Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Apa promosi Februari 2017 Shaklee?

Selepas promo Januari yang gempak melabuhkan tirai, apa pula promo Februari yang best menanti..
.
Berita baik untuk yang nak berdiet, nak slim, nak kempis perut..

Bulan ni Buy 1 Free 1 untuk Lecitin dan Alfalfa

Berita baik untuk semua juga sebab semua orang pasti perlukannya kalsium untuk kecergasan diri dan kesihatan tulang...

Ostematrix juga ada promo Beli 2 Diskaun 5% dan Beli 6 Percuma 1

Promosi Alfalfa, Lecitin dan Ostematrix





Itu ja ka? Tak cukup lagi... Pada yang nak cuba atau sudah merasa dan nak repeat order Vivix... Ada hadiah best menanti tau...

Bestnya hadiah beg tu dan mug shaklee
yg eksklusif tu




Jadi berapa harga Ostematrix, Lecitin dan Alfalfa Shaklee bulan Februari ni.

1. Ostematrix 7 botol ni hanya RM387.96 ! 

2. Ostematrix 2 botol RM 122.85 


Harga Ostematrix Shaklee


 3. Alfalfa Small( 300 biji )  2 botol hanya RM56.98 (buy 1 free 1)

4. Alfalfa Large ( 770 biji ) 2 botol hanya RM103.35  (buy 1 free 1)

5. Lecitin ( 180 kapsul ) 2 botol hanya 55.65  (buy 1 free 1)

T/C : Untuk Alfalfa dan Lecitin ni, expired date adalah tahun 2017, rujuk poster.

Produk expired 2018 masih boleh didapati tanpa harga promosi.
Harga Alfalfa dan Lecitin Shaklee


Untuk borong Shaklee atau dapatkan ready stok, boleh hubungi Pengedar Shaklee ini. Pengeposan available ke seluruh Malaysia.

Pengedar Shaklee Setia Alam

Apa Promo Shaklee November 2016 ni?

Ok bulan ni lebih super special.. Banyak produk dan fokusnya membantu kita untuk SLIM secara sihat.. Juga untuk kuatkan pertahanan diri. Boleh agak tak supplemen apa?

PROMOSI NOVEMBER


Macam-macam adaaaa

1. ALFALFA SHAKLEE



Alfalfa small size mengandungi 330 biji

Alfalfa large size mengandungi 700 biji

KEBAIKAN ALFALFA
  • Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat Besi. Hebatkan? Kerana pokok alfalfa mempunyai akar yang panjang ke dalam bumi dan mampu menyerap pelbagai khasiat bumi.
  • Alfalfa berguna untuk melancarkan pelawasan. Jadi siapa yang susah membuang tu, ha ambillah alfalfa supaya dapat membuang setiap hari dengan lebih tenang.
  • Agen detox yang power. Memandangkan kita sentiasa terdedah pada toksin sampai boleh bawa kesan pada kesihatan macam bau badan, sistem penyerapan nutrisi yang buruk, maka haruslah kita nyahtoksin supaya badan lebih cergas, membuang toksin dan menyerap nutrisi dengan lebih baik.
  • Milk Booster hebat ! Sukalah ibu menyusu ni.
  • Pesakit gout juga digalakkan ambil alfalfa supaya dapat membuang asid urik yang merosakkan dan menyakitkan sendi-sendi badan.


2. LECITIN SHAKLEE

Lecitin mengandugi 180 kapsul

KEBAIKAN LECITIN
  • Lecitin Shaklee berasaskan soya dan kaya dengan kolina.
  • Kolina penting untuk kesihatan otak jadi pelajar pun boleh ambil selain dari orang dewasa.
  • Lecitin turut membantu memecahkan lemak supaya lebih mudah diangkut keluar.
  • Lemak yang berjaya dipecahkan tidak lagi menghalang pengaliran darah dan melemahkan fungsi organ lalu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
  • Membantu menurunkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu menurunkan berat dan saiz badan dengan memecahkan lemak yang melekat di sekitar organ badan.

3. NUTRIFERON

Sokotak Nutriferon mengandungi 30 sachet yang mudah dibawa dan diamalkan



KEBAIKAN NUTRIFERON
  • Nutriferon membantu meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan kita.
  • Interferon semulajadi kita ni fungsinya untuk aktifkan sistem imun dengan serangan penyakit.
  • Jadi, bila kita amalkan sebelum sakit, badan kita sentiasa dalam berjaga-jaga dan bila diserang, ia lebih cepat bertindak balas melawannya.
  • Sesuai sangat diambil untuk semua terutama yang memang mempunyai antibodi lemah seperti senang seksema, demam, ada resdung, asma dan dalam proses melawan denggi.


 4. VITA-LEA FOR CHILDREN

Multivitamin untuk kanak-kanak mengandungi 60 biji sebotol mudah dikunyah.
KEBAIKAN VITA-LEA FOR CHILDREN
  • Vitamin ni sesuai untuk semua kanak-kanak.
  • Sedap sangat sebab saya pun makan juga. Hehehe..rasa macam anggur.
  • Vitamin ni lengkap dengan 19 vitamin dan mineral jadi kuranglah sikit ibu bapa runsing sebab dah berjaya melengkapkan keperluan nutrisi yang terkurang dalam menu harian anak-anak kita.
  • Menyokong sistem imun badan.
  • Sumber kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Lengkap dengan vitamin B yang membantu fokus dan menukarkan makanan ke tenaga.



