Pengalaman ibu dengan Energizing Soy Protein yang miracle
Semua orang tahu, kolustrum.. iaitu susu awal tak banyak.. Sikit sangat.. tapi yg sikit tulah cukup lengkap, powerful dan memadai utk perut newborn yg tersangat kecil. Jika mereka nangis, mungkin kerana masih nak sesuaikan diri dengan dunia baru seperti dah tak boleh nak berenang-renang mcm dlm rahim ibu dan suhu persekitaran yang berbeza..dah tak cozy macam dalam rahim ibu.. So kita just tenangkan mereka, hug, bengkungkan dan teruskan menyusu on demand basis.. Pasti, ia akan menenangkan mereka.
Namun, bila anak kita di NICU atau nursery hospital, kadang2 ada perkara yg diluar bidang kuasa.. Tahu-tahu.. Nurse top up dengan susu sebab anak kita menangis. Itulah pengalaman dengan Nuh Iman.
Nuh Iman dilahirkan pada pukul 9 malam secara normal, smooth dan dirahmati Allah..Alhamdulillah. Ibu pun boleh breastfeeding sebaik sahaja Nuh Iman lahir dan bermalam dengan Nuh Iman di labour room kerana wad penuh. Sepanjang di labour room, ibu memang bagi susu on demand. Alhamdulillah..pengalaman lepas menyusu Nazhan dan Iris banyak menyenangkan proses penyusuan dan bonding ni.
Overnight dengan ibu pada malam pertama di dunia. Best sangat.. |
Esoknya, dalam pukul 12-3 pm mungkin, nurse beritahu tak boleh discharge lagi sebab nak tunggu doktor check Nuh Iman, kerana cara Iman bernafas lain. Biasanya kalau kita bernafas, dada naik turunkan.. Nuh Iman, sampai otot di atas perut nampak turun naik..dan pernafasan agak laju. Bila doktor datang dan cerita, Abah tak ada time ni.. Ibu menenangkan diri sahaja. Bila cerita balik pada abah, menangis teresak-esak. Pengalaman pertama kali anak kena tahan nii.. Selalu sehari dah keluar..
Short cut, Nuh Iman kena masuk NICU untuk monitoring dan ada facility untuk beri oksigen support dan monitor oksigen intake dan rate pernafasan. Then doktor tak bagi direct breastfeed sebab nak bagi antibiotic dan drip glukos serta bantuan oksigen. Darah diambil untuk cek jangkitan kuman. Semuanya adalah langkah berjaga-jaga tanpa sebarang pengesahan yang Nuh Iman ada masalah pernafasan. Ibu asyik tanya doktor, kalau dia sihat, tak apa ka beri antibiotik ni. Jawapannya, "Selamat dan kalau kita tunggu result baru nak bagi antibiotik nanti kuman merebak so lagi serius." So sad.. ibu tak suka dengan antibiotik sebenarnya kerana ia boleh mengganggu sistem pertahanan normal kita.
2nd night.. Iman tidur sorang-sorang :( |
Ok, malam tu, Iman tidur sorang2 di NICU. Ibu abah teman sampai pukul 10 lebih. Esoknya, doktor cakap, rate pernafasan Nuh Iman improve. The good news ever, ibu boleh breasfeeding direct. Ibu pun menyusukan Iman dengan wayar2 yang masih berselirat itu. Bila Iman dah lena, ibu letak balik dalam incubator dan Iman terjaga dan nangis.. Ibu ambil dan breastfeed balik.. Bila settle, letak nangis lagi.. Bila nurse datang, anggapannya susu tak cukuplah. Short cut sungguh. Bila ibu pergi dan dan datang balik beberapa jam kemudian, nurse cakap dia top up susu.. Sukalah hati dia bila baby diam.. Huhu.. Frust sangat time ni..so ibu nekad nak tambahkan susu supaya nurse tak akan top up lagi.
Kembali merasai nikmat susu ibu selepas beberapa jam ditahan |
So, ibu terus pesankan abah bawakan ESP ke hospital. Alhamdulillah, ibu hanya minum sekali ja ESP susu kolustrum dah mulai banyak..Ini kira belum sampai 48 jam kelahiran Iman. Susu memang meriah sangat.. both B bengkak.. Petang tu, Iman dah keluar dari incubator sebab rate pernafasan dah normal. Syukur.. Masa dalam incubator ibu dengan abah zikir dengan nada perlahan supaya Iman dapat follow dan bertenang.. lepas menyusu Iman dan dia lena, ibu akan pump di nursing room yang disediakan dan dapat dapat 2-4 oz kolustrum untuk 1 sesi. Bilik pun selesa.. Bila ibu selesa, lagi meriahlah susukan. Syukur sangat kerana Allah permudahkan rezeki susu buat Nuh Iman. Ibu doa, ibu-ibu lain pun dimurahkan rezeki susu buat anak-anak mereka.
Hari terakhir di hospital sebelum discharge |
Iman tak dapat discharge lagi sehinggalah keputusan darah keluar. So, dari hari Rabu Iman lahir, Khamis 1st day antibiotik sampailah Ahad result keluar NEGATIF. Iman sihat-sihat ja. Tak ada kuman pada paru-paru dan darah.. Mungkin Iman bernafas laju sebab saluran pernafasan agak kecil dan still nak adapt. Apa pun..Ibu & abah bersyukur sangat.. Pengalama yang sangat sayu buat ibu bapa bila anak kena tahan di wad dan kenangan yang sangat berharga buat kami. Kini kami lebih mengerti apa yang ibu bapa lain rasa bila anak sakit. Kami yang hanya suspected ni pun bagai nak luruh jantung.. apa lagi mereka. Dah balik, Iman pun tak kena kuning.. Susu masih banyak sehingga ke hari ini dan Iman dah 6 kg di usia 2 bulan dan sihat walafiat. Tq ya Allah.
ID 846056
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE