Showing posts with label Set C. Show all posts
Showing posts with label Set C. Show all posts

Set Berpantang yang selamat dan menurunkan berat badan juga

Ramai wanita risau kalau tak dapat nak kurus balik lepas bersalinkan? Same here. Jadi, ramailah yang mencari-cari set untuk menguruskan badan balik lepas bersalin kelak. Risau pula adakah ia selamat untuk ibu menyusu dan bayi. Sebenarnya Shaklee ni adalah vitamin semulajadi jadi kebanyakkan produknya adalah selamat untuk bf mom termasuklah set berpantang yang terdiri dari Vitamin B Complex, Zink, Vitalea(multivitamin) dan Vitamin C.

Jom baca testimonial dari Sakeena selepas berjaya menurunkan 22 kg selepas bersalin hanya dengan vitamin semulajadi Shaklee. Belian turut menambah Energizing Soy Protein dan hasilnya, kulit wajahnya menjadi lebih cerah. Bonus yang sangat best tu.

Testimonial turunkan berat badan dengan vitamin Shaklee





Testimonial turunkan berat badan dengan vitamin Shaklee


"nak share ngan geng shaklee sume, before deliver berat sye 84kg dan selepas bersalin 2 bulan berat saye dah 66kg (tp perut tu nmpak buncit coz x bengkung kerane c-zer). ini la hasil dari pada makan set pantang dan esp. tp sejak abes set pantang tu sye just mkn esp je. muke pon beza dah color dia, dulu 
gelap skang cerah skit. i'm in love with shaklee"


Sebenarnya bukan Sakeena saja yang mendapat feedback begini :D. Saya pun dapat juga. Seronok2. Sememangnya penyusuan susu ibu amat membantu dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan. Namun tak semua ibu berjaya hanya dengan BF. Selepas saya konsisten mengamalkan vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitalea saya turut berjaya menurunkan berat badan yang degil itu.

Kemudian bila dah tambah Energizing Soy Protein, badan lebih firm kerana lebihan-lebihan kulit itu menjadi anjal kembali, insyaAllah. Ramai yang tanya, B Complex ni tak tambah selera makan ka? Saya blur juga time tu, sebab saya tak mengalaminya.

Namun, selepas beberapa ketika, ada moment yang saya rasa begitu. Sebenarnya B Complex sangat membantu dalam proses penurunan berat badan. B Complex berfungsi untuk menukarkan makanan menjadi tenaga. Jadi jika makanan tidak mencukupi untuk ia ditukarkan, badan akan bagi signal lapar. Pada ketika ini, kita tidak perlulah terus bedal coklat :P. Cukup hanya segelas milo atau lagi best dapatkan Energizing Soy Protein.

Untuk elakkan rasa lapar ini dan terjebak dengan makan berlebihan, pastikan kita mengambil B Complex selepas makan dan makanlah dengan mencukupi.



Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com
Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

Cepat sembuh semasa berpantang

Pengalaman mengandung, bersalin, menyusukan dan membesarkan anak merupakan memori indah untuk seorang ibu. Kita seharusnya sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik untuk anak. Betul tak? Semua barang bayi nak yang terbaik ja. Namun, jangan pula mengabaikan kesihatan diri.

Kadang-kadang, ada ibu yang terpaksa menghadapi saat kelahiran yang perit seterusnya berpantang dengan pengalaman yang menyakitkan. Kami hanya ingin berkongsi pengalaman dan kebaikkan supplemen semulajadi Shaklee supaya anda tidak perlu mengalami pengalaman itu. Mungkin hasilnya berlainan dari individu dan individu yang lain tapi kesan yang baik harus dikongsi semoga dapat dimanfaatkan oleh orang lain, betul tak?