Jadi, jangan tunggu lagi. Dapatkan penjimatan dengan harga terbaik bulan ni. Berikan supplemen terbaik ini untuk membantu meningkatkan mutu hidup kita. Anything, boleh hubungi Ida ya.



Guna set menyusu nak tambah susu, terkejut muka jadi gojes !!

Salwa mula berkenalan dengan set menyusu Shaklee sama macam mak-mak lain, dgn niat nak galakkan susu ibu, tambah nutrisi dan kekal cergas dan ceria.
.
Tiba-tiba !!!!!!
.
.
.
Selepas konsisten dengan set lengkap susu ibu yang ada Energizing Soy Protein dan Vitamin C Shaklee ini, muka yang ada jerawat teruss gebu gebasss. Pelik kenapa vitamin C Shaklee berbeza dan lebih berkesan berbanding vitamin c jenama lain.
.
Suami pun bukan main suka lagi.. Tona jadi rata, parut jerawat makin pudar, muka tak berminyak dan tak perlu mekap. Puan Salwa sendiri dah follow antara 3 cara mudah untuk dapatkan kulit lembut dan licin ni.
.
Serius bila jumpa Salwa tak sangka dia pernah ada masalah jerawat. Nampaknya protein memang penting untuk membantu memulihkan kulit wajah.
.
Kesan ESP dan Vitamin C Shaklee pada wanita
Akibat makan set menyusu SHAKLEE !!!

Inilah magiknya kalau vitamin SEMULAJADI. Vitamin C Shaklee betul-betul semulajadi dan bukan hanya organik, eh apa bezanya.. Ha di sini jawapannya.

Memandangkan bulan September ni Energizing Soy Protein dan Vitamin C Shaklee murahhhh so baiklah kita pakat dgn kawan share twin pek ! Supaya sama2 jimat, sama2 cantik & sama2 bertenaga !
.
Promo Gila Best ESP dan Vitamin C Shaklee. Wajib GRAB!


.
Roger Ida sekarang juga !
.
Shaklee Independent Distributor Ida Khairani ( 846056 ) 
FB : Ida Khairani Ahmad 
Phone : 013 488 2382 
Email : admin@mysupervitamins.com 
Order Shaklee Online dan pos ke seluruh Malaysia 
 COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC
.
P/S: September Shaklee Offer, buy 2 ESP & VIT C, get 5 % less. Rugi tak grab !

Promosi Shaklee Khas Sempena National Conference 2016 28 Mei ini

Sabtu ni acara tahunan Shaklee paling ditunggu-tunggu. Hari ni yang layak akan terima anugerah. Sabtu ni juga, Shaklee buat promosi istimewa terlajak laris. 4 set khas ni akan terima hadiah yang terbaik. Meleleh air liur kalau tak rebut.

Promosi Khas Shaklee

1. Shaklee Ramadhan Set


Khas untuk bantu kita kekal bertenaga dan kurang dahaga dengan Performance Drink , kenyang lebih lama dan elak gastrik di bulan Ramadhan dengan ESP dan juga dalam masa sama, boleh kempis perut dengan Lecitin. Mealshakes pula boleh menyedapkan lagi resepi 3 Gems kita dan sesuai juga untuk boost tenaga anak-anak yang baru belajar puasa.

Apa yang menariknya, hingga Sabtu ni yang order akan dapat PERCUMA Vitamin C yang beharga RM 92 itu.. Syok ka tak syok tu... Terus berseri-seri di pagi raya !


2. Shaklee Detox Set 


Dalam set ni ada Vivix, Peppermint Ginger Plus, Alfalfa, Herblax dan DTX. Paling bertuah, dapat pula percuma Cinch Shake Mix Chocolate yang berharga RM178. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Set Detox yang memang membantu buang toksin dan kurus ni, boleh baca di entry ni. Yang bestnya, saya memang akan sediakan meal plan dan mengandungi Cinch Shake. Bolehlah jimat banyak sebab dah PERCUMA pada hari National Conference 28 Mei ni.


3. Shaklee Shape Up Set


Set ni ada ESP dan 3 canister Cinch Shake Mix. Dapat lagi free Cinch Shake Chocolate. Buat apa2 banyak2 shake ni? Sebenarnya, kalau ikut panduan betul, 1 canister untuk untuk 15 kali serving ja. Kalau tiap2 hari minum tak sampai sebulan pun dah habis. Dah dapat 2 flavour ni boleh la mix dan shake ikut mood. Favourite saya mix ESP dengan Choco Shake ni. Lepas dah habis detox pun, saya teruskan untuk minum shake ni sebagai sarapan pagi.

Siapa lagi patut amalkan set ni? Masa Ramadhan nanti, boleh buat minum sahur tahu. Bukan ja bertenaga dan kenyang semasa berpuasa, dalam firm your tummy lagi. Betul? Yang boroi tu, dah tak gendut2 dah. Silap2 timbul 6 pax buat abang abang yang nak sado.


