Cara Mengembalikan Berat Badan Setelah Melahirkan Anak Demi Kebahagian Rumah Tangga

Rosmah selamat melahirkan anak pertama 4 tahun yang lepas. Selepas melahirkan anak pertama, dia gagal nak kembalikan berat ke berat asal tapi tak la teruk sangat, hanya tinggal 5 kg ja yang degil untuk kembali ke berat asal. Suaminya pun tak kata atau komen apa-apa namun Rosmah sendiri risau kerana ibunya juga gemuk, macam keturunan jugalah. Lebih tak best, abah Rosmah sendiri kahwin dua. Rosmah tak mahu nasib yang menimpa ibunya bakal menimpa dirinya.




Belum sempat Rosmah menurunkan lagi 5 kg berat degil itu, dia kini mengandung anak kedua. Rosmah nekad mahu mengorek cara mengembalikan berat badan setelah melahirkan anak kali ni demi kebahagian rumah tangganya.  Adakah tak bahagia jika gemuk? Tidak semestinya.. Namun agak susah dan rasa lebih malas nak bergerak dengan lebihan berat itu. Dalam keadaan berat begitu, anaknya selalu kena marah sebab Rosmah cepat penat bila asyik kena kemas. Suami pula, buat-buat tak faham bila Rosmah selalu mengadu 'penat'. Bila stress, Rosmah suka makan lagi dan lagi.

Jadi, Rosmah positif dan gigih mengamalkan tip dan cara mengembalikan berat badan by hook or by crook supaya mendapat berat badan seperti sebelum melahirkan anak dahulu, sekurang-kurangnya lebih loss inch dan shape up gitu! Rosmah yakin dengan cara ini, beliau menjadi lebih sihat dan aktif dan boleh menjadi isteri dan ibu yang lebih baik buat keluarganya.

Hasil pencarian Rosmah ketemulah ia dengan website ini, yang padat dengan tip dan petua cara mengembalikan berat badan termasuk tip berpantang, tip menyusu dan tip cantik. Wah wah.. ini sudah bagus !



1. MENYUSU BADAN DAPAT MENGEMBALIKAN BERAT BADAN SETELAH MELAHIRKAN ANAK



Biar betul. Senangnya. Rosmah tak tahu. Dulu anaknya dia menyusu selama 6 bulan sahaja. Rupa- rupanya, menyusu bayi dengan susu ibu dapat membakar kalori 200-600 sehari. Jumlah yang sama jika bersenam iaitu berenang selama beberapa jam atau berbasikal selama satu jam. Gila kentang !!! Menyusu juga merembeskan hormon-hormon yang membantu percepatkan pengecutan rahim. Lagi cepatlah perut kempis. 



2. BERSENAM MEMBAKAR KALORI



Selalunya ibu menyusu lebih mudah untuk menurunkan berat setelah melahirkan anak kerana faktor di atas. Untuk ibu yang sudah tidak menyusu atau wean of berjinak-jinaklah dengan senaman. Selalunya senaman ringan tiada masalah untuk dilakukan seperti berjalan keliling rumah, naik tangga dan aerobik. Kalau nak berjogging, ajak sekali kawan dan anak2 untuk beri motivasi dan keseronokan. Bagi yang jalani pembedahan semasa bersalin, dapatkan nasihat doktor bila boleh bersenam dan senaman jenis apa yang sesuai. 




3. AKTIVITI DENGAN BAYI SAMBIL MEMBAKAR LEMAK



Eh, aktiviti dengan bayi bukan saja membakar lemak dalam tubuh malah kita stimulate perkembangan otak dan tubuh bayi.. Baguskan! 




Kita boleh bersenam di rumah dengan bayi atau berjalan dengan bayi di taman sama ada mengendong atau membawa mereka dengan stroller. Sambil hirup udara segar yang boleh beri bekalan oksigen untuk kelancaran fungsi tubuh & mantapkan degupan jantung. Senangkan? Anak pun happy!

