Boleh kurus dan buang lemak tak ambil cinch shake mix shaklee?

Setiap lelaki dan perempuan mengidamkan tubuh yang sihat, langsing dan rapi..Sangat betul..:D Jadi, bagi yang terlebih berat, banyak lemak, akan cuba berdiet dengan mengurangkan makan. Diet perlu ada ilmu kalau tidak usaha kita akan jadi sia-sia..Silap-silap bertambah berat dan lemak. Jika ada ilmu dan produk yang betul, insyaAllah kita akan dapat menikmati hidup yang lebih hebat dalam masa yang sama kehilangan lemak berlebihan. Cinch Shake Mix dan beberapa produk lain memberi kebaikkan dan sangat manfaat untuk program diet kita. Untuk kali ni, saya akan fokus pada kebaikan Cinch Shake Mix sahaja yang berupaya menyingkirkan lemak. Namun, pastikan anda membeli dari saya dan mendapat konsultasi penuh eksklusif untuk pelanggan Mysupervitamins sahaja. Tanpa ilmu, program diet mungkin gagal.

In Shaa Allah, kebaikan program diet yang dilengkapi dengan cinch shake mix boleh memberi


  • badan yang lebih langsing dan rapi
  • nampak lebih anggun
  • rasa unggul
  • rasa lebih bertenaga
  • meningkatkan keyakinan diri
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Jika Cinch Shake Mix sahaja, ia memberi kebaikkan dan manfaat sebagai 


  • makanan segera untuk meraka yang aktif. Zaman la kan, terkejar sana, terkejar sini.. Sampai makan pun tak sempat. Padahal makanan yang sempurna dan lengkap penting untuk memberi tenaga sepanjang hari.
  • tinggi kandungan serat, beri rasa kenyang dan puas. Ya..ini sangat penting..diet yang menahan lapar..susah nak sustain dan boleh memberi effect yo-yo. Kejap turun berat, lepas tu naik balik. Sad.
  • Mengandungi nutrisi yang lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan. Cinch tak hanya dilengkapi protin, tetapi dengan multivitamin lebih 35% nilai nutrisi harian. Jadi, sambil diet, mutu kesihatan dapat ditingkatkan. Kalau yang selalu diet, sampai tak cukup zat tu, memanglah rugi. Kita perlukan zat tu untuk penurunan berat, buang dan bakar lemak juga untuk  beraktiviti harian dalaman dan luaran.

Kenapa kebanyakkan diet gagal?

  • kurang nutrisi sebab tahan makan tak tentu hala.
  • sukar diukuti so kejap follow, kejap stop
  • hasil yang lambat..nk cepat kena exercise, hokey! Tidur banyak, memang tak jalan.
  • kandungan tidak selamat..ramaikan orang kita yang tak kisah pasal kandungan..janji ada testimonial bergambar ja terus rembat..kesan jangka masa panjang tak kaji.
  • merendahkan kadar metabolisme..Untuk diet berkesan, kita perlukan makanan ditukar menjaditenaga dengan efficient sebab itu kadar metabolisme memainkan peranan yang sangat besar.

Berbezanya Cinch Shake Mix dengan produk lain, ia

  • mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • hilang berat daripada lemak
  • terbukti secara klinikal jadi ia SANGAT SELAMAT
  • diperkasa dengan LEUCINE

dengan segala perbezaan ini, Cinch SHake Mix mampu

  • mengawal lapar
  • meningkatkan tenaga
  • menyokong metabolisma dan memberi rasa puas pada pengguna

lagi dan lagi..PERBEZAAN dan KEISTIMEWAAN Cinch Shake Mix ni adalah..

  • setiap hidangan cinch, ada 24g protin -> penting untuk bina otot sebab ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan bakar lemak dan kalori. Paling best, protin mengenyangkan, so boleh tahan dari rasa lapar
  • 24 jenis vitamin dan mineral -> jadi kita sihat, tak flat, fungsi badan tetap berjalan seperti biasa
  • 6 gram serat -> penting untuk proses pelawasan dan pembuangan
  • lagi best combo dengan ESP 
  • LEUCINE ni adalah asid amino yang dapat memelihara otot semasa proses menurunkan berat badan. Jadi badan tak menggelebeh dan metabolisme tinggi kerana otot masih dikekalkan.
  • indeks glisemik rendah - 22 - > pesakit diabetis pun boleh try gini
  • SEDAP.. Cinch makanan sempurna tetapi rasa macam pencuci mulut, macam minuman shake2 yang enak itu
  • mengekalkan tahap gula yang normal dan mengekalkan tenaga berpanjangan kerana indeks glisemik yang rendah
  • 35% atau lebih nilai harian bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • tiada perasa tiruan, warna atau pemanis! Tiada lemak!