4. Shaklee Vivix Set


Vivix ni bukan saja untuk anti aging @ awet muda dan tinggi anti oksida, malah kami dah cadangkan Vivix pada ramai pesakit-pesakit kronik juga. Alhamdulillah, khasiat 10 kali ganda Resveratrol dalam Vivix memberi kesan positif dan terapi mustajab buat yang menjadi altenatif penyakit gout, kencing manis, kanser, cyst, kesuburan dan macam-macam lagi.

Rahsianya adalah Vivix ni bertindak hingga ke peringkat sel asas. Sel yang sakit, rosak dan teroksida diberi pemulihan dan tenaga untuk melawan penyakit dan meningkatkan fungsi badan.

Dengan set Vivix Shaklee 2 botol ni, anda layak mendapat Vitamin C percuma. Hanya sehingga 28 hb ni sahaja. Jadi, jangan tunggu lagi.

Hubungi saya sekarang juga untuk rebut tawaran khas Shaklee sempena National Conference 2016.


Shaklee Independent Distributor
Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC

Apa Jadi dan Kesan Selepas Guna Vitamin C dan E Shaklee

Menurut kajian sejak sekian lama, kebaikan vitamin c dan e sangat banyak. Kumpulan vitamin ni adalah tinggi anti oksida yang mampu membantu badan melawan radikal bebas. Radikal bebas ni kita tak nampak tapi asasnya ia wujud dalam pencemaran dalam dunia kita ni. Bila radikal bebas masuk ke dalam tubuh, ia merosakkan sel badan dan kita terdedah pada perubahan negatif termasuklah kulit yang gatal, berjerawat hinggalah pada barah.

Antara testimonial para pengguna Vitamin C dan Vitamin E Shaklee yang telah menggunakan supplemen kami secara konsisten boleh rujuk gambar bawah ni. Apa jadi pada mereka dan kesan Selepas Guna Vitamin C dan E Shaklee ni?



Pada bulan Jun 2015 ni, sempena raya dah nak dekat juga ni.. Eloklah kita restok vitamin kita supaya wajah lebih cantik dan berseri di pagi raya.

Kebaikan Vitamin C

Vitamin C membantu
♥tingkatkan Imun
♥Kulit Sihat & Cantik
♥kurangkan radang akibat Ekzema dan Resdung
♥sesuai untuk orang yang Senang jatuh sakit : Demam, Selsema.
♥membantu pesakit Denggi
♥membantu kawalan gula
♥bantu seral zat besi penting untuk yang alami anemia
♥ 1-2 biji sehari selepas makan.. Kalau ada vitalea, boleh ambil serentak utk bantu serapan zat besi dlm vitalea.
Kebaikan Vitamin E
Vitamin E membantu
♥ kuatkan arteri, membantu kesihatan jantung dan peredaran darah
♥ tinggi anti oksida
♥ kurangkan bekas parut jerawat
♥ kurangkan jeragat
♥ intimasi suami isteri

Untuk mendapatkan vitamin c dan vitamin e pada harga istimewa, apa kata sertai kami dan anda layak mendapat sebotol mulvitamin vitalea secara percuma! Malah harga promosi bulan Jun sangat rendah berbanding kebaikan vitamin e dan c yang akan kita perolehi. Hubungi saya segera di 013 488 2382 untuk order!


Ketahui


dan


Juga




Nak berniaga dan jana pendapatan dengan Shaklee secara online? Semuanya di hujung jari sahaja. Anda boleh menggenggam pasif side income atau pendapatan aktif 3-4-5 angka hanya menggunakan medium blog, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya seorang blogger tegar! Perniagaan Shaklee juga boleh dijalankan secara direct atau offline jika itu menjadi kepakaran anda.

Jangan ragu-ragu untuk bertanya kerana saya sedia membantu anda. Untuk order, boleh isi form online dengan boleh klik gambar di bawah atau hubungi saya.



Promosi Berganda Shaklee Januari 2015

Sebab - sebab kenapa perlu dapatkan supplemen super power Shaklee hari ni juga?






Kenapa perlu amalkan ALFALFA hari ini?

Alfalfa adalah tumbuhan yang dikenali sebagai RAJA TUMBUHAN yang

  • Kaya dengan vitamin kalisum, magnesium, potasium, karotin, protein, serat, vitamin E dan K
  • Membantu mengawal kolestrol dalam darah.
  • Membantu badan untuk detox secara semulajadi
  • Membantu menggalakan pengeluaran susu ibu



Kenapa Perlu Beli VIVIX hari ini juga ?

Vivix mengandungi Polyphenols yang sangat hebat dan memberikan kesan POSITIF pada kesihatan :

  • Membantu dalam mencegah BARAH
  • Mengurangkan risiko penyakit JANTUNG
  • Membaiki komplikasi DIABETIS
  • Membantu dalam IMUN SISTEM
  • Memperbaiki kesihatan secara menyeluruh



Ida Khairani
013 488 2382
www.mysupervitamins.com

Kesan sampingan collagen shaklee terhadap ibu menyusu

Sekarang ni sedang berlangsung promosi collagen shaklee. Saya pernah ambil dulu, Alhamdulillah banyak perubahan. Kemudian saya ambil dan konsisten yang basic saja bila muka kurang bermasalah dah. Dalam kata lain, makin bersih dan sihat ! Bila promo shaklee collagen powder ni kembali, teruja balik nak cuba semula walaupun saya seorang ibu menyusu sekarang. Yang best, saya dapat kesan yang sampingan terbaik dari segi penyusuan susu ibu. So, kali ni saya nak kongsikan kebaikan, kesan dan testimonial saya dan rakan-rakan kami yang juga ibu menyusu. Saya harap ibu menyusu tak ragu-ragu mengamalkan collagen shaklee dan mendapat kebaikan serupa terhadap penyusuan susu ibu.

