Showing posts with label Tulang. Show all posts
Showing posts with label Tulang. Show all posts

10 Cara Kurangkan Sakit Slip Disc Pada Tulang Belakang

Sejak dua minggu lepas, Ammar sakit-sakit pinggang. Ada rasa kebas pada paha sampai ke betis. Kadang-kadang bila pijak kaki ke lantai sakitnya tarasa amat sangat.

rawatan-altenatif-penyakit-slip-disk-dengan-shaklee
Baca sampai habis untuk tahu cara berkesan sembuh dari slip disk

Simptom yang Ammar hadapi adalah antara simptom Slip Disc. Namun, pengesahan dari doktor perlu dilakukan sebelum rawatan dan ubatan diambil. Yang pasti, ia tak boleh dipandang ringan kerana boleh bawa keadaan yang lebih buruk jika dibiarkan.



supplemen dan ubat untuk slip disk
Apa itu Slip Disk

Apakah maksud Slipped Disc?


Slipped Disc merupakan pengalihan nucleus pulposes ( warna hijau dalam gambar di bawah ) dari lokasi normal. Nucleus pulposes atau disc berfungsi sebagai penggalas atau penstabil tulang belakang. Apabila disk terkeluar dan tersentuh saraf, ia menekan urat saraf berhampiran dan menyebabkan rasa sakit dan kebas di punggung, belakang, kaki atau tangan.


ubat-atasi sakit slip disk dengan segera
Mana Mana Slip Disc Berlaku


Macam mana SLIP DISC boleh terjadi?


Tulang belakang kita ni panjangnya dari tengkuk sampailah ke pinggang dan disokong oleh 26 disk. Tugas tulang belakang untuk lindungi saraf tunjang. Tulang belakang kita dipisahkan antara satu sama lain dan setiap gap dilindungi cakera @ disk. Disk ini bentuknya bulat macam CD tetapi lembut seperti gel.

Disk boleh rosak atau pecah. Apabila disk pecah, disk akan bergerak dari kedudukan asal seperti gambar di atas ni.

Disk atau cekera ni ada 2 lapisan. Lapisan dalam lembut, dipanggail nucleus. Yang warna hijau dalam gambar di atas. Bahagian luar keras dan dipanggil annulus. Jika lapisan luar koyak atau mengalami penuaan, lapisan lembut boleh keluar dan menekan saraf.

Bila terkena saraf yang berwarna kuning tu, pesakit akan berasa tidak selesa, kesakitan di bahagian tertentu hingga menyukarkan aktiviti harian.

Slip disk juga dipanggil herniated, terjengul atau membonjol.

Faktor dan Punca Slip Disk Terjadi?

  • Jatuh terduduk
  • Angkat barang berat dengan cara tak betul
  • Melompat dari tempat yang tinggi
  • Terbabit dengan kemalangan
  • Kurang bersenam hingga menjadikan tulang belakang tidak kuat
  • Proses penuaan Disk
  • Salah postur badan
Jadi, bagaimana cara rawat slip disk yang berkesan untuk elak sakit tambah parah?


Rawatan Slip Disk

Slip Disk perlu disahkan melalui pemeriksaan MRI. Dari MRI, doktor dapat kenal pasti disk yang terkeluar dari kedudukan asal.

1. Rawatan konservatif

Rawatan konservatif adalah rawatan slip disc tanpa pembedahan.
Bila dah disahkan disk menekan urat saraf, pesakit dinasihatkan agar banyak berehat, tak melakukan kerja berat.
Pesakit juga diberi ubat slip disk @ ubat tahan sakit @ ubat saraf dan jika beransur pulih, pesakit diminta buat senaman ringan untuk menguatkan otot.
Cara rawat slip disk secara konservatif ni biasanya ambil masa 3 hingga 6 minggu.


2. Pembedahan


Jika pesakit masih belum pulih dengan cara rawat slip disk konservatif dalam tempoh tersebut, kemungkinan doktor akan menasihatkan untuk buat pembedahan discectomy.
Semasa pembedahan discectomy, sebahagian diska yang pecah dan terkena saraf akan dikeluarkan.
Biasanya pesakit slip disk akan pulih dalam tempoh 2 minggu sampai 1 bulan lepas dibedah dan rasa lebih selesa.

Untuk tahu bagaimana cara rawat slip disk melalui pembedahan dilakukan, boleh tengok video di bawah.



Apa lagi simptom, gejala dan tanda-tanda sakit Slip Disk atau Herniated Disk ?


Biasanya kita sering ambil ringan bila sakit belakangkan. Namun, ambil tahu tentang tanda slip disk ini supaya kita dapat elak dari keadaan yang lebih bahaya.