Mailah cuba Cinch Shake Mix yang marvelous ini. Untuk set lengkap supplemen menguruskan badan klik sini..yang lain, antaranya lecitin, Cinch energy tea mix, herb lax dan beberapa lagi.. boleh klik hyperlink. The choice is yours! Jangan lupa, konsultasi eksklusif hanya yang membeli dari Mysupervitamins sahaja.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Herb Lax untuk detox, sembelit dan kurus

Ramai betul orang concern pasal perut buncit. Baru-baru ni, saya deliver herb lax pada si cantik jelita di Shah Alam. Dahlah cantik, slim pun saya tengok. Katanya buncit lagi ni dan jarang membuang. Jadi hasil research sendiri, dia nak ambil Herb Lax. Pada masa yang sama saya sangat sarankan untuk ambil Alfalfa supaya lebih lawas tapi dia nak cuba herb lax dulu. Sebelum tu, dia ada beli Vitamin C. Haishh..muka dah flawless pun, masih menitik beratkan penjagaan muka..Of couse la kan.. Vitamin C kan perlu diambil setiap hari, kerana ia tak akan bertahan lama dalam diri. Kalau muka dah cantik sekarang, tak bermakna kita tak perlukan vitamin C. Vitamin C ni jenis larut air dan setiap hari kita perlu menggantikannya. Lagipun banyak lagi kebaikkan vitamin C selain untuk cantik. Adeh..tujuan entry nak cerita pasal HERB LAX..sekali cerita pasal customer, panjang lebar kisah vitamin C pula.



Ok...back on track.. Herb lax ni macam julap juga. Namun, ia julap lembut. Mengikut ujian klinikal yang dilakukan Shaklee, ia tidak memudarat walaupun penggunaan untuk jangka masa panjang kerana tindakan pembersihannya yang lembut. Apa ramuan yang membuatkan ia sangat efektif dan berbeza? Fomulasi Herb Lax Shaklee ni sememangnya telah dipaten hanya untuk Shaklee. Apa lagi manfaat dan kebaikkan herb lax ni?


Kebaikkan Herb Lax secara keseluruhan adalah:


  • pembersihan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalh sembelit
  • tindakan permbersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara  langsung membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
  • membantu daa mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman herba.


Formula dan Perbezaan Herb Lax Shaklee:


Ramuan asas Herb lax terdiri dari kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi. Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu

daun senna - sumber herb lax shaklee
daun senna - sumber herb lax shaklee
Daun Senna
Kebaikkan Daun Senna dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

Buckhorn Bark - sumber Herb Lax Shaklee
Buckhorn Bark - sumber Herb Lax Shaklee



Buckhorn Bark
Kebaikkan Bckhorn Bark dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

Licorice Root - sumber Herb Lax Shaklee
Licorice Root - sumber Herb Lax Shaklee


Licorice Root
Kebaikkan Licorice Root dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : Membantu proses detoksifikasi

Biji Fennal -ramuan Herb Lax Shaklee
Biji Fennal - sumber Herb Lax Shaklee
Biji Fennel 
Kebaikkan biji Fennel dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus. YEAH!




Biji Anise- sumber Herb Lax Shaklee
Biji Anise- sumber Herb Lax Shaklee  


Biji Anise
Kebaikkan biji Anise dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.

Rhubard Root- sumber Herb Lax Shaklee
Rhubard Root- sumber Herb Lax Shaklee 

Rhubarb Root
Kebaikkan Rhubarb root dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : biji Rhubarb adalah herba yang banyak  digunakan dalam perubatan Cina untuk kegunaan sebagai anti oksida.
Blue Malva Flower- sumber Herb Lax Shaklee
Blue Malva Flower- sumber Herb Lax Shaklee 

Blue Malva Flower
Kebaikkan blue malva flower dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit. WOW BONUS!


Culver's Root- sumber Herb Lax Shaklee
Culver's Root- sumber Herb Lax Shaklee  
Culver's Root:
Kebaikkan Culver's Root dan fungsinya dalan Herb Lax adalah :  membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma. Terbaik ni..

Daun Alfalfa- sumber Herb Lax Shaklee
Daun Alfalfa- sumber Herb Lax Shaklee 
Daun Alfalfa
Kebaikkan daun alfalfa dan fungsinya dalan Herb Lax adalah : membersihkan usus, darah dan hati.



Adakah herblax membantu dalam proses menjadi kurus? Disebabkan kebaikkannya yang luas dalam detox..membersihkan saluran usus, Ya..ia sangat membantu untuk seseorang untuk kurus, sembelit dan perut buncit. Namun, herb lax sahaja tak cukup untuk proses menguruskan badan. Untuk supplemen dan set menguruskan badan boleh refer entry ni- Cara Menguruskan Badan.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Cara menguruskan badan

Jika nak menguruskan badan, konsep asas perlu tahu. Jika kita rasa cara menguruskan badan adalah dengan mengurangkan makan jadi kenapa aku makan tak banyak pun, tapi berat tak turun-turun. Apa yang kita makan haruslah digunakan sepenuhnya oleh badan, untuk keseluruhan fungsi tubuh dan yang tidak diperlukan harus disingkirkan melalui peluh, air kencing, air besar dan sebagainya. Sebab itu penting bagi kita memastikan usus kita sihat dan berfungsi dengan baik semasa proses menguruskan badan. Jika usus kita sesak, nutrien dari makanan tidak diserap sebaiknya. Kemungkinan besar, sebab inilah kita gagal menguruskan badan, kita makan tak kenyang-kenyang dan walaupun makan banyak, masih tiada tenaga.


