Panduan dan pengalaman saya sebagai ibu mengandung anak ke-3

Alhamdulillah, sekarang saya sudah menghampiri bulan ke 6 pregnancy. Jadi naklah saya berkongsi panduan dan pengalaman sebagai seorang ibu mengandung untuk anak ke-3 ni. Due bulan Disember 2013 insyaAllah. So far, super awesome.. Masa trimester pertama dulu, memang agak penat. Mood nak mengupdate blog ke laut. Coaching anak2 Shaklee secara santai ja of cost. Namun, Allah tetap memudahkan segalanya. Pada masa tu, memang rasa ini pengalaman mengandung yang terakhir kot. Mungkin cukup sampai anak ke-3 sahaja. Dulu mengandung masa umur 20-an sangat cool tapi bila 1st time mengandung di usia 30-an rasa sangat penat. Ya laa, anak2 pun dah makin besar dan kita sebagai ibu ada komitmen yang bertambah. Kena jadi driver untuk anak dan kerjaya sebagai supermom still on. Alhamdulillah bila menjejak bulan ke-4 tenaga dan mood telah kembali. Hehe.. So harapan untuk anak ke 4 kembali cerah and ON TRACK.. Hehehe..

di saat mengandung 5 bulan
Mengandung 5 bulan +


So, apa yang saya amalkan sepanjang mengandung kali ni..semoga boleh menjadi pandungan ibu mengandung yang lain. Sama sahaja dengan apa yang saya syorkan pada pelanggan yang bertanya. Dengan harapan mereka juga dapat manfaat bukan sahaja untuk diri sendiri, malah bayi dalam kandungan juga.

Untuk trimester pertama, saya mengsyorkan set J1 iaitu B complex, Vitalea, Ostematrix dan Vitamin C.
Banyak sangat kebaikkan dan fungsi setiap vitamin dalam set J1 ni. Secara ringkasnya.. B Complex untuk pembentukan sel darah merah di mana ibu memerlukan bekalan darah tambahan dan ada asid folik untuk mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub spina bifida.

Vitamin C pula bagus untuk anti bodi dan kulit. Kadang-kadang ibu mengandung ni mudah kena sakit sebab diet ibu mengandung yang semakin ke laut. Makanan ibu mengandung sebaiknya lengkap mengikut piramid makanan serta penambahan pada nutrisi tertentu. Banyak yang tak lalu nak makan menyebabkan ibu senang jatuh sakit. So vitamin c bantu menguatkan imun badan.

Vitalea pula adalah multivitamin yang diformulakan dengan zat besi. Zat besi sangat penting untuk elakkan risiko anemia dan hb low yang sering ibu mengandung alami. Untuk panduan ibu mengandung, hb low tak boleh dibiarkan so cuba dapatkan bacaan hb(hemoglobin) yang cantik. 

Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:
a) 6.9 - SANGAT TERUK
b) 6.9 < 8.0 -TERUK
c) 8.0 < 9.5 - SEDERHANA
d) 9.5 - 10.5 - RINGAN
Lebih lanjut boleh baca entry ni, Risiko Anemia, HB Low pada ibu hamil

Ostematrix a.k.a kalsium memang sangat saya suka walaupun semasa tak mengandung. Kebanyakkan ibu mengandung ni memang senang sangat nak kebas, cramp, sakit lutut dan sebagainya. Lagipun kalsium dari ibu banyak disalurkan pada bayi. Sebab itu simptom kekurangan kalsium sering dialami oleh ibu mengandung yang tak amalkan supplemen kalsium atau tak minum susu.


Namun bagi yang menghadapi kesukaran nak menelan, asyik rasa loya, muntah ja asal telan, boleh amalkan MealShakes dan Energizing Soy Protein. Ini yang saya ambil jika mood swing dan malas nak menelan itu datang. Hehe.. Meal Shakes mengandungi multivitamin jadi bolehlah support keperluan yang sama dalam set J1. ESP pula saya ambil demi mengekalkan kesihatan kulit..memandangkan sepanjang mengandung saya menghentikan pengambilan GLA, Vitamin E dan Collagen. Ibu mengandung pun nak kulit cantikkan..Mudah mudahan anak pun dapat kulit cantik juga. Selain tu ESP bagus untuk kuatkan rahim dan pembentukan otot bayi.


diet dan vitamin ibu mengandung
Vitamin Shaklee untuk ibu mengandung


All right, menjelang trimester kedua dan ketiga, eloklah ditambah Omega Guard kerana pada masa ni otak bayi dibina dengan giat sekali. Omega guard adalah minyak ikan mengandungi DHA yang membantu untuk kecerdasan otak. Selain itu turut mengandungi EPA. Harapnya anak kita nanti bakal bijak bestari dan mempunyai jantung yang sihat dan kuat. Set J2 adalah Set J1 dengan tambahan Omega Guard.

Panduan Vitamin Shaklee untuk ibu mengandung :


  • Set J1 : Trimester 1 > B complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix a.k.a kalsium
  • Set J2 : Trimester ke-2 dan ke-3 > B complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix a.k.a kalsium dan Omega Guard


Tambahan supplemen untuk ibu mengandung:


  • Pernah keguguran/Menyusu sambil mengandung/Kulit Cantik: Energizing Soy Protein
  • Kesukaran menelan pil: Meal Shakes



Banyak sangat nak telan? Ha..tak adalah sebenarnya. Kitakan ada hampir 24jam-8jam = 16jam waktu berjaga. Jadi, makan pada waktu berasingan, bukanya serentak semua sekaligus. Jangan bimbang, pada pelanggan yang membeli dari Mysupervitamins atau walk in menggunakan ID 846056 di cawangan Shaklee berhampiran, akan diberikan jadual waktu eksklusif dan konsultasi percuma sepanjang anda setia mengamalkan. Jomlah sama2 mengalami pengalaman mengandung yang sihat dan ceria dengan vitamin Shaklee disamping amalkan makanan ibu mengandung yang bernutrisi tinggi semulajadi yang lain sementara belum waktu pantang ni !