  • Sakit bahagian belakang pinggang
  • Sengal dan kebas punggung dan kaki
  • Lemah kaki
  • Sakit berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
  • Jika disk di tengkuk yang terkena saraf, sakit dan kebas akan dirasai dari tangan dan kaki.

Apa Nak Buat Untuk Elak dan Kurangkan Sakit Slip Disc dan Supaya Slip Disk Tak Berulang Lagi?


1. Pastikan postur yang betul semasa beraktiviti dan kawal berat badan.

2. Mandi air suam.
Mandi atau berendam air suam dapat legakan sakit belakang. Cubalah untuk 20 minit setiap hari.Pasti anda rasa lebih tenang dan kurang sakit.

3. Berehat dan guna tilam yang sesuai.
Tilam lembik dan buruk boleh jejaskan sakit belakang. Jadi, berubah dan berikhtiar untuk elak sakit berterusan. Sebaiknya baring di atas tilam yang rata, firm, padat yang menyokong tulang belakang dengan baik dan letak bantal di bawah lutut atau dicelah lutut semasa tidur mengiring.

4. Ambil ubat tahan sakit.
Ubat tahan sakit ni memang ada kesan sampingan dan tidak elok. Jadi pastikan mendapat pandangan dari doktor dan mengambil ubat pada dos yang disyorkan sahaja. Pakai kasut tumit rendah semasa berjalan untuk lebih selesa dan elak sakit.

5. Bertenang.
Solat dan zikir. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga ada yang berpunca dari tekanan emosi. Bila kita mampu bertenang dan mengubah fokus, sakit dapat dikurangkan. Ketika berjalan terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir - gilir di atas bangku kecil yang rendah.

6. Gunakan kusyen.
Cari kusyen dan kerusi sandar yang selesa terutama semasa memandu dan duduk.  Kerusi kenderaan kebanyakkannya membuatkan pesakit slip disk bertambah sakit dan teruk jika memandu terlalu lama.

Cara duduk dengan postur betul elak slip disk
Cara duduk dengan postur betul elak slip disk


7. Berenang dan melakukan senaman secara tetap.
Berenang sangat berkesan untuk redakan sakit belakang. Menarikkan. Ha, apa lagi, jomlah ke swimming pool. Kalau tak tahu, anda boleh bersenam dengan berjalan pantas dan melalukan senaman untuk tulang belakang seperti dalam rajah di bawah ni.


Pelvic Tilt
Posisi : baring di atas permukaan yang rata Cara melakukan : keraskan otot  abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Hip Rolling
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Lower Abdominal Exercise
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan Cara melakukan :
1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah
 Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cat and camel
Posisi : merangkak Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan   tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Hip Extension
Posisi : Merangkak Cara melakukan : Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai..  Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Sumber


8. Berhati-hati semasa angkat barang dan angkat dengan cara yang betul.
Pastikan barang di hadapan, dekat dengan badan. Rendahkan badan untuk mengangkat barang terlebih dahulu.

set-shaklee-slip-disk
Cara angkat barang salah dan betul


9. Gunakan icepack
Untuk sakit belakang akut, balut ICE pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.

Untuk sakit belakang kronik dan berulang, balut HOT pack dengan tuala secukupnya sampai tak rasa terlalu panas dan letak di bahagian sakit selama 20 minit. JANGAN sapu minyak panas di bahagian sakit sebelum letak hot pack.

10. Amalkan supplemen yang berkesan dan tepat.
Supplemen yang disyorkan adalah seperti di bawah

Numerous nutritional supplements may be helpful in repairing your damaged spinal disc tissue. In her book, "Prescription for Nutritional Healing," certified nutritional consultant Phyllis A. Balch reports that zinc, copper, chondroitin sulfate, glucosamine sulfate, bovine or shark cartilage, free-form amino acid, manganese, L-proline, vitamin B complex, vitamin C with bioflavonoids and a multivitamin and mineral complex may be helpful in treating this kind of bodily damage. - http://www.livestrong.com/


Supplemen semulajadi sangat membantu untuk elak dari kesakitan slip disc dan mempercepatkan pemulihan. Pengambilan supplemen juga menjadi rawatan altenatif terbaik slip disc tanpa perlu pembedahan. Bagaimana?

Supplemen dan Rawatan Altenatif untuk Slip Disk

set-shaklee-slip-disk-shah-alam-setia-alam
Supplemen semulajadi bantu masalah SLIP DISK

Mengelakkan penuaan sel tidak matang dan memulihkan kembali sel yang rosak. Disk yang rosak dan pecah antaranya berpunca dari penuaan sel dan kekurangan nutrien. Resveratrol di dalam Vivix membantu pelihara keanjalan disk, perbaiki struktor sel dan menyokong kesihatan sendi.