Untuk cara menguruskan badan dengan betul, cuba sedaya upaya untuk memenuhi konsep ini.


Energy Input Rendah : Makan sederhana sahaja, makan makanan yang banyak serat, kurang lemak dan minyak. Ambil buah dan sayur pada setiap hidangan barulah mudah proses pelawasan demi menguruskan badan. Kurangkan minum air bergula dan bergas. Manis2 sangatkan banyak penyakit suka datang.

Energy Stored Rendah : Pastikan makanan yang kita ambil digunakan sebaiknya oleh badan supaya tidak disimpan sebagai lemak. Fungsi supplemen di sini untuk membantu fungsi usus, menukarkan makanan ke tenaga, memecahkan lemak, melawaskan dan mengekalkan otot.

Energy Output Tinggi : Bersenam, bekerja, beriadah. Kalau banyak rehat, banyak tidur, banyak baring, banyak duduk.. Tenaga tidak dibebaskan.. Peluh tidak dikeluarkan. Jadi makanan yang kita makan akan menjadi lemak dan kekal dalam badan :(

Jadi..perlukan cadangan saya untuk cara menguruskan badan yang efektif dan kekal sihat?

Saya hanya dapat mencadangkan supplemen yang dapat membantu selebihnya adalah terpulang pada diri sendiri.



HERB LAX : 
Pembersihan usus - mengandungi 9 herba semulajadi yang menggalakkan pembersihan yang lembut. Ini sangat penting untuk semasa proses menguruskan badan.  Jika PERGERAKAN USUS LANCAR, tidak ada makanan yang asyik tersekat dan melekat pada dinding usus sebaliknya nutrien diserap dengan baik untuk kegunaan fungsi tubuh. Herb lax ni telah diuji secara klinikal untuk penggunaan jangka masa panjang, jadi ia selamat dan terjamin. Jika ada masalah SEMBELIT, PERUT BUNCIT juga, herb lax dapat membantu.

LECITIN:
Pengemulsi lemak - lecitin ni sangat istimewa dan magik kerana ia mampu meMECAHKAN LEMAK, boleh tgk experimen lecitin di sini. Mengapa ia boleh bertindak begitu terhadap lemak/minyak? Ini kerana lecitin yang diekstrak dari kacang soya organik ni larut lemak dan membantu menyerap vitamin A,D, E, K yang larut lemak. Lecitin Shaklee berupaya bertindak sebagai 'PEMBERSIH' SALURAN DARAH. Jadi dalam proses menguruskan badan ni, risiko salur darah tersumbat dan serangan jantung dapat diturunkan. Selain tu, pengambilan lecitin yang banyak dapat MEMBAKAR LEMAK.



CINCH SHAKE MIX: 
Mengimbangi nutrien dan mengandungi leucine yang mengekalkan otot dan membakar lemak. Ia juga mengandungi protein, multivitamin dan serat. Cinch Shake Mix sedap, mengenyangkan dan rendah kalori. Jadi, kita boleh mengurangkan makan tanpa perlu berlapar dalam masa yang sama,proses menguruskan badan berlaku kerana lemak telah dibakar tetapi otot tetap terpelihara. Protin dalam proses diet menguruskan badan penting untuk perjalanan fungsi tubuh dan membina otot kerana ototlah menaikkan kadar metabolisme dan membakar kalori.

ALFALFA:
Melancarkan proses pelawasan - alfalfa adalah serat yang tinggi mineral. Alfalfa bersifat alkali dan membantu menghilangkan toksin dari badan. Kajian klinikal membuktikan penggunaan alfalfa untuk jangka masa panjang akan menghapuskan lemak dan mengurangkan kolestrol. Alfalfa adalah tumbuhan yang mengandungi saponin yang bertindak seperti span yang menyerap kolestrol, satu faktor penting dalam proses menguruskan badan dan memperbaiki mutu kesihatan. Alfalfa jugalah yang membantu proses membuang air besar bagi orang yang jarang-jarang membuang seperti saya dan ramai orang lagi.

VITALEA:
Meningkatkan metabolisme, melengkapkan kekurangan vitamin dan mineral dari diet harian dan melancarkan sistem badan. Vitalea ni adalah multivitamin Shaklee. Jika kita sering sakit atau makan tapi still tak bertenaga, mungkin makanan kita tu dah kehabisan vitamin semasa memasak. Jadi, kita still tak larat. Badan pun gagal mendapatkan vitamin secukupnya untuk metabolisme tenaga. Vitalea sangat efectif untuk kesihatan jangka panjang. Jadi kita bolehlah menguruskan badan dan kekal sihat sejahtera.