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056



Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.


Nak Hamil : Kenali tanda subur dan cara kiraan waktu subur untuk wanita

Semua yang berkahwin, lama kelamaan mesti inginkan anak, tak kira wanita atau lelaki. Naluri itu adalah semulajadi. Namun, tak semua orang bernasib baik. Ada yang ujiannya masih panjang. Masalah kesuburan, berat badan dan kesihatan boleh melambatkan proses mendapat zuriat. Sini saya nak kongsikan beberapa isu penting seperti kitaran haid, ovulasi, masa subur wanita, pengiraan waktu subur dan tips untuk cepat hamil.

Banyak lagi perkara lain yang mempengaruhi kesuburan dan jadi punca ketidaksuburan, namun ada terdapat banyak tips untuk mengandung cepat yang dapat membantu. Selagi terdaya kita berusaha dan selebihnya kita beserlah pada Allah s.w.t . InsyaAllah di akhir entry, saya kongsikan testimonial sahabat saya.


Kitaran haid dan Ovulasi


Kitaran haid adalah kiraan dari hari pertama haid datang hinggalah haid datang semula. Kitaran haid yang normal dan konsisten mempunyai bilangan hari yang sama setiap bulan, contoh kitaran haid 26 hari, 28 hari dan 30 hari. Kitaran haid yang tidak normal pula, bila haid wanita tu kadang2 datang, kadang2 tidak dan kadang-kadang setiap 25 hari, 27 hari atau 30 hari dan sebagainya, pokoknya tak konsisten setiap bulan. Jika anda tidak mempunyai kitaran haid yang tetap, usahakan dengan amalkan GLA Shaklee untuk membantu betulkan kitaran haid supaya mudahkan kiraan.

Ovulasi pula apabila telur/ovum matang dilepaskan dari ovari menuju ke uterus melalui tiub fallopio. Dalam kitaran haid wanita, ini dikenali juga sebagai waktu subur @ fertile period di mana persenyawaan antara ovum dan sperma boleh berlaku jika ada.

Bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat, mereka perlu melakukan hubungan seks sebelum ovulasi berlaku lagi. Ini kerana tempoh ovum untuk hidup adalah 24 jam. Tempoh sperma untuk hidup adalah 2-3 hari. Jadi jika hubungan seks dilakukan sebelum ovulasi lagi, sperma sudah bersiap sedia sebaik saja ovulasi berlaku. Ada juga yang mengatakan tempoh jangka hayat sperma boleh sehingga 5 hari. Haruslah suami mengamalkan cara hidup sihat untuk sperma yang kuat seperti mengambil zink dan tidak merokok dan isteri juga mengamalkan GLA untuk environment yang lebih baik. Walaupun sperma suami 'cacat', masih ada peluang untuk mendapat zuriat !

Kalau anda wanita yang period tak menentu atau langsung tak datang-datang, boleh lihat video ni untuk penyelesaiannya insyaAllah, 'Haid Kembali Lagi Selepas Setahun'  !


Haid Tidak Teratur Kini Kembali Normal ! from iReach HD on Vimeo.

Cara Kenal pasti tanda-tanda waktu subur wanita!


Cecair faraj

Sepanjang kitaran haid, cecair faraj berubah dari merah pekat ke jernih, dari segi kuantiti dan tekstur. Perubahan mucus/cecair faraj ni disebabkan perubahan tahap estrogen yang semakin meningkat. Tanda waktu subur adalah apaila mukus/cecair faraj semakin jernih, anjal dan meleket, umpama telur putih. Untuk kenali cecair faraj yang penting untuk kesuburan boleh baca lanjut di sini



Suhu

Suhu badan kita akan meningkatkan 0.4-1 degree selepas ovulasi berlaku. Ini kerana bila telur dilepaskan, tahap progesteron meningkat mengakibatkan suhu badan meningkat.

Wanita yg merancang untuk hamil boleh catat suhu untuk beberapa bulan setiap hari untuk dijadikan tanda waktu subur. Selalunya bila suhu badan tertinggi, ovulasi dah berlaku 2-3 hari yg lepas. Jadi wanita perlu catat suhu & untuk tahu patern atau perubahan suhu badan setiap bulan dan melakukan hubungan seks sebelum waktu peak suhu ini. Catat suhu pada waktu yg sama setiap hari seperti awal pagi.

Rasa tak selesa di faraj

Ada segelintir wanita yg rasa kesan tidak selesa seperti kegatalan sedikit di faraj bila ovulasi berlaku. Ini juga tanda waktu subur untuk diambil perhatian.

Ujian air kencing OPK

Bukan saja ujian kehamilan ja yang boleh gunakan air kencing. Waktu subur juga boleh menggunakan ujian air kencing. Alat ujian ini boleh mengesan kenaikkan hormon LH secara tiba-tiba ( LH Surge) yang berlaku 24 jam hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ujian positif, hubungan seks harus dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu subur. LH adalah singkatan untuk Luteinizing Hormon, hormone yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Hari bacaan tertinggi adalah hari kandungan LH berada pada tahap tertinggi dan setelah dimetabolismakan keluar melalui air kencing.

Bagaimana dengan kiraan waktu subur?

Ada pengiraan yang lebih mudah, namun perubahan pada diri seperti tanda-tanda subur di atas berkesan untuk sesetengah orang. Malah perubahan diri ni patut diambil perhatian terutama apabila kita sudah melakukan hubungan seks melalui pengiraan waktu subur namun sering gagal dalam perancangan untuk hamil.

Ok, bagi yang tak tahu macam mana pengiraan waktu subur, sini saya ajar dan beri contoh.. Namun, mungkin ada slighly different dari waktu subur sebenar. Setiap orangkan unik!