"salam. . juz nk share ttg shaklee set berpantang. . honestly mmg superb!sgt berbeza ngan kelahiran pertama sy dulu thn 2010. b4 this, sy tlalu fobia nk bsalin 2nd bb kali neh coz wkt anak 1st, sembelit teruk, jahitan lambt baik, susu bdn amek mase berminggu baru nak ada. tp tu pon lepas berurut. n yg plg xbesh, bdn sgt lesu n lemah x btenaga. So, bsalin kali neh decide amek set trial bpantang shaklee lepas bbulan survey testimoni org n bc info kt blog Azlin. alhamdulillah sy slamat bsalin 3feb2012 br neh. hari ni genap 6hari sy bpantang n 6hari gak sy da mule mkn set bpantang shklee + alin suggest mkn osteomatrix cegah sembelit. syukur alhmdulillah, segalanye dipermudahkn. sy xsembelit lgsg wat mase skg, jahitan xrase sakit sgt n luka nmpk cpt sembuh dr dulu. n yg plg besh, hari ke-3 susu da ade n cik b pon da mule mbengkak walo tanpa berurut. family pon perasan sy nmpk btenaga kali neh xmcm dulu. mmg x rugi la try set neh=)"


Syukur Alhamdulillah. Kalau anda nak tahu apa magiknya vitamin yang diamalkan oleh beliau, jom saya kongsikan.




*B Complex
Lengkap kesemua 8 jenis vitamin B dengan formula asid folik dan biotin yang membantu membina darah. Sangat berkesan untuk mengelak kemurungan, meroyan dan bersifat menenangkan dengan menstabilkan hormon. Tahukah anda kekurangan vitamin B antara punca keletihan dan meroyan.

* Vitamin C 
bantu dalam pembinaan kolegen, mempercepatkan penyembuhan luka dan baik pulih tisu yang rosak semasa bersalin.

* Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin) 
mengandungi vitamin dan mineral lengkap. Diformula dengan zat besi yang penting untuk pembinaan sel darah baru yang sihat terutama bagi ibu yang banyak kehilangan darah sewaktu bersalin.

* Zinc 
Baik untuk cepatkan baik pulih luka terutama luka dalaman termasuk rahim ibu. Tahukah anda,ikan haruan mengandungi tinggi zink. Sebab itu menjadi amalan sewaktu berpantang untuk makan ikan haruan.

Tambahan Ostematrix/Kalsium
Baik untuk masalah sembelit, sakit pinggang, kurang kalsium, pembinaan tulang dan gigi.


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.



Ida Khairani

www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382

Luka bersalin cepat baik semasa berpantang dengan vitamin

Mari saya kongsikan cerita hasmah yang memperkenalkan vitamin shaklee sebagai set berpantang untuk adiknya.

Adik perempuan saya melahirkan anak secara normal, tetapi atas bantuan vacum kerana dia dah tak larat nak meneran. Tambahan pula lebih 12 jam dia menanggung kesakitan di labour room tetapi masih juga tidak melahirkan anak, bukaan jalan juga agak lambat mungkin kerana dia melahirkan anak pertama. Alhamdulillah adik saya dan anaknya selamat.

Nak dijadikan cerita saya memang syorkan adik saya mengambil Set Berpantang Shaklee kerana dia belum ada apa-apa jamu @ vitamin untuk dimakan ketika dalam pantang. Hari pertama kelahiran pada malamnya saya dah suruh dia makan vitamin ni bagi memastikan badan adik saya kembali bertenaga.

Setelah lebih kurang 1 minggu adik saya mengamalkan vitamin dalam Set Berpantang Shaklee ni luka yang adik saya alami kering dengan cepat dan dia kata badannya sentiasa cergas walaupun malam agak kurang tidur kerana anaknya cukup kuat mengempeng. Luka jahitan adik saya agak panjang kerana kesukaran jalan dibuka menyebabkan ianya terpaksa digunting bagi membantu adik saya. Tak dapat saya bayangkan betapa sakitnya dan darah yang keluar juga banyak. Alhamdulillah adik saya cepat pulih, dia pun hairan yang badannya tak penat walaupun tak cukup tidur.

Anak adik saya hanya mengalami kuning (jaundice) sedikit sahaja lebih kurang 2 hari kuningnya kembali pulih. Alhamdulillah susu adik saya juga lancar dan mudah untuk anaknya minum. Penawar kuning (jaundice) hanya susu ibu sahaja, sebab itulah saya menasihatkan adik saya beri susu ibu sekerap yang boleh agar kuning(jaundice) cepat pulih.