Untuk pengetahuan perkara penting dan asas dalam penyusuan adalah supply vs demand. Kami memang pegang prinsip ni. Bagi yang tak tahu, saya dan rakan-rakan Shaklee mendapat hadiah istimewa percutian ke US iaitu Los Angeles dan San Fransisco sebanyak 11 hari. Di sana, ibu-ibu menyusu tak semua yang mengepam susu untuk bekalan bawa balik ke Malaysia. Cuma ada seorang ja sebab anaknya memang eksklusif menyusu susu ibu melalui botol. Kami yang lain, sekadar mengepam atau marmet dan buang untuk mengekalkan production. Ramai yang tak buat pun bila payudara tak sakit, termasuklah saya. Kiranya, bila tak pump, payudara tak sakit dan produce susu lagi buat sementara. Kami yakin sangat, bila dah balik Malaysia, dengan adanya rangsangan dan permintaan dari anak, susu ibu pasti meriah dan banyak macam biasa !!!

Selepas seminggu lebih balik dari US dengan mengekalkan konsep penting iaitu supply vs demand dan tip memperbanyakkan susu ibu, nampaknya susu kami tak meriah macam sebelum ni. Anak saya, Nuh Iman makan sangat banyak macam memang tak kenyang minum susu. Malah di sebelah malam, jaga banyak kali sangat bangun untuk menyusu. Bila saya bagi air kosong, minum macam sangat dahaga. Saya masih positif yang susu saya sentiasa cukup untuk dia dan tidak sesekali top up dengan susu formula lain. Sedangkan masa pi US pun saya tinggalkan EBM untuknya.


Menjelang promo September, saya pun gatal nak cuba Collagen Powder Shaklee. Alhamdulillah, Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya, selepas 2 sachet ambil Collagen, cik B dah rasa perbezaan. Rasa kesan positif yang sangat mengujakan semasa anak
menyusu. Sebelum tu B tak rasa penuh pun untuk setiap kali penyusuan. Tak rasa bengkak atau banyak susu. Anak minum pun confius ada susu atau tidak. 


Kalau masih tak percaya, saya kongsikan testimonial rakan-rakan saya. Sebenarnya selepas kesan sampingan yang terbaik apabila makan collagen, saya terus whatapps rakan-rakan yang pergi US juga anak-anak downlines kerana happy dan excited sangat! Rupanya ramai yang susu merudum juga macam saya sebelum cuba collagen. So ada rakan-rakan yang terus mencuba petua milk booster dengan collagen ni. Kesan sampingan mereka juga sama seperti saya dan boleh rujuk gambar testimonial di bawah ni! 













Kesan sampingan Collagen Powder Shaklee tidak syak lagi kerana kandungan protein, vitamin c dan vitamin b yang terdapat dalam sumbernya. Saya harap, pada ibu-ibu yang masih mencari dan belum ketemu makanan yang menggalakkan pengeluaran susu ibu, bolehlah mencuba altenatif istimewa Shaklee Collagen Powder ni! Dalam nak cantik, payudara mantap dan tegang, kulit lembab dan halus, mungkin anda akan bertuah kerana mendapat kesan sampingan susu ibu yang meriah dan sangat banyak !!! Kalau nak tahu, sumber dan kebaikan serta banyak lagi kesan sampingan Shaklee Collagen Powder, wajib baca info di link ni juga. 




Order Collagen di Sini atau hubungi 013 488 2382 sekarang !




Ibu anak-anak syurga,


Ida Khairani
admin@mysupervitamins.com


Makanan tambahan terbaik anak setahun ke atas dan orang dewasa

Dalam senyap - senyap saya tambah resepi rahsia dalam susu anak dengan harapan mereka susah jatuh sakit dan bertambah bijak. Hasilnya so far so good. Alhamdulillah.. Anak- anak saya tak suka nak makan vitamin chewable. Sensitif pula dengan perasa oren semua tu. Mujurlah ada Mealshakes yang sedap dan sukar dikesan kalau dicampur susu. Malah rasa susu mereka bertambah sedap dengan campuran Mealshakes yang berkhasiat. Lama-lama, mereka dah tau senjata rahsia ibu dan boleh tunjuk botol Meal Shakes.

Tiba - tiba.. Waaaa!!! Bangun pagi check what apps, rupanya promo gila-gila Shaklee bulan ni adalah Colagen dan Mealshakes! Dua-dua killer product dan dua-dua dalah kegemaran kami. Anak suka Mealshakes dan ibunya memang sangat teruja gila dengan kesan Collagen.


So, entry ni saya share dulu pasal Mealshakes ya.. Boleh juga belek-belek entry lama pasal mealshakes. Banyak juga saya dah share juga testimonial Mealshakes.




..Untuk anak picky eater..



