5 Tip Mudah Turun Berat dari Kevin Zahri

Nak diet pun nak bertip-tip. Haruslah! Semua nak short cut ja kan. Ini 5 Tip Mudah dan Senang diamalkan jadi tak adalah kita nak jiwa tertekan sangat. Mula dengan 5 Tip Mudah Idea Kevin Zahri ni, kalau konsisten dan follow rapat, memang boleh turun beberapa kilo jugalah!



1. Makan setiap 3 atau 4 jam


Pelik ka? Haha!! Mesti ada yang tengah senyum sekarang! Ya, kita tak perlu pun nak berlapar kerana kalau kita lapar, nanti lagi pelahab jadinya. Cara terbaik adalah makan dengan kerap.. dengan ini kita akan makan tanpa mengikut nafsu dan berlebih-lebih.




Berapa banyak nak makan? Hmm.. Ini kena kira kalori dan sedikit panduan makan ni. Kena study lebih ya. Rajin2kan diri research kalau tak nak diet sia-sia. Bagi pelanggan saya sahaja yang ingin berdiet dan mengambil supplemen demi mencepatkan proses menurunkan berat badan, saya akan bantu dari segi pengiraan kalori dan panduan makan. Nak makan nasi 5 kali sehari pun boleh tapi ada petuanya.





2. Minum air sepanjang hari


Hmm.. ini jugalah yang saya sering terangkan pada pelanggan saya. Memang tepat sekali tip dari Kevin Zahri ni. Air kosong ni bagus, tiada kalori dan bantu mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Tolonglah amalkan dengan gigih. Walaupun dari kecil jarang minum air masak, tak bermakna dah besar panjang tak boleh buat. Kalau nak tahu, saya mula minum air masak pun lepas ambil supplemen. Dulu, sama ada teh atau air sejuk jadi rutin harian sejak kecil.



Selain tu, manfaat air ni bantu lancarkan proses dan fungsi badan termasuklah detox dan perkumuhan. Tahu tak, salah satu cara nak elak gemuk air adalah minum lebih banyak air kosong. Boleh baca sini maksud gemuk air di sini ya. Orang yang gemuk air sebenarnya, terlebih garam dan kurang air menyebabkan badan tak dapat keluarkan lebihan cecair dan sodium.

3. Karbohidrat Kompleks


Ha..makanan karbohidrat kompleks ni contohnya roti serat penuh, pisang, oat, kentang jagung, labu, asparagus, brokoli.. Boleh google lagi untuk tambah pilihan menu makanan dari karbohidrat kompleks. Eh, janganlah balun banyak2 pula. Kalori tinggi juga makanan karbohidrat kompleks ni.





Kelebihan karbohidrat kompleks adalah, ia lebih lambat diproses dalam badan jadi mengambil masa lebih lama gula dibebaskan menyebabkan tenaga berpanjangan dan tak la asyik lapar. Fungsinya samalah macam Energizing Soy Protein dan Cinch Shake Mix kami iaitu kenyang lebih lama dan tenaga berpanjangan. Sebab tu ramai yang berjaya turun berat dengan 2 produk killer ni. Ini senarai makanan low G.I yang membebaskan gula dengan perlahan jadi gula tak mencanak naik dan menyebabkan lapar lebih cepat.




4. Jangan bawa balik makanan manis


Ini juga kelemahan saya. Hoho!! Kalau ada benda untuk mengunyah mulalah gatal tangan mencari dan ringan mulut nak mengunyah. Jadi elakkan dari mencapai coklat, lolipop, biskut yang manis, ais krim masa shopping barang rumah tu ya. Cari makanan yang sihat seperti kekacang, biskut oat, buah untuk jadi stok kundapan nanti.





Eh, bukan tak boleh makan. Kalau nak makan, share la dengan orang lain. Suku atau separuh.. Janganlah 1-2 muffin sekali hadap atau 1 bar coklat sehari. Berkongsikan lebih nikmat. Rupanya dengan berkongsi termasuk tip mudah turun berat juga.




5. Buah Pun Boleh


Ya! Buah walaupun manis dan ada gula ia mengandungi serat untuk bantu rasa puas dan melambatkan penyerapan gula.  Gula dari buah juga berbeza dari gula biasa. Jawapan untuk healty snack adalah buah! Banyakkan peti ais anda dengan buah. Malam2 lapar lagi, ambillah buah-buahan.



Selamat mencuba 5 Tip Mudah ni! Nanti saya kongsikan lagi.
Kalau berguna, jangan lupa kongsikan ya.

Ops ya Set Kurus Shaklee yang dapat membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ada saya share di sini. Happy Digging!


By,
Ida Khairani

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.