Showing posts with label Shaklee Halal. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Halal. Show all posts

Sijil Halal Shaklee paling latest untuk tahun 2016

Dah jadi kewajiban orang Islam untuk mencari yang halal dan meninggalkan yang haram. Alhamdulillah, supplemen Shaklee memang disahkan halal oleh badan yang diikhtiraf Jakim. Badan ini dipanggil Islamic Services of America.


vitamin shaklee yang halal
Sijl Halal Shaklee 20


Supplemen Shaklee yang terbabit dengan pensijilan halal dari I.S.A adalah :

  • Alfalfa Complex
  • B Complex
  • Carotomax
  • Chewable Vita-C
  • Cinch Cafe Latte Shake Mix
  • Cinch Chocolate Shake Mix
  • Cinch Vanila Shake Mix
  • Cinch Tea Mix
  • DTX Complex 
  • GLA Complex
  • Herb Lax
  • Lecitin
  • Meal Shakes
  • Omega Guard
  • Ostematrix
  • Peppermint-Ginger Plus
  • Performance Drink
  • Phytocol-ST
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea for Children
  • Vita-Lea Iron Formula
  • Vivix
  • Zink
  • Nuutriferon
Collagen tiada dalam senarai sebab dikeluarkan dan dikilangkan oleh Shaklee Jepun.

I.S.A adalah badan dari United State yang diiktirafkan oleh Jakim. Banyak sebenarnya badan di seluruh dunia diiktirafkan Jakim dan Jakim telah senaraikannya di website Jakim di link ini http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/badan-islam/badan-luar-negara-diiktiraf
Ini supaya orang Malaysia tak ada la was-was kalau beli produk yang tak ada logo Jakim.

I.S.A sah diiktirafkan Jakim Malaysia




Jadi, yakinlah yang supplemen Shaklee bukan saja terbaik kerana keberkesanan dan kajian saintifik sebelum dikeluarkan serta disahkan pihak ketiga selain Shaklee, namun yang penting vitamin Shaklee juga confirm HALAL.

Gunakan tanpa was-was




Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC




Perniagaan Shaklee mengikut Syariah

Ramai yang dah bersama kami dalam perniagaan Shaklee. Ramai juga yang masih ragu ragu. Maklumlah perniagaan Shaklee adalah MLM berasaskan (multilevel marketing). Sangat penting untuk sesuatu MLM itu patuh syariah supaya ia tidak menindas ahlinya, adil dan bertahan. Shaklee bukanlah skim cepat kaya. Perniagaan Shaklee berasaskan produk yang berkualiti dan menjalani R&D yang ketat. Kumpulan kami (Shaklee Extraordinary Team, Lady Boss dan Jutawan Shaklee) sangat melarang ahli dari membuat longgokan produk demi mancapai bonus hanya untuk bulan bulan awal penglibatan. Biarlah naik secara konsisten setapak demi setapak walau bermula dengan bonus 2 angka dan terus berusaha mencecah 3, 4, 5 atau 6 angka.. memang tidak mustahil dengan cara yang betul. Mengikut pembacaan, memang sahlah Shaklee mengikut garis panduan dan patuh Syariah.



Multilevel Marketing menurut Syariah oleh Ustaz Zaharuddin.



1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.



Perniagaan MLM Shaklee patuh Syariah
Shaklee bukan skim cepat kaya



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Isu Halal Shaklee yang dijawab oleh Abd Rahman Baco Penulis halalscience.com

Semakin sesuatu produk tu hot dan disukai ramai, semakin ramai yang mencari info sedalam dalamnya. Baguslah, sebagai umat Islam kita kena rajin mengkaji, apa lagi isu halal haram produk yang kita makan. Sebagai penjual Shaklee, saya dan rakan rakan turut memastikan produk Shaklee halal dan diikhtiraf Jakim Malaysia. Selain itu kami para peniaga turut mendapat pelbagai bonus dari pihak Shaklee Malaysia jadi kami turut memastikan bahawa pihak Shaklee Malaysia mengalamalkan perniagaan yang patuh Syariah. Alhamdulilah, kini penulis Abd Rahman Baco penulis halalscience turut mengakuinya.

Jom ikuti..

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email
pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan
selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat
berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar
negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh
Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku
"Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran
Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
"Shaklee" iaitu
"Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com



P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com



Terima kasih diucapkan pada saudara Abd Rahman Baco kerana sudi berkongsi tentang Shaklee dan menjawab pelbagai persoalan pengguna tentang Shaklee. Di harap para pengamal, pengguna, customer dan bakal peniaga Shaklee tidak ragu ragu lagi.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Status Halal Shaklee

Shaklee halal ka? Lecitin tak halal ka? Untuk menghilangkan keraguan pengguna, berikut adalah sijil halal dan senarai produk Shaklee yang mendapat sijil Halal dari Islamic Services of America, badan yang diikhtiraf oleh Jakim. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang pelbagai dan tidak semua produk Shaklee ada di Malaysia. Mungkin ada sesetengah produknya di luar negara yang tidak halal namun SEMUA produk SHAKLEE yang berada di MALAYSIA telah mendapat sijil HALAL kerana telah menjalani proses khas yang ketat. Jadi jangan ragu-ragu, kerana saya juga pengguna Islam yang prihatin.






Untuk senarai badan yang diikhtiraf oleh Jakim, boleh rujuk website http://www.halaljakim.gov.my/ atau http://www.halal.gov.my/v3/ cari Pengguna - Badan yang diikhtiraf Jakim. Senarai badan ini telah dikemaskini Januari 2012. ISA atau ISLAMC SERVICES OF AMERICA berada pada muka surat 18, no 56.






Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

Ekstrak babi dalam Shaklee?

Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee, lebih jelas klik sijil di side bar







ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI) atau print screen di sini