Showing posts with label Set A. Show all posts
Showing posts with label Set A. Show all posts

Set A untuk kesihatan Optimum lelaki dan perempuan

Biasanya, orang cari vitamin bila dah rasa tahap kesihatan semakin terjejas. Kalau yang anak dara dan teruna selalunya jarang alami masalah penat terlampau ni. Kalau dah berkahwin, komitmen akan bertambah. Kerja pun semakin banyak dan memenatkan namun hendak juga menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga tanpa rasa letih bila pulang bekerja.

Set Optimum atau set A
Set Optimum


Jadi set optimum adalah yang paling sesuai. Set Optimum mengandungi 

-membantu untuk fokus
-membantu mengawal stress/tekanan
-memberi kecergasan dan tenaga
-mengelakkan kelesuan dan keletihan melampau
-membantu metabolisme jadi makanan akan dapat ditukar ke bentuk tenaga
-membantu kelancaran urat saraf


-menguatkan sistem imun
-anti oksida yang hebat untuk melawan radikal bebas supaya sel terpelihara
-memberi perlindungan pada sel badan
-membantu penyerapan zat besi
-membantu pembinaan kolegen

-mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan pada kadar yang sempurna
-mampu memenuhi kekurangan nutrien dalam menu harian
-memelihara sel badan
-membantu penyerapan zat dari makanan harian

Ini adalah vitamin-vitamin asas yang perlu diambil jika anda mementingkan kesihatan namun mempunyai kekangan untuk mendapatkannya secara terus dari menu harian. Vitamin ini mudah didapati dari sayuran namun mudah juga terhapus semasa penyediaan makanan. Jadi, pengambilan vitamin adalah jalan yang mudah dan bijak supaya badan dapat nutrisi sepatutnya untuk kekal cergas.

3 vitamin SET OPTIMUM mengandungi:
Vitalea         (120 biji)  
B Complex (120 biji)   
Vitamin C   (180 biji)   




Jika anda rasa 3 vitamin ini sudah terlalu banyak, mulakan dengan multivitamin, Vitalea dahulu. Jika masih lagi rasa berat nak belanja duit untuk kesihatan ni, boleh hubungi saya dahulu.




Untuk tambahan menjadi set family wellness, Energizing Soy Protein adalah pelengkapnya. ESP membantu untuk badan terus bertenaga dengan cara mengekalkan tahap glukos di dalam darah secara optimum. Jadi, tenaga dapat dikekalkan secara berpanjangan dan disamping memelihara paras gula pada setiap masa. Protein juga merupakan komponen utama untuk membantu pembinaan sel dan tubuh bagi kanak-kanak dan orang dewasa. ESP turut menyumbang dalam proses pemulihan dan sangat berguna bagi individu yang baru recover dari sakit atau pembedahan. 






Ida Khairani
www.MySuperVitamins.com

Pertanyaan, konsulatasi atau order boleh email ke admin[@]mysupervitamins[.]com dan sms ke 013 488 2382 Untuk lebih mudah, pertanyaan boleh diajukan di borang 'jawapan segera' di bawah atau buat pesanan di order form ini

Testimonial ibu mengandung mantap dengan Shaklee


Pada yang masih ragu-ragu nak beli ka tak Shaklee ni.. ha baca testimonial Pn.Marlini ni. Semoga, anda terus terpikat juga.


sekarang ni kat sekolah bz skit
almaklumlah sekarang budak tgah PMR...
so aku plak kna edit jadual aktiviti pas PMR
pelaksanaannya minggu depan
tambah partner lama aku dah pindah 2 mnggu yg lalu
so aku banyak amik alih tugas yang kadangkala aku stres gak dibuatnya
nasiblah kaunselor baru ni banyak membantu

penat gak
ngn perot semakin memboyot
mujurlah aku ader ambil suplemen tambahan
so..penat tu tak rase sangat
boleh dikatakan lebih 10 kali aku naik turun tangga dari bilik aku ke tingkat bawah setiap hari
so..aku anggap ni satu exercise yang mnyihatkan untuk ibu mengandung
duduk sajer pon tak elok gak kan
heeeee