Mealshakes ni, rata- rata ibu cari untuk anak-anak yang picky eater iaitu memilih nak makan. Macam anak saya, seorang yang tidak adventure untuk food testing.. Belum apa-apa, dah beriya kata tak sedap. Namun, Alhamdulillah, susu yang dicampurkan dengan Mealshakes, dia minum dengan berselera sekali! Walaupun selera telah bertambah berbanding suatu masa dahulu, still masih kurang adventure mencuba makanan baru.


Namun, saya yakin dan tetap berusaha melengkapkan nutrisi dengan khasiat yang terkandung dalam mealshakes ni. Dalam Mealshakes yang terdiri dari sumber sayuran dan buahan ni, terdapat 24 jenis vitamin dan mineral. Sebab itulah, para ibu sangat sukakanya. Berbaloikan berikan anak mealshakes setiap hari. Bukan makanan rapu tak ada khasiat langsung! Malah mealshakes boleh dipelbagaikan resepi untuk ibu yang rajin dan kreatif seperti pancake, kuih muih dan aiskrim!









.. Siapa lagi boleh ambil mealshakes? ..



Mealshakes untuk siapa? Oh, semua orang yang tidak alergik pada susu lembu boleh menikmati mealshakes sebab khasiatnya sangat banyak. Mealshakes bukan sahaja untuk kanak-kanak yang umur setahun ke atas, malah lelaki dan perempuan remaja yang sedang membesar juga. Siapa lagi yang boleh amalkan mealshakes shaklee? Ibu mengandung, ibu berpantang dan menyusu, atlit, orang yang sangat busy untuk ambil hidangan sempurna dan untuk orang yang susah nak telan pil. Lebih istimewa, mealshakes diperkaya dengan kesemua asid amino perlu dan tak perlu menjadikannya ia protein lengkap yang membantu pertumbuhan. Tak ada pun sekatan untuk siapa yang boleh nikmati Mealshakes ni sebab rasanya yang sedap dan berkhasiat memang rugi kalau tak cuba!. Saya juga campurkan mealshakes dalam ESP dan Cinch Shake Mix untuk rasa yang lebih creamy dan enak untuk tujuan diet sihat saya.  Ramai juga yang telah mengambil mealshakes semasa berpuasa untuk kurangkan rasa lapar dan beri rasa kenyang dan tenaga berpanjangan. 






.. Nutrisi kepada sel untuk pembesaran tubuh dan baik ..


Kalau ada mencari sumber protein yang mudah disediakan dan tidak mengandungi laktosa, Mealshakes adalah jawapannya. Sel kita ni perlukan tenaga dan mealshakes membantu membekalkan tenaga pada sel untuk pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan imun.


Bagi kanak-kanak yang sedang membesar macam anak saya, sumber protein, kalsium sangat pentingkan. Yang bestnya, mealshakes mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium serta magnesium untuk membina tulang dan sel yang kritikal untuk proses membesar.


Malah, banyak ibu bapa yang mengambil Mealshakes bersama Omega Guard untuk anak mereka yang ada asma dan sering batuk.  




.. Berapa lama boleh tahan Mealshakes ni? ..


Kalau macam keluarga saya, 1 canister mealshakes bertahan untuk sebulan untuk 2 anak. Jadi kalau seorang anak, bolehlah tahan selama 2 bulan. Anak-anak saya minum setiap hari, selalunya 1 sudu kecil sehari dicampur dengan susu mereka. Kalau macam mengantuk sangat malam dan bakal terlepas dinner, saya bancuh lagi susu mereka dengan 1 sudu mealshakes untuk support kekurangan nutrisi harian tu. Bila sakit juga boleh ambil lebih dari sesudu sehari kerana pada masa ini, anak-anak kita perlukan tenaga lebih untuk melawan penyakit dan membina imun.



anak picky eater



.. Berapa harga mealshakes shaklee?.. 


Sangat berbaloi dan murah untuk harga protein lengkap dengan vitamin dan mineral ini. 1 canister 544g mealshakes berharga RM 113.75. Untuk promo Shaklee dari Mysupervitamins kena hubungi saya dan anda sangat digalakkan untuk menjadi ahli, untuk dapatkan harga ahli yang lebih murah.




Order Sekarang Juga !



Ida Khairani Ahmad


www.mysupervitamins.com

013 4882382
Order Shaklee Sekarang!

Selera anak bertambah dengan khasiat Meal Shakes

Suka saya kongsikan kisah ibu yang tak sabar nak berikan Meal Shakes untuk anak yang hadapi masalah selera makan, selepas membaca banyak review dan tahu kebaikkan Meal Shakes.. 



Ibu ni call & terus nak pick up MEAL SHAKES di rumah untuk
anaknya.. Bila datang, katanya anak perempuannya yg usia 2 thn lebih tak makan apa selain susu formula ja.. Risaulah ibu ni. Badan anaknya pun kurus tapi mulut petah. :)

Saya pun cakap, kesan & jangka masa Mealshakes ni tak sama. Namun, selepas seminggu setengah follow up, anaknya dah tunjukkan perubahan positif..

Kalau anda ibu & lihat perubahan tu anda gembira tak? Jadi, usah dinafikan kebaikkan Meal Shakes yang telah berjaya membantu beri manfaat untuk anak-anak ini.

Dalam Meal Shakes ada multivitamin, protin dan serat yg secara tak langsung bantu atasi masalah kanak-kanak ni, menguatkan imun dan bantu tumbesan..

