Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts

Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Naikkan Hb dan Turunkan Risiko Anemia

Bila kita mengandung, antara rutin check up yang wajib adalah untuk check tekanan darah, berat dan bacaan HB.

Bacaan HB ni mestilah, at least nak kena 11 ke atas lah. Kalau bawah dari 11, mungkin nurse dah tanda merah dan akan dapat perhatian 'khas' dari doktor.

Bacaan Hb Normal dan Tidak Normal untuk Ibu Hamil
Bacaan Hb Normal dan Tidak Normal untuk Ibu Hamil


Apakah bacaan HB ni?
Keadaan dimana kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dalam darah, yang menyebabkan pucat dan keletihan.

Kita sendiri pun risau kan, sebab boleh bahayakan diri kita sendiri dan jugak baby. Nak tahu apa gejala, tanda-tanda lain dan risiko untuk bayi dan ibu bila HB rendah, boleh baca di sini.

Apalah punca HB rendah?



Macamana cara nak naikkkan HB?

Ada beberapa makanan yang tinggi zat besi, yang boleh bantu kita untuk naikkan kadar HB dalam badan kita. Antaranya:

👉biji labu
👉sayuran berdaun hijau
👉tomato
👉bayam
👉brokoli
👉makanan laut
👉daging merah
👉kismis
👉apricot

Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Naikkan HB
Makanan Tinggi Zat Besi Untuk Ibu Mengandung



Dalam Shaklee pun ada vitamin yang ada zat besi dalam tu iaitu Vitalea.

Vitalea ni sejenis multivitamin, di mana selain zat besi, Vitalea juga turut mengandungi berpuluh vitamin dan mineral yang lain. Bagus sangat amalkan Vitalea ni.

Vitalea dengan Formula Zat Best


Tak semestinya masa mengandung je boleh ambil. Tapi, masa tak mengandung pun sepatutnya ambil jugak. Untuk testimonial ibu yang berjaya naikkan Hb walaupun sepanjang pregnancy sebelum ni tak pernah normal, boleh klik sini.

Share dengan suami bagus Vitalea ni, takkan mak yong ja nak sihatkan. Multivitamin bantu tampung kekurangan micronutrien dan bantu kita cergas dan bertenaga tau. Untuk set lengkap ibu hamil boleh refer poster di bawah ni



elak-hb-low-dengan-vitamin-shaklee
Supplemen Lengkap untuk Ibu Mengandung - vitalea, b com, vitamin c, omega, ostematrix, ESP.

Semua orang inginkan kehamilan yang tenang, bertenaga dan sempurna demi kesihatan bayi dalam kandungan. Mengambil makanan harian yang bernutrisi tinggi adalah yang terbaik. Namun disebabkan terdapat juga kelopongan ditambah pula dengan ibu yang tak lalu makan atau memilih makanan, supplemen Shaklee adalah yang terbaik untuk mengisi kekurangan itu. Hb cantik, ibu bertenaga dan bayi pun sihat, insyaAllah.

Untuk mendapatkan Vitalea atau Set Hamil Shaklee ini, boleh hubungi Pengedar Shaklee di bawah

Pengedar-Shaklee-Set-ibu-hamil-untuk-naikkan-hb-rendah
Pengedar Shaklee Anda

Push Ibu Push Ibu !!!! Minuman apa yang beri tenaga untuk ibu meneran semasa bersalin?

1 2 3 Push !!!! 1 2 3 Push !!!! 1 2 3 Push !!!! Kuat lagi Puan !!! .

One more time !!! Kalau tak boleh ni, kita kena guna VACUM Puan. .

Last2 mak pun terpaksa surender juga.. .

Bukan senang nak keluarkan zuriat nan sorang ke muka bumi Allah ni. Bertarung nyawa, kerah tenaga.. Sedangkan masa sarat & menunggu hari pun dah cukup penat. .

So, mulakan minum ESP sejak mengandung lagi utk tenaga berpanjangan. Ibu juga kena rajin ambil kurma ! .

Masa dah turun tanda tu & masa kena admitted tu, jangan lupa minum juga ESP dan kurma. Air selusuh utk bantu buka pintukan. Ini utk TENAGA. Masa ni la tenaga lebih banyak diperlukan. Ada ibu yang dah tak lalu makan, jadi mana tenaga nak datang. .

Baca kisah mama reen ibu twin ni. Alhamdulillah, berbekalkan ESP, Allah beri tenaga dan mudahkan kelahiran si kembar. .

Minuman tenaga untuk ibu meneran semasa bersalin !


Sementara ESP tengah promo ni, terus buat stok utk sepanjang mengandung, berpantang dan menyusu ok ! .

Your Trusted Shaklee Distrubutor,
Ida Khairani Ahmad
013 488 2382 .
http://www.mysupervitamins.com/

Apa vitamin wajib untuk ibu yang selalu lemah, penat dan tak bertenaga

Masa zaman mak dara masih anak sorang dulu, mak seorang yg senang penat 🙈.. Walaupun begitu, relax ja la, bila anak tidur boleh join tidur sekali 😁..
.
Bila mula mengandung anak no. 2
& abangnya masih kecil, mak dah mula risau. Tak boleh jadi ni. Kena juga makan something utk bagi cergas. Takleh mandom. Kesian kat anak.
.
Kenangan ke Gold Coast semasa sarat mengandung 8 bulan

.
Jadi mulalah berjinak-jinak dgn supplemen. Mula dgn Multivitamin @ Vitalea, Vitamin C dan B Complex, set basic ibu hamil. Masa beli ni dah mengandung tapi vitamin tu bertahan sampai bersalin baru habis. Punyalah tunggang langgang makan.

cara lawan rasa penat
Vitamin Optimum untuk memberi melawan rasa penat


Bila dah beranak dua, lagilah kena makan sebab kesian kat abang yang asyik kena main sorang sebab mak dia asyik flat dan mandom ja. Kali ni bila konsisten supplemen yang sama.. Barulahhh..... WOW ! Memang berkesan!!! Badan cergass & lebih banyak masa kualiti dgn anak.
.
Sebab tu la hakikatnya saya yang dulu anak dua dan sudah anak tiga ni, lebih cergas dari masa anak seorang sahaja.
.
Supplemen yang berkualiti kalau ambil betul2 memang la berkesan & WOW effect. So jangan malas makan vitamin Shakleee ok !
.

Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com

Cara dan Tips Mengandung Anak Perempuan

Alhamdulillah, sehingga kini kami telah dikurniakan 2 anak lelaki dan seorang perempuan walaupun tanpa merancang jantina. Cuma untuk kali ke-empat nanti, sajalah hendak cuba-cuba untuk merancang jantina anak. Mana tahu menjadikan. Bolehlah menambah peratusan kesahihan teori, tip dan petua mendapatkan anak perempuan di bawah ni.

Petua untuk mendapatkan anak perempuan berdasarkan hukum sains dan kitaran haid.


Untuk mendapatkan anak perempuan, sperma suami perlu membawa kromosom X dan bergabung dengan ovum yang sememangnya hanya mempunyai kromosom X juga.

Secara asasnya, wanita adalah hasil percantuman kromosom XX, manakala lelaki pula XY.  Jadi beribu-ribu sperma lelaki, terdiri dari X dan Y.

Jika X yang berjaya dan bercantum, maka hasilnya adalah XX iaitu bayi perempuan.

Jika kromosom Y yang berjaya, hasilnya adalah bayi lelaki iaitu XY.

Bayi perempuan adalah hasil percantuman kromosom XX dari ibu dan ayah.
Jadi, secara teorinya, benih lelaki yang menentukan jantina. Kalau berderet ja anak lelaki atau berderet ja anak perempuan, jangan salahkan isteri ya.

Ciri-ciri benih lelaki juga berbeza. 


  • Benih Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati. 
  • Benih X lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
  • Benih Y lebih tahan cecair yang beralkali.
  • Benih X pula lebih tahan dalam cecair berasid.
Berdasarkan sifat-sifat ini, kita boleh mencuba untuk merancang mendapatkan anak perempuan.

Pemakanan:


Makan makanan yang bersifat asid dan elakkan makanan bersifat alkali. Makanan bersifat asid seperti limau, asam, nenas dan cuka. Elakkan makanan bersifat alkali iaitu makanan laut. Pilih ayam dan daging berbanding sotong, udang dan ikan.

Apa-apapun 3 bulan sebelum konsepsi lagi, ibu patut mula ambil asid folik (B Complex) ya.

Kitaran Haid dan Waktu Subur


Kenal pasti hari subur diri sendiri. Biasanya adalah hari ke 14 jika kitaran 28 hari. Namun setiap orang berbeza. Kenal pasti cara kita waktu subur dan ciri-ciri waktu subur di sini atau dengan bantuan alat kesuburan khas, OPT (Ovalation Prediction Kit). Elakkan berhubungan seks pada hari subur kerana kebarangkalian kromosom Y yang pantas dan laju yang akan bercantum dengan X, nanti jadi anak lelaki. 

Maka, lakukan aktiviti seks selepas haid, sebelum waktu subur. Boleh lakukan, selang sehari. InsyaAllah, harap2nya, sperma dengan kromosom X yang bertahan lebih lama, boleh bertahan sehingga waktu subur tiba. Selepas tiba waktu subur, stop. Jangan bersetubuh selama 5 hari bermula dari waktu subur.

Contohnya, period day 1-7. Lakukannya pada hari ke 8- 12. Waktu subur untuk kitaran haid 28 hari adalah hari ke 12 - 16 secara teori. Stop mulai hari ke 12 hingga ke 16. Seterusnya ada hari tidak subur.

Ingatlah ini teori ja. Janganlah sampai bergaduh laki bini sebab nak planning jantina yang belum tentu sahih ni. Kena berbincang bersama. OK !!! Ia hanyalah teori dan bukan 100% tepat !!!!!

Yang alami masalah haid tidak teratur, boleh usaha dengan GLA.

Formula mendapatkan anak perempuan mengikut kalendar Cina.   


Kalender Cina Peking untuk tentukan jantin anak lelaki atau perempuan

Cara guna Kalender Cina untuk mendapatkan anak perempuan ni :

Contohnya, usia ibu ketika mula mengandung 33 tahun dan mula mengandung bulan November, jadi jangkaan bayi adalah anak perempuan.

Contoh lain, usia ibu 34 tahun, persenyawaan dan mula mengandung, bulan Februari, jadi bakal mendapat anak perempuan. Begitu juga jika mula mengandung bulan April, Mei, Jun, Julai, September dan Oktober.

Jika plan nak anak lelaki pula di usia ibu 35 tahun, bulan Januari, Februari, April, Ogos, November dan Disember boleh mula mengandung.

Hehe, boleh percaya ka? Saya pun tak pasti bagaimana masyarakat Cina Peking boleh mengkaji dan jumpa formula ni.. Yang pasti, semuanya ketentuan Allah. Suka suka nak buat bolehlah.

Mai saya test untuk anak-anak saya yang dah selamat dilahirkan, adakah ia tepat dalam mendapatkan anak perempuan dan anak lelaki. Sukar juga nak tentukan sebab saya tak plan jadi tak pasti anak-anak ni disenyawakan bila.. Hehe.. Jadi, saya check conception date berdasarkan tarikh lahir mereka.

Anak pertama : 25 tahun - Lelaki - Birthdate 26/12/2007. Conception date 31/3 ke 7/4.
Anak kedua : 28 tahun - Perempuan - Birthdate 26/1/2010. Conception date 1/5-9/5.
Anak ketiga : 31 tahun - Lelaki - Birthdate 18/12/2013. Conception date 23/3-31/3.

Cuba korang check, mengena tak?