citer pasal suplemen tu
aku rase sangat membantu
rugi aku tak makan dari awal
kalu tak,,takder lah aku mabuk n tak bermaya dalam tempoh yg lama
apepon aku bersyukur sebab tahap kesihatan aku semakin baik
aku cuma makan vitalea(multivitamin)..vit C ngn Vit B Kompleks brand shaklee
sebelum ni ader entry aku dah citer pasal produk ni
mmg berkesan
serius
aku semakin aktif wat kerja
trun tangga bkn masalah aku lagi
kalu tak semput ja
heee

cuma pas bersalin nanti aku kena tambahkan ngn vitamin alfalfa
vitamin ni nak menambah susu badan n bagus untuk pompuan
tapi 3 suplemen tadi still aku akan amik
sebab kesan sangat positif
kalu tidor pon mmg lena
at least badan dapat rehat yang cukup
kalu dok terjaga ja
mmg kita akan rase something ngn badan kita
so..bagi yang nak suplemen yg bgi tenaga
bolehlah makan macam aku makan ni
promote lak
huuuu

tapi aku rase tak rugi kalu sesape nak mencubanya
huuuu
dah 36 minggu aku sekarang ni
so aku dah standby ape2 yg patut
risau gak kan








Selain dari vitamin-vitamin yang di mention Pn Marlini ni, Omega Guard & Ostematrix juga amat digalakkan untuk ibu mengandung. Sesuai untuk perkembangan otak bayi dan persediaan dan keperluan tambahan kalsium untuk ibu & bayi. Set J1 dan J2 kami namakan untuk ibu mengandung. Email untuk maklumat lanjut.









Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

Shaklee untuk student @ pelajar

Gabungan ini khas untuk anda yang ingin mengekalkan kesihatan optimum dan pelajar. Juga buat anda yang mempunyai masalah keletihan, moody dan mudah stress.



3 supplement asas Shaklee ini sangat berbaloi untuk dicuba terutama kepada mereka yang mementingkan kesihatan namun sibuk dan tiada masa untuk menjaga pemakanan seimbang dan mereka yang mempunyai gejala seperti di atas.

Vitamin yang dimaksudkan adalah

  • Vita Lea Iron Formula (multivitamin)  -Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  • B-Complex  -Mencegah kelesuan, menambah fokus serta mengurangkan gemurah.
  • Vita-C -Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.





Tambahan untuk student, boleh cuba Lecitin. Lecitin soya ini mengandungi kolina yang sangat bagus untuk otak. Sebenarnya, pilihan yang lebih baik adalah Omega Guard yang mengandungi DHA dan GLA. Lecitin adalah pilihan kedua dan altenatif yang lebih murah namun tetap berkesan dan berbaloi.




Jika anda seorang ibu kepada pelajar, selain dari vitamin-vitamin di atas, sarapan pagi yang bertenaga juga penting untuk anak-anak kita ini. Jadi, cadangan saya adalah Mealshake yang enak.



Perisa Vanila yang sedap dan harum.

Sangat sesuai dijadikan supplement untuk menambah nutrisi dan minuman enak semasa makan atau antara waktu makan. 

Membekalkan 35% dan lebih untuk diet harian bagi 19 vitamin dan mineral.

Terdiri dari sumber yang kaya kalsium, serabut sajian(dietry fiber) dan protein.
240 kalori bagi setiap hidangan bila dicampur dgn susu rendah lemak.



Jadi, anak-anak akan cergas dan cerdas untuk meneruskan pembelajaran. :)





Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056

www.mysupervitamins.com




Makanan untuk kesuburan

Betik
Kaya vitamin C, merupakan antioksida yang baik untuk tubuh. Berupaya meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Jadi amalkan buah betik dalam menu harian dan 500mg vitamin C untuk kesihatan.

makanan untuk kesuburan

Kerang
Kerang dan makanan laut yg tinggi zink kekurangan zink mempengaruhi kesuburan, baik wanita atau lelaki.Bagi lelaki, makanan laut boleh meningkatkan kualiti sperma.

Taugeh
Tinggi vitamin E dan antioksida. Vitamin E bagus untuk kesuburan dan . Vitamin C dan Vitamin E juga bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari stress. Disebabkan sifatnya yang tinggi antioksida, Vitamin E terbukti mampu melindungi membran sperma dari krosakan akibat oksidasi. Rosaknya DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan.