Herb lax, Lecitin, Alfalfa, Cinch Shake Mix dan Vitalea merupakan set lengkap untuk supplemen menguruskan badan. Jika tidak mampu, boleh ja ambil beberapa supplemen dahulu. Apa-apapun, hubungi saya untuk berbincang. Kalau tak cukup, nak tambah lagi..pun boleh. :) Selain dari supplemen ini, jangan lupa, diri sendiri juga haruskan nekad dan bersungguh-sungguh untuk aktif, barulah program ni mendatangkan hasil. Semoga kita semua dapat menjalani cara hidup yang SIHAT!




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Adakah menu anak kini menepati keperluan vitamin untuk anak

Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, anak sulung saya meminta Pizza. Baru plan nak masak ayam masak kurma sebagai menu hari ini. Anak sulung saya ni dahulunya picky eater. Sejak diperkenalkan dengan Meal Shakes Shaklee, sudah mahu makan Alhamdulillah. Pizza pun tak makan dulu. Seronoklah pada awalnya anak dah nak makankan, tapi kalau pizza sudah on demand sentiasa, tiba2 minta donatlah... sungguh tidak aman jiwa ibu. Pasti ramai ibu di luar sana menghadapi masalah serupa. Anak hanya suka makanan tertentu sedangkan kita dah puas bersilat memasak di dapur.


Anak-anak yang demand lebih ni, tetap menjadi pujaan dan buah hati pengarang jantung. InsyaAllah akan ibu belajar cara buat home made pizza yang lebih sedap dan berkhasiat untuk mengurangkan bahan-bahan yang sedia diproses. ;) Boleh caya tak? Ok..sebenarnya nak kongsikan rahsia yang sudah tidak berapa rahsia yang membantu anak-anak saya untuk nutrisi harian mereka. Meal Shakes Shaklee yang sedap inilah yang membantu melengkapkan kekurangan dari menu harian yang sering dipandang sebelah mata ja tu. Hehe..jangan salah faham. Mereka tetap makan nasi dan lauk cuma kuantitinya tidak sebanyak kanak-kanak seusia lain. Namun, Alhamdulillah mereka sihat dan sangat jarang sakit.

Meal Shakes kegemaran ibu dan anak

Berbanding makanan tambahan lain untuk kanak-kanak, Meal Shakes ni sangat bagus dan berbeza. Namun ia bukanlah saja untuk kanak-kanak, orang dewasa juga sesuai. 

Perbezaan dan keistimewaan Meal Shakes Shaklee 

-boleh dicampur ke dalam makanan dan minuman jadi kanak-kanak yang sukar menelan atau mengunyah pil boleh menikmatinya.
-meal shakes shaklee adalah hidangan lengkap dengan asid amino dan semua nutrisinya adalah mudah diserap badan untuk kegunaan harian. Sebab itu, anak-anak akan sentiasa cergas!
-meal shakes shake diperbuat dari sumber semulajadi seperti buah buahan sayuran, kacang soya, lactalbumin( sejenis susu)  dan bahan semulajadi lain lagi.
-lactabumin biasanya mengandungi immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya yang membantu meningkatkan imun badan.


Anak-anak di konsert tadika 

Kandungan Meal Shakes Shaklee merangkumi :


- Nutrisi lengkap -  24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Sedangkan kekurangan pengambilan zat ini oleh anak-anak boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral.
-Anti Oksida- A, C, E, Zink dan selenium yang merupakan anti oksida untuk pertahanan terhadap radikal bebas.  Orang dewasa or kanak-kanak pun memerlukannya untuk melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
-Lengkap dengan vitamin B, zat besi dan copper untuk pembinaan sel darah merah dan sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih comel dan cantik. Teruja ni mak-maknya untuk minum bersama.
-Membantu tumbesan dengan dilengkapi dengan asid folik, biotin, kaya dengan kalisum, magnesium untuk pembinaan tulang dan sel
-Membantu masalah sembelit dan detoksifikasi kerana diperkaya dengan serat.
-Lazat tanpa perasa dan pewarna tiruan.

Terbaik! Meal Shaklee adalah pilihan ramai ibu bapa sekarang untuk membantu tumbesan anak-anak dan menampung kekurangan nutrisi harian mereka. Dalam masa yang sama, ia tidak terhad pada kanak-kanak. Orang dewasa juga sangat direkomenkan untuk menikmatinya kerana ia lengkap dengan protin, serat, vitamin dan mineral untuk snack lazat sekeluarga.





Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor

ID 846056



Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :

Set untuk Suami Isteri menghangatkan hubungan seks


Situasi biasa kalau suami isteri yang bekerjaya dan sudah beranak 1,2 or seterusnya.. kedinginan dalam hubungan seks akan berlaku. Kalau ini terjadi, janganlah biarkan. Hubungan seks ini sebenarnya membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjamin kebahagian rumah tangga yang berkekalan. Busy dengan anak dan letih selepas pulang bekerja bukan alasan tetapi signal untuk mencari penyelesaian.

Apa fungsi vitamin e dan alfalfa dalam mengeratkan hubungan seks ini?