Lagi tip mendapatkan anak perempuan, adalah berdasarkan posisi semasa melakukan persetubuhan dan teknik tertentu sewaktu klimaks. Ini, saya baca sendiri-sendiri ja. Hehe.. Boleh google kalau nak cuba. :P. Jangan lupa amalkan Set Kehamilan Shaklee untuk kesihatan ibu dan bayi.


        
By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382

Cara buat air selusuh sendiri untuk mudahkan bersalin

Air selusuh ni tak asing lagi bagi ibu mengandung yang bakal lahirkan anak. Petua air selusuh ni petua orang melayu turun termurunlah. Tujuannya untuk membantu melancarkan dan memudahkan proses kelahiran. Memandangkan kita orang Islam, eloklah air yang bertujuaan memudahkan kelahiran ni di baca dengan ayat-ayat suci Al Quran.



Air selusuh cara mak saya punya simple ja. Baca selawat dan rendam akar fatimah dalam air. Wah..satu tumbler besar tu buat bekalan ke hospital. Mak saya pesan mula minum bila dekat due date atau kalau dah turun tanda. Selain tu, saya tak tinggal pil kalsium untuk ibu hamil kerana dapat kurangkan komplikasi semasa meneran. Maklumlah baby nak keluarkan dari tempat yang kecil. Ok, mari saya nak kongsikan cara buat air seluruh sendiri yang Ustaz Don kongsikan sebab dia pun buat sendiri juga.

Cara D.I.Y Air Selusuh untuk mudahkan bersalin ..

( Tip dari Ustaz Don )

1. Mula-mula baca Al-Fatihah



2. Kemudian baca Surau Al- Hasyr dari ayat 21 ke 24.


لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.


هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


3. Baca pula Selawat Syifa'



Maksudnya ,
"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W.yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawardan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakitserta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatandan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda. "

4. Tambah dengan doa khas untuk air selusuh ni..


Maksudnya,
" Ya Allah, dengan hak Maryam juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya ( nama bakal ibu / isteri ) penderitaan bersalin dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

5. Penutup dengan Doa Pemudah


Maksudnya,
" Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, Ya Allah sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin.
Siap.. Korang boleh pilih nak buat air selusuh sendiri untuk mudahkan bersalin dengan Tip Ustaz Don ni atau boleh ja rendam air akar fatimah tu dan selawat banyak2. Dulu saya tak tahu cara ni, jadi mak saya baca ja doa2 yang dia tahu. Sekarang ni dah dapat panduan dari Ustaz Don, bolehlah cuba untuk bakal anak ke 4 nanti. InsyaAllah.

Nak tahu supplemen penting yang saya syorkan untuk membantu proses kelahiran?

Minuman Bertenaga ESP dan Kalsium Ostematrix.

Kenapa?

Semestinya kerana ibu memerlukan tenaga semasa proses kelahiran. Jadi, minumlah ESP juga selain air selusuh. 

Kalsium Ostematrix pula membantu otot lebih fleksibel untuk merenggang semasa bayi keluar dari ibu. Kalsium diakui dapat membantu komplikasi semasa proses meneran.

By: Ida Khairani
Phone / Call / Whatapps : 013 488 2382





Jika artikel ini berguna, kongsikan. Semoga bermanfaat buat orang lain juga.

Omega Guard untuk GDM ibu mengandung

Kalau rujuk entry saya ini 5 Supplemen Wajib untuk Ibu Mengandung untuk cergas, saya tak masukkan Omega Guard. Namun jika ibu mengalami GDM iaitu gestational diabetes mellitus iaitu ringkasnya kencing manis semasa mengandung, anda disyorkan tambah Omega Guard dalam regimen kesihatan anda. Omega bagus untuk menurunkan paras gula anda ya!



Testimonial Ibu GDM Mengambil Set Ibu Mengandung Shaklee + Omega Guard 






Pengalaman ada GDM masa pregnant Saya mula kesan gdm masa 18 minggu lepas buat mgtt. Ujian minum air gula.. Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo.. Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara.. Bila lambat makan.. Cepat hypo.. Bacaan gula 3..

Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+.. Pening juga dibuatnya.. Masa tu kebetulan Start mkn omega guard.. Tak fikir sbb gdm pun tapi utk perkembangan bayi.. Lepas beberapa minggu makan omega mmg perasan perbezaan ketara.. Satu..sangat kurang hypo... Bangun pagi tidak kelaparan.. Gula dlm 4-5 mcm tu.. Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu.. Makan secara sederhana.. Tidaklah sikit sangat..

Yang paling ketara rasa ialah.. Masa omega guard habis.. Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat .. Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula.. Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.

Masa tu baru betul betul realize yg omega tu really helps in controlling appetite n also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli n start mkn balik 3 biji sehari hingga lah bersalin.. Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy..

Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size mmg good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah.. maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. Sebab tu yg jadi jatuh hati sgt dengan omega guard ni.. Sampai sekarang..

Kisah hamil dengan gdm Safiya Utk manfaat org lain Utk pengetahuan , saya Ambil Full set. ( nanti org ingat mkn omega je😀)

Omega bagus untuk kawal gula kesihatan jantung dan mata


Sekiranya anda mahukan set ibu hamil lengkap dengan omega guard dengan mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!




Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.



Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam Pos ke seluruh Malaysia

5 Supplemen Penting Ibu Mengandung Supaya Kekal Cergas

Terdapat sekurang-kurangnya 5 Vitamin dan Supplemen Penting untuk Ibu Mengandung Kekal Cergas dan Demi Kesihatan Bayi dalam kandungan. Keperluan 5 vitamin dan supplemen ni sangat mustahak dan ideal supaya dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, bayi kurang berat badan dan kelahiran pra matang juga supaya ibu sendiri kekal cergas sepanjang kehamilan yang indah.



Oleh sebab itu, sangat mustahak ibu mengandung mengambil makanan seimbang supaya nutrisi sampai pada bayi yang dikandung juga mencukupi untuk ibu sendiri kekal cergas dan sihat. Ibu yang tidak fit dan kurang nutrisi juga berisiko untuk alami anemia, tekanan darah rendah, low hb atau rendah hemoglobin, kencing kotor atau UTI dan beberapa sakit lagi.