Selain itu, Vitamin E ini sangat digalakkan diambil oleh kedua-dua pasangan. Ini kerana ia  mampu menaikkan keinginan untuk bersama. Jika, seseorang itu mengalami masalah kedinginan selepas beranak juga dinasihatkan mengamalkan vitamin E.

makanan untuk kesuburan

Sayur-sayuran hijau dan kekacang
Mengandungi folat yang penting untuk persediaan ibu hamil dan semasa mengandung. Digalakkan mengambil asid folik beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil lagi.

Paling penting, perlu amalkan diet seimbang dan jauhi perkara yang boleh mengurangkan kesuburan seperti merokok.

Vitamin Shaklee untuk kesuburan yang kami cadangkan:

Vitamin E- Sebiji sehari
Memelihari sperma dari musnah akibat oksidasi
Meningkatkan keinginan untuk bersama
Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.

Zink-Sebiji sehari
Menigkatkan kualiti sperma

Vitamin-vitamin dari Set A-

Vitamin C- Sebiji sehari
Membantu dalam proses pemulihan sel
Meningkatkan antibodi
Memelihari sperma dari musnah akibat oksidasi

Vitamin B Complex- Sebiji sehari
Mengandungi asik folik
Mencegah kelesuan dan kemurungan.
Membantu kelancaran urat saraf.
Mengelakkan stress.

Vitalea- Sebiji sehari
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.
Membantu penyerapan zat dari makanan.
Tinggi zat besi untuk penghasilan sel darah merah yang sihat



Harga Set A Full Pack =
  • RM235 (120 tabs Vita-Lea 120 tabs B Complex dan 180 tabsVitamin C )
Harga Vitamin E =
  • RM149 (120biji)
Harga Zink =
  • RM33.75(120biji)


Jika anda berminat sila hubungi saya. Anda boleh menghubungi saya untuk pertanyaan berkenaan produk dan harga tanpa ada komitmen untuk membeli. Jadual makan dan konsultasi penuh hanya diberikan untuk para pelanggan selepas membeli sahaja.




Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Anemia - Kurang sel darah merah - Cepat letih

Anemia adalah keadaan di mana darah yang dhasilkan mengandungi kurang sel darah merah. Tugas utama sel ini adalah untuk membawa oksigen ke seluruh organ badan. Jika kurang sel darah merah berlaku, bermaksud oksigen juga gagal dibawa ke seluruh badan. Akibatnya badan cepat letih kerana badan tak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan oksigen untuk bekerja.

Apa-apa yg mengganggu kitaran normal sel darah merah iaitu 120 hari boleh menyebabkan anemia yg dihasilkan di tulang sum-sum.

Contoh dan faktor anemia:

-kehilangan banyak darah yg berterusan atau tanpa disedari seperti semasa sakit ulser, kemalangan

-sel darah merah yg dihasilkan sememangnya kurang atau tidak berfungsi dgn baik.
Abnormaliti ini mungkin disebabkan oleh kurang mineral dan vitamin yg diperlukan oleh sel darah utk bekerja. Mineral ferum/zat besi dan vitamin b12 dan asid folik sangat penting untuk pembentukan sel darah merah yg sihat.

-pemusnahan sel darah merah
Apabila sel darah merah yg terhasil tidak sihat,ia tidak mampu menahan tekanan kerja dan musnah.

Anemia boleh dikesan melalui ujian darah. Ujian ini juga mampu mengira jumlah dan saiz sel darah seterusnya menentukan atau mengagak punca anemia. Anemia ini di diklasifikasikan melalui saiz sel darah merah:
<80-Mikrositik
80-100-Normositik(normal)
100-Markositik

Jadi jika anda sering menghadapai simpton2 di bawah,segeranya berjumpa doktor untuk ujian darah.

