Showing posts with label Bengkak Susu. Show all posts
Showing posts with label Bengkak Susu. Show all posts

5 Petua Hilangkan Bengkak Susu dan Sakit Payudara Termasuklah Supplemen

Bengkak dan sakit di payudara berkemungkinan disebabkan oleh clogged duct iaitu liang susu tersumbat, bengkak susu, breast abscess dan mastitis.  Akibatnya payudara bengkak dan sakit.

Petua hilangkan bengkak susu dan sakit payudara dengan lecitin dan vitamin shaklee
Petua hilangkan bengkak susu dan sakit payudara dengan lecitin dan vitamin shaklee

Lebih teruk, payudara boleh jadi merah, keras, lebih besar dari biasa dan sangat sakit apabila tersentuh. Sebab tu penting untuk sentiasa mengosongkan payudara bila menyusukan bayi dan jika ada liang susu tersumbat, cepat-cepat sembuhkan.

5 Petua untuk Hilangkan Bengkak Susu dan Sakit Payudara :


  1. Gunakan kobis sejuk yang diletak di atas tetek yang bengkak.
  2. Potong ubi dan rendam di dalam air 15-20 minit, kemudian letak di kawasan payudara yang sakit 15-20 minit lagi.
  3. Sapu susu ibu sendiri di kawasan puting merekah dan mastitis.
  4. Rendam puting ibu dengan air garam selepas menyusu, dengan cara campur setengah sudu garam dengan 8 oz air.
  5. Amalkan supplemen yang membantu elak liang susu tersumbat, infeksi akibat imun rendah dan yang dapat mengurangkan kesakitan akibat mastitis dan bengkak susu.


Vitamin dan Supplemen yang dapat mengurangkan risiko saluran susu tersumbat, clogged duct, mastitis dan breast abscess adalah:


Lecitin Shaklee:


Lecitin yang bersifat mencairkan lemak, membantu mencairkan lemak dalam susu ibu sekaligus mengurangkan keadaan bengkak susu akibat liang susu tersumbat.

Lecitin supplemen elak saluran susu tersumbat
Lecitin supplemen elak saluran susu tersumbat


"Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts." Sumber.

Vitamin E Shaklee :


Vitamin  E juga sebagai supplemen digunakan untuk merawat mastitis. Kajian yang dibuat menunjukkan vitamin e memberi kesan baik untuk masalah mastitis. Vit E yg bersifat antioksida memberi perlindungan extra terhadap kuman yang boleh mengundang antara mastitis.

vitamin e shaklee untuk sakit mastitis, breast abcess, dustus tersumbat, bengkak susu
Vitamin E untuk kurangkan sakit akibat liang susu tersumbat



Vitamin C Shaklee :


Ini kerana mastitis boleh berpunca dari kuman dan bakteria. Vitamin C meningkatkan sistem imun dan memberi lebih perlindungan terhadap infection akibat jangkitan kuman dan bakteria. Malah, untuk kes ibu yang berulang-ulang kali dijangkiti mastitis dan hadapi masalah liang susu payudara tersumbat, ambillah vitamin c sejak awal.

Vitamin C shaklee bantu elak masalah liang susu mudah tersumbat dan mastitis yang berulang kali
Vitamin C bantu elak masalah liang susu mudah tersumbat dan mastitis yang berulang kali



Bawang Putih / Garlic Shaklee: 


Bawang putih bersifat anti radang dan antibiotik semulajadi dan disyorkan diambil untuk mengurangkan simptom mastitis.

Garlic Shaklee @ Bawang Putih bersifat seperti antibiotik membantu tingkatkan imun dan lawan infeksi
Garlic @ Bawang Putih bersifat seperti antibiotik membantu tingkatkan imun dan lawan infeksi



Testimonial Ibu Menyusu Hadapi Bengkak Susu :


Langsung tiada bengkak susu dengan pengambilan Lecitin
Langsung tiada bengkak susu dengan pengambilan Lecitin

Bengkak susu reda lepas ambil lecitin
Bengkak susu reda lepas ambil lecitin

Lecitin bantu kurangkan bengkak susu
Lecitin bantu kurangkan bengkak susu


Untuk mendapatkan supplemen dan vitamin untuk atasi masalah penyusuan seperti mastitis, liang susu tersumbat @ clogged duct, boleh hubungi pengedar shaklee ini di wasap.


