Elak kebas & kejang kaki dengan kalsium

Kalsium Ostematrix jadi teman baik ibu sejak pertama kali mengamalkannya.
.
Lepas dah sedar diri ini rupanya sekian lama kekurangan mineral paling kritikal, tak dapat nak lepaskan lagi.


.
Kebaikan dan fungsi kalsium
.
Kalsium jadi keperluan asas yg penting untuk 
- bantu pertumbuhan tulang & gigi yang kuat.
- kelancaran tulang & sendi jadi kuranglah rasa sakit pinggang, lenguh badan.
- bantu penghasilan susu ibu .
- elak cramp.
- tidur nyenyak dan elak insomnia.
- elak migrain.
- kurangkan kebas2.
.
Bukan ja mak-mak menyusu yang perlukan kalsium tambahan sebab berkongsi bekalan kalsium dengan bayi, lelaki & orang tua juga.
.
Dos Kalsium Harian
.
In fact, keperluan kalsium kanak-kanak & orang dewasa adalah 1000mg sehari. Agak2 cukup tak kita ambil selama ni?
.
Untuk ibu mengandung & menyusu, keperluan kalsium lebih lagi iaitu 1300mg sehari. 
.
Dos kalsium untuk remaja yang sedang meningkat dewasa iaitu 9 tahun ke 18 tahun juga tinggi iaitu 1300mg. 
.
Malah orang yang berusia 51 tahun ke atas perlu ambil 1200mg sehari. Maklumlah tulang dan makin mereput jadi banyak yang perlu di repair.
.
Sumber Kalsium dari Makanan
.
Kalsium juga terdapat dalam makanan harian kita iaitu susu, keju, sayur hijau seperti brokoli, tofu dan bijan. Namun, macam mana nak sukat kalsium dalam susu, cheese, sayur, & yogult yang kita tak regular ambil? 
.
Gejala & Penyakit Akibat Kurang Kalsium
.
Tanda kekurangan kalsium berterusan boleh bawa pada ..
.
muscle cramp
- heart palpitation ( irregular heart beat
- tekanan darah tinggi
- nervousness
- tooth decay
- numbness ( kebas ) kt kaki dan tangan
- brittle nail( kuku rapuh ) 
- aching joint (sakit sendi ). 
.
Alert ya ! 
.
--------------------
Ida Khairani
www.mysupervitamins.com 
----------------------------


Gastrik: Apa itu, punca, gejala dan cara elakkan gastrik dari berulang

Gastrik oh gastrik. Memang ramai alami gastrik. Sebab ramai jugalah, jadi orang anggap ia tak serius dan masih boleh handle. Namun, seksa jugalah sekali gastrik menyerang. Apa kata cuba elak untuk gastrik datang lagi dengan ketahui punca dan elak puncanya !!!!


Sebelum saya cerita tentang supplemen Shaklee yang dapat membantu pesakit gastrik. Kita study dulu apa itu gastrik, macam mana boleh jadi, makanan yang jadi gastrik bertambah teruk dan cara atasinya.

Apa itu gastrik?


Gastrik adalah rasa sakit perut di sebelah kanan perut. Selalu terjadi bila lambat makan atau makan suatu jenis makanan. Puncanya adalah disebabkan asid perut yang semakin menghakis dinding perut.

Makanan yang menjadi punca gastrik menyerang


Makanan pedas dan berminyak merangsang lebih asid perut. Begitu juga minuman teh & kopi. Makanan masam pula meningkatkan kesan asid pada perut. 

Selain makanan, UBAT TAHAN SAKIT yang digunakan secara berterusan menyebabkan keadaan bertambah teruk buat pesakit gastrik secara diam-diam.

Stress & kurang bersenam juga turut jadi faktor gastrik tidak bertambah baik.

Tanda & Gejala Gastrik Kronik


Selain dari sakit perut yang kronik bila lambat makan,  tanda dan gejala gastrik termasuklah
 
Muntah

Keluar angin bila badan dipicit

Sakit kepala


Cara kurangkan gastrik


Namun, ada cara pesakit gastrik dapat mengurangkan segala gejala yang menyeksakan ini. 

Berhenti merokok
Berhenti ambil ubat tahan sakit
Jaga timing makan 
Elak makanan masam, pedas, berminyak
Jangan lupa sahur kalau berpuasa
Makan kerap dan sedikit sedikit
Kurangkan kafein
Elak minuman beralkohol
Kurangkan makanan berangin
Ambil susu yang bersifat alkali jadi bantu kurangkan keasidan perut

Apa supplemen Shaklee yang dapat membantu?

ESP : Energizing Soy Protein

Membantu pulihkan dinding perut yang terhakis akibat asid perut yang berlebihan.

Menenangkan perut. Bukan saja gastrik, kalau ada masalah perut tak selesa & mudah berangin pun, jika amalkan ESP dengan konsisten insyaAllah sakit tidak berulang. 

Saya dulu memang selalu suami terpaksa urutkan perut bagi selesa, namun Alhamdulillah dengan izinNya, sakit saya tidak pagi berulang.

Peppermint Ginger Plus

Membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi.

Peppermint Ginger Plus ni mengandungi 4 jenis herba yang powerful yang memang digunakan sejak turun temuran untuk melegakan ketidak sedaman perut dan badan. Herba di dalam Peppermint termasuklah Jintan Manis, Jintan Hitam, Halia dan Pudina.

Kalau dah sampai guling-guling atau MC bila kena gastrik tu, jangan lupa jaga makan, jaga timing makan & ambil supplemen untuk bantu pulihkan balik dinding perut yang sudah terhakis.