Vitamin E memberi impak yang besar kepada libido dan fungsi seksual untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Bagi wanita, vitamin E boleh membantu untuk mengekalkan keseimbangan hormon, boleh mengurangkan PMS dan gejala menopaus, membantu dalam pelinciran dan juga boleh meningkatkan keseronokan seksual keseluruhan. 

Bagi lelaki, vitamin E boleh membantu untuk menghasilkan ereksi yang lebih tahan lama, membantu untuk mengurangkan tekanan dan kegagalan seksual yang berkaitan dengan tekanan dan boleh meningkatkan jumlah sperma. 

Makanan yang sudah diproses dalam diet harian boleh menjadi punca kekurangan vitamin E

Alfalfa pula dipercayai dapat membantu mengatasi masalah keputihan yang antara punca utama ketidakselesaan ketika bersama. Malah ia juga mampu menguatkan otot faraj. Untuk wanita yang sedang dalam proses menapouse juga sesuai mengambil alfalfa kerana alfala juga mampu mengatasi masalah libido(kurang keinginan untuk seks)



APA TUNGGU LAGI! BERTINDAK SEKARANG!





Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :




20 Manfaat dan Kebaikan Alfalfa Selain Penggalak Susu


Jika dikalangan pelanggan dan pembaca Mysupervitamin, Alfalfa terkenal sebagai penggalak susu. Namun manfaat Alfalfa sangat banyak. Perkataan Alfalfa sebenarnya berasal dari frasa Bahasa Arab, al-FAC-facah, yang bermaksud "bapa kepada semua makanan." Namun Alfalfa, tumbuhan separa berkayu tidak hanya dijumpai di dunia Arab, tetapi di seluruh dunia. Orang Cina telah lama menggunakan Daun Alfalfa sebagai ubat penyembuhan pencernaan untuk mengurangkan ulser.

Perubatan Ayurveda di India telah menggunakan daun alfalfa untuk pelbagai aplikasi, termasuk ulser, pengekalan air(water retention), dan sakit artritis. Kolonial Amerika menggunakannya untuk skurvi, kanser, masalah haid, artritis, serta masalah kencing. Daun Alfalfa juga telah digunakan secara tradisional dan berkesan memerangi pelbagai jangkitan.


kebaikkan daun alfalfa
Daun Alfalfa yang kaya dengan vitamin, B, A, D, E, K, protin dan kalsium

Sejarah Daun Alfalfa

Alfalfa atau Medicago, adalah salah satu tumbuhan planet yang paling meluas. Perkataan "Medicago" merujuk kepada lokasi di Utara Afrika. Tinggalan daun Alfalfa telah ditemui dalam runtuhan Parsi sejak enam ribu tahun, dan tulisan-tulisan awal alfalfa dari sebutan Turki bermula pada sekitar 1300 BC Orang-orang Turki mendakwa mempunyai kilang ternakan di rantau ini, merebak penggunaannya ke banyak kawasan lain di Asia Minor, serta Greece, seluruh Mediterranean, dan kemudian ke kebanyakan Eropah.

Nama Alfalfa itu sendiri memberikan kredit kepada orang-orang Arab, yang juga mendakwa telah menanam herba untuk digunakan sebagai makanan haiwan. Selain bermaksud "bapa kepada semua makanan," pengkaji lain percaya bahawa perkataan datang dari perkataan Arab, Parsi dan Kashmir yang berkaitan dengan makanan kuda yang kaya dengan tenaga, makanan semasa zaman perang. Pengkaji menyatakan bahawa perkataan boleh diterjemahkan sebagai "makanan kuda terbaik" atau "kuasa kuda."

Alfalfa mula berkembang di England pada abad keenam belas, di mana ia digunakan sebagai makanan untuk kekuatan dan pencernaan. Dalam tahun 1736, ia telah dibawa ke Amerika di mana ia telah digunakan untuk meredakan masalah penghadaman.

Selepas ketibaan di Amerika, benih Alfalfa kemudiannya digunakan oleh orang asli Amerika dalam makanan untuk memperkayakan kandungan nutrien diet mereka. Doktor herba di abad ke-19 Amerika mendapati herba ini boleh menjadi tonik yang berkesan untuk pelbagai penyakit biasa termasuk sakit perut, keasidan, senak, kehilangan zat besi dan kurang selera makan.


Alfalfa benih telah dikisar dan dituam untuk melegakan gigitan serangga dan bisul dan daun telah digunakan oleh jururawat, sebagai tumbuhan itu dipercayai untuk membantu merangsang aliran susu ibu. ²

Manfaat Kesihatan Daun Alfalfa Organik

Manfaat Daun alfalfa organik adalah besar. Berikut adalah beberapa kegunaannya:


  • Julap dan diuretik semulajadi
  • Detoksifikasi saluran kencing dan jangkitan saluran kencing
  • Mengurangkan pengekalan air yang berlebihan dalam pundi kencing
  • Sumber semula jadi vitamin K
  • Menulenkan darah dan hati dari bahan kimia dan logam berat
  • Meringankan masalah sendi, isu-isu kulit dan nafas busuk
  • Memberi kesan alkali pada badan
  • Peneutralbagi asid dalam saluran usus
  • Mengurangkan masalah penghadaman umum, gastritis dan senak
  • Mengurangkan sakit kepala migrain melalui gabungan magnesium yang tinggi dan kalsium
  • Mengandungi bioflavonoids yang menghentikan keradangan lapisan perut.
  • Mengandungi paras tinggi enzim untuk pencernaan makanan dan asimilasi
  • Merendahkan paras kolesterol jahat, dan mengurangkan insiden plak atherosclerotic
  • Menstabilkan paras gula darah, terutamanya apabila diambil bersama mangan
  • Meningkatkan fungsi kelenjar pituitari
  • Merangsang sistem imun
  • Tahap vitamin K yang tinggi meningkatkan keberkesanan penyembuhan terhadap pendarahan gusi dan hidung berdarah
  • Kiraan bioflavonoid yang tinggi meningkatkan kekuatan kapilari darah
  • Tahap yang tinggi Vitamin K2 boleh mencegah kehilangan jisim tulang akibat kekurangan estrogen dalam wanita menopaus
  • Membantu masalah keputihan wanita

Alfalfa Shaklee
Alfalfa Shaklee

Komponen Daun Alfalfa Organik


Daun Alfalfa adalah sumber semulajadi banyak vitamin penting termasuk keseluruhan spektrum vitamin B, A, D, E dan K. Vitamin K adalah sangat penting dalam fungsi pembekuan darah.

Daun Alfalfa juga mengandungi mineral yang diperlukan seperti besi, niasin, Biotin, asid folik, kalsium, magnesium, fosforus dan kalium. Apabila tumbukan Alfalfa dibakar, abu Alfalfa adalah hampir 100% kalsium tulen, oleh itu Alfalfa sering disyorkan untuk keadaan yang melibatkan kehilangan tulang.

Daun Alfalfa juga mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan banyak sumber tumbuh-tumbuhan lain. Anggaran menunjukkan bahawa Alfalfa mengandungi protein sehingga 25% dalam bentuk 'alfalfa kering'. Ia juga merupakan sumber penting klorofil. Malah, daun alfalfa adalah sumber yang tidak ternilai mengandungi kesemua lapan klorofil yang meningkatkan asid amino penting. Sistem akar yang luas membolehkan tumbuhan untuk menyerap tahap yang tinggi nutrien daripada tanah, dan adalah amat berguna untuk orang-orang yang tidak dapat menyerap nutrien.

Sekarang dah tahukan kenapa Alfalfa dikenali sebagai Raja Tumbuhan dan sebab itulah Dr. Shaklee mengambil Alfalfa sebagai signature produknya.


Manfaat alfalfa sangat banyak sebab itu ia direkomenkan dalam set 

-ibu menyusu
-diabetis
-jantung
-detox
-slimming
-penghadaman






Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor

ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :

Macam mana nak jadi ahli Shaklee? Warga Indonesia juga dialu-alukan


Berminat menjadi ahli Shaklee dan memperolehi manfaat kesihatan dan bonus CASH $$$? Warga Indonesia juga dialu-alukan menjadi ahli keluarga Shaklee kami.

OPTION UNTUK YURAN

  •  Yuran Keahlian Shaklee RM65 + Postage RM10 Semenanjung atau RM20 Sabah/Sarawak
  •  Yuran Percuma dengan belian RM650 untuk Semenanjung atau RM700 untuk Sabah/Sarawak
  •  Yuran Percuma dengan belian 2 botol Vivix
  •  Yuran Percuma dengan belian 3 kotak Shaklee Collagen Powder

ISI MEMBERSHIP FORM di sini

APA BENEFIT MENJADI AHLI SHAKLEE?



1. Member Kit Shaklee.Di dalamnya terdapat manual, panduan dan etika dalam menjual produk Shaklee.

2. Diskaun, Points & Komisen.Membeli dengan harga diskaun serta menikmati tawaran hebat dalam bentuk points & komisen.

3. Kelas Anjuran Shaklee.Boleh menyertai kelas berkenaan produk atau motivasi jualan di cawangan Shaklee berdekatan.

4. Incentive: Jika layak dan memenuhi kelayakan dan challange yang ditetapkan, akan mendapat  Car Bonus Incentive Programme, Melancong Percuma ke Domestik, Oversea atau Umrah, serta Award pada Annual Shaklee Convention.



MENGAPA PERLU JOIN GROUP SHAKLEE KAMI?


1. FREE E BOOK : 4 atau 5 Angka in Shaklee: Strategi Meraih Pendapatan 4-5 Angka Dengan Shaklee Tanpa Perlu Menyusahkan Pelanggan Dan Membebankan Downline

2. Jemputan ke Kumpulan Sokongan Rahsia (Secret Group) di Facebook

3. Kelas Bimbingan Secara Bersemuka (Face-to-Face) - sangat membantu dan digalakkan, jika perlu namun tiada paksaan. Fleksibel dan boleh bawak suami dan anak-anak bersama.