Pengiraan waktu subur sesuai untuk yg mempunyai kitaran haid yang teratur.

Ok, contoh bagi kitaran haid 28 hari..
28-14 = 14 +- 2 days
Jadi keberangkalian waktu subur adalah dari hari ke 12-16 dalam 28 hari kitaran haid.


Ok, bagi kitaran haid 26 hari
26-14 = 12 +- 2 days
Jadi keberangkalian waktu subur adalah dari hari ke 10-14 dalam 26 hari kitaran haid.

Oleh kerana ovum hanya boleh hidup dalam tempoh 24 jam.. Sangat kritikal menjelang waktu subur ini, sperma sudah berada di dalam tiub fallopio & bersedia untuk persenyawaan atau hubungan seks dilakukan dilakukan dalam tempoh ini.

Untuk membeli GLA yang membantu menambah kesuburan dan membetulkan kitaran haid yang tidak teratur, boleh terus beli di E-Sell GLA.

Waktu subur berhubungan Seks untuk hamil




Contoh: Kitaran haid 26 hari

Situasi 1:

Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14.

Situasi 2:

Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-10, persenyawaan masih boleh berlaku.

Situasi 3:

Sperma yg gagah :D boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-12, kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya.

Haa..Paham tak ni? Pokoknya pastinya


  • sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama.
  • kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku
  • lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.


Salah tanggapan tentang waktu hubungan seks yang perlu dilakukan untuk mendapat anak !!!


Selalu org berusaha kenal pasti waktu ovulasi dan melakukan hubungan seks pada hari tersebut. Walhal keberangkalian untuk hamil adalah lebih tinggi bila hubungan seks dilakukan dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi dan 1 hari selepas ovulasi. ( jangan buat time period sudah!)

'Vitamin Kesuburan' untuk cepat hamil

Kisah kejayaan pasangan yang mengamalkan vitamin dan berjaya mengandung selepas 6 bulan saya kongsikan di sini.. Vitamin dapat membantu meningkatkan mutu sperma dan ovum serta menyediakan diri untuk hubungan seks yg lebih sihat supaya kesuburan dapat ditingkatkan. Jika melakukan seks kena pada waktu subur namun sperma dan ovum tidak cukup subur tidak guna juga. Demi membantu menambah kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil, pasangan sangat disyorkan mengambil supplemen dan baiki cara hidup.

Cadangan produk kesuburan terbaik saya kongsikan di sini, semoga banyak pasangan mendapat faedah darinya.

" Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah. "


Lebih detail di link Lebih Mudah Hamil ini.


Diharap artikel dan video di atas memberi faedah berkenaan kesuburan dan membantu ramai pasangan mengira waktu subur. Jika bermanfaat, boleh klik 'share' di bawah supaya lebih ramai yang dapat manfaat darinya.



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Whaptapss / SMS ke 013 488 2382
Fanpage : Mysupervitamins 
FB : Ida Khairani Ahmad



Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Apa yang best sangat bisnes Shaklee? Nak join jadi ahli Shaklee ok tak?

Assalamualaikum & Hi to all,

Mesti ramai yang tengah cari sumber pendapatan sampingan, ada juga yg terpikir-pikir nak join Shaklee.. So mai saya share apa yg saya dah rasa & nikmati so far. 

cara nak join jadi ahli shaklee
Keluarga besar jutawan Shaklee di Hi Tea Appreciation


Apa yg bestnya bisnes Shaklee cara saya iaitu online?

- kami xperlu nk ketuk pintu berniaga @ tekan loceng dari rumah ke rumah
- kami xpayah nak tebal muka approach saudara mara atau kawan2
- kami xperlu buat loan beribu utk start bisnes shaklee
- kami xperlu simpan stok beribu..
 & kalau xlaku stress ditambah plk dgn hutang yg perlu dibayar
 - yuran permulaan yg mampu iaitu rm65 dan ada pilihan utk free membership iaitu  jika buat belian rm650 ke atas. Saya dulu mmg terus beli sampai rm 700 dan stok tu sedikit saya guna dan yg lain saya jual. Bulan berikutnya dah layak dpt bonus.
- bekalan utama kami adalah rajin belajar & sharing apa yg kami rasa thru internet. kalau offline kekuatan anda, silakan. xada
masalah. Kalau malas, senang mcm mana pun, jadi susah.  Susah sbb penuh alasan.

Apa kebaikan jadi ahli Shaklee?
Shaklee Hall of Fame

Kenapa bisnes Shaklee ni sesuai dgn saya?

- saya ni pemalu orangnya.. Haha!! 
- saya tak ada networking yg ramai sbb sejak grad MMU hanya kerja 3 bulan sebelum resign dari TM
- saya malas utk direject face to face
- di internet xmahu just ignore, kalau nak PM @ email. Pembeli x rasa terpaksa or kesian untuk membeli dan saya tak rasa frust & buang masa explain dan kering tekak.
- since saya berada di rumah most of time, ini adalah sumbangan besar saya untuk membantu orang luar.
- saya dpt bantu org nikmati kesihatan yg lebih baik, menambah susu ibu, anak2 yg semakin berselera & kurang sakit dan mcm2 lagi. Sangat best perasaan itu :)
- untuk family, saya dpt jaga
anak-anak saya sendiri..Oh saya mmg jenis yg sangat particular pasal penjaga anak saya. Risau tahap jingga.. Tiada
turning back jika something wrong nk terjadi. So better saya jaga sendiri. Semua di depan mata.
- saya bebas follow suami out station kerana saya boleh minta Shaklee poskan produk saya dan outsource COD order pada anak2 Shaklee yg berdekatan area customer.
- suatu perasaan yg plg saya suka, saya dpt memberi & menderma. Jika dulu, ralat sgt tak dapat nak hulur pd parents dan berkira sgt nk bersedekah. Walhal semua tu pembuka pintu rezeki untuk lebih luas. Semua saya sedar selepas bertemu dengan bisnes Shaklee.
- saya dapat kenal ramai org.. Even
networking asal saya kecil saja. Kenalan dah merentasi dunia melalui internet.
Mereka Xperlu ada hubungan dgn saya untuk jadi customer & rakan niaga shaklee saya
- downline saya adalah rakan niaga dan keluarga baru saya. Saya mula jadi leader bila ada readers dan customers yg sudi jadi anak2 shaklee saya.
- anak2 shaklee saya adalah tanggungjawab yg perlu saya polish & sedarkan betapa mudahnya bisnes Shaklee ni & betapa impian mmg boleh dicapai bukan hanya mimpi
- alhamdulillah family shaklee dah beranak, bercucu, bercicit dan ramai dah cecah 4 Angka. Semoga ramai lg leader dengan empayar sendiri dpt dilahirkan dr family shaklee saya.