Hari-hari awal Nuh Iman dan ESP penyelamat ibu

Pengalaman ibu dengan Energizing Soy Protein yang miracle


Semua orang tahu, kolustrum.. iaitu susu awal tak banyak.. Sikit sangat.. tapi yg sikit tulah cukup lengkap, powerful dan memadai utk perut newborn yg tersangat kecil. Jika mereka nangis, mungkin kerana masih nak sesuaikan diri dengan dunia baru seperti dah tak boleh nak berenang-renang mcm dlm rahim ibu dan suhu persekitaran yang berbeza..dah tak cozy macam dalam rahim ibu.. So kita just tenangkan mereka, hug, bengkungkan dan teruskan menyusu on demand basis.. Pasti, ia akan menenangkan mereka.


Namun, bila anak kita di NICU atau nursery hospital, kadang2 ada perkara yg diluar bidang kuasa.. Tahu-tahu.. Nurse top up dengan susu sebab anak kita menangis. Itulah pengalaman dengan Nuh Iman.


Nuh Iman dilahirkan pada pukul 9 malam secara normal, smooth dan dirahmati Allah..Alhamdulillah. Ibu pun boleh breastfeeding sebaik sahaja Nuh Iman lahir dan bermalam dengan Nuh Iman di labour room kerana wad penuh. Sepanjang di labour room, ibu memang bagi susu on demand. Alhamdulillah..pengalaman lepas menyusu Nazhan dan Iris banyak menyenangkan proses penyusuan dan bonding ni.


overnight 1st bonding dengan bayi
Overnight dengan ibu pada malam pertama di dunia. Best sangat..




Esoknya, dalam pukul 12-3 pm mungkin, nurse beritahu tak boleh discharge lagi sebab nak tunggu doktor check Nuh Iman, kerana cara Iman bernafas lain. Biasanya kalau kita bernafas, dada naik turunkan.. Nuh Iman, sampai otot di atas perut nampak turun naik..dan pernafasan agak laju. Bila doktor datang dan cerita, Abah tak ada time ni.. Ibu menenangkan diri sahaja. Bila cerita balik pada abah, menangis teresak-esak. Pengalaman pertama kali anak kena tahan nii.. Selalu sehari dah keluar..


Short cut,  Nuh Iman kena masuk NICU untuk monitoring dan ada facility untuk beri oksigen support dan monitor oksigen intake dan rate pernafasan. Then doktor tak bagi direct breastfeed sebab nak bagi antibiotic dan drip glukos serta bantuan oksigen. Darah diambil untuk cek jangkitan kuman. Semuanya adalah langkah berjaga-jaga tanpa sebarang pengesahan yang Nuh Iman ada masalah pernafasan. Ibu asyik tanya doktor, kalau dia sihat, tak apa ka beri antibiotik ni. Jawapannya, "Selamat dan kalau kita tunggu result baru nak bagi antibiotik nanti kuman merebak so lagi serius." So sad.. ibu tak suka dengan antibiotik sebenarnya kerana ia boleh mengganggu sistem pertahanan normal kita.


pengalaman anak di NICU
2nd night.. Iman tidur sorang-sorang :(


Ok, malam tu, Iman tidur sorang2 di NICU. Ibu abah teman sampai pukul 10 lebih. Esoknya, doktor cakap, rate pernafasan Nuh Iman improve. The good news ever, ibu boleh breasfeeding direct. Ibu pun menyusukan Iman dengan wayar2 yang masih berselirat itu. Bila Iman dah lena, ibu letak balik dalam incubator dan Iman terjaga dan nangis.. Ibu ambil dan breastfeed balik.. Bila settle, letak nangis lagi.. Bila nurse datang, anggapannya susu tak cukuplah. Short cut sungguh. Bila ibu pergi dan dan datang balik beberapa jam kemudian, nurse cakap dia top up susu.. Sukalah hati dia bila baby diam.. Huhu.. Frust sangat time ni..so ibu nekad nak tambahkan susu supaya nurse tak akan top up lagi.


