Showing posts with label Set J2. Show all posts
Showing posts with label Set J2. Show all posts

Vitamin tambahan untuk ibu mengandung

Vitamin tambahan antenatal untuk ibu mengandung menyumpang untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Apa vitamin ibu mengandung yang disyorkan dan kenapa akan terjawab di sini. Ramai ibu mengandung mengharapkan kehamilan yang bebas dari mabuk, loya dan dapat makan makanan kesukaan seperti biasa. Namun, kerana kebanyakkan ibu mengandung tidak dapat diet seimbang yang diperlukan dan sukar mengelak dari mabuk, muntah dan memilih makanan semasa hamil, vitamin tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk ibu mengandung mendapat nutrisi harian yang sepatutnya, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung.


Apa senarai vitamin tambahan untuk ibu mengandung?




Asid folik adalah vitamin tambahan yang sinonim yang diperlukan sejak dari merancang untuk hamil, seterusnya diterusnya sekurang kurangnya 3 bulan pertama atau lebih semasa hamil. Kekurangan vitamin B ni dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Keperluan asid folik ni penting untuk mencegah kecacatan. Supplemen Shaklee yang mengandungi asid folik adalah B Complex, Vitalea dan Meal Shakes.

Ada juga pakar yang mencadangkan 10 mcg vitamin D setiap hari tapi memandangkan cuaca di Malaysia, kita mungkin telah mendapat bekalan secukupnya. Jika tidak, pakar akan menasihatkan ibu mengandung untuk mendapatkan bekalan vitamin D tambahan.

Zat besi semasa kehamilan juga akan diperiksa dari semasa ke semasa. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen untuk memastikan keseluruhan fungsi badan. Ibu mengandung yang kerap rasa letih, sakit , terganggu atau lemah..janga abaikan gejalan ini dan menganggap perkara biasa. Hakikatnya 1 dari 3 orang wanita yang sering mengalami masalah ini adalah kerana anemia atau kekurangan zat besi. Jika tidak dirawat, kemungkinan ibu dan bayi mengalamai kesan jangka masa panjang.

Ibu mengandung yang berisiko untuk menghadapi anemia, boleh mengawal kandungan darah. Apabila bilangan sel darah merah kurang dari normal(12-15mg/dl), ibu menghadapi risiko animeia paling umum iaitu kekurangan zat besi. Dianggarkan wanita memerlukan tambahan 50% lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu dari 15 ke 27mg/dl sehari. Keperluan zat besi yang mencukupi menurunkan risiko anemia semasa hamil yang berkait dengan risiko keguguran, kelahiran pramatang, berat bayi yang dilahirkan rendah dan kemungkinan ibu meninggal semasa bersalin. Ibu mengandung disyorkan mengambil suplemen Shaklee, Vitalea yang mengandungi formula zat besi.

Selain itu, pengambilan Vitamin C bersama zat besi membantu meningkatkan penyerapan zat besi. Jadi ibu mengandung juga digalakkan mengambil tambahan vitamin c selain untuk meningkatkan imun badan. Manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Vitamin A semasa mengandung yang berasaskan haiwan boleh menjadi toksin dan merbahaya untuk bayi jika diambil berlebihan. Vitamin A jenis karotin yang berasaskan tumbuhan seperti Vitalea atau Carotomax Shaklee lebih selamat untuk kehamilan. Pastikan setiap supplemen yang diambil tidak melebihan dos yang disyorkan.


Khas untuk ibu mengandung yang vegeterian atau disahkan mempunyai penyakit semasa kehamilan seperti diabetis, praeklampsia, anemia, ada sejarah kelahiran bayi yang rendah berat, diet dan vitamin tambahan khas sangat diperlukan. Jadi maklumkan doktor yang merawat anda.

Vitamin Ibu mengandung Shaklee : Omega Guard, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix
Omega Guard, Vitamin C, B Complex, Vitalea, Ostematrix




Ibu mengandung yang mencari vitamin tambahan yang selamat boleh mengamalkan rangkaian vitamin semulajadi Shaklee seperti 


Set J1 ( trimester 1) : B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix(kalsium)
Set J2 (timester 2 dan 3) : B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Omega Guard(fish oil)

Tambahan Energizing Soy Protein disyorkan untuk ibu yang masih menyusu semasa hamil, yang sering penat dan berpuasa.