Simpton atau tanda-tanda awal seperti:
  • cepat penat,
  • dada berdebar,
  • pucat
  • tak cukup nafas/nafas pendek semasa bersenam cthnya
  • rambut gugur
  • rasa xsedap hati ja

Rawatan Anemia
Selain mengambil ubat dari doktor, anda boleh
  • perbaiki diet harian. Pastikan diet harian tinggi zat besi, vitamin B12 dan folat. Vitamin C juga perlu kerana ia membantu penyerapan zat besi.
  • pesakit anemia yg kronik memerlukan permindahan darah.

Apa yg kami cadangkan

Trial pek set A yg mengandungi
  • Multivitamin dengan formula zat besi: sangat mustahak untuk pesakit anemia mendapat sumber zat besi dlm diet harian.
  • B complex lengkap dgn semua 8 jenis(B1,B2,B3,B5,B6,B8, B9,B12) termasuk B12 dan Asid Folik yang penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.
  • Vitamic C- 500mg lengkap utk keperluan harian dan bertindak mengikut pelepasan masa. Vitamin C membantu penyerapan zat besi dari makanan. 

 








Anemia

Ramaikan orang muda-muda dah jatuh sakit. Betullah orang kata sakit tak mengenal usia. Anemia umpamanya sering sahaja menyerang orang muda.
Apa itu anemia? Kita mungkin biasa mendengar rakan-rakan mengadu seperti cepat letih, sakit kepala yang berlarutan, muka kelihatan pucat tak bermaya dan beberapa lagi yang sebenarnya ia merupakan simpton kepada penyakit anemia. Dikatakan ada 400 jenis anemia namun 2 jenis yang amat bahaya yang boleh mengakibatkan dua perkara berikut iaitu ;
• Kematian
• Lumpuh badan

Secara umum anemia lebih dikenali sebagai kurang darah dan secara khusus tubuh kekurangan sel darah merah, atau kurang hemoglobin dan secara langsung menyebabkan kurangnya oksigen yang di bekalkan ke sel-sel.

Apakah tanda-tanda kepada penyakit ini? Antaranya ialah lemah badan, keletihan atau kelesuan, pening@sakit kepala, pucat- pada muka , kuku, bibir, dan kelopak mata, kesedihan, mudah terganggu, sakit dalam mulut, tercunggap-cunggap, gangguan mental dan kurang stamina.Namun terdapat tanda-tanda awal yang perlu kita ambil berat sekiranya ia berlaku iaitu kurang selera makan, sakit kepala dan sembelit


MAKLUMAT TENTANG SEL DARAH MERAH

1. Jangka hayat 120 hari
2. Sentiasa di ganti
3. ½ cawan darah – 5 juta sel 100% hemoglobin
< 80% hemoglobin, < 4 juta sel ANEMIA


SEBAB UTAMA

1. Kekurangan B6
• Kebiasaan berlaku pada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
• Kurang B6 --- kurang sel darah merah & kurang hemoglobin
• Tidak di sedari sehingga 10 tahun


2. Kurang Magnesium
• B6 & Mangnesium macam “salt + pepper”

3. Kurang Vitamin E
• Mengganggu penyerapan Iron
• Hasil penyelidikan menunjukkan sel darah merah yang terdedah kepada cahaya & oksigen selama 13 jam, jika dengan Vitamin E – hanya 4% kerosakan. Manakala tanpa Vitamin E -- 100% kerosakan akan berlaku terhadap sel.Penggunaan minyak yang banyak terutama dalam masakan harian memerlukan lebih Vitamin E.

4. Kukurangan Asid Folik
• Kekurangan B12

5. Kekurangan Iron
• Hemoglobin, enzim, rendah
• Akibat kelesuan yang kronik, sakit kepala

6. Kekurangan asid dalam perut
• Kekurangan B1, B2 , B5 , Vialin
• Cholin – perut tidak dapat keluarkan asid untuk penyerapan


Credit




- Posted using BlogPress from my iPhone

Fullpack Shaklee lebih berbaloi

Yang mana satu untuk anda?


SET A (Optimum Health)
~Vitalea , Vitamin C, B Complex
3 botol fullpack ni  untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan;  Vitalea(120biji), Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji). 
  • sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung,menyusukan anak,warga emas.
  • sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang
  • sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk.
  • Aturan makan: Sebiji sehari untuk setiap jenis.