5 Supplemen Penting yang dapat membantu ibu mengandung kekal cergas adalah :

1. Vitamin Ibu Mengandung : B Complex


Asid folik merupakan sebahagian dari vitamin B yang kritikal untuk ibu mengandung. Seawal merancang untuk hamil ibu harus mengamalkannya dan ia menjadi lebih penting bila trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik membantu mengurangkan kecacatan tulang belakang bayi iaitu tiub neural. Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari hingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ada ibu yang dinasihatkan doktor untuk ambil high dos bila ada sejarah iaitu kecacatan tiub neural untuk kehamilan dahulu dan pernah mengalami kencing manis.

B Complex Shaklee yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik dapat membantu ibu mengandung. Ia turut dilengkapi B12 yang membantu penyerapan yang optimum asid folik. Malah vitamin B yang lengkap dapat membantu menambah darah. Paling penting, fungsi vitamin B untuk metabolisme membantu ibu mengandung supaya kekal cergas.

2. Vitamin Ibu Mengandung : Vitalea

Ibu mengandung yang mengalami low hb iaitu rendah kandungan hemoglobin berisiko untuk melahirkan bayi kurang berat badan. Low Hb juga membuatkan ibu mudah pening, tidak cergas dan berisiko mendapat anemia. Ibu mengandung dinasihatkan untuk mengambil makanan tinggi zat besi.

Vitalea dengan formula zat besi telah lama digunakan oleh ibu mengandung. Dicipta dengan kajian mendalam supaya zat besi diserap dengan lebih baik untuk membentuk hemoglobin yang mengangkutkan oksigen ke seluruh badan. Ikuti pengalaman ibu mengandung ini yang sering alami hb low tetapi berjaya atasinya selepas mengamalkan Vitalea Shaklee.



3. Vitamin Ibu Mengandung : Ostematrix


Kandungan utama Ostematrix adalah kalsium. Ostematrix diperkaya dengan magnesium yang membantu penyerapan kalsium. Ibu hamil perlu ambil bagi pembentukan tulang dan pertubuhan gigi bayi terutama semasa trimester ketiga.

Ibu mengandung juga sering alami kejang otot dan susah bergiat cergas. Tahu tak kurang kalsium adalah punca utama ibu alami kejang otot. Untuk mengelakkan kejang otot, ketidak selesaan semasa tidur atau bila bangun tidur dan kerosakan gigi ibu sendiri, wajiblah ibu mengandung amalkan kalsium yang mencukupi.

Kekurangan kalsium yang serius juga mendedahkan ibu mengandung pada risiko pre-eklampsia dan yang membawa maut pada ibu dan kandungan. Dos yang dicadangkan adalah1300 mg untuk ibu mengandung berumur 14-18 tahun dan 1000mg untuk ibu mengandung 19-50 tahun. Ostematrix Shaklee mengandungi 1000 mg untuk 4 tablet harian.

4. Vitamin Ibu Mengandung : Vitamin C

Vitamin C penting untuk ibu mengandung cergas demi mengelakan penyakit. Ia membantu menguatkan sistem imun badan. Selain itu Vitamin C membantu menguatkan kandungan dengan cara menguatkan plasenta, menyembuhkan luka, mengurangkan stretch mark, menggalakkan pembinaan colagen untuk pembentukan struktur otot, rawan dan tulang janin.

Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi secara optimum. Jadi ibu mengandung digalakkan mengambil serentak dengan Vitalea. Pengambilan Vitamin C ketika mengandung juga memberi bonus kepada ibu hamil dari segi kecantikan kulit. Vitamin C adalah vitamin larut air dan tidak disimpan di dalam badan jadi ianya diperlukan setiap hari oleh badan. Vitamin C yang dilengkapi dengan teknologi sustained release membantu membekalkan vitamin C dalam badan selama 5 jam.

5. Supplemen Ibu Mengandung : Protin ESP

Protin adalah sumber utama pembinaan sel dan anggota badan bayi dalam kandungan. Protin juga membantu ibu mengandung untuk lebih cergas. ESP adalah sumber protin dari soya yang merupakan sayuran jadi ia tiada kolestrol dan rendah lemak. Memandang ibu mengandung mudah penat, sering loya dan tidak lalu makan jadi minuman protin membantu memberi tenaga dan tampung keperluan protin yang penting.


Pengalaman ibu mengandung ini yang mengambil supplemen Shaklee membantunya lebih cergas hingga mampu berpuasa dan bonusnya kulit bayinya lebih cerah.



Bagi ibu mengandung yang masih berkira-kira untuk mengambil supplemen, anda boleh menghubungi saya untuk berunding tentang keperluan anda mengikut budget anda dan suami. Kepentingan supplemen sangat perlu dititik beratkan demi kesihatan bayi dan ibu sendiri kekal cergas. Namun, sebagai ibu mengandung anda seharusnya sedaya upaya mengambil makanan berkhasiat dan seimbang juga melakukan pemeriksaan berkala supaya tahu tahap kesihatan bayi dan ibu.




Sekiranya anda mahukan set ibu hamil cergas dengan mendapat vitamin semulajadi Shaklee yang terbukti berkesan, dapatkannya dengan saya. Sebarang pertanyaan termasuklah cadangan mengikut budget anda, boleh hubungi saya sekarang juga!




Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.



Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam Pos ke seluruh Malaysia

Normalkah sakit pinggang selepas bersalin?

Ramai sebenarnya ibu yang mengadu sakit pinggang selepas bersalin selain sakit belakang, penat lebih, lenguh sana sini.. Lepas bersalin anak kedua atau ketiga selalunya. Taklah seteruk saya, masa anak pertama dah sakit tulang mengalahkan orang tua.