teruskan penyusuan walaupun NICU
Kembali merasai nikmat susu ibu selepas beberapa jam ditahan


So, ibu terus pesankan abah bawakan ESP ke hospital. Alhamdulillah, ibu hanya minum sekali ja ESP  susu kolustrum dah mulai banyak..Ini kira belum sampai 48 jam kelahiran Iman. Susu memang meriah sangat.. both B bengkak..  Petang tu, Iman dah keluar dari incubator sebab rate pernafasan dah normal. Syukur.. Masa dalam incubator ibu dengan abah zikir dengan nada perlahan supaya Iman dapat follow dan bertenang..  lepas menyusu Iman dan dia lena, ibu akan pump di nursing room yang disediakan dan dapat dapat 2-4 oz kolustrum untuk 1 sesi. Bilik pun selesa.. Bila ibu selesa, lagi meriahlah susukan. Syukur sangat kerana Allah permudahkan rezeki susu buat Nuh Iman. Ibu doa, ibu-ibu lain pun dimurahkan rezeki susu buat anak-anak mereka.



ESP membantu banyakkan susu ibu
Hari terakhir di hospital sebelum discharge


Iman tak dapat discharge lagi sehinggalah keputusan darah keluar. So, dari hari Rabu Iman lahir, Khamis 1st day antibiotik sampailah Ahad result keluar NEGATIF. Iman sihat-sihat ja. Tak ada kuman pada paru-paru dan darah.. Mungkin Iman bernafas laju sebab saluran pernafasan agak kecil dan still nak adapt. Apa pun..Ibu & abah bersyukur sangat.. Pengalama yang sangat sayu buat ibu bapa bila anak kena tahan di wad dan kenangan yang sangat berharga buat kami. Kini kami lebih mengerti apa yang ibu bapa lain rasa bila anak sakit. Kami yang hanya suspected ni pun bagai nak luruh jantung.. apa lagi mereka. Dah balik, Iman pun tak kena kuning.. Susu masih banyak sehingga ke hari ini dan Iman dah 6 kg di usia 2 bulan dan sihat walafiat. Tq ya Allah.





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056





Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Bengkak Payudara

Apakah bengkak payudara?

Apabila ibu yang menyusukan bayi merasakan bahagian payudara panas, hangat, merah dan bengkak. Sedangkan susu tidak mengalir keluar.

Apakah punca berlakunya bengkak payudara?

  • bayi tidak menyusu dengan kerap
  • bayi diberi susu formula
  • bayi menghisap dari puting sahaja
Bagaimana nak mengelakkan bengkak payudara?
  1. Susui bayi sekerap mungkin sekurang kurangnya 8-12 kali dalam masa 24jam termasuk waktu malam
  2. Jangan bagi bayi minuman atau makanan kecuali susu ibu bagi bayi kurang dari 6 bulan kerana ia akan menyebabkan bayi kenyang dan kurang permintaan susu.
  3. Kosongkan payudara secara kerap dan teratur sama ada
  • beri bayi menyusu secara terus 
  • memerah susu dengan tangan atau pump untuk dibuat simpanan atau tidak
Bagaimana nak redakan bengkak payudara?
  • Tuam payudara dengan tuala panas/suam untuk rangsangkan hormon oksitoksin.
  • Perah/Urut payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya
  • Tuam dengan tuala sejuk antara/semasa penyusuan untuk mengurakan kesakitan
  • Pakai bra bersesuaian
  • Letakkan kobis sejuk di atas payudara
  • Mandi dengan air suam
  • Ambil supplemen Lecitin kerana ia boleh mengurangkan bengkak dan mengelakkan clog duct (liang susu dari tersumbat)

Jika berlarutan, ibu di minta berjumpa doktor kerana bengkak yang berterusan boleh membawa sakit yang lebih serius.
     


Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382 Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang 'jawapan segera' di bawah atau buat pesanan di order form ini

Turun 10kg dalam 4 bulan dengan Lecithin

Lecithin Shaklee sememangnya antara add-on yang glamer di kalangan ibu menyusu selain daripada vitamin E. Most of bf mommies mengamalkan lecithin daripada Shaklee ini dengan tujuan untuk me'reduce'kan inches di tubuh, especially perut dan peha. Lecithin juga terbukti berkesan untuk mengurangkan masalah clogged duct yang sering dihadapi oleh ibu menyusu. Lecithin juga bagus untuk kecantikan kulit dan lecithin juga bagus bagi ibu2 yang kerap menghadapi masalah pelupa.