Macam mana nak join membership Shaklee
Keluarga Shaklee SET


Specialnya group Shaklee saya? 

- kami dihubungkan melalui internet. Ada group khas utk berkongsi info. Xperlu ke kelas hingga larut malam.
- kalau ada coaching on demand by anak2 Shaklee, boleh bawa sekali anak2 sendiri. Coaching kami adalah santai & sempoi.
- anak2 Shaklee saya turut boleh menikmati coaching FOC dari upline & super upline saya iaitu Master Lyna & Master Cery. Kami adalah keluarga besar
Jutawan Shaklee.
- ilmu internet seperi blogging, SEO,
Facebook, Ads thru google adworks dan FB ads juga saya ada dan telah melakukannya jadi anak2 Shaklee saya boleh bertanya dan berkursus free of charge. 
- soon nk explore marketing thru vlog dan youtube plk, insyaAllah.
- bekerjalah dalam bisnes Shaklee ikut
leisure time masing2. Peruntukan masa sehari dalam 1-2 jam untuk gunakan sepenuhnya untuk Shaklee.
Xdpt spend whole solid 2 jam, bijak curik2 masa. 

Berniaga Shaklee Online di mana sahaja
Segalanya di hujung jari dengan bisnes online Shaklee


On top of all this, Shaklee tawarkan 3C ini utk ahlinya yg layak

- cash 
- car
- convention

Alhamdulillah, saya dah nikmati semuanya & beyond that.

macam mana nak jadi ahli shaklee?
Award di Shaklee Convention 


So, jika korang pun bersungguh-sungguh dalam mengejar impian & bukan jenis suka beralasan & down tak bertempat, sangat dialu-alukan untuk join family Shaklee saya, Shaklee Extraordinary Team. You're Most Welcome ! FAQ membership Shaklee boleh klik sini dan kebaikkan serta cara join Shaklee boleh baca sini. Ha!..dah tak sabar nk join, boleh isi online registration form ini.




Ida Khairani


Shaklee Independent Distributor

ID 846056



Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Atasi penat, gastrik, susu kering sepanjang puasa dengan ESP dan Set Puasa

Penat sangat..Lapar sangat..Susu merudum..semua ni keluhan biasa sepanjang bulan puasa biasanyakan. Namun, ramai yang telah konsisten amalkan ESP atau Energizing Soy Protein Shaklee rasa sebaliknya. Alhamdulillah.. Kenapa ya ESP Shaklee ka puncanya? Selain dari kekuatan niat puasa tu sendiri, ESP bantu kita untuk kenyang lebih lama dan bertenaga. Kandungan yang tinggi protein soya semulajadi non GMO dengan asid amino lengkap membuatkan ESP Shaklee pilihan bijak untuk atasi gejala kebanyakkan kita yang berpuasa.

"Xla rs penat sgt...xla rs lapar.. Ok je..membuang pun bagus ", Sazila.

Ini feedback customer a.k.a ex schoolmateku, Sazila. Terima kasih kerana terus membeli dan memperkenalkan Shaklee pada rakan2nya juga.

Ramai yang konsisten ESP di bulan puasa dan dapat menikmati kesan yg menggembirakan..

  • Susu ibu masih maintain dengan rutin mengepam yg konsisten
  • Kulit lebih cantik & sihat
  • Atasi masalah gastrik


Tesimonial ESP Shaklee untuk puasa
Testimonial ESP Shaklee sepanjang puasa
ESP Shaklee memberi kesan baik bagi orang yang alami masalah gastrik dan perut mudah meragam. Malah ESP Shaklee adalah penyelesaian lengkap dan tepat bagi yang susah nak makan pada waktu sahur atau terjaga lewat. So, sekadar campuran resepi kesukaan ESP dan kurma sahaja sudah memadai untuk hari anda. Formula ni juga sesuai untuk yang nak turunkan berat badan dengan ESP Shaklee.

Tesimonial ESP Shaklee untuk puasa
Tesimonial ESP Shaklee untuk puasa




Selain dari ESP Shaklee, saya turun mengesyorkan Set Puasa ini. 


Gabungan Performance Drink + Energizing Soy Protein !

PERFORMANCE DRINK


√ dengan rasa oren yg sedap ni sesuai utk diminum semasa berbuka dan sepanjang malam termasuk waktu sahur..
√ Menyediakan tenaga karbohidrat bagi tubuh badan.
√ Juga kekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan elektrolit bagi mengelakkan penyahidratan, jadi kurang dahaga.

ENERGIZING SOY PROTEIN


√ dengan rasa soya asli dan boleh pula dicuba dengan pelbagai resepi istimewa utk lebih umphh..
√ memberi tenaga dan rasa kenyang.. 
√ Malah..hasilnya lebih dari tu..kulit lebih sihat dan cantik..insyaALLAh menjelang raya n after2..
√ Support pengeluaran susu ibu agar tidak merudum

Fuiyoo...mmg berbaloi .. DAN boleh dinikmati SEISI KELUARGA..termasuk anak setahun ke atas, ibu menyusu, ibu mengandung dan orang dewasa tak kira tua muda.