Percaya atau tidak? Kesakitan yang saya alami dulu, sakit sampai nak terlepas anak yang tengah dukung tak sampai 5 minit.. Sudah SELESAI ! Dan tak berulang walaupun sekarang dah tambah 2 orang anak lagi !

Kisah sakit tulang ni bermula bila bersalinkan anak pertama sebelum bertukar menjadi super ibu ! Pengalaman saya itu saya kongsikan dalam video ni termasuklah apa yang saya buat sampai sekarang.



Ironinya, nak compare dengan usia 26 tahun dan sekarang 33 tahun, saya sekarang lebih kuat & cergas. Feel young, be young gitu ! Doa saya dengan amalan pemakanan saya sekarang ni berterusanlah kuat & cergas sampai 50 tahun lagi !

Tinggi saya 150 cm ja. "Tinggikan ?" Itu pun dah menunjukkan yg saya ni kurang kalsium tapi sebab kurang ilmu & ingat sebab genetik semata, saya relax ja. Jadi mak-mak yang memang rendah, comel macam saya ni, anda WAJIB ambil kalsium ok ! Sebelum keadaan bertambah kronik !

Kronik mcm mana? Sebelum kita sakit gigi, sebelum kita sakit punggung, sebelum kita sakit pinggang, sebelum kita tak larat nak dukung anak, sebelum baby kita gigi rongak, sebelum baby kita tak berapa nak tinggi, sebelum kita jadi nenek si bongkok tiga, sebelum lutut kita sakit, sebelum sibuk nak cari tempat duduk bila shopping, dalam LRT dan tunggu turn untuk sebarang urusan.

Apa Simptom Kekurangan Kalsium? Please take note ya. 


Tanda Kekurangan Kalsium yang akan beri kesan pada Otot dan Saraf 

- Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut,
- Jari-jari tangan dan kaki.
- Kejang otot
- Wheezing(pernafasan berdehit)
- Susah menelan
- Suara berubah akibat laryngospasm

Tanda Kekurangan Kalisum yang akan beri kesan pada saraf

- Mudah marah
- terjejas keupayaan intelektual
- kemurungan
- perubahan personaliti
- Letih
- Sawan
- pergerakan yang tidak terkawal

Gejala Kekurangan Kalsium yang akan beri kesan pada Jantung 

- Sesak nafas
- Tanda-tanda lemah jantung sepeerti cepat penat

Simptom Kekurangan Kalsium yang akan beri kesan pada Kulit 

- Rambut kasar
- kuku rapuh
- Psoriasis (sakit kulit)
- Kulit kering

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium yang mungkin anda boleh dapat

- Kekejangan atau cramp otot
- sukar/susah nak tidur
- Perasaan berdebar2
- Eczema
- penyakit kulit
- Rapuh kuku
- Sakit Sendi
- Tekanan darah tinggi
- Gigi reput
- Paras Kolestrol timggi
- Kebas-kebas kaki dan tangan
- Rheumatiod arthritis
- Rickets

Disebabkan saya ibu, saya tak nak perkara yang sama terjadi pada ibu-ibu lain di luar sana. Tugas kita bukan setakat mengandung dan bersalin ja ok! Tugas mendidik anak tu lagi besar dan lagi panjang. Jadi jangan pandang remeh sakit pinggang yang ibu alami kerana ia tidak normal. Cari penyelesaian segera ! Tolong ibu bapa anda di kampung juga dengan supplemen kalsium yang murah tetapi tetap berkesan ini untuk membantu meringankan kesakitan mereka.

Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Asal mengandung ja penat. Asal penat ja mengandung. Belum kira MC lagi tu. Ramai wanita hadapi situasi macam ini. Bukan anda seorang. Berbeza dengan ibu mengandung lain, kawan saya ni berjaya mendaki walaupun mengandung 7 bulan. Makanan sihat untuk ibu mengandung sangat penting untuk ibu hamil kekal aktif.



Nak tahu rahsianya? Ni beliau cerita sendiri tau. Boleh follow tip yang diberikan.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Apa makanan sihat untuk ibu mengandung yang mereka perlu ambil?



Hidangan makanan ibu mengandung harus merangkumi variasi makanan dari 4 kumpulan makanan ni ok.

  • BUAH dan SAYUR. Yang terbaik adalah buah segar. Kalau sukar dan lebih suka yang sejuk, dalam tin, buah kering atau dalam jus pun boleh. Asal ibu hamil nak makan. Ambil 5 hidangan buah dan sayur sehari kerana makanan ni kaya vitamin dan serat! Buah epal hijau dan mangga adalah antara buah kegemaran ibu mengandung yang sihat dan sedap!
  • Makanan BERKANJI. Roti, nasi, pasta dan kentang ! Pelbagai menu untuk penuhi selera ibu. Tak lalu? Ambil sekadar yang lalu dan boleh ulang ulang makan :). Waktu mengandunglah anda boleh makan tanpa rasa bersalah.
  • Makanan kaya PROTEIN. Contohnya daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Walaupun ibu mengandung sangat digalakkan ambil makan berprotein, kawal makanan makanan yang sangat berminyak dan tinggi kolestrol, paling baik pilih yang kurang LEMAK. Kita tak nak ibu mengandung yang tinggi kolestrol. Bukan saja tidak sihat, malah takut nanti susah nak turun berat selepas melahirkan nanti.
  • Tenusu : Susu, keju dan yagult yang kaya KALSIUM. Penting ibu hamil ambil kalsium demi pembinaan tulang bayi dalam kandungan tu. Gigi bayi pun insyaAllah tumbuh elok dan cantik ja nanti kalau ibu mengandung mengamalkan kalsium mencukupi sejak dari awal.

Walaupun tak lalu makan, ibu mengandung support la nutrisi diri dengan supplemen sekurang-kurangnya. Bukan saja badan cergas, mood pun gembira dan tenang ja tau. Saya pun wajib ambil sebab masa mengandung anak ketiga-tiga, saya perlu menjaga kedua anak saya yang kebanyakkan masanya seorang diri. Ini kerana, suami saya sering out station.