Serat :  kadang2 anak2 tak nak makan sebab fobia untuk berak kerana tahi yang keras. Jadi serat dalam Meal Shakes membantu atasi masalah sembelit.

Zink, B Complex, Zat Besi, Lysin: membantu dalam menghasilkan tenaga dan memperbaiki selera makan.

Protin, kalsium : Bantu tumbesan dan pembinaan sel & tulang yg sihat.

Cukupkan nutrisi anak-anak kita dengan membekalkan sumber makanan yg pelbagai dan berkualiti yg dapat membantu mereka menjadi yg terbaik!

testimonial picky eater dan mealshakes



PM Ida Khairani Ahmad
admin@mysupervitamins.com


ESP : Pemilihan protein yang baik penting untuk sel badan dan fungsi tubuh serta testimonial ESP Shaklee

Apakah fungsi protein?


Secara mudahnya, protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan lama dapat diganti.

Apakah sumber protein?
Protein boleh didapati dari makanan harian kita seperti ikan, ayam kekacang, daging dan banyak lagi.  Protin juga mudah musnah pada suhu tinggi. Bila ini berlaku, tubuh hanya menyerap sedikit protin dari makanan dan selebihnya adalah minyak terutama dari makanan bergoreng.


Perlukan protein ni?


Struktur badan manusia adalah sel.Dari sel ini terbentuknya tisu. Dari tisu jadilah organ dan dari organ terbentuknya suatu sistem. Protein ni umpama makanan pada sel. Jika sel dapat cukup protin yang baik, sel yang sihatlah yang terbentuk dan menggantikan sel lama. Namun, banyak penyakit di zaman moden ini dikatakan berpunta dari pengumpulan sel yang lemah dan tidak sihat.

Jadi, keperluan protin yang baik dan mencukupi sangat penting untuk kesihatan yang optimum. Protin diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

Badan kita terdiri dari..


25% protin
66% air
8% Fat
1% Kombinasi mineral dan vitamin

Ramai yang telah mencuba dan merasai Energizing Soy Protein Shaklee dan memberikan testimonial menarik dan berkesan.

Testimonial ESP Shaklee
 Pengalaman saya dengan ESP, saya memang gila soya satu ketika dahulu. Masa mengandungkan Amsyar sampai tahap en suami buatkan sendiri air soya.., kiranya stok soya kat rumah memang tak pernah TAK ADA. Tapi kesannya anak saya mengalami maslah kulit sensitif, mudah selsema dan sampai kene asma. dan doktor kata puncanya kerana saya terlalu banyak minum soya. hahahaha

Start dari itu, bila mengandung anak kedua dan ketiga memang saya tak sentuh langsung soya.., sehinggala saya bertemu ESP masa menyusu kan Uqail.. tapi awal dulu pun saya memang tak pernah ambil.., sampai satu masa saya dok tgok orang semua sibuk promosikan ESP dan saya cuba.. Tapi sangat lah BERBEZA KESANNYA yang saya rasakan.. yup susu saya semakin pekat, anak menyusu dengan lahapnya.. saya dapat rasakan yang dia feel susu tu over, sampai menjilat2 bibir..berbunyi2 mulut dia mnyusu, dia tidur lebih lama. saya mengalami maslah kulit nipis dimana kulit kaki mudah sangat pecah.. kalau pijak simen sekejap je sure petang tu dah pecah2 dah.. sangat serius sampai berdarah kadang2 tu.. tapi alhamdulillah dengan pengambilan ESP yang berterusan maslah ini tak menyelubungi hidup saya lagi..

Satu yang buat saya memang rasakan ESP ni makanan wajib ade kat rumah adalah kerana mak saya memang ade maslah gastrik yang sangat teruk.. tapi sejak dia amal kan ESP setiap hari alhamdulillah lama dah "PENYAKIT" dia tu tak datang lagi..

yup ramai persoalakan soya BUKAN makanan sunah.. akan tetapi di dalam al Quran tidak mangatakan ianya HARAM.. ambil dengan ilmu, ambil berpada2 insyaAllah tidak akn beri mudharat.. perlu bijak memilih utk hasil yang terbaik.. dan pastinya ESP shaklee selamat dan berkesan


SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN


Memandangkan kepentingan protein terhadap fungsi badan, ESP Shaklee telah direkomenkan dalam kebanyakkan keadaan dan merupakan asas pada program kesihatan. ESP Shaklee ni membantu dalam diet harian dan merupakan minum berkhasiat dan sumber lengkap protein yang bermutu tinggi dari kacang soya. ESP Shaklee memberi tenaga dan membantu baik pulih sel dan tisu rosak.

Shaklee ESP istimewa, unik dan berkualiti kerana sumbernya yang asli dan terpelihara. Walaupun kita rebus soya dan minum soya asli, mungkin kualiti soya tersebut tidak sama kerana sejak dari tanaman lagi kualiti tidak dikawal dan mungkin telah dibajai dengan baja kimia dan racun serangga yang menjejaskan kualitinya. Berbanding ESP Shaklee yang telah dipantau dari penanamannya dan pemprosesannya.