Banyak faedahnya Lecithin ni. Bukan untuk wanita aje tau .. lelaki pun sama. Apapun, jom baca cerita Izan yang berjaya turunkan 10 kg dalam masa 4 bulan dengan Lecithin Shaklee ini.

Masa mengandungkan Hadif, anak ketiga..berat aku naik daripada 67 kg ke 80 kg. Masalah aku adalah sentiasa berselera makan dan tak pernak mabuk yang teruk - teruk .. Masalah ker tu? Alhamdulillah ... rezeki Allah bagi. Sekurang-kurangnya adalah juga kudrat nak mengadap suami & anak dara ngan teruna kat umah tu.

Lepas bersalin, anak aku kena jaundis pada hari ke2. Jadi tak dapatlah aku makan sebarang jamu atau herba. Masuk bulan kedua baru cuba2 nak makan jamu. Tu pun selang-selang jer. Sepanjang sebulan yang pertama..aku cuma makan Optimum Set Shaklee jer. Alhamdulillah .. badan rasa segar dah bolehlah aku menguruskan rumah seadanya. Lepas sebulan berat aku pun kembali ke 67 kg. Inilah hikmah menyusukan anak. Bab pantang makan memang aku jaga. Benda-benda sejuk & berangin memang tak dijamah. Lebih lebih lagi Hadif ada masalah umbilical hernia. Sebaik mungkin aku akan elakkan dia kembung sebab takut effect kat pusat dia. TAPI ... benda yang aku boleh makan macam nasi etc memang dibalun cukup2. Susu pun cukup malah terlebih2 sampaikan freezer tak muat. Masa ni, benda yang paling aku takut adalah BENGKAK SUSU. Tak sanggup rasanya menanggung bengkak susu.

Masuk bulan kedua, berat badan aku dah statik. Tak ada penurunan .. Masa ni lah aku mula study lagi pasal produk Shaklee. Maka, berjumpalah aku dengan LECITHIN. Lega ... lecitihin boleh mengurangkan risiko clog duct dan mengemulsifierkan lemak. Ada harapan berat turun lagi ni! Hehehe ... impian demi impian ... Tapi, dalam hati tak lah mengharap sangat sebab clog duct tu lah sebenarnya yang menghantui aku. Alhamdulillah, berat aku turun lagi dalam masa sebulan, 65 kg ... Kalori dibakar tanpa senaman atau control makan .. hanya breastfeed + buat kerja rumah jer.

Lepas cuti 3 bulan, masuk kerja semula dan aku masih 'setia' dengan lecithin. Tapi berat badan ni on off pulak .. turun naik 65-67 kg. Aku pun on off makan lecitihn .. kurang istiqamah. Membazir beli mahal-mahal tapi tak serius amalkan! Aku start disiplin balik & selepas 4 bulan berat aku turun ke 58kg. Sepanjang 9 tahun kahwin .. tak pernah lagi aku merasa berat di angka 50-an. Rasa genbira sangat bila ramai yang perasan perubahan ni. Baru susut yer!Bukan kurus lagi! Hahaha

Penurunan hampir 10 kg dalam masa 4 bulan

Syukur...alhamdulillah..


Credit





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Petua atasi bengkak susu

Bengkak susu terjadi apabila ibu tidak menyusukan bayinya atau mengepam susu pada satu jangka masa yang lama.

Simptom-simptom bengkak susu - Baca

Terdapat banyak petua yang diamalkan bagi mengatasi masalah bengkak susu selain dari menuam payudara yang bengkak dengan tuala panas dan teknik urutan. Bengkak susu yang tidak diatasi boleh menyebabkan demam dan seterusnya menyebabkan saluran tersumbat.

Antara petuanya
- Menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)
- Tekapkan daun kobis pada payudara
- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.
- Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

Apa pun petuanya pastikan anda kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding) dan mengepam susu apabila berjauhan dari bayi bagi mengelakkan masalah bengkak susu ini berulang.


Sumber