Siapa lagi perlukan bantuan set puasa yang mengandungi ESP Shaklee dan Performance Drink ni..Orang yang -->> -->>
Sering gastrik? Susu merudum semasa bepuasa? Cepat lapar dan dahaga? Sudah terketar ketar walaupun waktu berbuka masih panjang? ada anak kecil baru berlatih puasa? Lesu dan penat melampau..

So, dapatkan SET BERPUASA yg HOT ini sekarang juga sebelum KEHABISAN STOK pada bila2 masa sahaja!

Untuk order dan dapatkan tawaran resepi eksklusif selepas pembelian, 
PM Ida Khairani Ahmad atau
SMS nama ke 013 4882382
contoh SMS : Ida Khairani ke 013 4882382
atau boleh email order ke admin@mysupervitamins.com


Promosi Set Berpuasa dari Mysupervitamins
Promosi Set Berpuasa dari Mysupervitamins




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Penawar Masalah Kesihatan Wanita: Keputihan, Kesuburan, Seksual, Kulit, Kejang

Wanita akan menghadapi beberapa fasa dalam kehidupan antaranya akil baligh, pra kehamilan dan menopause. Dalam setiap fasa beberapa masalah sering akan membelenggu diri wanita. Masalah kesihatan yang sering dihadapi kebanyakkan wanita adalah seperti masalah kulit, keputihan, kesuburan dan seksual. Ramai wanita yang tidak senang dan berusaha mencari penawar dan Shaklee ada supplemen semulajadi yang dapat membantu wanita dalam setiap fasa kehidupan ini antaranya Alfalfa, GLA, Vitamin E dan Ostematrix dan insyaAllah wanita dapat menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan terurus.

Jadi, apa fungsi setiap supplemen ni untuk wanita?

Keputihan..

Keputihan adalah cairan berwarna putih kekuningan atau putih kelabu dari saluran vagina. Gejala ini adalah normal bagi sesetengah wanita semasa nak menghampira waktu haid atau selepas haid. Namun, ada juga keputihan yang disertai rasa gatal. Kadang kadang bila badan terlal penat dan cuaca panas, keputihan juga berlaku. Keputihan ni berasal dari leher rahim tapi ada juga kerana infeksi vagina.


Antara tabiat yang dapat membantu mengatasi masalah keputihan adalah

  • menukar seluar dalam ditukar setiap hari
  • kerap menukar panty liner
  • pastikan vagina kering. vagina yang lembab boleh menyebabkan bakteria aktif dan keadaan tidak selesa
  • pengambilan makanan kesihatan untuk membantu masalah kesihatan seperti ALFALFA

Testimonial Alfalfa atasi keputihan

Testimonial alfalfa atasi masalah keputihan wanita
Testimonial alfalfa atasi masalah keputihan wanita


Testimonial alfalfa atasi masalah keputihan wanita
Testimonial alfalfa atasi masalah keputihan wanita


Kulit

Untuk masalah kulit yang sering di alami oleh wanita bermula dari akil baligh hinggalah dewasa..saya mensyorkan peggunaan GLA dan Vitamin E secara konsisten... Selain itu GLA dan Vitamin E sangat bagus untuk menyumbang pada seksualiti wanita dan membantu meningkatkan kesuburan. GLA juga mampu membetulkan kitaran haid dan mengurangkan simptom pre mentrual.


Cramp, sakit pinggang, belakang

Jika individu mengalami masalah kekurangan kalsium, gejala pra menstrual seperti cramp / kejang akan berlaku. Namun, ada juga yang cramp tak kira masa. Bagi ibu yang menyusu dan mengandung pula, gejala sakit pinggang, bontot, belakang..sering dialami dan ini adalah tanda tanda kekurangan kalsium. Ostematrix Shaklee membantu mencukupkan keperluan kalsium dan membantu meningkatkan jisim tulang pada tahap ideal. Nanti saya akan share testimonial, insyaAllah..

Kesan positif selepas amalkan ostematrix untuk sakit tulang
Testimonial pulih sakit tulang selepas mengamalkan Ostematrix


Jika anda mengalami masalah seperti Keputihan, Kesuburan, Seksual, Kulit dan Kejang..dapatkan suppemen dicadangkan segera. Jangan biarkan masalah kecil menjadi parah kerana sifat ambil mudah.  Untuk semua wanita di luar sana, supplemen Ostematrix, GLA, Vitamin E dan Alfalfa adalah rutin yang patut dimulakan sekarang untuk kesihatan jangka masa panjang dan pencegahan dari awal. Harap berkongsian ini bermanfaat untuk semua.







Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)





    Susu Ibu bercampur darah

    Sebenarnya sepanjang saya menyusukan kedua anak saya, saya tidak pernah mengalami susu bercampur darah. Atau
    Mungkin saya tak perasan kerana saya menyusu secara terus. Jika ibu yg aktif mengepam, situasi susu bercampur darah dapat dikenal pasti dengan lebih jelas. 

    Perlukah risau jika susu ibu bercampur darah?
    Jika keadaan berlarutan, ya ibu perlu mendapatkan nasihat pakar. Namun, selalunya ia akan sembuh dan beransur pulih selepas 1-2minggu. Ibu perlu tahu punca dan merawatnya. 



    Antara yg boleh dilakukan adalah 
    - rawat nipple cracked jika itu puncanya
    - pastikan latching betul @ lekapan
    - lakukan teknik marmat @ express dengan tangan secara betul dan lembut
    - pastikan pam dengan menggunakan teknik yg betul - suction & speed yg sesuai
    - jika berlaku engorgement / bengkak susu, rawat dengan betul. Jangan biarkan payudara penuh dan tidak dipam. Konsisten kosongkan susu utk elak payudara bengkak.

