ada bayi yang disusukan dengan susu ibu mengalami masalah ini namun bukan disebabkan terkena susu ibu, tetapi lebih kepada kemungkinan bayi itu mengalami alahan terhadap sesuatu bahan.

“Jika si ibu memakan makanan yang tidak sesuai dan bayi alah pada makanan itu, ia juga boleh menyebabkan berlakunya ruam susu,” katanya.

Namun menurutnya, ibu ataupun bapa tidak perlu risau dengan masalah ini kerana kebanyakan masalah berkaitan kulit bayi bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendirinya.

Malah, ruam yang tumbuh itu juga bukan dikategorikan sebagai sejenis penyakit, tetapi berpunca daripada alahan. Bagaimanapun, ia masih boleh berlanjutan sehingga bayi itu menjangkau usia dua tahun, tetapi kes sebegini jarang berlaku.

“Ibu bapa perlu sentiasa memastikan makanan yang diberikan kepada bayi tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alahan kepada mereka kerana ia tidak boleh dikesan dengan begitu saja, tetapi membabitkan pemerhatian berkala yang efektif.

“Jika anak mula menampakkan kesan alahan kepada bahan makanan yang diberikan, hentikan dengan segera kerana ruam sebegini memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih terutama jika ia berapa pada peringkat yang agak teruk,” katanya.

Kebiasaannya ruam terbabit mula kelihatan sebelum umur bayi mencecah dua bulan dan kebiasaannya jelas kelihatan pada bahagian pipi.

Beliau berkata, bagi mengurangkan kesan ruam, ibu bapa boleh menggunakan sabun khas tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.

“Walaupun tidak ‘menarik’ disebabkan tiada bau dan buih, ia jalan terbaik untuk mengurangkan ruam dialami anak mereka.

“Sementara itu, penggunaan pelembap juga perlu bagi memastikan kulit yang kering di kawasan ruam berkenaan tidak memberikan lebih kesan ketidakselesaan namun ia juga perlu daripada bahan tanpa pewangi,” katanya.

Di samping itu, ruam susu atau ekzema juga mempunyai hubung kait dengan penyakit asma dan apabila bayi menghadapi masalah itu, selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak dan berhingus.

Katanya, keadaan ini berlaku disebabkan sistem pertahanan tubuh bayi terlalu tinggi sehingga menjadi amat sensitif kepada persekitaran terutama habuk walaupun dalam jumlah yang sedikit.

“Masalah ini berkaitan kerana ia adalah ‘penyakit’ yang dibawakan melalui kesan alahan yang menyebabkan daya tahan badan bayi berkenaan mengalami sedikit kekeliruan.

“Walaupun cara ia ‘dikeluarkan’ ataupun tumbuh berbeza tetapi tetap berada dalam kategori yang sama. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang sebelum ini mengalami ekzema mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya.

Sumber


By:
Ida Khairani
admin@mysupervitamins.com
0134882382

Jadi Ahli Shaklee dan anda boleh bawa anak-anak di setiap aktiviti termasuk seminar motivasi

Alhamdulillah...

Sabtu lepas berjaya bawa anak-anak menyertai program ilmiah dan motivasi kumpulan Shaklee kami, Lady & Boss yang pada masa sama di rebranding menjadi iReach. Program sehari ni namanya Jom Hebat Mega 2014. Bestt okey! Suntikan semangatnya LUAR BIASA!

Program ni memang julung julung kali diadakan. Selain seminar ni, kami tetap sentiasa berhubung melalui facebook dan whatapps. Namun, seminar motivasi MEGA by iReach, setahun sekali ja. Ada juga seminar peringkat zon. Di Johor dan Kelantan coming soon. Yang di KL ni, level MEGA.


Sesiapa di dalam group kami, dialu-alukan untuk menyertai sebarang program seminar motivasi ajuran kami. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan, membuka minda, menyuntik semangat supaya lebih fokus dan sama-sama menuju BINTANG. Jangan risau, anda boleh bawa anak-anak bersama. Mereka mesti suka dan tak boring kerana bebas bermain dan ramai kawan. Program macam ni tak wajib..tapi ahli yang hadir pasti akan lebih TERUJA untuk berSHAKLEE dan mencapai IMPIAN. Banyak tip perniagaan akan dikongsikan oleh leader dan speaker dalam keluarga Shaklee kami.



seminar motivasi untuk ahli shaklee bersama keluarga dan amin idris
Seminar Mega yang turut disuntik semangat dengan kehadiaran Amin Idris


Kali ni, lebih SPECIAL, kami turut menjemput pakar motivasi luar iaitu saudara AMIN IDRIS. Perkongsian yang menakjubkan dimulakan oleh MAK BINTANG ✨, Nadia, cikgu FIZIK yang dah terjebak dengan SHAKLEE. Menurut beliau, selepas mengenali Shaklee beliau telah berubah 100%. Kini semuanya POSSIBLE. Cabaran sebagai guru pun, beliau nampak mudah. Motivasi untuk memiliki kereta Honda Civic dan membantu keluarga membuatkan beliau sentiasa nampak JELAS matlamatnya. Sebelum ni, kabur kabur ja. Yang penting, beliau tetap komited dengan kerja sebagai GURU dan ingin menolong lebih ramai orang berjaya dalam SHAKLEE.