Performance Drink adalah minuman yang membantu mengekalkan bendalir dalam badan dan digalakkan mengambil semasa cuaca panas dan berpuasa.(selepas berbuka & sahur)

Meal Shakes adalah pilihan ibu mengandung yang sukar menelan pil dalam set J1 dan J2. Mealshakes mengandungi multivitamin, protein dan serat untuk tampung kekurangan nutrisi harian.


Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Performance Drink
Energizing Soy Protein, Meal Shakes, Performance Drink



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Pengalaman, panduan dan vitamin ibu mengandung

Memandangkan ramai yang ibu ibu mengandung sekarang suka google info pasal mengandung dan sangat hot di website ni..saya nak share pengalaman mengandung Arnie.. Kalau ibu mengandung semua masih mencari cari makanan tambahan @ vitamin yang essential untuk ibu mengandung ni..perlu ke idak.. kalau tak makan baby camna pulak..jom baca pengalaman Arnie di sini.

~~~~

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan baby ketiga ini, skop customer dan rakan-rakan dari kumpulan ibu mengandung yang singgah ke blog ini juga telah bertambah (merujuk kepada traffic analysis serta pertambahan order vitamin untuk ibu hamil!).

Jika di awal pembabitan saya berkongsi kebaikan suplemen secara online dahulu, 90% merupakan ibu menyusu, kini boleh dikatakan 30% ialah ibu menyusu, 30% ibu hamil, 30% kecantikan kulit, dan baki 10% ialah lain-lain seperti pengurusan berat badan, suplemen untuk anak-anak, mahupun family total wellness.

Setiap kali mengandung, saya mengambil prenatal supplement/ vitamin dari sumber yang berbeza. Maka, kali ini saya ingin kongsikan pengalaman menarik mengamalkan vitamin dari 3 jenis sumber yang berbeza ini.

Kehamilan Pertama.

Untuk kehamilan sulung, memandangkan saya membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan, saya cuma makan vitamin 5 serangkai (Asid Folik, B Kompleks, Vitamin C, Kalsium dan Iron) yang diperolehi secara PERCUMA dari Klinik Kesihatan. Jenis vitamin yang dibekalkan adalah sama dari awal kehamilan sehinggalah dah cukup bulan. Jujurnya, memang payah nak telan, terutama Iron tablet. Mungkin kerana saiz dan rasanya yang tak berapa sedap pada tekak, dan juga belum ada kesedaran tentang kepentingan suplemen buat ibu hamil. Tapi, saya usahakan juga makan vitamin demi kesihatan bayi. Alhamdulillah, my boy lahir dengan berat 3.5kg!

Kehamilan Kedua.

Untuk kehamilan kedua, 100% pemeriksaan baby dibuat di private hospital. Pada awal kehamilan, gynae hanya berikan Folic Acid sahaja. Apabila kandungan memasuki trimester kedua, barulah saya diberikan Obimin dan Kalsium.

Apabila masuk Trimester ketiga, tambahan Fish Oil (jenama Neurogain) ditambah kepada Obimin dan Kalsium tadi. Kali ini saya lebih selesa mengambil suplemen untuk ibu hamil ini, mungkin kerana saiznya yang lebih kecil, dan tidak memberi rasa pelik kepada tekak. Alhamdulillah, my girl lahir dengan berat 2.6kg! Hampir SEKILO beza/ lebih ringan dari abangnya. Somehow waktu itu, saya rasa Fish Oil banyak mainkan peranan untuk kawal peningkatan berat badan saya dan baby, serta brain development baby. Wallahu'alam.

Kehamilan Ketiga.

Untuk kehamilan ketiga ini, saya masih membuat pemeriksaan di private hospitalyang sama (sebab sukakan gynae nya!). Bezanya, kali ini saya menyatakan hasrat pada gynae untuk mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee sepanjang kehamilan ini. Gynae menghormati keputusan saya, dan langsung tidak membekalkan apa jua prenatal vitamin sepanjang check up kali ini. Walaubagaimanapun, saya sentiasa merujuk padanya samaada vitamin yang saya ambil bersesuaian, dan saya juga pernah tunjukkan label botol vitamin padanya.