SET B (Breastfeeding)
~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex 
4 botol fullpack ni  untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan; Vitalea(120biji), Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji), Alfalfa(330 biji). 
  • AMAT2 sesuai sekali untuk ibu2 menyusu kerana dalam set ini terdapat alfalfa yang bertindak sebagai penggalak susu
  • Namun, sesuai untuk semua golongan yang mementingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar,menyusukan anak,warga emas (*Alfalfa tidak sesuai bagi mereka yang menghidap SLE dan dan tidak digalakkan untuk mereka yang mengandung)
  • sangat tepat bagi mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tak seimbang
  • sesuai bagi mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk
  •  Aturan makan: Sebiji sehari untuk setiap jenis, kecuali Alfalfa 2 biji sehari.


SET C (Confinement/Berpantang)
~Vitalea ,vitamin C, B Complex.Zinc Complex

 4 botol fullpack ni untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan; Vitalea(120biji), Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji), Zink(120biji). sesuai untuk mereka yang baru melahirkan, baik secara normal atau ceasarean. Kira ni mcm set lepas pantang gitu.
  • sesuai jua untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur
  • zinc bertindak membaiki luka dalaman, kuatkan rambut dan juga kuku. 
  • Aturan makan: Sebiji sehari untuk setiap jenis.


SET D (Skin Care)

~Vitamin C, B Complex. Vita E Complex 

3 botol fullpack ni untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan; Vitalea(120biji), Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji), Vit E(120biji). 
  • sesuai untuk mereka yang sangat mementingkan penjagaan kulit dan inginkan kulit yang cantik
  • sesuai juga untuk mereka yang mengalami masalah kolestrol tinggi atau sakit jantung
  • sesuai juga untuk ibu2 yang mengalami masalah nipple melecet
  • Aturan makan: Sebiji sehari untuk setiap jenis


SET E (Set B with Ostematrix)

~ Alfalfa, Vitalea ,vitamin C, B Complex, Ostematrix 

5 botol fullpack ni untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan; Vitalea(120biji), Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji), Ostematrix(120biji), Alfalfa(330biji). 
  • set ini sama seperti set B cuma mempunyai tambahan sebotol ostematrix (Cal/Mag)..jadi siapa yang perlukan ostematrix? ~ ibu mengandung,ibu menyusu,mereka yang ada masalah nak minum susu,
  • mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.,mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.,
  • mereka yang sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.,
  • mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki 
  • mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
  • Aturan makan: Alfalfa - 2 biji, Vit C,B Complex, Vitalea - sebiji, Ostematrix - 4 biji

SET F (Feminine)
~ Alfalfa, Vitamin E 

2 botol fullpack ni  untuk kegunaan 4 bulan; Alfalfa(330biji, Vit E 120biji). 
  • sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran..cantik anggun gitu...vitamin E ni sebagai anti oksida,anti penuaan,menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot & baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin.Alfalfa pula baik Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa.
  • Aturan makan: Sebiji Vit E, 3 biji Alfalfa sehari.

SET G (Allergy, Sinus, Gegata, Eczema, Asma)
~Alfalfa, Vitamin C, B Complex

3 botol fullpack ni untuk kegunaan 3-4 bulan; Vita C(160biji), Vit B Complex (120biji),  Alfalfa(330biji). 
  • sesuai untuk mereka yang mengalami masalah resdung,eczema..allergy
  • Aturan makan: B-Complex – 1 biji sehari (selepas makan). Vitamin C – 2 biji sehari. 1 biji pagi, 1 biji malam (selepas makan). Alfalfa – 4 biji sehari. 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan).

    ESP
    Energizing soy protein

    Jangan lupa untuk mencuba Energizing Soy Protein juga. ESP membantu untuk pemulihan dan penghasilan sel yang sihat jadi penyerapan vitamin menjadi lebih mudah, berkesan jadi hasilnya lebih cepat. ESP adalah protein soya asli yang sangat berkualiti dan membekalkan sumber protein yang tinggi dan mudah diproses oleh badan. 