Soya ESP adalah dari jenis non-gmo iaitu tidak diubah secara genetik, tidak menggunakan racun seranggan dan baja kimia serta diproses tanpa alkohol. Jika soya diproses dengan alkohol,  ia akan menyingkirkan isoflavon yang bermanfaat dan membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan kimia yang digunakan semasa memproses. Dengan ESP Shaklee, ini tidak berlaku.


Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


ESP Shaklee menyediakan 14 gram protin kacang soya dan 50 % nilai harian kalsium yang menyokong pembentukan tulang yang kuat. Banyak lagi kelebihan dan kesan baik akan diperolehi hasil dari pembinaan sel yang sihat dari pemakanan protein yang berkualiti ini.




Testimonial ESP Shaklee

"saya ade byk kisah cinta dgn esp..tp saya share 1 jelah dulu ye..mula minum ESP untuk milk boost..terbukti mmg susu semakin meriah, tambah plak dengan alfalfa lg best...abis setong ESP, sy notice badan semakin susut, kulit muka bertambah cantik sampaikan kwn2 tegur sejak bl pkai produk kecantikan ni?? ehhh, silap niii..masih xsuka pkai produk kecantikan sgt2..cukup dgn bedak je..owh betullah ni mesti sebab ESP ni."




Untuk merasai kebaikan dan kesan hebat ESP, dapatkannya segera. Eksklusif resepi dan konsultasi hanya untuk pembeli Mysupervitamins.



Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056





Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.

Kebaikan Omega Guard untuk kanak kanak, dewasa, ibu hamil dan nak kurus

Bulan Disember ni, Shaklee buat promosi sangatlah sesuai dan KOW iaitu Omega Guard. Macam tau tau ja, musim hujan ni..memang omega guard umpana 1st aid yang mampu memanaskan paru paru, menguatkan imun dan mencepatkan baik pulih selsema. Selain tu, memang banyak lagi kebaikan dan faedah Omega Guard yang saya pasti ramai dah tahu. Kita imbas kembali supaya ramai yang tak melepaskan peluang mendapatkan omega guard untuk seisi keluarga, dari seawal setahun hinggalah warga emas semua boleh amalkan untuk menambah baik kesihatan.



Kebaikan Omega Guard yang mengandungi DHA dan EPA:



Omega Guard Untuk kanak kanak :



  • Menambah kecerdasan otak kerana mengandungi DHA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru paru jadi membantu mengurakan alahan, ekzema, resdung, bronkitis, lelah dan asma.
  • Sangat disyorkan diambil bersama Meal Shakes untuk kanak kanak.

Omega Guard Untuk Ibu Hamil :

  • Membantu tumbesan dan perkembangan otak janin.
  • supply DHA sangat kritikal pada trimester kedua dan ketiga kehamilan kerana fungsi otak sedang giat berkembang pada masa ini.
  • pada trimester ketiga bekalan DHA membantu untuk otak (neurologi), retina(visual) dan sistem saraf.
  • bekalan DHA disalurkan pada bayi dalam kandungan melalui placenta dan DHA merupakan asid lemak yang paling pantas disalurkan dan terkumpul pada otak bayi.
  • ibu hamil juga turut mendapatkan kebaikan dengan pengambilan omega guard untuk fungsi jantung dan otak.
  • omega guard menguatkan imun dan mengurangkan sakit sendi.
  • disyorkan diambil bersama set ibu hamil untuk membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


Omega Guard Untuk orang dewasa dan pelbagai penyakit :


  • membantu individu yang mengalami buasir, tonsil, gout kerana membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.
  • mengurangkan sakit sendi / arthritis
  • mengawal tekanan darah
  • menurunkan paras kolestrol
  • membantu fungsi otak jadi mencegah penyakit Alzheimer dan migrain
  • mencegah penyakit saluran darah, strok dan risiko penyakit jantung dengan membantu merendahkan tekanan darah dan melancarkan peredaran darah.


Omega Guard Untuk yang NAK KURUS :


  • omega guard ni adalah bersumberkan minyak ikan yang selamat dan mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA.
  • asid lemak omega 3 membantu untuk kita mengawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
  • dapat membakar lebih lemak
  • kajian di Australia menemukan bahawa individu yang bersenam dan mengambil omega 3 membakar lebih lemak berbanding dengan yang tidak mengamalkannya.
  • bacaan omega membantu untuk menurunkan berat 
  • bagi yang berniat untuk menjaga badan, kurus dan mengurangkan berat, disyorkan mengambil set slimming yang mengandungi Cinch Shake Mix, Herb Lax dan Lecitin juga.



Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kesihatan keluarga dan berjimat pada masa masa kritikal ini. Omega Guard memang terbaik untuk semua peringkat umur dari ibu hamil, kanak kanak dan warga tua termasuklah untuk yang nak kurus secara sihat.

Healthy is Priceless ! So lets shop for our health for now and the future :)






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056


Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring :)

Kolagen Shaklee untuk kulit cantik dan berseri serta melambatkan kesan penuaan

Apa itu kolagen?


Kolagen adalah protin utama bagi tisu sokongan dalam badan dan merangkumi 30% dari keseluruhan protin dalam badan. Kolagen menyokong sebahagian besar sel yang membina struktur, memberi kekuatan dan kekenyalan pada kuit dan tisu badan. Dalam badan kita kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin rambut dan kuku, tulang, tendon, rawan, sendi dan banyak lagi.