Baby Hafiy baru lepas minum susu Ummi

Semoga adik Hasmah dan anaknya sihat. Mudah-mudahan baby Hafiy dapat minum susu Ummi nya sehingga 2 tahun. InsyaAllah.


Ramai yang berpuas hati dan terperanjat dengan kesan positif dengan pengambilan vitamin Shaklee semasa berpantang. Rasa penat dan sakit dapat diatasi dan mampu melalukan kerja-kerja rumah walaupun masih dalam berpantang lagi. Namun, janganlah galak sangat buat kerja. Hehe.. Slow and steady ya semasa berpantang ni.

Anda juga layak mendapat E Book Panduan Ibu Berpantang dengan setiap pembelian set berpantang dari mysupervitamins.com. Jangan ketinggalan.



Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382 Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang 'jawapan segera' di bawah atau buat pesanan di order form ini

Berpantang dengan Shaklee sangat mudah dan pulih lebih cepat







Pasti ramai ibu-ibu baru yang sedang mengandung perlukan pendapat rakan-rakan, set berpantang mana yang sesuai untuk mereka. Di sini kami kongsikan pengalaman, Shima yang telah mencuba set berpantang Shaklee.

"Badan sangat cergas. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah."

Bestkan? Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee memang boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubah kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik.

Pasti ramai yang takut juga untuk cuba dengan set-set bersalin di luar sana kerana tak tahu keberkesanan, sumbernya dan kajian disebaliknya. Dengan Shaklee, kajian telah dilakukan lebih 50 tahun oleh pakar. Ianya selamat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, menyusu malah untuk orang ramai, kanak-kanak dan orang yang dalam proses pemulihan dan baru lepas operation.

Set C Euphoria khas untuk ibu berpantang atau baru menjalani pembedahan.







Set Percubaan C Euphoria a.k.a set berpantang adalah untuk penggunaan 40 hari. Terdiri dari

Vitamin C: untuk menguatkan sistem imun melawan penyakit dan memelihara sel

B complex: melancarkan saraf, memberi kesegaran dan kecerdasan

Vitalea: menampung kekurangan nutrien dari menu harian, meningkatkan penyerapan zat dari makanan

Zink: membantu baik pulih badan, mengurangkan rambut gugur, mempercepatkan proses pemulihan

Bukan saja Shima, ramai lagi pengguna Set C memberi feedback yang sama iaitu pulih lebih cepat berbanding kelahiran bayi sebelumnya. Jadi, anda memang patut mencubanya.

Kalau ibu ketandusan idea untuk minuman berkhasiat sepanjang berpantang ini, Energizing Soy Protein adalah yang terbaik. Selamat dan memberi khasiat soya yang tinggi protein untuk membina kembali sel tubuh yang sihat. Baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kesihatan dalaman juga.






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Amalan berpantang, kaedah dan kebaikannya.


Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.

Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.

Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi.  Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.

Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.

Minum jamu
Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan.

Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu set berpantang Shaklee.

Set berpantang Shaklee terdiri dari
Vitamin C- untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktir otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.

Vitalea -  dengan formula zat besi berfungsi untuk menghasilkan darah yang sihat. Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.

B Complex -  Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.



Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.





Harga untuk Set Berpantang Shaklee sepanjang 40 hari berpantang adalah RM1**, termasuk pos.

Jika anda nak lebih lagi, boleh tambah Alfalfa untuk 80 biji dengan hanya RM10.


Alfalfa: merupakan penggalak pengeluaran susu dan membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gentian(fiber) dan tinggi protein. Membantu pelawasan dan membuang angin dari badan.
 



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Testimonial Set Berpantang Shaklee

Vitamin Shaklee tersedia untuk org yg sedang mengandung hingga ke lepas bersalin.

Semasa mengandung, anda boleh mencuba beberapa vitamin:

Preggy mama 1 - sesuai sepanjang 1st trimester 

* Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
* B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
* vitamin C
* calcium (120 caplets)

Preggy mama 2 - sesuai sepanjang 2nd dan 3rd trimester