    Credit to Hadha, Laila, Cery



    Ida Khairani
    Shaklee Independent Distributor
    ID 846056


    Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

    Atasi badan penat dengan supplement yang betul

    Sememangnya sebagai ibu banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Tak kurang juga dengan bapa. Sebagai surirumah, saya tak menang tangan nak menjaga anak-anak walaupun cuma 2 orang serta menguruskan hal rumah tangga. Sebab tu saya amalkan supplement supaya dapat menampung kekurangan zat harian di samping memberi tenaga untuk terus bekerja. Apa lagi kalau suami terpaksa berjauhan. Jom ikuti kisah Bae yang terpaksa menguruskan anak-anak di kala berjauhan dengan suami.

    Perkongsian dari Laila

    Entry kali ni saya ceritakan tentang seorg kawan saya, Bae. Kami kenal sejak tahun pertama di Uni. Saya dengan Bae sekelas, se-lab. Sampai sekarang masih berhubung memandangkan kerja dibawah satu anak syarikat, tapi saya di Sarawak, Bae di Sabah. 

    Baru2 ni dengar Bae dapat anak ke-3. Dah dia dah takde maid. Chating di YM ada dia share, agak penat menguruskan 3 anak2. Memandangkan keadaan Bae sama dengan saya. Saya sorang di Miri (sorang2 kat sini maksud takde sedara mara), Bae sorang2 di Sabah. Husband kami selalu ke offshore. Maknanya memang most of the time kena uruskan anak2, rumah tangga, kerja, segala2nya seorg diri. Anak sakit, diri sendiri sakit, semuanya sendiri. Memang kena jadi tough! Mesti sentiasa cergas dan sihat!

    Saya sharekan pengalaman Shaklee dengan beliau dan dia mencuba Set B . Tak lupa juga Bae add on ESP, Energizing Soy Protein. (Breastfeeding set). Alhamdulillah selepas 2 minggu, saya dapat msg beliau dah transfer payment utk Shaklee Trial Pack Set B yang kedua!... untuk pengetahuan kalian, Shaklee Trial Pack adalah untuk sebulan. Namun sebab teruja, Bae order awal. Saya cadangkan Bae ambil Fullpack kerana full pack lebih jimat untuk jangka masa panjang yang mana boleh consume untuk 4 bulan. Klik sini nak tahu
    Ni Komen beliau tentang Set Breastfeeding Shaklee 

    “Dah amik dkat 3 bln.. Blik keje masih ada sisa tenaga to do house work as anak 3 org n xda maid for now.. Susu lbh pekat so anta kat nursery 3 bottle pun ckp for the day.. Kulit muka pun cam bersinar tanpa perlu mkn mende lain.. Tapi kena minum byk air and mkn makanan yg berkhasiat.. Mkn x perlu byk tapi seimbang so berat cepat turun gak lah..”

    Arbaeyah dan Anak2 yang ceria! 

    Terima Kasih Bae for the sharing. Saya doakan segala2 akan bertambah baik!
    Anda bagaimana? Masih belum yakin, jom baca testimoni ibu-ibu lain di luar sana yang telah mencuba dan yakin dengan Shaklee Breastfeeding Set.



    Zat-zat penting semasa mengandung

    Pemakanan sangat penting dlm kehidupan. Untuk bayi yg masih dlm kandungan lagilah penting kerana kehidupan mereka baru bermula. Ibu-ibu yg mengandung perlu pastikan mereka mengambil diet yg sihat dan seimbang serta tinggi dgn zat2 tertentu. Zat2 yg kritikal semasa mengandung adalah:

    Asid folik:
    mengurangkan risiko kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Tiub neoral dibentuk semasa awal kehamilan dan tiub inilah yg membentuk otak dan saraf tunjang. Kecacatan tiub ini dipanggil spina bifida.


    Sumber asid folik:
    Hati, limpa, paru
    Sayur hijau cth bayam, asparagus.
    Kekacang cth kacang pis
    Kuning telur

    Zat besi:
    Bantu membentuk sel darah merah yg sihat yg berfungsi membawa oksigen. Kekurangannya boleh menyebabkan oksigen gagal dibawa keseluruh badan dan mengakibatkan cepat letih/anemia. Ibu dan bayi mempunyai risiko yg sama.