    Ok.. Dah cerita apa yg perlu dibuat dalam tempoh pemulihan.. Kita cerita pula mengapa boleh susu ibu bercampur darah?

    1. Cracked Nipple.. 
    Hingga membuatkan puting melecet dan berdarah. Selalu berpunca dari teknik lekapan yang salah. Jadi pastikan ibu yg sering sakit semasa anak menyusu untuk  train anak melekap dengan betul. Boleh tengok link ni saya dah pernah share.http://www.mysupervitamins.com/2011/11/teknik-lekapanlatching-yang-betul.html

    2. Vascular engorgement @ Rusty Pipe Sydrome

    Susu ibu bercampur darah yg disebabkan oleh pendarahan dalaman yg kecil berpunca dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu payudara di akhir kehamilan. Selalu jadi utk 1st time mom & sewaktu awal kelahiran. Kadang2 sebelah & kadang2 kedua-dua belah payudara. Namanya Rusty-pipe syndrome sebab warna macam karat pada susu. Selalunya akan hilang 1 minggu kemudian.

    3. Broken Capilaries
    Berpunca bila payudara dikasari contoh teknik perahan tangan yg tidak betul atau pam yang tak digunakan dengan betul. Ini menyebabkan tisu payudara rosak dan berlaku pendarah kecil di mana darah keluar bersama susu.

    4. Intraductral Papillomas
    @ Fibracystic breast condition .. Susu ibu  
    bercampur darah yang berpunca dari tumor yg kecil dan tidak merbahaya dalam milk ducts. Selalunya ketulan tidak dapat dirasai & pendarahan akan berhenti dengan sendirinya.


    Jika masih ada darah walaupun selepas 2 minggu, jumpa pakar. Ikuti panduan di atas utk pulihkan keadaan.

    Adakah susu ibu berdarah selamat diminum? Terdapat pendapat berbeza di kalangan pakar.
    Kebanyakan menyatakan ia selamat. Namun tempoh penyimpanan susu ibu bercampur darah adalah terhad dan berbeza
    - tak boleh disimpan sebagai stok beku
    - beri susu bercampur darah dahulu, baru susu ibu biasa.

    Harap membantu!

    By:
    Ida Khairani Ahmad
    admin@mysupervitamins.com
    Shaklee ID 846056

    Vitamin tambahan untuk ibu mengandung

    Vitamin tambahan antenatal untuk ibu mengandung menyumpang untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Apa vitamin ibu mengandung yang disyorkan dan kenapa akan terjawab di sini. Ramai ibu mengandung mengharapkan kehamilan yang bebas dari mabuk, loya dan dapat makan makanan kesukaan seperti biasa. Namun, kerana kebanyakkan ibu mengandung tidak dapat diet seimbang yang diperlukan dan sukar mengelak dari mabuk, muntah dan memilih makanan semasa hamil, vitamin tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk ibu mengandung mendapat nutrisi harian yang sepatutnya, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung.


    Apa senarai vitamin tambahan untuk ibu mengandung?




    Asid folik adalah vitamin tambahan yang sinonim yang diperlukan sejak dari merancang untuk hamil, seterusnya diterusnya sekurang kurangnya 3 bulan pertama atau lebih semasa hamil. Kekurangan vitamin B ni dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Keperluan asid folik ni penting untuk mencegah kecacatan. Supplemen Shaklee yang mengandungi asid folik adalah B Complex, Vitalea dan Meal Shakes.

    Ada juga pakar yang mencadangkan 10 mcg vitamin D setiap hari tapi memandangkan cuaca di Malaysia, kita mungkin telah mendapat bekalan secukupnya. Jika tidak, pakar akan menasihatkan ibu mengandung untuk mendapatkan bekalan vitamin D tambahan.

    Zat besi semasa kehamilan juga akan diperiksa dari semasa ke semasa. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen untuk memastikan keseluruhan fungsi badan. Ibu mengandung yang kerap rasa letih, sakit , terganggu atau lemah..janga abaikan gejalan ini dan menganggap perkara biasa. Hakikatnya 1 dari 3 orang wanita yang sering mengalami masalah ini adalah kerana anemia atau kekurangan zat besi. Jika tidak dirawat, kemungkinan ibu dan bayi mengalamai kesan jangka masa panjang.

    Ibu mengandung yang berisiko untuk menghadapi anemia, boleh mengawal kandungan darah. Apabila bilangan sel darah merah kurang dari normal(12-15mg/dl), ibu menghadapi risiko animeia paling umum iaitu kekurangan zat besi. Dianggarkan wanita memerlukan tambahan 50% lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu dari 15 ke 27mg/dl sehari. Keperluan zat besi yang mencukupi menurunkan risiko anemia semasa hamil yang berkait dengan risiko keguguran, kelahiran pramatang, berat bayi yang dilahirkan rendah dan kemungkinan ibu meninggal semasa bersalin. Ibu mengandung disyorkan mengambil suplemen Shaklee, Vitalea yang mengandungi formula zat besi.

    Selain itu, pengambilan Vitamin C bersama zat besi membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Jadi ibu mengandung juga digalakkan mengambil tambahan vitamin c selain untuk meningkatkan imun badan. Manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

    Vitamin A semasa mengandung yang berasaskan haiwan boleh menjadi toksin dan merbahaya untuk bayi jika diambil berlebihan. Vitamin A jenis karotin yang berasaskan tumbuhan seperti Vitalea atau Carotomax Shaklee lebih selamat untuk kehamilan. Pastikan setiap supplemen yang diambil tidak melebihan dos yang disyorkan.


