10 tip diet cara Kevin Zahri

Ramai orang nak kurus! Ramai orang cari cara nak diet yang berkesan ! Ramai juga yang gagal diet untuk kurus! Perlukah selamanya berdiet tanpa ilmu? Jom saya kongsikan Tip Diet Cara Malaysia oleh Kevin Zahri dan saya sendiri :D

Kebanyakkan petua kurus ni adalah dari jurulatih tersohor Kevin Zahri dan selebihnya dari saya. Dengan amalan diet yang seimbang, usaha diet pasti berkesan untuk menurunkan berat badan. Caiyok2x !!

10 Tip Diet yang Berkesan Cara Kevin Zahri

1. Makan nasi. 

Ramai yang ingat tak boleh makan nasi untuk kurus dan menurunkan berat. Ya, nasi bukanlah pilihan yang tepat jika nak kurus cepat tapi oleh kerana dah jadi makanan asasi sejak dari kecil, ramai juga yang gagal nak berdiet tanpa nasi. 


Jadi caranya adalah makan hanya separuh nasi atau segenggam nasi untuk satu, dua atau tiga menu diet sehari. Resepi dan portion nasi ayam boleh lihat sini. Lebih baik dari tak makan langsung nasi tapi bila lapar makan makanan rapu lain sebab tak tahan lapar sangat dah. Ingat, boleh makan nasi tapi hanya segenggam atau separuh dari biasa.

Anda boleh ambil Cinch Shake Mix sebagai pengganti nasi semasa makan malam supaya badan tetap bertenaga dan cukup zat. Saya minum Cinch Shake Mix untuk elak rasa lapar ketika berdiet dan ternyata berkesan untuk turunkan berat dengan lebih cepat!

2. Makan kerap


Pelik? Ya kita boleh makan kerap makanan yang berkhasiat dan rendah kalori. Lebih senang badan nak proses dan jana tenaga. 

Hmm.. Saya pun dah lapar balik ni! Haha!! Mari mencari apa yang sedap sebagai kundapan! Kevin Zahri syorkan makan dengan kerap kerana ia bantu elak nafsu makan yang membuak buak.

buah epal sebagai snek semasa diet turunkan berat badan


3. Pastikan ada serat


Serat penting dan membantu badan angkut bahan buangan! Ia membantu fungsi usus kecil dan usus besar. Manfaat serat juga mengawal nafsu makan semasa diet menurunkan berat badan.


Resepi

Jadi wajiblah kita ambil sayur dan buah yang tinggi serat dalam diet seimbang supaya lebih berkesan dan cepat kurus. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat kita merasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinannya untuk makanan ringan.

Antara supplemen Shaklee yang tinggi serat dan sangat membantu dalam diet menurunkan berat adalah Alfalfa, Herblax dan Cinch Shake Mix.

4. Ambil tahu kalori yang diperlukan dan kalori yang diambil.


Setiap makanan kita ada nilai kalori yang apabila dimakan akan menjana tenaga.
Jika ambil lebih kalori tapi tak guna untuk buat kerja, jadi kebarangkalian tinggi untuk tak guna dan jadi LEMAK !

Ramai yang nak kurus! Ramai yang nak turun berat badan cepat. Tapi tak ramai dan sedar apa itu kalori dan cara kira kalori untuk diet menurunkan berat badan !!! Ini jadi punca banyak diet kurus GAGAL! Untuk info kalori sepinggan nasi lemak adalah 389 kalori. Pengsan!!! Lebih banyak lagi menu makanan Malaysia dengan jumlah kalori, klik sini.





5. Minum air manis separuh gelas sahaja!


Kalau pesan minuman selain air kosong, kongsilah dengan kawan, pasangan atau anak-anak. Selain jimat duit dapat jimat kalori kepada saparuh! 




Saya memang sangat suka order jus buah semasa makan. Kadang-kadang kongsi dengan suami. Oklah lepas ni, haruslah lebih romantik berkongsi air minum.
I LIKEEE!!!