Alhamdulillah, makanan sihat untuk ibu mengandung banyak membantu saya kekal sihat dan aktif juga melahirkan bayi yang cerdik juga. Saya mengamalkan B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix ! Supplemen asas ni saya ambil dari mengandung hinggalah sekarang. Lagi best, lepas mengandung, cepat SLIM tau ! Yeahh !!! Jom cergas sama2 !

Ida Khairani
013 488 2382
admin@mysupervitamins.com

Cara Nak Ganti Puasa Bagi Ibu Hamil

Semasa nak berpuasa, kita kena sahur. Tujuannya untuk kekuatan semasa berpuasa nanti. Macam mana kalau masih lagi lapar, penat nak tak bermaya. Apa cerita pula kalau ibu hamil yang ingin berpuasa? Makanan apa yang dapat bantu kita cergas dan kurang lapar semasa berpuasa?


Untuk membantu kita kekal cergas semasa berpuasa, tipsnya adalah

- Minum banyak air kosong semasa berbuka hinggalah waktu sahur.
- Tip : Anda boleh support dengan Performance Drink Shaklee yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan seterusnya mengurangkan dahaga.

- Ambil protein supaya kekal kenyang lebih lama. Makan sekurang-kurangnya 1-2 biji kurma sehari.
- Tip : Anda digalakkan minum ESP semasa bersahur supaya membantu anda kenyang lebih lama memandangkan ESP hanya membebaskan glukos secara perlahan di dalam darah.

- Ambil vitamin untuk bantu proses penghadaman makanan
- Tip : Vitalea membantu tindak balas kimia dalam badan dan B Complex membantu menukarkan makanan ke bentuk tenaga menyebabkan kita kekal cergas walaupun tidak makan sepanjang hari semasa berpuasa.

Betulkah vitamin Shaklee dapat membantu untuk ganti puasa ni? Mampukah ibu hamil berpuasa di kala sarat mengandung?


Puasa Tapi Tetap Bertenaga.. from iReach HD on Vimeo.

Walaupun berpuasa, pastikan rutin harian tetap dapat dilakukan seperti biasa. Banyakkan amalan sunat. Berpuasa bukan alasan untuk kita jadi tidak cergas dan banyak tidur. Ambil minuman secukupkan dan amalkan makanan tambahan untuk mengelakan rasa lapar dan penat semasa berpuasa. Namun, ibu hamil yang sangat tidak berupaya untuk berpuasa, Islam membenarkan ibu untuk membuka puasa dan menggantikannya di kemudian hari.


Ida Khairani Ahmad
www.mysupervitamins.com
013 488 2382

Petua Cergas Semasa Mengandung

Pejam celik pejam celik tak lama lagi kita nak puasa balik dah. Jadi, makin ramailah ibu yang mula berkira-kira nak ganti puasakan. Ada pula tu, belum sempat nak merancang, tiba-tiba kena buatan orang pulak, mengandunglah kiranya tu. Dari hari ke hari bertangguh nak qada puasa sebab nak tunggu hilang morning sickness. Jadi saya kongsikan Petua Cergas Semasa Mengandung ni.

Bagi yg muslim, puasa tak semestinya jadi alasan untuk produktiviti makin jatuh. Betul tak?. Malah, kita patut lebih cergas daripada biasakan? Buktikan kita muslim dan muslimah sejati, puasa ke tak puasa ke kita cergas seperti biasa !!! Off topic, korang ada tengok tak video viral orang Pakistan yang join rancangan realiti Koreo tu. Ha, puasa pun boleh masuk amazing race gitu! Macam tu la kita nak !

Kalau amalkan Petua Cergas Semasa Mengandung ada bonus yand super dooper best lagi. Nak tahu kena tonton video pengakuan ni!

Hah, Siapa2 yg tengah pregnant sekarang ni, cubalah rahsia kami untuk kekal cergas ni. Adakah ni petuanya? Yang sentiasa BERKESAN, SELAMAT & MESRA ALAM.

Saksikan kehebatan dan perkongsian ibu ni yang berjaya kekal cergas semasa mengandung selepas berjaya atasi dilema dan rasa tak mampu pun nak berpuasa.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Akak ni 
(video from iReach HD on Vimeo)

Bukan ini sahaja, saya juga nak kongsikan Tip Menangani Keletihan Semasa Hamil dan Petua Cergas Semasa Mengandung, hasil dari amalan ibu- ibu lain. Ibu boleh cuba semua petua ataupun pilih yang mana mampu dan sesuai dengan dengan keadaan diri masing-masing.


  • Tidur 8 jam sehari. Cuba letakkan bantal di bawah kaki dan di celah kaki jika sering alami kejang dan tidur yang tidak selesa. Pokoknya cari posisi yang paling best !
  • Makanan buah dan sayuran contoh yang mudah dan power adalah PISANG untuk beri tenaga.
  • Makan sedikit dan kerap terutama bila nak atasi mabuk laut nak kekalkan tenaga
  • Minum air dengan banyak. Bila rasa mengantuk ja minum air. Kalau perlu berjalan ke peti ais lagi dapat elakkan mengantuk.
  • Minta suami, anak- anak atau upah pembantu untuk buat kerja rumah jika berdiri lama memenatkan anda. Bila lagikan?
  • Minum susu suam @ ambil kalsium atau mandi sebelum tidur membantu sesetengah ibu hamil untuk tidur lebih nyenyak dan pasti mengurangkan letih bila bangun dari tidur kelak.

Ujian ini tak lama. Jangan risau. Semuanya pasti berbaloi dan hilang dengan kelahiran permata hati nanti.


Ida Khairani
013 488 2382

Rahsia Dari HB Low Terus Naik Sampai Nurse Terkejut

Adakah perkara biasa jika ibu mengandung mengalami lemah, letih lesu, cepat penat, muka pucat, senang pening, cepat mengantuk dan 'weng' atau rasa nak pitam bila bangun cepat dari duduk yang lama.. Walaupun ramai ibu mengandung mengalaminya, mungkin keadaan yang kerap dan berlarutan adalah petanda ibu sedang alami anemia iaitu gejala kurang darah yang mengganggu aktiviti ibu.