    Khas untuk ibu mengandung yang vegeterian atau disahkan mempunyai penyakit semasa kehamilan seperti diabetis, praeklampsia, anemia, ada sejarah kelahiran bayi yang rendah berat, diet dan vitamin tambahan khas sangat diperlukan. Jadi maklumkan doktor yang merawat anda.

    Vitamin Ibu mengandung Shaklee : Omega Guard, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix
    Omega Guard, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix




    Ibu mengandung yang mencari vitamin tambahan yang selamat boleh mengamalkan rangkaian vitamin semulajadi Shaklee seperti 


    Set J1 ( trimester 1) : B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
    Set J2 (timester 2 dan 3) : B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Omega Guard(fish oil)

    Tambahan Energizing Soy Protein disyorkan untuk ibu yang masih menyusu semasa hamil, yang sering penat dan berpuasa.

    Performance Drink adalah minuman yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan dan digalakkan mengambil semasa cuaca panas dan berpuasa.(selepas berbuka & sahur)

    Meal Shakes adalah pilihan ibu mengandung yang sukar menelan pil dalam set J1 dan J2. Mealshakes mengandungi multivitamin, protein dan serat untuk tampung kekurangan nutrisi harian.


    Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Performance Drink
    Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Performance Drink



    Ida Khairani
    Shaklee Independent Distributor
    ID 846056


    Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

    Info Tentang Fructose & Maltodextrin dalam Meal Shakes Shaklee

    Sempena promo hebat Meal Shakes Jun ni, mesti ramai yang nak kenal dan kaji lebih mendalam tentang Meal Shakes ni kan. Nak kenalkan pada anak tersayang, mestilah produk yang terbaik! Saya memang suka sangat dengan Meal Shakes ni. Dah sediakan untuk anak sejak 2 tahun tak salah dan saya pun sekarang amalkannya. Sebab semasa mengandung ni, susah pulak nak telan vitamin. So, Mealshakes yang mengandungi multivitamin ni tampung keperluan vitamin saya juga, insyaAllah. Rasa pun sedap dan yummy!



    Kandungan vitamin, protein dan serat dalam Meal Shakes Shaklee

    Kandungan tambahan termasuklah fructose dan matodextrin

    Kandungan utama dan dos Meal Shakes Meal Shake Shaklee yang sedap ni merupakan multivitamin lengkap dengan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap oleh tubuh. Boleh dinikmati oleh kanak kanak seawal usia 1 tahun ke atas pada dos yg kami rekomenkan iaitu hanya 1 sudu teh sehari. Untuk kanak kanak yang lebih besar, remaja dan dewasa boleh menikmati sehingga 1/4 cup untuk memenuhi keperluan harian 1/3 vitamin dan mineral, 30% protein dan 3 g serat.


    Sumber Meal Shakes adalah buah, sayuran, soya, lactalbumin (sejenis susu) & lain2. Lactalbumin adalah bahan terbaik & mengandungi organisma protin yg sgt berkualiti & mudah diserap tubuh dr peringkat baby ke org dewasa. Lactalbumin biasanya mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.


    Selain tu, Mealshakes turut mengandungi fruktos dan maltodextrin. Apa benda ni? 



    Sebahagian gula yang terdapat dalam Meal Shakes adalah fruktos. Fruktos ni adalah karbohidrat semulajadi dari buah dan sayur. Dalam Meal Shakes sumber fruktos adalah jagung. Ada orang cakap fruktos ni boleh sebabkan kanser? Sebenarnya pakar nutrisi Shaklee sendiri tak percaya fruktos boleh membawa kanser kerana buktinya masih lemah dan tidak jelas.

    Apa pula maltodextrin? Dalam Shaklee maltodextrin juga adalah ekstrak jagung. Maltodextrin digunakan untuk menggabungkan vitamin dalam Meal Shakes. Ia semestinya tak sama yang wujud dalam makanan rapu, kerana Maltodextrin dalam Meal shakes adalah bersumberkan bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung.

    Untuk lebih kefahaman tentang Maltodextrin, pembaca boleh google juga. Antara sumber yang saya perolehi menerangkan..



    Maltodextrin semulajadi adalah karbohidrat yang dibuat daripada pecahan kanji (partial breakdown of starch) yang hadir secara semulajadi dalam jagung. Pecahan separa ini menghasilkan rangkaian polimer glukosa yang mempunyai panjang berbeza-beza. Hasilnya ditapis, semburan-kering (spray dried), dan jadilah serbuk. Kerana kanji hanya sebahagian sahaja terurai, ia mempunyai rasa yang hambar dan tahap kemanisan yang sangat rendah. Maltodextrin berfungsi sebagai sumber karbohidrat dalam makanan dan pemakanan nutrisi, satu cara semula jadi untuk bahan-bahan tablet bergabung bersama-sama, dan sebagai pembawa (carrier) untuk vitamin, mineral, dan perisa semula jadi dan warna.



    Banyak sudah testimonial hebat dari ibu ibu yang prihatin tentang perkembangan anak mereka.. antaranya yang suka saya kongsikan adalah dari saya sendiri dan loyal customer saya. Layan..





    Anak sendiri ni.. Dulu sangatlah payah nak makan. Rasanya seminggu boleh ja sekali ja jamah nasi.

    Alhamdulillah, selepas konsisten amalkan Meal Shakes selera makan telah bertambah. Walaupun mmg ambil P...S... namun tak berapa nak catch up growth. Tambahan Meal Shakes sangat membantu & tunjukkan perubahan positif. 



    "Ye ida... So far sgt2lah beza dgn before amik mealshake. APPETITE berTAMBAH BAGUS, bg makanan je makan, kalo dulu, kena marah pun blum tentu dia makan...

    Lg 1 SISTEM IMUN dia btambah elok. Sbb dia dok taska, so mudah jangkit kalo kawan2 dia x sihat... Lps amik mealshake, elok je, X DEMAM. Lama gak X SELSEMA. Cuma bru 2-3 ari ni dia selsema tp x teruk, maybe sebab cuaca yg panas sgt ni..."