6. Makan antara hidangan utama


Untuk elak dari terlebih makan waktu lunch dan dinner, ambillan snek yang berkhasiat di waktu pagi dan petang iaitu antara sarapan dan makan tengah hari juga antara makan tengah hari dan sebelum makan malam.

Menurun Kevin Zahri. Aktiviti ni boleh kawal nafsu makan.

7. Minum air kosong !


Air kosong adalah 0 kalori. Ha minumlah banyak2. Sudahlah hilang dahaga, buang toksin, bantu proses makanan dan fungsi tubuh malah bantu untuk cover rasa lapar kita!

8. Protein


Protein bukan sahaja bagi kenyang, lebih rendah kalori berbanding karbohidrat, lebih bagus bantu kawal nafsu dan rasa lapar.

Dalam diet saya yang terbukti berkesan, protein pilihan saya adalah cinch shake mix. Eh, saya tetap makan nasi dan ada ayam atau ikan. Cinch Shake Mix adalah minuman pengganti bila saya tak nak makan malam atau bakal menghadapi hari yang makan tak tentu macam ikuti seminar atau kelas. Syoklah. Snek yang membantu turunkan berat secara sihat!

9. Tak perlu Diet Over!


Lebih baik diet sihat yang boleh diikuti dan maintain dari diet terseksa menahan lapar tapi tak dapat bertahan lama. Huhu.. betul ni.. Kalau diet gila-gila, lepas tu mengidam macam-macam, kan ke haru.

10. Kunyah makanan 40 kali


Ha, lebih banyak masa kita ambil untuk mengunyah, lagi sikitlah kuantiti kita makan. Kalau laju makan, laju habis, laju ja nak tambah! 

Lagipun, dengan mengikut sunnah nabi mengunyah 40 kali ni, makanan lebih mudah dicerna dan lebih mudahlah diproses. 

Jangan lupa amalkan kesemua 10 Tip Diet Mudah yang Berkesan yang disarankan oleh pakar kita Kevin Zahri dan saya ni tau. Sangat mudah dan praktikal untuk rakyat Malaysia. Bolehlah semua cepat kurus dan sihat! 


Untuk RESEPI makanan yang sesuai mengikut diet Kevin Zahri dan Shaklee, klik sini.

Extra Tip ke 11 :


Pastikan ada sebab yang kuat kenapa anda nak KURUS supaya ia menjadi PUSH FACTOR yang kuat ! Macam sahabat saya ni, beliau TERPAKSA turunkan berat sebab sudah disahkan ada Tekanan Darah Tinggi atau Hypertensi. Ya, penyakit adalah antara pakej bahaya orang gemuk atau obese ! Antara cara nak elak hypertensi adalah kena turunkan berat badan jika kita dah sememangnya terlebih berat badan. Follow tip dia yang telah berjaya turun 13 kg dalam masa 3 bulan !



Turun 13 kg dalam masa 3 bulan dengan MUDAH !  from iReach HD on Vimeo.

Set KURUS Shaklee dan fungsinya yang bakal mempercepatkan penurunan berat badan ada saya share di sini.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056




Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

ida ahmad

About ida ahmad

Ibu kepada 3 anak ini adalah 'working from home mom' dan blogger yg sudah lama menggunakan blog sebagai medium utk berbisnes sejak 2007. Beliau positif utk memberi yg terbaik buat keluarga, masyarakat dan agama sebagai saham akhirat.

1 comments :

Write comments
Admin
AUTHOR
December 31, 2016 at 11:22 AM delete

Cara kuruskan badan yang paling betul ialah dengan cara makan dengan betul. Ramai orang tak tau yang selama ni cara diorang makan tak normal. Sebab tu kebanyakan orang makin tua berat makin meningkat. Diorang fikir berat naik sebab faktor usia padahal sebab bertahun2 hidup dengan cara makan yang salah.

Boleh baca pasal cara permakanan untuk kurus kat Sado Street. Tak susah nak follow bagi orang2 yang nak turunkan berat badan.

Reply
avatar