Kolagen Semulajadi


Kolagen wujud dalam badan kita secara semulajadi. Namun penghasilannya semakin berkurangan menjelang usia kita 20an. Kesan semakin ketara selepas 10 tahun. Sebab itu, supplemen kolagen diperlukan untuk membantu mengukuhkan kesihatan dan membantu melambatkan kesan penuaan terutama pada sendi, tulang dan kulit.


Kenapa nak kena ambil kolagen jika badan menghasilkan kolagen sendiri? Apa kesan kekurangan kolagen?


Semakin tua, tubuh hasilkan semakin kurang dan makin kurang kolagen..hasilnya kedutan dan garis halus kelihatan dan kulit pula semakin kendur..Kurang cantiklah jadinya..  Kesan ni bukan sebab faktor usia ja.. Bila kolagen rosak makin cepatlah kesan ni kelihatan.. Kolagen boleh rosak antaranya sebab radikal bebas di udara dan air, kurang nutrisi dan merokok. Bila kolagen semakin kurang, tanda-tanda penuaan mungkin kelihatan seperti kulit kusam, tak bermaya, tak berseri, kendur, pigmentasi, cepat letih dan lesu, sakit sendi dan badan, mudah lupa dan kelihatan terjejas. Jadiii....... Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elaktisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut kedut tu. Bolehlah rawat kulit jadi cantik semula, insyaAllah ;)


Jadi, boleh tak nak kulit cantik dengan kolagen Shaklee @ Shaklee Collagen Powder?

Wajah lebih cantik, putih dan hilangkan jerawat dengan kolagen shaklee
Wajah lebih berseri, putih dan kurang jerawat dengan kolagen shaklee

Kolagen Shaklee bantu NAMPAK lebih MUDA.. macam mana?

  • kolagen kuatkan rambut dan rangsang pertumbuhan rambut semula
  • kuku jadi lebih kuat, white spot berkurangan, warna pun cantik
  • kulit yg kering akan lebih lembab dan anjal..elaktisiti bertambah baik
  • parut pada kulit termasuk kesan luka cepat sembuh termasuklah mengurangkan parut jerawat dengan lebih cepat.

Fine...RASA lebih MUDA dengan kolagen Shaklee.. macam mana pula tu?
  • bila dah semakin tua, tulang reput dan kita mudah sakit badan.. kolagen sama penting dengan kalsium untuk tulang... kolagen bantu kuatkan tulang dan kurangkan kemungkinan tulang rapuh.
  • kolagen juga kurangkan kesakitan dan geseran di sendi.. tak adalah gerak sikit..adoi..gerak sikit adoi..
  • kolagen baik untuk mata..korneo mata kita ni memerlukan kolagen untuk bantu otot mata supaya kekal anjal
  • sel glya bekalkan nutrisi untuk otak dan sel ni disokong oleh kolagen. Jadi kolagen turut membantu mengekalkan kecerdasan otak.
Kolagen turut bantu pelihara tulang dan sendi yang sihat
Kolagen turut bantu pelihara tulang dan sendi yang sihat

Shaklee Collagen Powder yang membantu memutihkan dan melembabkan kulit serta mengurangkan parut jerawat ni...bahan-bahanya terdiri dari


  • ekstrak biji camelia japonica > melembabkan kulit, antioksida melawan radikal bebas
  • kolagen sisik ikan merah > sumber kolagen yang premium
  • ekstrak kekerangan >  bantu sediakan pelincir pada sendi dan menghidratkan mata
  • lactobacillus acidophilus > bantu sistem usus yang baik seterusnya mudahkan kolagen diserap
  • vitamin b > bantu metabolisme demi membebaskan tenaga untuk mengalakkan penghasilkan kolagen 
  • vitamin c > melawan radikal bebas dan bantu penghasilan kolagen
 Shaklee Collagen Powder sekotak 15 sachet
Shaklee Collagen Powder sekotak 15 sachet

Betulkah berkesan colagen shaklee dari ikan ni??

Shaklee memang dah buat ujian klinikal untuk menguji shaklee collagen powder ni dan hasilnya.. kesan baik dapat dilihat seawal 8 minggu penggunaan yang konsisten dan berterusan..
> kulit lebih lembab ( moisture > 69% )
> kulit lebih licin (smoothness > 75%)
> kulit kurang kedutan (wrinkles > 80%)
> kulit lebih cerah (radiant > 90%)

Promo Kolagen Shaklee Oktober 2013 - klinikal test
Promo Kolagen Shaklee Oktober 2013 !



Awesomeee!!!... So haruslah rebut promo bulan ini buy 6 free 1 Shaklee Collagen Powder.. dan dapatkan free membership serta automatik bonus tunai bulan hadapan.. Jika rasa nak cuba dulu, boleh grab promo harga istimewa sekotak kolagen yang mengandugi 15 sachet. Jadi, cepat2 order dari saya ya.. Berapa harga collagen shaklee??? Harganya mestilah yang berbaloi dengan kesannya.

Untuk testimonial boleh baca sini.. Banyak lagi testimonial akan saya kongsikan insyaAllah.






Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056



Order Form & Email
Nak Join Jadi Ahli SHAKLEE


Jika anda rasa artikel ini berguna, jangan lupa untuk kongsikan demi manfaat bersama.