    So, jangan tunggu lagi untuk promo hebat Meal Shakes. Berikan terbaik untuk anak kita tanpa ragu ragu! Boleh sms ke 013 4882382 untuk ketahui harga promo terkini. 




    Ida Khairani
    Shaklee Independent Distributor
    ID 846056


    Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

    5 risiko bahaya air kosong pada bayi bawah 6 bulan


    Sejak dari tuk nenek mak kita lagi sering disyorkan bagi bayi air kosong kononnya nak cuci mulut bayi dari tompokan susu. Ramailah antara mak mak zaman sekarang tetap ikut petua bagi air kosong ni. Malangnya tindakan ni boleh mengundang bahaya.




    Hakikatnya bayi yang berusia bawah 6 bulan cukup hanya disusui dengan susu ibu. Susu ibu sendiri mengandungi 88% kandungan air dan selamat. Kesan putih pd lidah bayi tu boleh ja dihilangkan dengan mengelap dengan tuala lembut yg dicelup air terlebih dahulu.

    Selain tu, ada juga yg beri air kosong pada bayi kerana hendak merawat jaundis / kuning. Jaundis biasa juga boleh dirawat dengan susu ibu. Susu ibu membantu melancarkan pencernaan seterusnya menyingkirkan bilirubin dengan cepat melalui air kencing dan tahi.

    Walaupun air kosong nampak simple tapi ada garam mineral didalamnya. Buah pinggang bayi yg masih kecil dan belum matang berisiko untuk memprosesnya. Memberi air kosong boleh menyebabkan badan bayi mengeluarkan garam kesan dari cecair berlebihan. Apabila kehilangan garam, aktiviti otak bayi boleh terjejas. Nampak simple kan.. tapi ia sangat berisiko.

    Kalau kita kerap bg air kosong, perut
    kecil bayi cepat kenyang. Ini boleh effect demand terhadap susu ibu menurun. Lama2 susu kita pun berkurang dan boleh jadi punca kegagalan utk penyusuan susu ibu hingga usia 2 tahun.

    5 perkara bahaya akibat beri bayi minum air kosong sebelum usia 6 bulan termasuklah ..


    1. Mengancam nyawa

    Air kosong yg kita beri ada kemungkinan mengandungi kuman jika sumbernya dicemari dan tidak selamat. Kuman mendedahkan bayi pada risiko cirit birit jika amalan kebersihan tak diamalkan.

    2. Menghakis pelindung penyakit

    Air kosong yg kita bagi pada bayi boleh
    menghakis salutan pelindung penyakit yg dihasilkan oleh susu ibu. Jadi risiko utk bayi terdedah pd pelbagai penyakit meningkat apabila sistem imun telah dirosakkan.

    3. Menyebabkan sawan tarik

    Bayi yg berumur bawah 5 minggu dan minum air kosong banyak sangat berisiko untuk alami sawan tarik. Ini kerana amalan minum air kosong mencairkan garam dalam badan dan menurunkan suhu.  Jadi kembung dan sawan tarik boleh terjadi. Sindrom ni dipanggil oral water intoxication.

    4. Merencatkan tumbesaran

    Oleh kerana bayi dah minum byk air kosong, permintaannya terhadap susu ibu berkurangan. Perut bayikan masih kecil. Jadi mereka cepat kenyang. Hasilnya mereka telah kekurangan nutrisi yang sangat banyak dari susu ibu untuk tumbesaran. Air kosong pula tidak
    mengandungi sebarang khasiat.

    5. Menjejaskan akal

    Bayi jika diberikan air kosong seawal usia kelahiran, boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Jadi mereka lebih mudah mendapat kuning. Jika bayi yang memang jaundis diberikan air kosong, menurut pakar laktasi Kanada, Anne Kirkham boleh memburukkan lg keadaan hingga boleh menyebabkan terencat akal.:O

    Bahayakan.. Jadi ibu ni memang kena rajin membaca dan explore, baru kita tahu lebih banyak demi kebaikkan anak-anak. Bukan hanya menerima sahaja petua orang tua-tua. Nak beri air kosong tak ada masalah selepas usia anak 6 bulan tapi masih berpada sebab tak nak mereka cepat kenyang. Lepas dah setahun, bolehlah beri air mengikut kesesuaian mereka. ;) ... Termasuklah nak mix dengan minuman sihat Meal Shakes yang kaya vitamin, protein dan serat untuk membantu tumbesaran mereka.



    By: 
    Ida Khairani
    admin@mysupervitamins.com
    Shaklee ID 846056

    5 Info tanda hendak bersalin

    Ibu ibu yang hendak bersalin mesti suspend dan curious nak tahu apa yang perlu diperhatikan dan bila masanya untuk ke hospital. Sini saya kongsikan hasil pembacaan dari majalah Pa&Ma.

    1. Bayi turun ke bawah

    Perut jadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi mula turun ke dalam rangka tulang pelvis.


    2. Keluar lendir pekat  @ berdarah

    Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabi;a pintu rahim mula buka.


    3. Sakit belakang

    Bayi beralih dan mula menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit itu atasinya dengan banyakkan berjalan.


    4. Kontraksi rahim

    Jika kontraksi sudah ada, perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak di antaranya. Kontraksi pada peringkat awal bermula dengan jarak yang lebih lama setiap 20 minit dan akan menjadi semakin kerap. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu setiap 5 minit. 


    5. Pecah air ketuban

    Air ketuban biasanya keluar dengan banyak dari faraj. Warnya air ketuban jernih dan tanpa bau. Jika air ketuban dah pecah, segera ke hospital dan maklumkan petugas hospital dan doktor.






    Banyak lagi sharing tentang info mengandung di sini. Selamat membaca!





    Ida Khairani
    Shaklee Independent Distributor
    ID 846056


    Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)