4. 1-1 Coaching & Mentoring

5. Group ini terdiri dari ramai isteri, wanita namun Perkongsian Bijak dari Suami aka leader lelaki memberi persepsi yg berlainan dan bakal mempengaruhi suami dan lelaki untuk turut serta.

6. Penekanan amalan rohani.
Tak Sabar lagi?  ISI FORM SEKARANG!!!


Untuk pengetahuan kumpuan saya, Extraordinary Team adalah di bawah susur galur leader berikut yang telah melahirkan ramai leader dan master2 hebat.
Master Norita @ Kak Ann > Euphoria
Master Shariza @ Kak Cery > Jutawan Shaklee
Master Lyna @ Along @ Mommylyna > Lady & Boss
Saya, Ida Khairani, Senior Coordinator Shaklee a.k.a Master to be very soon!

Jadi, kelebihan yang sangat tidak boleh dilepaskan adalah peluang untuk coaching dari 3 super upline dan saya. Peluang ini terbuka luas untuk anda. Tepuk dada tanya selera. Jika anda betul2 mahu berjaya dan menjana pendapatan, mulakan langkah pertama dengan register sebagai ahli di bawah kumpulan saya dan jangan toleh ke belakang lagi.












Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Keburukan Soya


Sini sana orang bercakap pasal keburukan soya. Secara logiknya pun kita boleh fikir setiap kejadian Allah tu pastinya membawa kebaikkan jika digunakan secara bijaksana dan beserhana. Dari sumber soya yang asli dan bermutu, insyaAllah, tiada keburukan soya. Namun, jika diambil secara sangat berlebihan setiap hari, mungkin ada kesan buruk. Tambah-tambah, soya tersebut tidak dipantau semasa penanamannya dan cara-cara memasak dan penyediaannya.

Memilih soya terbaik sangat penting kerana ia sumber protin yang rendah kolestrol dan tinggi protin dan semakin banyak makanan tambahan protin berasaskan soya di pasaran. Ini kerana ia dijanjikan dengan kebaikkan protin sebenar namun banyak makanan tambahan ini lebih pada pembaziran jika kita tidak dapat segala kebaikkannya tetapi mendapat keburukan soya pula.


Jadi, bagaimana harus memilih soya yang terbaik, berkualiti dan tidak mendatangkan keburukan?


7 KRITERIA untuk menjamin soya terbaik dan berkualiti adalah:






1.Sumber kacang soya tersebut mestilah ditanam secara organik tanpa racun serangga, racun perosak: pesticides, fungicides dan herbicides.

Ini kerana penanaman tidak secara organik tetapi ada unsur kimia menyebabkan nutrisi berkurangan. Malah ada bukti menghubungkaitkan antara kanser dan nitrates.


2. Kacang soya mestilah Non GMO iaitu non genitically modified organism, tidak diubah secara genetik.

Sebabnya gmo lebih murah dan tidak berkualiti. Akibat dari perubahan genetik ini boleh menghasilkan toksin untuk jangka masa panjang dan memudaratkan kesihatan. Ia umpama vitamin sintetik, bukan asli. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.


3. Soy Protin mestilah lengkap dengan 9 asid amino. 

Ini penting untuk protin hadir dalam keadaan yang ready digunakan oleh badan. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim. Tanpa kehadiran 1 unsur asid amino, imun sistem boleh depressed sehingga 30% dan boleh mengakibatkan fungsi utama badan delay atau stop.


4. Isoflavon dikekalkan.

Apabila protein soya diproses dengan alkohol, ia boleh menghilangkan kandungan isoflavon genistin dan daidzin. Malah, boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan semasa proses ini.  Padahal isoflavon ini sangat banyak faedahnya termasuklah dalam menyeimbangkan hormon, mengurangkan risiko kanser dan menaikkan berat tulang.  Proses soya terbaik haruslah hanya menggunakan air untuk mengekalkan isoflavon.


5.  Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan 

Soya asli yang original mengandungi kandungan "anti-growth", "anti-tyrosine" . Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Jadi, cari makanan tambahan soya yang telah telah menjalani proses extrak bahan ini pada suhu rendah untuk mengekalkan soya dalam keadaan asal dimana tinggi asid amino and isoflavon.


6. Proses pembuatan soy tanpa pemanasan untuk mengekal asid amino

Protin yang lengkap terdiri dangan 9 asid amino perlu. Apa guna kita ambil protin tambahan tapi gagal mendapatkan segala kebaikkan protin. Untuk memastikan ini, check sama ada protin soya tersebut telah menjalani proses pembuatan pada suhu yang rendah demi mengekalkan asid amino yang sensitif pada suhu tinggi. Dalam sesetengah kajian menunjukkankan protin yang dimasak pada suhu tinggi telah kehilangan 50% dari sebahagian asid-asid amino.  Jika seseorang itu berterusan mendapat kurang asid amino perlu, perkembangan otak, hormon dan tisu akan terjejas.


