Lelaki meroyan ? Wujudkah kemurungan postpartum dalam kalangan lelaki ?
Selalu kita dengar suamilah yg paling happy bila isteri bersalin dengan selamat. Di dalam gambar semua senyum dan sengih sahaja. Yang nak tension atau meroyan selalu kita dengar isteri sahajakan.
Di belakang tabir, siapa yang tahu. Nak nak yang baru 1st timer menjaga isteri berpantang atau sudah punya anak yang ramai. Mungkin juga terpaksa hadapi saat pemergiaan anak yang baru dilahirkan.
Biar atau Lawan Depressi?? |
Pernah tak suami naik angin bila baby menangis tak berhenti.. ya jaga-jaga! Kalau tak ditangani segera memang boleh meroyan kalah ibu berpantang tapi secara perubatan tak adalah dipanggil meroyan tetapi kemurungan postpartum.
Sebenarnya saban tahun kes kemurungan di kalangan suami semakin bertambah. 1 dari 10 orang lelaki mengalaminya dan angka kian meningkat bila bayi mencapai 3-6 bulan usia. Ini yang dilaporkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
Jadi macam mana nak tanganinya ? Selalunya kalau bapak-bapak di Malaysia sure pendam ja kan. Mari kita ambil tahu simptom kemurungan ni.
10 Simptom Depression di Kalangan Lelaki Semasa Isteri Berpantang
1. Murung, rasa sedih
2. Hilang minat atau rasa gembira
3. Berat badan makin meningkat atau turun secara ketara
4. Sukar untuk tidur atau lewat bangun tidur
5. Resah, tak boleh duduk diam
6. Tak boleh fokus dan sukar buat keputusan
7. Rasa tidak dihargai
8. Dibelenggu rasa bersalah
9. Lesu, tak bertenaga dan asyik letih
10. Kerap terfikir untuk mati atau bunuh diri
Rasa-rasa ramai yang alaminya walaupun tidak semua. Yang penting tahap keterukkan simpmtom2 ini. Jika sangat teruk, ia boleh menjadi kes kemurungan serius.
Bertenang, tiada sebav anda harus menderita kerananya. Masalah kemurungan ni boleh diubati dan diatasi.
Cara atasi kemurungan di kalangan lelaki:
1. Jangan abaikan diri sendiri.Walaupun jaga baby dan isteri penting, kebajikan dan kesihatan diri juga tak boleh diabaikan. Pastikan cukup rehat, makan secara sihat dan berkeyakinan bahawa anda seorang bapa yang baik.
2. Sentiasa berkongsi dengan pasangan atau rakan.
Walaupun lelaki ni berat nak cerita masalah mungkin kerana ego, tak apa share ja. Ramai lagi yang hadapi masalah yang sama. Dengan berkongsi anda rasa lebih tenang. Rasa separuh beban dah diangkat tau. Rakan dan isteri juga boleh kasi tip. Maklumlah mereka sudah lama bergelumang dengan isu yang sama.
3. Hadapinya dengan berani.
Sentiasa berfikir positif dan jangan berlengah jika mempunyai perasaan negatif. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan susulan.
4. Tolong jangan lepaskan rasa stress dan amarah pada bayi atau isteri.
Tarik nafas dan keluar dari situasi stress buat seketika. Ingat ini adalah sedikit ujian selepas Allah hadiahkan anugerah terindah.
5. Untuk orang Islam, tolong banyakkan zikir, syukur dan baca Al Quran.
Amalan rohani dapat bantu menenangkan anda.
6. Anda juga boleh amalkan vitamin B Complex yang dapat membantu hadapi tekanan dan kemurungan.
Anda boleh berkongsi dengan isteri yang sedang berpantang kerana kedua-duanya perlu sentiasa dalam keadaan tenang.
7. Apa peranan isteri?
Sebelum bersalin, isteri kena dah beri serba sedikit tip pasal peranan dan tugas suami. Contoh 'cara nak bakar ikan' dan 'cara nak pakai lampin'. Isteri juga tak boleh menjadi perfectionist semasa berpantang dan sentiasa menegur suami semasa suami ringan tulang membantu. Pejam sebelah mata ja la dan banyakkan rehat. Bagi cepat-cepat recover nanti boleh take over balik ya.
Berjaya kawal tekanan membantu keluarga kekal bahagia |
Jadi, suami dan isteri harap dapat saling memerhatikan perasaan dan perubahan pasangan masing-masing. Anak adalah penghubung kasih sayang. Semoga kehadiran mereka sentiasa menceriakan dan mengeratkan hubungan ahli keluarga.
Ida Khairani
http://www.mysupervitamins.com