Membina sel tulang yang sihat. Meransang enzim untuk memadatkan tulang. Semakin kita berusia, tulang kita menjadi semakin rapuh dan tidak padat. Kalsium yang mengandungi cukup mineral sokongan membantu atasi masalah sendi, tingkatkan kusyen sendi dan pelihara tulang rawan.

Bersifat anti inflamasi atau anti radang dan sebagai pelincir dan menyurutkan bengkak. Pesakit slip disk menanggung kesakitan akibat radang di tulang belakang apabila disk menekan saraf. Omega Guard juga membantu melambatkan regenerasi disc.

Semoga info dan 10 Cara Kurangkan Sakit Slip Disc di atas dapat membantu kurangkan sakit slip disc andai anda amalkannya.

supplemen-testimonial-slip-disk-shaklee
Kesan Supplemen Shaklee Terhadap Pesakit Slip Disk


Untuk keterangan lanjut dan cara dapatkan supplemen Set Shaklee Slip Disk ini juga konsultasi eksklusif, boleh hubungi pengedar Shaklee di bawah.


pengedar-set-slip-disk-shaklee
Pengedar Shaklee Set Slip Disk Shaklee



Tips agar patah tulang belakang dan kaki cepat sembuh

Patah tulang belakang dan kaki jika terpaksa ditanggung bukan sahaja menyakitkan dari segi fizikal tapi emosi juga mudah gelisah dan tertekan kerana risau kemungkinan tidak pulih atau lambat baik. Bila tulang belakang patah, banyak sangat pergerakan terganggu. Tulang kaki juga menyebabkan kita terpaksa bergantung dan mohon bantuan orang.

Mesti kita nak sangat cepat baik. Ubat tahan sakit dah jadi teman pula. Namun memang tak elok bergantung pada ubat tahan sakit. Lama-lama akan ada kesan buruk pada diri pula.

Saya nak kongsikan testimonial pesakit yang patah tulang belakang dan kaki akibat kemalangan. Alhamdulillah, selepas sebulan mengamalkan 4 supplemen Shaklee, tulang sudah bercantum melalui hasil xray doktor dan beliau sudah tak perlu pakai bengkung untuk support dalam tempoh 3 bulan.. doktor pun terkejut.




3 Tip Agar Patah Tulang Belakang dan Kaki Cepat Sembuh

1. Kalsium
Tip untuk sembuh cepat jika berlaku kerosakan tulang termasuklah patah, terseliuh atau retak adalah dengan menambah kalsium dalam pemakanan harian.

Kebaikan Ostematrix Shakee untuk tulang adalah :

Formula komprehentid dan mudah ditelan. Ostematrix Shaklee padat dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat selain gigi yang kuat. Supplemen kalsium dengan vitamin D membantu penyerapan kalsium dan membantu mengurangkan kekejangan atau cramp.

4 tablet Ostematrix membekalkan 1000mg kalsium, 400 mg magnesium dan 400iu vitamin D yang sangat penting dalam menggalakkan penyerapan kalsium. Jadi sangat disyorkan untuk ambil 4 tablet kalsium sehari bersama makanan dan boleh diasingkan pada 2 sesi untuk pelihara tulang. Bagi yang sudah patah tulang, boleh ambil lebih dari 4 tablet kerana keperluan yang lebih.

2. Protein

Protein sangat penting dalam membentuk sel dan otot yang sihat dan kuat. Tulang juga terdiri dari sel-sel asas yang mula dibentuk dari protein. Tambahan protein berkualiti penting untuk pemulihan dan pembentukan tulang baru.

ESP Shaklee membekalkan tenaga berkekalan dan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi. ESP @ Soy Protein Isolate Powder ni adalah sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi RENDAH LEMAK, BEBAS KOLESTROL dan kaya ASID AMINO.

Tenaga yang dibekalkan ESP bertahan berjam-jam dan telah dibuktikan secara klinikal. Jadi pesakit yang patah tulang turut mendapat manfaat dari tenaga yang berterusan ini.

1 hidangan ESP iaitu 3 sudu membekalkan14gram protien soya dan 500 mg kalsium bukan saja baik untuk tulang yang patah dan masih sihat, juga untuk kesihatan jantung. Kalsium Ostematrik turut membantu mengekalkan otot, perbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon supaya lebih teratur. Sudah pasti pesakit tulang patah akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP secara konsisten.

set-shaklee-untuk-sembuh-patah-tulang
2 dari 3 supplemen Shaklee untuk tulang patah, ESP dan Ostematrix


3. Sendi

Supplemen AJHT Shaklee membantu memelihara tisu penyambung, meningkatkan kesan kusyen dan menyokong keselesaan sendi. Supplemen ini mengandungi ekstrak jagung, vitamin C, zink, tembaga, mangan dan ekstrak boswellia. Ekstrak boswellia memang digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis sejak berkurun lamanya.