7.  Soya yang baik ditambah dengan kalsium

Mengapa? Kajian melaporkan bahawa serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh itu, unsur kalsium secukupknya menti ditambah pada soya protin demi meneutralkan kembali soya itu. Malangnya, kebanyakan makanan tambahan soya tidak menglengkapkannya dengan kalsium.






Energizing Soy Protein Shaklee memenuhi semua ciri-ciri soya berkualiti. Dapatkan  ESP SEKARANG!. Perlu dibancuh dengan air suam sahaja atau boleh dicampur dengan minuman kegemaran. Jika diambil sebanyak 1 sudu makan sehari boleh bertahan selama 1 setengah bulan. Pilihan ditangan anda.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Amalan Ibu Mengandung : Merangsang minda anak dari dalam kandungan

Setiap anak sangat unik dan bijak. Ya memang betul.. Sebenarnya tugas kitalah sebagai ibu bapa untuk merangsang kebijaksaan anak-anak supaya lebih menyerlah. Jadi..sebenarnya kita kena ada tekad dan tanam dalam diri kita supaya tugas penting ni dapat dipikul dan menjadi keutamaan demi masa depan anak-anak.



Apa yang boleh dibuat untuk merangsang anak sejak dari dalam kandungan?



Since baby dalam kandungan bergantung sepenuhnya nutrien dari ibu, jadi ibu yang mengandung haruslah menjaga pemakanan. Pastikan..
-halal dan bersih
-mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protin
-pengambilan minyak ikan (omega) membantu perkembangan otak baby
-EPA dan DHA dalam minyak ikan yang berkualiti menyumbang pada perkembangan bayi yang sihat

2. Banyakkan ibadat

Nak dapatkan anak yang soleh dan solehah, berakhlak mulia, mendengar kata, sebaiknya kita sendiri perlu mendekatkan diri dengan Allah dengan sentiasa mengingatiNya
-memohon ampun dan bertaubat
-melakukan kebajikan dan meninggalkan larangan
-suami isteri banyakkan solat dan puasa sunat
-banyak baca Al-Quran
-amalan membaca Surah Al-Fatihah, Yassin, At Taubah, Yusof, Luqman, an- Nahl(ayat 78), al -A'raf(ayat 189) antaranya dapat membantu memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh

3. Doa dan amalan bacaan Al- Quran

Mesti taukan doa adalah senjata umat Islam.. Jadi gunakannya dengan sekerap dan sebaik mungkin. Allah suka hambaNya yang berdoa dan mengingatinya
- kerapkan berdoa untuk mendapat anak soleh dan solehah
- amalkan al-Fatihah, al-Insyirah dan ayat Kursi
- suami pun turut sama membaca surah2 amalan dan doa serta dihembuskan pada perut
- al Fatihah adalah ibu Al Quran
- al Insyirah untuk melapangkan hari dan fikiran
- ayat Kursi menghalau gangguan syaitan
- apabila hati terang dan lapang, insyaAllah anak mudah menerima pelajaran. Amalan patut diteruskan sehingga anak sudah lahir, ketika menyusu dan sepanjang pembesaran.

4. Sentuhan kasih

Belai perut anda dan bersembang dengan bayi anda.
-ada pendapat yang mengatakan rutin ini dapat merangsang kandungan dengan efektif
- perkembangan otak bayi sangat ripid pada usia kandungan 6 bulan ke atas jadi rajin-rajinlah berkongsi cerita dengan bayi  dalam kandungan ketika ini.
-ucapkan betapa anda rindu ingin bertemunya dan banyakkan nasihat..

5. Kawal Emosi

Percaya tak tingkah laku yang baik ibu, boleh mempengaruhi kandungan?
-cuba sentiasa tenang
-jangan suka marah dan mengikut perasaan
-tingkah laku kita boleh mempengaruhi sikap anak pada masa hadpan
- jika kita sentiasa riang, ia berupaya merangsang perkembangan otak dan melahirkan bayi yang sihat, pintar dan cerdas

6. Muzik Klasik

Muzik klasik yang menenangkan memiliki nada yang harmoni. Keadaan ini mampu menjana gelombang alfa.
-gelombang alfa menimbulkan ketenangan
-insyaAllah, anak akan lebih fokus dan senang memberi tumpuan

7. Pengetahuan Asas

Dari dalam perut pun, baby boleh belajar..Kenalkan perkara-perkara basic supaya kelak ia boleh recall balik
-boleh baca buku
-boleh ajar mengira 1,2,3 , mengajar A.B,C
-terang dan gelap
- ransangan deria rasa melalui sentuhan, goncang perut perlahan-lahan
-bercakap dan rakaman suara ahli keluarga


8. Matematik

Dikatakan orang Yahudi akan mengambil kelas matematik atau membuat latihan metamatik sewaktu mengandung.. itu antara faktor orang mereka ramai yang bijak2.. Jadi..
-banyakkan kira-kira
-lakukan latihan matematik mudah hinggalah ke sukar
-main sudoko :D




Jom kita berusaha melahirkan generasi bijak pandai..


Untuk Vitamin Ibu Mengandung klik link




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)