    Sumber zat besi:
    Roti bijirin penuh
    Sayuran hijau
    Milo, overtine,
    Cereal yg diperkaya dgn zat besi

    *Elak makan bersama teh atau kopi kerana mengurangkan penyerapan zat besi oleh badan.


    Vitamin C
    meningkatkan sistem imunisasi, membantu penyerapan zat besi serta membina gusi, gigi dan tulang bayi.

    Sumber vitamin c:
    Beri, kiwi, oren,
    Brokoli, cili benggala(capsicums),
    Daging merah, ikan, ayam

    *makan bersama sumber zat besi
    supaya dpt membantu penyerapan zat besi dr makanan.


    Supplement asas Shaklee yg digalakkan semasa mengandung adalah
    -b compex with asid folik
    -vitalea with iron formula
    -vit c

    3 vitamin ini ada dalam trial
    Set A untuk penggunaan sebulan berharga rm80. Order disini

    Zat seperti kalsium, protein dan omega 6 juga mempunyai kepentingannya. Untuk senarai penuh vitamin-vitamin yg disyorkan boleh lihat di sini




    - Posted using BlogPress

    Ida Khairani
    013 4882382





    Vitamin untuk meningkatkan kesuburan

    Zuriat merupakan anugerah yg terindah untuk pasangan yg berumahtangga. Namun, kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.

    "Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran)."

    Apabila ketidaksuburan berlaku, wanita biasanya disalahkan. Faktanya hanya 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

    Faktor2 wanita tidak subur:

    Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
    Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
    Penyakit berkaitan kelamin.
    Penyakit berkaitan masalah pelvik.
    Merokok.
    Pengambilan kafein yang berlebihan.
    Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
    Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

    Faktor2 lelaki tidak subur:

    Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
    Sperma kurang cergas
    Sperma yang tidak sempurna
    Sekatan pada saluran semen
    Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

    Faktor2 kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:

    Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
    Pendedahan terhadap punca radiasi.
    Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.

    Vitamin-bitamin yang dicadangkan demi meningkatkan kesuburan:

    Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
    Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
    Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
    B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

    Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, kami cadangkan kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

    Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

    Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya :)

    Credit to along

    - Posted using BlogPress from my iPhone

    Shaklee Hebat

    “Shaklee HEBAT!!!”

    Itulah kata-kata gembira dari salah seorang consumer baru Shaklee, namanya Puan Lyana dari Kedah. Alhamdulillah. Seronoknya dengar kesan positif dia selepas mengamalkan produk Shaklee.

    Puan Lyana telah mengambil full set breastfeeding yang kami cadangkan iaitu Vita-Lea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa, Energizing Soy protein & Performance Drink, ditambah juga dengan OsteMatrix dan Zinc Complex pada awal Ramadhan yang lalu.
    Jom ikuti pengalaman menarik beliau

    credit to genkimomma

    ~~~~

    —– Forwarded Message —-
    From: Jemali Lyana
    To: Genki Momma
    Sent: Thu, August 26, 2010 11:57:26 PM
    Subject: Re: nak tanya set c

    alhamdulillah..selalu kalau pam kat office dapat 4oz jer…sekali pam..sekarang…sekali pam dapat 7oz dan boleh pam 2 kali sepanjang waktu bekerja..alhamdulillah…baby pun cepat kenyang…masa mula2 ambil supplement tu…memang baby kerap nak minum..dalam sejam sekali…sekarang…minum sikit jer dah burp…rasa macam tak percaya dia dah kenyang…sebab b masih terasa berat dan besar…sekarang kalau lepas pam pun boleh menyusu dia sampai kenyang…kalau dulu…agak payah la…asyik bergaduh jer dengan dia sebab dia tak puas…alhamdullillah….

    tapi sejak amik supplement ni kan…terasa badan makin seksi la…he..he..bukan ape..badan tak rasa mengelebeh dan b semakin mengancam…terkejut gak tangkap gambar aritu..nampak menonjol dan ketara perubahan dia…he..he..

    resepi bancuh pd+esp dengan sunquick tropikana memang patut diberi pujian….memang sedap dan best…boleh jadi ketagih…hubby mula2 agak susah nak menerima…sekarang dia yang selalu ingatkan kita buat air magik tu….(kami gelarkan air magik..) alhamdulillah…penat memang penat…tapi tak teruk sampai flat…at least puasa kali ni..tak de rasa dahaga ker…lapar ke….semua tak terasa…cuma penat sebab puasa jer…

    lagi sekali saya nak ucapkan terima kasih pada arnie kerana memperkenalkan set ni dan berkongsi pendapat dan pengalaman kepada kami yang baru mencuba…

    terima kasih dan tahniah…shaklee HEBAT!!!