Jadi, jangan bergantung hanya pada fisio dan ubat sahaja. Amalkan makanan sihat yang tinggi kalsium, protein dan ambil suppelemen tambahan yang dipercayai dan sudah mempunyai testimonial tentang keberksaannya membantu patah tulang belakang dan kaki hingga cepat sembuh. Yang penting selain kita berusaha adalah mohon pada Allah dan letakkan pergantungan padaNya. Dia yang memberi, dia juga yang menyembuhkan.


By, Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor - ID 846056
013 488 2382

www.mysupervitamins.com
www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com
Nak Order Shaklee Online, Klik Sini

Saya Pengedar Shaklee dan  COD untuk
Seksyen 7 Shah Alam dan kawasan sekitar
Bandar Bukit Raja
Klang
Setia Alam
Penghantaran melalui courier juga diuruskan.

3 benda penting untuk hentikan sindrom TUA

Sebagai wanita, ibu dan perempuan, kudrat kita terhad tapi kerja yang perlu ditanggung kian banyak.. Betul tak? Kita diperlukan oleh suami & anak-anak untuk settle urusan rumah tangga, diperlukan oleh ibu bapa utk buat kerja yang tak mampu mereka yang tua buat dan ada ramai yang bekerja support keluarga. Makin lama, demand untuk kita jadi supermom makin tinggi.
Jadi kita juga perlulah sediakan badan untuk cabaran yang semakin hebat ni. Kalau tak, confirm kita yang merana akibat stress & penat melampau.

Sebagai seorang working-from-home mom cabaran saya sama ja mcm ibu bekerjaya yang lain. Ibu nak tenaga yang berpanjangan.. Ya lah, dari celik mata kerja non stop. Semoga pahala pun non-stop. Amin.. Sebab bisnes dari rumah, rutin tak berhenti, rumah, kerja, anak.. TV tolak tepi. Nak tengok TV time makan pun berebut remote dengan anak tapi selalu time berita penting, ibu yang menang. Lepas tu tak kisah, janji anak-anak nak duduk makan. 




Hormon wanita memang sukar diramal. Bila usia wanita 30 tahun ke atas, hormon mula kucar-kacir, jerawat yang sepatutnya cool down selepas usia remaja, boleh pula datang balik. Penyakit2 hormon x stabil pun berisiko menumpang seperti cyst dan fibroid. Period yang sejak dulu haru biru, masih tak ada perubahan. 

Untuk tidak merisikokan diri dari menjadi semakin teruk, saya siapkan diri dengan supplemen semulajadi. Saya percaya supplemen pada zaman sekarang bukan lagi option utk org yg sakit atau kaya tetapi semua orang perlu mula amalkannya. 

Sindrom 'tua' ni saya dapat sejak lepas kahwin.. Masa tu umur baru 24 tahun.. Badan dan start sakit. Aiyoo.. Malu aiihh.. 

Khas untuk wanita, Shaklee dah sediakan vitamin yang sesuai dengan jiwa dan keperluan untuk menghadapi perubahan cycle dalam hidup wanita. 

GLA ni penting untuk hormon wanita. GLA Shaklee mengurangkan period pain, sakit kepala, susun atur period cycle bagi yang haru biro dan legakan simptom menopause.

Lebih dari sekadar kalsium..serius..selain dari pembentukan tulang dan gigi yang kuat, ostematrix turut bantu kurangkan period pain, sakit pinggang, migrain, buasir dan bantu dapat tidur yang lena. Kata mak-makkan..asyik2 bangun ja malam malam..tak menyusu pun, kena buat susu or bawa anak ke toilet. So masa untuk rehat dan kualiti tidur yang kurang dapat di cover dengan pengambilan ostematrix.

Tonton pengalaman ibu ni yang terkena simptom kekurangan kalsium yang kronik !


DHA dan EPA dalam omega guard ni bantu fungsi jantung dan otak untuk lebih mantap. Risiko sakit jantung, strok, kolestrol tinggi, nyanyuk tu dapatlah diminimakan.. Yang best lagi, omega turut membakar lemak so mak-mak boleh slim insyaAllah. Hoh yeah!!! Ibu mengandung dan menyusu yang mengambil omega juga turut berkongsi kebaikkan DHA sedikit sebanyak dengan bayinya.


Jadi, nasihat dari saya wanita dan ibu untuk wanita dan ibu yang cantik menawan, jomlah kurangkan simptom PMS, menopause, jaga kulit supaya bertambah sihat dan cantik, kurangkan risiko jantung kita, legakan sakit sendi-sendi dan tulang juga kembalikan keseimbangan hormon kita dengan pengambila GLA, Omega Guard dan Ostematrix Shaklee ni. Meh kita sihat bersama, insyaAllah.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)