Kisah yang sama dialami oleh ibu hamil ini. Mengandung anak pertama, kedua dan ketiga memang asyik kena berleter dengan nurse apabila bacaan HB adalah di bawah paras normal. Dua kali mengandung, dua kali juga bacaan HB tetap rendah. Tiga kali mengandung, masih sama. Semuanya berubah apabila beliau sedar dan mengambil langkah drastik yang belum pernah beliau fikirkan sebelum ini.

Apa Maksud Anemia dan Apa Tanda-tanda Anemia ?


Anemia ni adalah keadaan dimana darah kekurangan protein yang disebut sebagai hemoglobin(Hb). Tugas hemoglobin ini sangat penting bagi tubuh manusia, terutama untuk mengedarkan oksigen dan nutrisi ke seluruh bahagian tubuh. Oleh kerana inilah simptom anemia dirasakan oleh ibu mengandung. Selain dari simptom tadi seperti lemah, letih lesu, cepat penat, muka pucat, senang pening, cepat mengantuk dan 'weng' atau rasa nak pitam bila bangun cepat dari duduk yang lama.. , tanda - tanda hemoglobin rendah ( HB Low ) termasuklah sakit perut, mual, muntah, diarrea, demam dan sembelit .

Kenapa Anemia boleh terjadi pada ibu mengandung dan apa puncanya? Ibu mengandung mengalami kurang darah atau anemia mungkin disebanbkan peyakit, kurang nutrisi, gaya hidup yang kurang sihat, pendarahan atau bleeding.

Kita boleh mengurangkan RISIKO ANEMIA dengan gaya hidup yang sihat, tidur yang cukup, tidak merokok dan jaga pemakanan dan makan dengan teratur.

Fungsi Zat Besi Pada Ibu Mengandung Yang Anemia


Zat Besi merupakan elemen penting yang berguna untuk membantu membentuk sel darah merah. Suplemen zat besi harus diambil jika kadar hemoglobin ibu mengandung terlalu rendah. Macam mana nak tahu? Melalui pemeriksaan berkala di klinik kesihatan lepas kita dah disahkan mengandung.

Berapa dos zat besi yang ibu mengandung perlukan?


Ibu mengandung perlukan 28 mg zat besi. Dalam 1 tablet Vitalae ada 9 mg zat besi. Jika kita mengalami tanda-tanda anemia dan nak up dos zat besi, jangan dulu. Minta nasihat dari doktor dulu. Ini kerana kelebihan zat besi boleh mengakibatkan kesan sampingan lain.

Oh ya.. Saya nak kongsikan cerita ibu yang berjaya mendapat bacaan hb normal untuk ibu mengandung sampai nurse pun terkejut!. Kenapa terkejut sangat? Sebab sepanjang mengandung, beliau tak pernah berjaya mendapat bacaan HB normal..

Berapa Bacaan HB Normal ni?


Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Untuk ibu mengandung, bacaan hb yang normal ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Testimonial HB Naik Selepas Amalkan Shaklee Sampai Nurse Terkejut !



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Selain dari vitamin ibu mengandung yang sangat mudah diamalkan dan terbukti berkesan, ibu mengandung yang rajin boleh juga menikmati makanan yang kaya zat besi sebagai usaha untuk meningkatkan hemoglobin dan menurunkan risiko anemia.


Makanan untuk meningkatkan hemoglobin – mencegah dan mengatasi kurang darah (anemia)


Hemoglobin akan terbentuk dalam tubuh ketika kita makan-makanan yang kaya hemoglobin. Berikut ini tentang sumber makanan yang menyediakan semua elemen yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin .

1 . Makanan Laut :

Seafood adalah makanan sumber hemoglobin. Berbagai jenis makanan laut seperti tuna, kerang, siput lele, salmon, tiram dan sardin merupakan sumber hemoglobin yang baik.

2 . Daging :

Daging adalah sumber makanan paling kaya hemoglobin. Daging juga mengandung vitamin B – 12, yang juga berguna untuk membantu menjaga paras zat besi yang normal dalam tubuh. Daging merah adalah sumber hemoglobin terbaik.

3 . Telur :

Kuning telur merupakan sumber yang juga sangat kaya hemoglobin. Kuning telur kaya zat besi yang membantu tubuh penghasilan hemoglobin.

4 . Produk Susu :

Produk susu seperti susu, dadih dan keju juga merupakan sumber hemoglobin yang baik.

5 . Kacang-kacangan :

Kacang-kacangan seperti kacang buncis, kacang tanah atau kacang hijau mengandungi jumlah zat besi yang baik. Labu dan biji labu juga dapat membantu untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah .

6 . Sayuran :

Sayuran seperti bit dan bayam, yang banyak tersedia di pasar sangat membantu dalam pembentukan hemoglobin. Hal ini membantu untuk meningkatkan jumlah sel darah merah.

7 . Buah :

Buah-buahan juga merupakan sumber terbesar dari zat besi. Buah juga banyak mengandung antioksidan, vitamin, dan mineral, yang sangat penting bagi tubuh manusia . Buah yang kaya akan zat besi adalah kismis, anggur, tomata, epal, pisang, jeruk, strawberi .

8 . Rempah-rempah :

Rempah-rempah seperti thyme, jintan, oregano, kunyit, kayu manis merupakan sumber yang kaya zat besi. Oleh karena itu, jangan lupa untuk menyertakan rempah-rempah ini ke dalam diet Anda.

9 . Biji-bijian :

Biji-bijian seperti , tepung terigu, beras, beras merah, cereal dan roti juga merupakan sumber zat besi. Seluruh biji-bijian juga merupakan sumber serat terbaik.