    ~~~~

    Kepada yang masih mencari-cari supplements yang bersesuaian untuk seisi keluarga di bulan Ramadhan ini, kami ada jawapannya. Terutama sekali untuk ibu yang menyusu badan, dan juga menyusu dan memerah susu di pejabat. Masih tinggal beberapa hari bulan Ramadhan ini, dan masih belum terlambat buat anda untuk mencuba keajaiban Shaklee.

    Kepada para isteri & ibu-ibu, seperti yang Lyana katakan, badan makin seksi tawww!
    So, Raya nanti bukan sahaja makin slim (kesan ESP, B-Complex & Alfalfa), tapi makin seksi juga (kesan ESP & Alfalfa), serta kulit makin cantik berseri-seri (kesan Vita-Lea, B-Complex, Vit-C & ESP). Rambut kurang gugur (kesan Zinc & OsteMatrix), dan badan juga lebih bertenaga (kesan B-Complex, ESP, Performance Drink & OsteMatrix). Tidak lupa juga bonus buat ibu menyusu di mana susu akan sentiasa maintain, lebih pekat & baby mudah kenyang.
    Apa lagi yang anda mahukan? Pakej lengkap ALL-IN-ONE dengan Shaklee!!! ;)

    Salam sayang dari ibu

    Kenapa saya ambil?

    Sebagai ibu dan isteri juga anak kepada mak sendiri, saya memang perlu sentiasa sihat. Kalau dulu bila selsema, relax aja, biar baik sendiri. Ke klinik, teramat la jarang. Namun, bila dah ada tanggungjawab yg besar ni, kesihatan amat penting bagi saya. Bila rasa tak sedap badan ja, saya sangat risau. Saya akan pikir apa yg saya makan dan apa yang menyebabkan saya sakit. Saya akan cepat2 cari ubat untuk sembuh.

    Alhamdulillah saya memang jarang sakit tp husband saya kata, kami ni walaupun jarang sakit sekali sakit teruk. Cuba bayangkan kalau saya jatuh sakit, sapa nak jaga anak2 saya? Husband dah la away.. So far sejak berjauhan ni, alhamdulillah. Saya dikurniakan kesihatan yg amat bagus. Ada batuk dan selsema last week tp badan masih segar untuk menjaga anak2 saya. Begitu juga anak2 saya. Dua-dua jenis jarang sakit.

    Demi keluargalah, saya mula mengamalkan pengambilan vitamin. Saya nak sentiasa sihat dan bertenaga untuk mereka. Saya perlu sentiasa cergas untuk ligat Nazhan makan, main polis entry, coach bola dia dan untuk dukung Iris yg montel. Sebenarnya saya tak suka dukung anak ni tapi dah rumah mak saya 2 tingkat dan bilik banyak, terpaksalah jugak. Dulu di Miri, kami banyak lepak hall ja. Malam nak tidur, baru naik. Tu pun ada husband untuk mendukung budak-budak ni.

    Sapa kata kerja ibu di rumah senang atau relax ja? Bagi saya 24 hours tak cukup untuk
    saya manfaatkan sepenuhnya. Untuk bahagikan masa untuk Iris, Nazhan, mak saya dan diri sendiri. Husband dah lepas tangan since dia berjauhan dari kami. Supaya saya tidak membazirkan masa yg saya kata tak cukup tu untuk berehat, sebab tu la saya amalkan supplement ini.

    Ikutkan poket saya lagi la kempis berbanding org yg dpt gaji tiap2 bulan. Lagi satu, saya ni kurang berdisplin part2 makan vitamin ni. Hehe. Tambah2 time dah nampak perubahan and sihat walafiatkan. But, demi anak2 dan supaya suami tak cari lain. Haha..kena mulakan dari awal.