4. UBAH RUTIN MAKAN 


Kalau Rosmah merancang nak diet dengan kurangkan makan, hanya mula selepas 6 minggu berpantang. Kalau awal sangat nanti boleh beri kesan kekurangan susu ibu. Pastikan minum air kosong banyak, sekurang-kurangnya 10-12 gelas sehari untuk maintain pengeluaran susu ibu. Minum minuman protein yang rendah lemak dan tanpa kolestrol seperti Cinch Shake Mix atau ESP memberi rasa kenyang dan tenaga lebih lama. Marvelous !

Makan dengan kerap snack sihat jika lapar seperti buah dan salad. 3 kali menu lengkap sehari yang mengenyangkan lebih baik dari kurang makan tapi asyik ambil snack yang manis, tinggi kalori bila kelaparan seperti coklat, biskut dan keropok.

5. BUAT TARGET REALISTIK DALAM MENGEMBALIKAN BERAT BADAN


Walaupun Rosmah sudah terlebih berat sebelum mengandung kali kedua, tak mustahil pun beliau dapat kembali ke berat atau figure seperti sebelum bersalin, macam anak dara. Ramai juga yang mengambil supplemen sejak awal iaitu sewaktu mengandung dan berpantang berjaya menurunkan berat dengan lebih mudah. 

Kalau kita dah sedia over weight, buat target yang realistik. Tampal gambar seperti yang anda idamkan mungkin gambar anda dengan baju pengantin.  Visualize anda sudah berjaya! Jadikan ia motivasi yang kuat! Walaupun mengambil masa yang lebih lama sehingga 9-12 bulan, ia tak mustahil. Be positive !

6. TIDUR BAGI CUKUP WALAUPUN TELAH MELAHIRKAN ANAK


Dulu Rosmah memang sibuk, penat dan agak stress selepas melahirkan anak pertama. Anaknya pula jenis menyusu kuat di malam hari. Sebab tu juga Rosmah mengalah hanya menyusu sampai usia anaknya 6 bulan sahaja.

Sebenarnya tidur yang tak cukup boleh menghalang usaha kita untuk menurunkan berat badan. Ada kajian yang menemukan, ibu baru yang melahirkan anak yang tidur kurang dari 5 jam cenderung untuk lebih sukar menurunkan berat berbanding mereka yang tidur 7 jam.

Bila badan penat, tubuh akan melepaskan cortisol serta hormon stress yang akan memudahkan penambahan berat badan. Selain tu, bila kita sibuk jaga anak dan penat, kita kurang fokus pada diri sendiri. Nak makan yang cepat saja dan tak sempat nak pilih atau sediakan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi. Top up supplemen kurus untuk atasi masalah ini! Nak exercise lagilah malas.

Tak menyempat dengan badan yang penat. Untuk cukupkan waktu rehat dan tidur anda, tak salah untuk nap sekali dgn baby di siang hari. Cara ni dapat cover balik waktu tidur malam kita yang tak cukup, yang boleh menghalang proses menurunkan berat badan kita. 


7. DAPATKAN BANTUAN PAKAR 


Ha! Sayalah tu. Saya sangat suka mencadangkan Rosmah dah ibu sekalian ambil supplemen semasa berpantang untuk bantu menurunkan berat. Harus menyusukan anak! Supplemen yang diambil kami semasa berpantang dan menyusu sangat membantu untuk menurunkan berat badan kami. Bila dah wean off atau rasa liat betul nak turun lagi, haruslah exercise dan top up dengan Cinch Shake Mix. Wallah hasilnya pasti anda puas hati! Lagi satu Tip Diet Sihat di sini.


Jangan tunggu-tunggu lagi sehingga suami pandang orang lain! 

Set Kurus Shaklee yang dapat mempercepatkan penurunan berat badan ada dikongsikan di artikel ni.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.