10 . Buah kering :

Buah yang dikeringkan seperti aprikot, plum, kurma dan kismis adalah juga merupakan sumber hemoglobin. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah kering akan membantu dalam membentuk pigmen merah dalam darah.

11 . Coklat :

Berita baik bagi penggemar cokla. Coklat yang mengandungi 60% koko juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin. Dark cocolate adalah coklat terbaik bagi kesihatan, kerana mengandungi 65% koko.

Fakta zat besi:


  • Zat besi juga membantu untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 
  • Wanita memerlukan zat besi lebih sedikit daripada laki-laki . 
  • Wanita yang berusia antara 14-18 harus mengamalkan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi setiap hari. 
  • Mengambil makanan yang kaya zat besi sangat penting semasa menstruasi/period dan kehamilan. 
  • Tanda kekurangan zat besi termasuk cepat penat, lemah, sesak nafas, pening, mudah marah dan sakit kepala, tangan dan kaki merasa sejuk, kulit pucat, kuku rapuh, degupan jantung yang tinggi, serta kurang nafsu makan.


Perhatian :


Zat besi terutama sangat diperlukan tubuh dalam membentuk hemoglobin. Namun elakkan mengambil supplemen zat besi yang terlalu banyak. Upper toleransi atau mad makzima pengambilan zat besi adalah 45mg sehari. Kesan samping kebanyakan suplemen zat besi dapat menyebabkan gangguan perut, mual, muntah , cirit birit, demam dan sembelit.

Untuk itu sebaiknya ambil suplemen zat besi yang selamat, terjamin dan terbukti berkesan seperti Vitalea Shaklee di dalam Set Mengandung kami.


Ida Khairani
www.mysupervitamins.com

Order / Pertanyaan :
Whatapps / SMS : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD : Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam
Pos seluruh Malaysia

Mengambil zat besi tambahan ketika berpuasa dan hamil

Adakala zat besi tambahan disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan.

Anda masih perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi anda boleh mengambilnya selepas berbuka. Sesetengah wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air untuk mengelakkan sembelit, dan baca lebih lanjut mengenai cara-cara untuk menangani sembelit.





Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:
-daging;
-ayam;
-ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel);
-sayur-sayuran berdaun hijau;
dan, buah-buahan kering.

Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar.




Sumber


Disclaimer

Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.MySuperVitamins.com
Order Form & Email

Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)




Bolehkah hamil normal selepas kehamilan luar rahim?

Assalamualaikum. Saya nak sambung sikit lagi pasal info kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy. Dalam entry sebelum ni, saya cerita pasal 'Apa itu Kehamilan Luar Rahim, Simptom Awal dan Rawatan. Kali ni saya kongsi pasal boleh tak mengandung normal selepas pernah mengandung luar rahim.

Apakah yang dibuat bila kira suspect mengandung luar rahim kerana mengalami gejala-gejalanya. 
Bila kita merasakan kita mengandung, tetapi selepas scan tak nampak, doktor mungkin suruh datang kembali kerana bayi mungkin masih terlalu kecil untuk dikesan. Namun selepas beberapa minggu scan dilakukan masih tak nampak, doktor akan mengsyaki kehamilan luar rahim berlaku. Boleh rujuk rawatan untuk kehamilan luar rahim di sini. 


Selepas jalani rawatan untuk kehamilan luar rahim, wanita boleh berpantang dengan set berpantang shaklee untuk cepatkan proses pemulihan dan dalam masa sama menggalakkan kesuburan.

Benarkah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan?

  • Kebarangkalian untuk hamil adalah masih sama jika tiub falopia tidak rosak selepas kehamilan luar rahim. 
  • Keberangkalian untuk hamil rendah sedikit jika hanya ada 1 tiub falopia selepas yang satu telah pecah atau rosak teruk. Jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis, wanita lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes masing-masing.
Jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF. 

Sumber dan Credit


Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim. 

Mungkih Kehamilan Luar Rahim Akan Berulang?

Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku. 

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik. 

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda. 

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lama perlu tunggu untuk hamil kembali selepas jalani rawatan?

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi. 

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.

Semoga bermanfaat. InsyaAllah rezeki untuk anda mendapat anak yang akan mendoakan ibu bapanya akan tiba juga. Yang penting, jaga kesihatan dan terus berusaha.

Ida Khairani
013 4882382
http://www.mysupervitamins.com

Langkah Awal dan Rawatan untuk Kehamilan di Luar Rahim


Pada entry ini saya akan kongsikan langkah awal selepas wanita merasakan mereka hamil di luar rahim atau perasaan mengandung yang luar dari biasa. Untuk lebih terperinci tentang simptom awal dan lain-lain tanda, boleh rujuk entry ini 'Tanda Awal dan Mengapa Wanita Mengandung Luar Rahim'.

Apakah langkah awal yang perlu wanita lakukan jika merasakan simptom-simptom kehamilan di luar rahim?


Berjumpa doktor dan mereka mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim. 

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari. 

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub falopio.

Rawatan untuk kehamilan di luar rahim

Laparoskopi
kerana ia lebih cepat,  kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini. Wanita yang menjalani pembedahan untuk rawatan luar rahim tidak perlu tinggal lama di hospital dan kurang ubat penahan sakit yang diperlukan.




Pembedahan Perut Terbuka
Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. 


Perlukah tiub Falopio dikeluarkan bersama kehamilan atau tidak?


Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada: 
  • tahap kerosakan tiub falopio
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi
  • keinginan anda untuk hamil lagi

Tiub Falopia masih dapat diselamatkan dalam kehamilan luar rahim jika

Kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. Biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan ini kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka.

Ubat Metotreksat untuk Kehamilan di Luar Rahim
Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu. 

Tunggu dan lihat jika tiada pundi telur dikesan
Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. 

Sumber dan Credit

Adakah kehamilan luar rahim akan menyebabkan wanita menjadi tidak subur. Adakah kehamilan luar rahim akan berulang? Saya akan kongsikan di entry berikutnya..
Jika maklumat ini berguna, kongsikan.


Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor ID 846056


Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.