By,
Ida Khairani

Cara dan Tips Mengandung Anak Perempuan

Alhamdulillah, sehingga kini kami telah dikurniakan 2 anak lelaki dan seorang perempuan walaupun tanpa merancang jantina. Cuma untuk kali ke-empat nanti, sajalah hendak cuba-cuba untuk merancang jantina anak. Mana tahu menjadikan. Bolehlah menambah peratusan kesahihan teori, tip dan petua mendapatkan anak perempuan di bawah ni.

Petua untuk mendapatkan anak perempuan berdasarkan hukum sains dan kitaran haid.


Untuk mendapatkan anak perempuan, sperma suami perlu membawa kromosom X dan bergabung dengan ovum yang sememangnya hanya mempunyai kromosom X juga.

Secara asasnya, wanita adalah hasil percantuman kromosom XX, manakala lelaki pula XY.  Jadi beribu-ribu sperma lelaki, terdiri dari X dan Y.

Jika X yang berjaya dan bercantum, maka hasilnya adalah XX iaitu bayi perempuan.

Jika kromosom Y yang berjaya, hasilnya adalah bayi lelaki iaitu XY.

Bayi perempuan adalah hasil percantuman kromosom XX dari ibu dan ayah.
Jadi, secara teorinya, benih lelaki yang menentukan jantina. Kalau berderet ja anak lelaki atau berderet ja anak perempuan, jangan salahkan isteri ya.

Ciri-ciri benih lelaki juga berbeza. 


  • Benih Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati. 
  • Benih X lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
  • Benih Y lebih tahan cecair yang beralkali.
  • Benih X pula lebih tahan dalam cecair berasid.
Berdasarkan sifat-sifat ini, kita boleh mencuba untuk merancang mendapatkan anak perempuan.

Pemakanan:


Makan makanan yang bersifat asid dan elakkan makanan bersifat alkali. Makanan bersifat asid seperti limau, asam, nenas dan cuka. Elakkan makanan bersifat alkali iaitu makanan laut. Pilih ayam dan daging berbanding sotong, udang dan ikan.

Apa-apapun 3 bulan sebelum konsepsi lagi, ibu patut mula ambil asid folik (B Complex) ya.

Kitaran Haid dan Waktu Subur


Kenal pasti hari subur diri sendiri. Biasanya adalah hari ke 14 jika kitaran 28 hari. Namun setiap orang berbeza. Kenal pasti cara kita waktu subur dan ciri-ciri waktu subur di sini atau dengan bantuan alat kesuburan khas, OPT (Ovalation Prediction Kit). Elakkan berhubungan seks pada hari subur kerana kebarangkalian kromosom Y yang pantas dan laju yang akan bercantum dengan X, nanti jadi anak lelaki. 

Maka, lakukan aktiviti seks selepas haid, sebelum waktu subur. Boleh lakukan, selang sehari. InsyaAllah, harap2nya, sperma dengan kromosom X yang bertahan lebih lama, boleh bertahan sehingga waktu subur tiba. Selepas tiba waktu subur, stop. Jangan bersetubuh selama 5 hari bermula dari waktu subur.

Contohnya, period day 1-7. Lakukannya pada hari ke 8- 12. Waktu subur untuk kitaran haid 28 hari adalah hari ke 12 - 16 secara teori. Stop mulai hari ke 12 hingga ke 16. Seterusnya ada hari tidak subur.

Ingatlah ini teori ja. Janganlah sampai bergaduh laki bini sebab nak planning jantina yang belum tentu sahih ni. Kena berbincang bersama. OK !!! Ia hanyalah teori dan bukan 100% tepat !!!!!

Yang alami masalah haid tidak teratur, boleh usaha dengan GLA.

Formula mendapatkan anak perempuan mengikut kalendar Cina.   


Kalender Cina Peking untuk tentukan jantin anak lelaki atau perempuan

Cara guna Kalender Cina untuk mendapatkan anak perempuan ni :

Contohnya, usia ibu ketika mula mengandung 33 tahun dan mula mengandung bulan November, jadi jangkaan bayi adalah anak perempuan.

Contoh lain, usia ibu 34 tahun, persenyawaan dan mula mengandung, bulan Februari, jadi bakal mendapat anak perempuan. Begitu juga jika mula mengandung bulan April, Mei, Jun, Julai, September dan Oktober.

Jika plan nak anak lelaki pula di usia ibu 35 tahun, bulan Januari, Februari, April, Ogos, November dan Disember boleh mula mengandung.

Hehe, boleh percaya ka? Saya pun tak pasti bagaimana masyarakat Cina Peking boleh mengkaji dan jumpa formula ni.. Yang pasti, semuanya ketentuan Allah. Suka suka nak buat bolehlah.

Mai saya test untuk anak-anak saya yang dah selamat dilahirkan, adakah ia tepat dalam mendapatkan anak perempuan dan anak lelaki. Sukar juga nak tentukan sebab saya tak plan jadi tak pasti anak-anak ni disenyawakan bila.. Hehe.. Jadi, saya check conception date berdasarkan tarikh lahir mereka.

Anak pertama : 25 tahun - Lelaki - Birthdate 26/12/2007. Conception date 31/3 ke 7/4.
Anak kedua : 28 tahun - Perempuan - Birthdate 26/1/2010. Conception date 1/5-9/5.
Anak ketiga : 31 tahun - Lelaki - Birthdate 18/12/2013. Conception date 23/3-31/3.

Cuba korang check, mengena tak?

Lagi tip mendapatkan anak perempuan, adalah berdasarkan posisi semasa melakukan persetubuhan dan teknik tertentu sewaktu klimaks. Ini, saya baca sendiri-sendiri ja. Hehe.. Boleh google kalau nak cuba. :P. Jangan lupa amalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi.


        
By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382