Perbezaan mengandung baby #3 ini berbanding waktu abang dan kakaknya ialah, saya lebih arif (berbanding dahulu) tentang apa vitamin/ suplemen yang diperlukan oleh ibu hamil. Saya makan vitamin mengikut apa yang baby dan badan saya perlukan, dan sentiasa perhatikan unit value vitamin harian. Tidak bermakna apabila saya sendiri pengedar vitamin, saya perlu makan vitamin sehingga overdose! Seperti anda, tidak dinafikan, adakala saya juga culas makan vitamin. Ooppsss! :D

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah, Hb saya kekal di paras normal, bacaan sekitar 11++. Kandungan terdahulu, saya pernah mengalami low Hb sehingga muka pun pucat. Saya juga rasa lebih bertenaga, lebih tenang (mungkin disebabkan oleh B-Complex), kurang rasa sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan (kesan pengambilan Kalsium-Magnesium) dan Alhamdulillah, pertambahan berat badan saya & baby masih di paras terkawal. Adakala, pertambahan berat kami berdua di bawah paras graf normal! :P

Memandangkan pengunjung GenkiMomma kini kebanyakannya terdiri daripada ibu mengandung, mahupun ibu yang cuba untuk hamil, ingin saya kongsikan apakah VITAMIN ASAS yang saya amalkan sepanjang kehamilan baby #3 ini. Sebagai Shaklee Independent Distributor, pastinya saya memilih vitamin semulajadi Shaklee sebagai prenatal vitamin saya kali ini.

Vitamin ASAS Sepanjang Trimester Pertama:


VITAMIN ASAS Sepanjang Trimester Kedua & Ketiga:


VITAMIN OPTIONAL Sepanjang Trimester:
Saya juga mengamalkan suplemen berikut mengikut keperluan badan (TAK WAJIB, ya!):

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini saya sangat gembira dengan pilihan saya untuk mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee sepanjang kehamilan ini. Jika anda ikuti penulisan saya dari awal, sebenarnya, tak kisahlah dari mana sumber vitamin itu - dari Klinik Kesihatan, private hospital, mahupun jenama pilihan sendiri - vitamin prenatal ASAS buat ibu hamil terdiri dari Multivitamin (lengkap dengan Zat Besi), B-Complex yang lengkap dengan Asid Folik, Vitamin-C, serta Kalsium, kan?

Jadi, pilihan di tangan anda untuk memilih jenis vitamin yang bagaimana, kerana pastinya setiap sumber vitamin ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Namun, jika anda juga ingin cuba mengamalkan vitamin semulajadi pilihan saya, boleh hubungi saya untuk cadangan & jadual pengambilan vitamin yang sesuai.

Walaubagaimanapun, suka saya ingatkan bahawa kondisi kesihatan kita tidak sama, terutama tatkala sedang berbadan dua ini. Maka, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius tatkala hamil, seperti Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ataupun Darah Tinggi, segeralah merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.





Ida Khairani

Shaklee Independent Distributor

ID 846056



Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


Vitamin Tambahan Untuk Ibu Hamil

Apa yang penting untuk ibu hamil?


Pengambilan makanan yang seimbang adalah penting, terutama semasa hamil. Pengambilan vitamin tambahan untuk ibu hamil adalah satu cara untuk membantu mengatasi jurang nutrisi di dalam diet ibu. Secara umumnya agak sukar bagi ibu hamil sekiaranya dia bekerja untuk mendapatkan nutrisi yang optimum daripada diet.

Ibu hamil memerlukan asid folik, zat besi, DHA dan kalsium dengan jumlah yang mencukupi bagi menampung keperluan dirinya dan bayi yang dikandung.

Kepentingan vitamin tambahan untuk ibu hamil:


Asid Folik

Melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang. Ia juga melindungi ibu daripada risiko kanser dan strok.

Zat Besi

Membantu mencegah anemia dan masalah dengan sel darah merah.
Mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan kurang berat badan.

DHA

Membantu perkembangan otak bayi

Kalsium

Membantu sistem saraf, otot, dan peredaran darah. Mengelakkan kekejangan semasa hamil. Membantu perkembangan tulang dan gigi ibu dan bayi. Dalam masa yang sama ibu hamil tidak harus bergantung kepada vitamin tambahan semata-mata kerana ia cuma pelengkap. Ibu hamil wajib menjaga pemakanan seimbang dan bernutrisi tinggi.

Credit