Peserta seminar kali ni bertuah sangat sebab first time Master Zainul umumkan rebranding ladyboss ke iReach dan kami diberikan priority untuk access ke iReach web based yang padat dengan info berguna. Siapa yang join under saya, turut ada keistimewaan ni. Nanti saya akan invite bila masanya tiba. Maklumat semua dihujung jari, OK!



para suami menyokong bisnes shaklee isteri
Forum Kain Pelikat



Kemudian ada pula FORUM KAIN PELIKAT. Para suami yang supportive menjadi ahli - ahli panel. Biasanya kita mesti skeptikal dengan MLM kan.. Apa lagi bila suami tahu SHAKLEE ni MLM. Menurut sharing dari seorang panel ni, dia PUAS HATI dengan SHAKLEE sebab memang   MENJUAL PRODUK. Jual beli jelas dari peringkat awal bini dia join. Bukan seperti MLM lain, yang asyik tayang kereta dan kemewahan tanpa bercerita kelebihan produk. Walaupun bonus beberapa bulan awal adalah KECIL, namun dia JEALOUS dengan isterinya kerana sepanjang beliau join MLM lain, langsung  tak ada bonus apa lagi pulangan modal. Malah beliau gembira melihat perubahan si ISTERI yang asyik tersenyum dan suka bercerita tentang testimonial para pelanggan yang mendapat kesan baik dari pemakanan produk SHAKLEE. Motivasi yang baik untuk suami-suami lain dalam menyokong dan turut serta dalam bisnes Shaklee isteri masing masing...kan! 


Kids Friendly Seminar
Ini bukan Amin Idris. Ini anak- anak bertuah saya, my PUSH FACTOR.

Sebelah petang kami disajikan dengan motivasi dari AMIN IDRIS. Orangnya handsome dan kemas. Suara lunak merdu.. Banyak lagu yang dia nyanyi.. Hahaha!! Suka menyanyi rupanya dia dan boleh meniru suara ramai orang.. Perkongsian dari beliau memang menakjubkan. Tak guna ada  PLAN tanpa ACTION, teknik SMART, bagaimana nak menjawab dengan orang yang memperlekehkan bisnes kita dan Pentingnya ada FOKUS dan MATLAMAT. Lagi besar Matlamat, lagi Besar usaha. dan banyaaakkk laggiii..!!!!



seminar untuk ahli shaklee yang mesra keluarga
Aktiviti santai mesra keluarga


Seminar motivasi yang family friendly ni memang dah biasa bagi keluarga Shaklee kami. Saya sendiri turut bawa 3 anak saya, Nazhan, Iris dan baby Nuh Iman.. AJK pun memang sediakan color pensel, kertas untuk mewarna dan permainan untuk anak-anak. Amin Idris pun bagi komen "dah macam hari keluarga".



jadi ahli shaklee bersama kumpulan jutawan, ireach, shaklee extraordinary team
Anak dan cucu Shaklee


Selain dari program seminar motivasi yang bersua muka macam ni, saya sentiasa available untuk coaching santai dengan anak-anak Shaklee secara online atau offline, dalam kumpulan kecil atau seorang seorang juga melalui panggilan telefon. Tak kira di mana anda berada, coaching dan bisnes Shaklee sangat boleh dilakukan. Mereka yang betul- betul mahu berjaya, tidak boleh ada alasan atau MALAS. Kalau banyak alasan, bonus pun so - so la. Namun, sebagai ibu dalam keluarga Shaklee saya, saya tak pernah give up dengan anak-anak. Saya mahu lebih ramai yang berjaya seperti saya malah lebih lagi dari saya. Tiada yang impossible dan yang penting Matlamat yang Jelas. Bila ada Push Factor yang KUAT, jangan cari alasan lagi untuk tidak BERJAYA. Hanya BERJAYA jawapannya.


Jadi, kalau anda berminat nak sertai keluarga Shaklee kami, hubungi saya untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE. Yang sekadar nak makan sendiri pun kami alu-alukan. Yang ada ciri ciri seorang LEADER dan peniaga, kami nanti-nantikan. Kami sentiasa mengalu-alukan keahlian sesiapa saja. 



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056



Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.