5 Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang

Ramai ibu yang kurang bernasib baik untuk mempunyai susu yang banyak secara semulajadi namun dengan amalan petua yang betul, ia tak menjadi masalah lagi. Masa awal-awal kelahiran, 2-3 hari macam tu, memang susu ibu tak banyak kerana bayi hanya perlukan sedikit kolustrum yang pekat untuk permulaan hidupnya. Jangan pula ibu terus down dan berikan susu formula.. Ramai ibu yang bekerja  akan mula menyimpan stok sewaktu berpantang. Jadi 5 petua untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang sangat elok diamalkan seawal mungkin. Di akhir entry juga, saya kongsikan video pengalaman ibu yang berjaya menyusukan anaknya yang dilahirkan pramatang. 





Petua Banyakkan Susu Ibu Semasa Berpantang



1. Perah susu ibu

Semasa sedang berpantang ni, bonding dengan baby mula dibina. Jadi, sentiasa berikan hanya susu badan secara terus. Bila bayi telah lena, perah susu badan untuk memastikan payudara benar-benar kosong. Petua penting ni..supaya walau baby minum sikit, demand tetap ada. Jika bayi hanya minum di sebelah payu dara, perah payu dara sebelah lagi. Boleh guna pump atau marmet. Lagi rajin ibu perah, lagi banyak susu ibu yang bakal terhasil. Susu perahan atau EBM ni jangan pula diberikan pada bayi diperingkat awal. Hanya guna masa 2 minggu sebelum mula bekerja itupun bukan setiap masa. Mula dengan sehari sekali EBM semasa 2 minggu sebelum mula bekerja sebagai latihan untuk bayi.




Jika ibu rasa sangat penat kerana waktu berpantang inilah badan sedang nak recover, ibu sangat digalakkan untuk mengambil Energizing Soy Protin ( ESP) dan Vitalea sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga. Yang paling best, supplemen ESP  dan Vitalea ni dapat membantu banyakkan susu ibu semasa berpantang. Kenapa? Sebab badan sihat memainkan peranan untuk banyakkan susu. Bonus, badan ibu lebih cepat pulih dari lepas bersalin dan kulit lebih CANTIK.


2. Minum banyak air kosong

Oleh kerana susu ibu sememangnya dari air jadi ibu kena pastikan minum cukup air masak, sekurang-kurangnya 2 liter. Dalam kita berpantang ni, petua penting.. pantang juga minum air sejuk, kang sampai ke kaki dan satu badan sejuk. Kalau nak minum sekali sekala bolehlah. Saya pun tak ada la tak minum langsung tapi yang part sejuk sampai ke kaki tu memang pengalaman sendirilah. Air suam panas sangat bagus dan sesuai. Minum banyak. Jangan takut dan tahan-tahan kencing. Nanti penyakit lain pula yang datang. Minum banyak air kosong penting untuk banyakkan susu ibu semasa berpantang dan menggantikan kehilangan air dari badan.






3. Susu Formula is not an option


Kalau kita dah ready dengan susu formula, selalunya kita akan cepat kalah dan menyerah. Paling bagus, jangan ada susu formula bayi dalam rumah dan jangan dengar suara-suara yang membuat kita tergugat. We mothers know best and susu ibu is the best! Petua nak tahan telinga adalah senyum dan angguk sahaja dan kesiankan orang yang berkata-kata itu. Kita manusia ja yang selalu buat susu formula sebagai option, padahal mamalia lain tak ada option selain breastfeeding. Susu formula adalah pilihan ke-4 selepas susu ibu sendiri, EBM dan susu ibu dari ibu susuan.





4. Jaga makan minum

Ada makanan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu seperti kobis. Ia boleh buat susu ibu kering untuk kebanyakkan wanita. Ada minuman dan makanan yang menggalakkan susu ibu seperti susu, halba, lobak putih, alfalfa. Amalkan makanan dan minuman yang tinggi kalsium dan protein seperti susu, brokoli dan ikan. Ini kerana komposisi susu ibu tinggi dari kedua-dua jenis nutrisi ini.




Susu seperti teman sejati ibu-ibu yang menyusu sejak dari mengandung lagi. Namun, ramai juga yang tak lalu minum susukan. Jadi, pilihan yang bijak adalah mengambil OSTEMATRIX, kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk meningkatkan penyerapan. Cinta pertama saya dengan Shaklee adalah Ostematrix. Ia tak pernah mengecewakan. Malah dapat hilangkan sakit-sakit badan juga selain mengurangkan sembelit.



5. Sentiasa positif, yakin dan jangan stress.


Hari tu, masa sembang dengan geng whatapps, keluar statement .."susu memancut masa scene Shahnaz ".. peminat artis rupanya ibu tu. Dasyat tak... tengok wajah hero tv pun boleh let down refleks.. Begitulah al kisahnya kalau kita gembira, insyaAllah susu pun suka ja nak keluar. Jadi, ibu jangan la pikir susah dan sedih sangat, Happy dan sentiasa positif. Allah pasti akan membantu. Yakin dengan kuasa Allah. Sometimes, emosi kita sampai ke anak tau. Jadi, nak anak happy, susu meriah kita pun kena happy2 ja.


Selalunya, kalau anak dah masuk 2, 3, 4 dan seterusnya.. kesabaran tu tergugat juga dengan kerenah anak-anak lain..Betul? So macam mana nak maintain cool. Yang saya amalkan adalah ambil B Complex yang bantu kawal emosi. Kita juga boleh minta tolong orang lain sementara kita nak bertenang. Jangan malu kerana kita sedang melakukan yang terbaik.






Jadi, kalau nak bantuan supplemen Set Menyusu Shaklee dalam mengamalkan 5 petua banyakkan susu ibu semasa berpantang ni, boleh hubungi saya segera. Saya turut menghadiahkan ebook tip penyusuan untuk yang membeli dengan Mysupervitamins.com supaya dunia penyusuan ibu sekalian dipermudahkan.

Oh ya.. Sini saya kongsikan video pengalaman ibu berpantang yang berjaya menyusu bayinya yang dilahirkan belum cukup bulan. Semoga dapat memberi semangat untuk ibu sekalian terus menyusukan anak walau keadaan apa sekalipun. Pasti ada jalan!





Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Untuk ibu yang sudah tidak lagi berpantang, ketahui 5 Petua Banyakkan Susu Badan yang lebih istimewa.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Untuk pesanan, isi Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

3 comments

Write comments
ainaez
AUTHOR
July 2, 2015 at 1:19 AM delete

alhamdulillah..memang suka baca tips2 banyakkan susu ni. =)

Reply
avatar
July 16, 2015 at 12:28 AM delete


Info yang menarik mengenai cara untuk menambahkan susu badan. Sememangnya dalam tempoh laktasi atau penyusuan badan, sebaik-baiknya si ibu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan sihat. Selain itu, untuk mencegah ketidakseimbangan hormon prolaktin yang bertanggungjawab untuk mengawal penghasilan susu badan daripada kelenjar mamari, golongan wanita ini juga harus mendapat rehat yang cukup dan tidak mengalami sebarang tekanan emosi.

Reply
avatar
mamaorg
AUTHOR
October 7, 2015 at 9:32 AM delete

kan bila dah ank 2,3,4 waktu menyusu adalah plg mencabar. nak2 siadik kecik baru je menyusu tak sampai 2 minit terus lari pegi main dgn kakak@abg..hehe

Reply
avatar