*NOTA: Asid Folik terdapat dalam Vita-Lea dan B Complex. Zat besi terdapat dalam Vita-Lea. DHA terdaat dalam Omega Guard. Kalsium terdapat dalam Ostematrix.


Testimonial Vitamin untuk Ibu Hamil



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Vitamin untuk Ibu Mengandung

Khas untuk ibu-ibu yg mengandung di luar sana. Ni ada checklist vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan ibu dan tumbesaran bayi dalam kandungan.


1. Multivitamin ( Vita-Lea)

Berfungi meningkatkan mental alertness dan ketahanan terhadap jangkitan. Membantu fungsi pemakanan dan pencernaan. Penting untuk pertumbuhan dan kemampuan reproduksi. Ia juga mempunyai sistem penyerapan bioaktif untuk memastikan penigkatan penyerapan asid folik kritikal.


2. Kalsium ( Ostematrix)

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Menolong mengurangkan perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.


3. Omega 3 ( Omega Guard)

Mengandungi rangkaian 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting untuk perkembangan fungsi -fungsi otak bayi dan anda.


4. B-Complex (dengan Asid Folik )

Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lebih berkesan apabila bertindak bersama dalam meggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular. Diformulakan bersama asid folik yang mencukupi untuk merendahkan risiko mengandung bayi dengan kecacatan otak atau korda spina.


5. Vitamin C

Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.


6.Protien (Energizing Soy Protien)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

vitamin ibu mengandung



Info berkaitain Ibu mengandung boleh klik link di bawah
-Amalan merangsang baby semasa ibu masih mengandung
-Testimonial Hajar berjaya mengurangkan alahan
-Perbezaan terasa selepas mengamalkan vitamin Shaklee semasa mengandung





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)


Vitamin semasa mengandung

Ada ibu-ibu yang ingin mencuba vitamin Shaklee semasa mengandung namun masih risau dan tak tahu kebaikkannya. Sini saya share pengalaman ibu mengandung yang telah mengambil vitamin Shaklee.


 "Sy pun amik shaklee sbb xleh mkn obimin...alhamdulillah..bb pun ok je...smbg mkn utk dlm pantang plak..."




 "Saya, dan sedang menunggu hari pun. 100% Shaklee from the beginning (even before conceive). "




 "saya makan..memang berbaloi.sy start mkn cuma sebulan sebelum bersalin..sy ni anaemic ( thalassemia carrier) .Alhamduillah dgn shaklee hb naik dan rasa lebih sihat. iberet folic acid yg dpt tu terpaksa sy buang:)) "



 "sy lmbt tau psal shaklee ni...da 5 bln bru start....ni nk msuk 8 bln la....blh atasi letih, naikkan HB..mse start peknen HB 8.5....skrg da ok....sy x lh ambil ubat2 yg doc bg mse checkup...sbb sembelit....huhuhuhuhu..."



 "Saya makan untuk dua2 anak saya. Masa mengandung Shaklee jek saya amalkan, alhamdulilah sangat puashati sebab badan cepat recover dari ceaser ( dua2 ceaser) dan susu pun cepat terhasil. Kalau kita dah sediakan badan yg sihat, doa banyak2 urusan penyusuan dipermudahkan insyaAllah mudah."



 " saya sedang amalkan skrg... mmg lain dgn anak pertama..."




"anak kedua saya 100% vitamin shaklee. memang tak mkn vitamin hospital pun. Alhamdulillah terasa berbeza sangat mengandung dengan vitamin shaklee. Harini baby dah masuk 4 bulan, badan dia kuat & terserlah "




Nutrien penting untuk ibu mengandung


Peranan Protein:
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Ia juga diperkukan olej placenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas sekali, kehamilan dan penyusuan ibu memerlukan kehadiaran protein. Jadi, haruslah ibu menambah sumber protein sihat dalam diet harian mereka.


Peranan Asid Folik/Folat:

Asid Folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang. Malah, ia menyumbang dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan sepanjang kehamilan dan dalam diet wanita yang masih subur.


Peranan Kalsium:

Kandungan kalsium yang mencukupi dalam diet ibu membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kalsium untuk keperluan tubuh ibu. Di samping untuk, khasiat kalsium sangat luas termasuklah menghalang kekejangan otot yang sering dialami ketika hamil dan kontraksi di saat melahirkan.


Peranan Asid Lemak Omega 3

Juga dikenali sebagai DHA diperlukan untuk pembinaan otak dan retina. Ikan salmon dan ikan tenggiri mengandungi tinggi DHA tetapi tidak digalakan diambil lebih dari 2 kali seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi supplemen omega 3 adalah altenatif terbaik.
Vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung?



Vitamin Shaklee apa yang disyorkan untuk ibu mengandung









Energizing Soy Protein 

-rendah lemak -bukan GMO bermakna tidak diubah secara genetik
 -lengkap dengan semua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh.


Ostematrix/Kalsium

 -mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian tubuh
-kadar penyerapan yang baik oleh tubuh
-lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kebaikkan fungsi kalsium


B Complex 

-mengandungi kesemua 8 vitamin B
-diformulakan dengan sistem penyerapan bioaktif untuk penyerapan yang lebih baik
-Dilengkapi dengan asid folik yang sangat mudah diserap tubuh


Omega Guard/Asid Lemak Omega 3 

-menawarkan spectrum penuh asid lemak omega-3 yang bergred tinggi dan selamat dimakan.
-bagus untuk otak dan jantung bayi dan ibu.


Vitalea 

-dengan formula zat besi yang menbantu menghasilkan darah yang sihat dan membantu fungsi badan secara keseluruhan

Vitamin C 

-tinggi anti oksida untuk melawan radikal bebas dari pencemaran dan proses normal tubuh
-menguatkan antibodi untuk melawan penyakit







Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Testimonial ibu mengandung mantap dengan Shaklee


Pada yang masih ragu-ragu nak beli ka tak Shaklee ni.. ha baca testimonial Pn.Marlini ni. Semoga, anda terus terpikat juga.


sekarang ni kat sekolah bz skit
almaklumlah sekarang budak tgah PMR...
so aku plak kna edit jadual aktiviti pas PMR
pelaksanaannya minggu depan
tambah partner lama aku dah pindah 2 mnggu yg lalu
so aku banyak amik alih tugas yang kadangkala aku stres gak dibuatnya
nasiblah kaunselor baru ni banyak membantu

penat gak
ngn perot semakin memboyot
mujurlah aku ader ambil suplemen tambahan
so..penat tu tak rase sangat
boleh dikatakan lebih 10 kali aku naik turun tangga dari bilik aku ke tingkat bawah setiap hari
so..aku anggap ni satu exercise yang mnyihatkan untuk ibu mengandung
duduk sajer pon tak elok gak kan
heeeee

citer pasal suplemen tu
aku rase sangat membantu
rugi aku tak makan dari awal
kalu tak,,takder lah aku mabuk n tak bermaya dalam tempoh yg lama
apepon aku bersyukur sebab tahap kesihatan aku semakin baik
aku cuma makan vitalea(multivitamin)..vit C ngn Vit B Kompleks brand shaklee
sebelum ni ader entry aku dah citer pasal produk ni
mmg berkesan
serius
aku semakin aktif wat kerja
trun tangga bkn masalah aku lagi
kalu tak semput ja
heee

cuma pas bersalin nanti aku kena tambahkan ngn vitamin alfalfa
vitamin ni nak menambah susu badan n bagus untuk pompuan
tapi 3 suplemen tadi still aku akan amik
sebab kesan sangat positif
kalu tidor pon mmg lena
at least badan dapat rehat yang cukup
kalu dok terjaga ja
mmg kita akan rase something ngn badan kita
so..bagi yang nak suplemen yg bgi tenaga
bolehlah makan macam aku makan ni
promote lak
huuuu

tapi aku rase tak rugi kalu sesape nak mencubanya
huuuu
dah 36 minggu aku sekarang ni
so aku dah standby ape2 yg patut
risau gak kan








Selain dari vitamin-vitamin yang di mention Pn Marlini ni, Omega Guard & Ostematrix juga amat digalakkan untuk ibu mengandung. Sesuai untuk perkembangan otak bayi dan persediaan dan keperluan tambahan kalsium untuk ibu & bayi. Set J1 dan J2 kami namakan untuk ibu mengandung. Email untuk maklumat lanjut.









Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056